Dia cakap dia mahu jadikan aku isteri kedua supaya dapat sama – sama kongsi kasih dengan keluarganya

Buat isteri Elyas, Puan Wani aku minta maaf kepadamu, bukan niatku meramp4s, jauh sekali. Aku hanya ingin bahagia dengan suamimu.

#Foto sekadar hiasan. Kata orang benda yang paling kita benci, itulah yang kita akan dapat. Begitu juga aku. Aku Lily (bukan nama sebenar), awal 30-an. Seorang wanita sederhana berdikari, punya kerjaya, keluarga dan kawan – kawan.

Terkini, entah kenapa setiap kali buka page ni, banyak berkisar pada poIigami, isteri diduakan, suami berbahagi hati.

Mungkin satu signal, entah aku pun tidak pasti. Apa yang akan aku ceritakan mungkin mengundang kec4man pembaca namun aku teruskan kerana aku tidak mampu lagi menyimpan sendiri dalam hati.

Aku berkenalan dengan seorang lelaki sebulan yang lepas, dengan niat untuk berkenalan, bertukar minat kerana kami punya minat yang sama, dan tidaklah sampai ke tahap seperti ini.

Kali pertama aku jumpa Elyas (bukan nama sebenar), usia awal 40an, kami minum di sebuah restoran fast food.

Mula – mula rasa gembira dan perwatakan kami agak serasi. Tapi di hujung pertemuan dia jujur mengatakan dia telah bekeluarga punya isteri satu, anak empat. 2 lelaki, 2 perempuan. Complete family! Aku terkedu kerana tidak menyangka dia telah berumahtangga.

Dia bertanyakan bolehkah dia berjumpaku lagi dan ingin mengenaliku lebih lanjut. Aku teragak – agak kerana memikirkan keluarganya namun aku tidak mampu menipu diriku bahawa aku juga tertarik padanya.

Kami berjumpa bila ada kelapangan dan berterusan hingga sekarang which I felt so bad towards his family!

Satu hari dia telah menyatakan bahawa dia ingin menikahiku dan akan menunggu keputusanku. Dia juga akan berterus terang kepada isterinya mengenaiku.

Aku gembira tapi dalam masa sama aku juga risau akan penerimaan masyarakat, keluarga, isteri dan anak – anaknya.

Tidak pernah terlintas di hatiku untuk menjadi wanita peramp4s, per0sak rumahtangga orang.

Aku antara paling Iantang menyuarakan pendapat tidak bersetuju dengan ‘penyond0l’ rumahtangga ini. Aku tidak pernah menyangka perkara yang paling aku geruni telah berlaku kepada diriku.

Demi tuhan tidak pernah aku minta perkara ini terjadi. Walau sekuat manapun aku cuba mengelak, dia sangat konsisten denganku. Dia meyakinkanku agar jangan bimbang dan dia akan uruskan segalanya.

Kenapa aku buat confession ni? Sebab aku bukan mempertahankan perbuatanku betul tapi aku ingin kongsikan pada pembaca, at least from my side, I never want to ruin others marriage. Never! Aku tak mahu, aku tolak dia dan nyatakan kerisauanku.

Aku pernah bIock dia berkali – kali. Namun aku tidak mampu tipu diriku, aku memang sudah mula ada perasaan padanya. Sikapnya, personalitinya, kemat4ngannya buat aku tertawan. Katanya perwatakan aku juga sama seperti isterinya.

Totally same! Kali terakhir dia jatuh cinta adalah pada 11 tahun yang lalu yakni dengan isterinya sekarang. Dan dia merasainya lagi denganku.

Mulanya aku rasa macam tak percaya adakah lelaki yang jatuh cinta berkali – kali. Entah, pembawaan horm0n umur 40an barangkali.

Dia ada family lengkap, isterinya bekerjaya juga. Tiada yang kurang dalam rumahtangganya, bahagia seperti normalnya.

Cuma dia memberitahuku, dia jatuh cinta padaku. Mungkin juga dia tidak meramalkan jadi seperti ini. Dia amat bertanggungjawab kepada familynya, dan juga aku. Sentiasa ambil berat.

Lalu aku tanya untuk apa keinginan untuk menambah isteri. Katanya untuk bersama – sama dengannya dan keluarga, sama – sama bahagia dan berkongsi kasih. Tidak langsung memburukkan isterinya, malah aku hormat pada isterinya walaupun belum pernah berjumpa.

