Lapan tahun tunggu cahaya mata kedua, saya jadi obses dengan anak kedua sehingga lupa perasaan anak sulung

Kalau dulu setiap hari peIuk, tidur sekali dengan abang. Tapi sekarang dah tak ingat langsung. Dalam handphone penuh gambar dan video adik. Sampai satu tahap abang berubah jadi anak yang sangat nakaI. Satu hari suami bagitahu abang nangis sampai tertidur. Saya rasa bersalah apabila dengar apa yang diceritakan oleh suami…

#Foto sekadar hiasan. Salam admin,

Saya nak meluah sambil berkongsi kisah dengan semua tentang anak. Anak sulung dan adik – adik nya..

Saya ada 2 orang anak. Yang sulung abang beza umur jauh dengan adik 8 tahun. Dulu si abang sebelum ada adik, sangat disayangi, dimanja. Saya peIuk c1um erat hari – hari. Dia la nyawa saya. Tidur pun peIuk saya lagi.

Tapi bila dah ada adik, mungkin khiIaf saya sebab adiknya perempuan. Saya jadi over excited. First dah lama tunggu baby satu lagi sebab baby girl persediaan segala galanya memang exc1ted.

Saya mula rasa saya ibu yang berat sebelah bila adik dah lahir. Abang selalu jadi tempat saya marah. Suruh ambil itu ambil ini, suruh itu suruh ini ,cakap pun tak ada dah manja – manja saya tak sedar semua tu.

Galeri gambar dalam handphone tak payah cakaplah. Semua gambar adik, video adik. Benda – benda kecil adik buat pun mama captured untuk simpanan. Mama lupa abang sungguh – sungguh. Mama cuma taburkan duit je kat abang.

Abang nak beli apa – apa nah ambil duit pilih sendiri dalam kedai. Mama tunggu luar. Tak ada lagi perhatian, tanya nak yang mana. Bagi pandangan mana yang ok mana tak ok. Semua abang sendiri – sendiri. Mama 0bses dengan adik. Mama memang tak perasan mama buat abang macam tu.

Lama kelamaan abang berubah. Dari anak yang manja, suka peIuk c1um mama, dah tak ada. Sekarang nakaI. Suka kacau. Kacau adik dia. Sepahkan rumah. Ajak pergi mana mana tak nak. Tapi yang paling ketara sangat suka sakat adik. Memang jadi nakaI sangat – sangat. Adik asyik menangis kena sakat.

Satu hari suami cakap kat saya. Awak tahu kenapa abang buat perangai? Dia kurang perhatian. Awak tak ambil tahu pasal dia. Dulu awak tatang dia. Sekarang? Belek HP awak. Bila last awak ambil gambar dia? Bila last awak peIuk dia c1um dia tidur dengan dia macam dulu?

Saya dah lama perhati awak, suami saya cakap. Suami saya kata saya memang ibu penyayang. Sentiasa peIuk c1um anak – anak. Tapi bayangkanlah perasaan abang. Dulu awak manjakan dia peIuk dia c1um dia tidur peIuk – peIuk dengan dia. Sekarang tak ada lagi. Ada awak duduk sembang – sembang dengan dia? Tak ada. Tengok movie main game sama – sama dengan dia macam dulu? Tak ada.

Suami saya kata dia tak pernah marah abang bila abang buat perangai. Sebab suami tahu apa dalam hati abang. Suami saya kata dia pergi bilik abang. Dia tanya kenapa sekarang abang nakal sangat. Abang kata sebab mama dah tak sayang dia. Selalu marah dia. Suami kata dia puas pujuk abang cakap mama sayang. Tapi abang tak percaya. Terus nangis sambil tertidur.

Masa tu saya nangis terduduk. Saya belek HP saya memang tak ada gambar abang. Paling sedih ada satu gambar tu, saya tengah selfie dengan adik. Tertangkap muka abang kat seat belakang tengah merenung saya dan adik bergambar.

Malam tu saya masuk bilik abang, saya peIuk saya c1um dia pangku dia kat tangan saya macam selalu saya buat. Saya c1um peIuk erat anak saya, nyawa saya cinta hati yang pertama. Saya berjanji tak kan lagi buat abang macam tu. Masa tu dalam hati tak habis – habis rasa bersalah.

Saya ibu yang terkhilaf. Saya tak nak ada ibu – ibu lain yang buat salah macam saya. Sekarang abang dah berubah. Dah sayang adik, tak kacau adik lagi. Gambar abang pun dah penuh dalam HP saya. Saya sayang dua – dua anak saya cuma saya terlalai.

Bukan saya tak sayang tapi tak beri perhatian. Tapi saya cepat tersedar.

Saya harap semua yang membaca ni pergilah peIuk anak sulung anda. PeIuk c1um mereka cakap pada mereka kita sayang mereka sebab tuhan je tahu apa dalam hati mereka. Bila kita selalu peIuk c1um anak percayalah mereka akan dengar cakap, sayang kita sangat sangat macam anak anak saya. Semoga jadi iktibar buat semua.

Assalamualaikum

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Malah ramai juga yang mengalami situasi yang sama namun cepat tersedar tentang ‘kesalahan’ yang dilakukakan. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana. Mungkin dalam keterujaan kita untuk menerima kehadiran ahli keluarga baru, kita tak sengaja meIukakan hati anak sulung yang terlebih dahulu hadir dalam hidup kita.

Komen Warganet :

Norhayati Sulaiman : Syukur alhamdulillah suami nampak apa yang berlaku dan memberi teguran dan awak juga tersedar dari kelalaian. Begitulah yang kita harapkan dalam keluarga, agar keharmonian dapat dipupuk semula. Saya punya anak 7 orang dan jarak yang rapat. Tak ade yang sampai 3 tahun dan saya seorang ibu yang bekerjaya.

Anak sulung lelaki dan yang bongsu lelaki. Di tengah semua perempuan. Oleh kerana ramai dan rapat saya tak ada beza dalam memberi kasih sayang. Semua sama dan setiap anak ada peranan masing – masing. Alhamdulillah semua ok tapi bila dah dewasa lain pula cerita., rasanya biar penat masa kecik, bahagia jer rasanya.

Dyana Samsuddin : Anak pertama banyak ajar kita jadi seorang ibu yang kuat dan tabah. Kita belajar macam mana jadi seorang ibu. PeIuk, c1um dan selalu luahkan rasa kasih dan sayang pada anak. Anak nie dia tak mahu pun duit atau harta tapi dia nak perhatian ja.

Ari Rozana : Alhamdulillah puan cepat sedar dan alhamdulillah saya ada dua anak yang tak pernah beza kasih sayang. Kalau dukung kakak, adik pun memang nak berdukung, bergilir – gilirlah jawabnya. Kalau kakak kemas mainan, adik orang utama dapat arahan dan kemas mainan. Anak – anaklah kawan saya. Saya tak ada kawan rapat kecuali anak – anak yang faham jiwa saya. Semoga puan bahagia.

Ummi Zma : Termenangis baca coretan sis. Terima kasih banyak – banyak untuk peringatan ni. Sebenarnya memang takde langsung ibu dalam dunia ni yang tak sayangkan anak. Cuma faktor persekitaran yang menekan kita yang kadang – kadang buat kita laIai sebab kita hanya manusia biasa. Beruntung bila ada yang mengingatkan dan membetulkan kelalaian kita..

Muhammad Umair Abdul Rahman : Jadi mak ayah ni memang susah. Bersyukurlah puan dah sedar kesalahan puan dan ada usaha untuk perbetulkan kesiIapan puan. Anak – anak ni kena di didk dengan kasih sayang dan juga disiplin. Saya doakan semoha anak-anak puan mnjdi manusia yang baik dan berguna kepada agama bangsa dan juga negara. Aminnn