Aku juga risau jika isterinya tidak setuju kehadiranku. Jika isterinya tidak setuju, besar kemungkinan aku akan mengundur diri kerana aku tidak sanggup meny4kiti hati wanita lain walaupun aku tahu aku telah meny4kitinya dengan menyintai suaminya.

Aku mohon maaf kerana tidak mampu menghalang perasaan ini. Tapi aku serahkan kepada tuhan, jika ianya untukku, ianya akan datang kepadaku. Jika ianya bukan untukku, ianya akan pergi dariku.

Jujurku katakan aku mula sayang padanya namun aku tidak mampu memikirkan keadaan jika kami benar – benar berkongsi kasih. Terlalu banyak yang perlu diambil kira.

Jika benar dia jod0hku, aku akan bersamanya melayari rumahtangga bersama dan aku mula menyayangi anak – anaknya. Jika aku boleh delete perasaan ini dengan mudah, sudah lama aku delete supaya tidak terjebak dengan hubungan suami orang.

Mohon pandangan pembaca dan doa agar dipermudahkan urusan kami. Aku juga mohon petunjuk tuhan, agar ditunjukkan jalan yang benar untuk kami. Aku hanya ingin bahagia. Tanpa meny4kiti hati wanita lain.

Elyas cakap isterinya dah mula perasan perubahannya. Aku tidak mahu Elyas meny4kiti isterinya, aku mahu dia berterus terang dan lihat respon isterinya. Jika isterinya tidak redha hubungan ini, aku sedia undur diri walaupun aku sayang pada suami, dan anak – anaknya.

Buat isteri Elyas, Puan Wani aku minta maaf kepadamu, bukan niatku meramp4s, jauh sekali. Aku hanya ingin bahagia dengan suamimu. Mungkin nampk cIiche dan bod0h, namun itulah yang ku rasa.

Bukan mudah untuk menjauhi suamimu. Dia juga amat menyayangiku dan dirimu. Entah aku juga tidak faham bagaimana semua ini berlaku. Aku mohon tuhan tunjukkan jalan yang terbaik buat kami semua. Wasalam. – Lily (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mastura Zainal Abidin : Wife dia baru perasan perubahan dia kan, maknanya selama ni dijumpa dgn kamu, dia sor0k – sor0k dik. Sepatutnya kalau awak tak berniat nak kacau rumahtangga dia, dari awal – awal lagi awak boleh elakkan diri dik, tapi awak pon melayan dia juga, sama naik je dua – dua.

Shahirah Azmi : Baru sebulan okay. Sebulan. Mohon hadam. Kali pertama jumpa dia dah berterus terang kan? Supposed to be, awak jauhkan diri sebelum perasaan tersuka jadi tersayang. Kali pertama jumpa memang boleh jadi tersuka sebab seronok berbual apa semua. Tapi tak mungkin 1st time jadi sayang melainkan awak ni jenis desp3rate. Elyas tu pun sama tak guna jugak sama dengan awak. Sama – sama merenyam. Again baru sebulan je pun kenal. Over nau sampai nak buat luahan bagai.

Percayalahhh. Awak hanya jadi tempat dia seronok suka – suka je. Baru sebulan kenal compared to 11 tahun dia dengan wife dia. Dia takkan pilih awak if wife dia menghalang. Spare yourself the heart4che and just let go. Lepas ni jangan pulak buat confession kata sedih ditinggalkan sebab beberapa bulan perkenalan macam ada satu lagi confession hari tu. Buat orang menyampah je baca.

Juju Umi Juju : Kalau isteri dia jumpa awak dan meminang awak dengan ikhlas, isteri dia cakap suami dia baik suami dia boleh jaga awak dengan baik malah isteri dia sangat gembira untuk terima awak dalam keluarga mereka dengan gembira, barulah awak terima utk kawin. Tapi kalau isteri dia sedih dan berbeIah bagi atau rasa serba salah, baik awak lupakan ajelah suami dia tu. Mer4na hidup awk nanti dik oi. Sungguh merana nanti. jangan dicari peny4kit dik oi

Safar Safian : Sifir dia mudah je. Dah tau suami orang – STOP. Tak kisahla susah nak lupa la, dah start sayang la. Cuba fikir perasaan anak – anak dia. Perasaan isteri tu memang tak kesian la kan sebab kalau kesian memang akan STOP once bila dah tau suami orang. Memang sekarang nampak indah sangat tapi cuba fikir masa depan. BerIiku – Iiku dik non. Nanti 11 tahun akan datang, laki orang tu jatuh hati dengan orang lain jugak. Lagi 11 tahun jatuh hati lagi. Cukup kuota dah tu dik non.