Kerana isteri bukan menantu pilihan, ibu sanggup mengh1na dan memukuI isteriku hingga keguguran

Aku beritahu ibu, Hafizah masuk wad akibat keguguran. Aku terk3jut dengar reaksi ibu, tak ada langsung rasa bersalah dan saat itu tangan ku menggigiI mendengar segala mak1an dan h1naan yang diIemparkan kepada arw4h anakku. Aku ambil p1sau yang digunakan untuk memot0ng buah tadi. Aku tunjaI – tunja i pot0ngan buah tersebut yang telah aku pot0ng. Aku tak sedar apa yang berlaku yang aku ingat tiba – tiba tanganku dipenuhi dar4h…

#Foto sekadar hiasan. Kunjungan saya ke penjara (saya tidak dibenarkan untuk berkongsi lokasi penjara) membolehkan saya menerbitkan kisah ini, khusus untuk anda semua.

Kisah benar dari penjara.

“Kenapa kau bawak balik perempuan siaI tu sekali di rumah ni!”, bentak Mak Leha.

“Ibu!”, aku menengking tatkala mendengar perkataan ‘perempuan siaI’ itu.

Hafizah berdiri, berpaling muka sambil berlalu terus ke biliknya menutup pintu dengan rapat. Aku menggelengkan kepala. Air muka ibuku yang bersahaja tanpa menunjukkan rasa bersalah itu menaikkan lagi api kemarahannya.

Memang silap aku dahulu apabila aku terIanjur dengan Hafizah kira – kira 5 tahun yang lepas. Sewaktu itu aku tiada apa – apa pekerjaan, tetapi aku ada Hafizah. Dia teman wanitaku. Hafizahlah yang membantu aku mendapatkan pekerjaan di sebuah firma guaman.

Perasaan cinta yang berbunga – bunga dan mekar di dalam hatiku menyebabkan aku menjaIinkan hubungan suIit dengan Hafizah sebaik sahaja aku mula bekerja. Hubungan suIit yang aku sangka tiada apa – apa berakhir dengan keadaan Hafizah yang sudah berbadan dua. Mahu tak mahu, aku berkahwin dengannya untuk menutup a1b.

Mak Leha, ibuku memang terlalu benci akan perempuan itu. Aku tahu dia kecewa kerana dia sudah pun bersetuju dengan Makcik Aini untuk aku berkahwin dengan anaknya. Makcik Aini pula bukan orang biasa – biasa, maklumlah isteri kepada ketua kampung di sini. Sejak daripada hari pertama lagi selepas aku menikah dengan Hafizah, ibuku betul-betul menunjukkan kebencian terhadapnya.

Perempuan siaI, jaIang, anak har4m, segala macam jenis mak1an diberi kepada Hafizah. Hafizah kini sudah pun mengandung anak kedua berusia 5 bulan. Aku dan dia menetap di Kuala Lumpur, kira – kira 5 jam daripada kampungku yang terletak di Ulu Tiram.

Memang dahulunya aku balik seminggu sekali untuk menjaga ibuku. Maklumlah, itulah peranan aku sebagai anak tunggal yang telah pun kehilangan bapaku. Tetapi setelah berkahwin, sebulan sekali pun susah untuk aku pulang ke kampung.

Ada sahaja alasan yang Hafizah berikan setiap kali aku ingin membawanya untuk berjumpa ibuku. Dia tidak tahan dengan mak1an dan ejekan ibu mertuanya sendiri. Kalau ikut kewarasan pun, siapa yang mampu menahan mak1an sedemikian?

Setiap kali aku pulang, pastinya drama pers3ngketaan antara Hafizah dan ibuku bermula. Mak1an demi mak1an, diikuti dengan ser4ngan yang kadangkala bersifat fizikaI. Pernah sekali Hafizah diIemparkan dengan piring dan cawan tatkala dia cuba menjawab demi mempertahankan dirinya daripada bertubi – tubi mak1an serta memohon untuk tidak lagi mengungkit hal yang lama.

Setiap kali dalam perjalanan pulang, setiap kali itulah aku berdoa dan solat hajat, benar – benar berharap agar kepulangan aku dan Hafizah disambut baik dengan ibuku kali ini.

Walaupun sudah berkali – kali perkara ini terjadi, tetapi, pada tanggapan aku, mungkin kali ini dia berubah hati menerima menantunya ini dengan baik. Akan tetapi, setiap kali aku mengharap, setiap kali itulah jauh panggang dari api berbanding dengan apa yang aku harapkan.

Dia suka memanggil Hafizah perempuan siaI dan peIacur murahan. Aku memang tersangat marah apabila dia diperlakukan sebegitu. Aku tahu, ibu adalah orang pertama harus aku hormat, selepas itu barulah isteriku. Ibu akulah yang mengandungkan aku 9 bulan, dan setia menjaga aku walaupun tidak ada ayah.

Cuma, perbuatannya semak1n lama semak1n meIampaui batas. Aku teringat kali sebelum ini aku bawak Hafizah bertemu dengannya

“Aku tak nak kau balik dengan peIacur ni, aku nak kau balik seorang kalau kau nak jumpa aku. PeIacur tidak layak untuk menjejakkan kaki di rumah ini!”, jerit ibuku, di hadapan aku dan Hafizah.

Berdesing telinga ku. Aku sampai dah tak boleh mengawal nafsu amarah ku selepas terdengar ayat – ayat tersebut. Beginilah juga situasi yang sama apabila aku pulang ke kampung.

“Kau pun sama anak tak guna, patut dua – dua pergi mamp0s!. Memalukan keluarga aku sahaja”, jeritnya apabila melihatkan mukaku yang merah padam, ibarat menuang lagi petrol pada api yang sedang marak di dalam kepala aku.

Entah bagaimana, tanpa aku sedari, ibu aku men3ndang perut Hafizah sehingga dia jatuh terjeIepok di atas lantai. Sudahlah dia sedang sarat mengandung anak yang kedua, dis3pak – s3pak pula oleh ibuku. Mulutnya tak henti – henti menc4rut terhadap aku dan Hafizah.

Dia seolah – olah ingin mencab4r aku, ingin menolak aku sampai ke batasannya. Dia ibarat ingin melihat dan menguji kesabaran aku pada tahap mana aku boleh kawal. Walaupun aku dah dic4ci dim4ki berkali – kali sebelum ni, aku tak sangka perkara ini diungkit – ungkit tanpa henti selama 5 tahun.

Aku bukanlah jadi manusia tak berguna pun selepas menikahi Hafizah. Aku ada pekerjaan tetap, dan stabil. Aku juga memberi wang ringgit kepada ibuku setiap kali aku dapat gaji. Bukan aku mahu mengungkit, tetapi, apa lagi yang harus aku lakukan sekarang ini?

Aku bangkit dan mencapai gelas di tangan seraya membaIing gelas kaca ke dinding. Aku tak boleh menahan lagi masa itu. Hafizah yang tadinya duduk, kini berdiri dan menarik tangan ku keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta. Apabila aku melepaskan tangan aku daripada pegangannya, Hafizah terus merentap baju aku untuk keluar dari rumah itu secepat mungkin.

Dia membuka pintu kereta aku dan menghumbankan aku dengan kasar di atas tempat duduk penumpang. Dia kemudiannya menghidupkan enjin kereta dan memandu terus daripada situ. Bukan apa, hanya dia sahaja yang pernah melihat aku naik hantu apabila tahap kesabaran aku ini diuji melebihi hadnya.

“Jom kita balik abang, tak mengapa, mungkin lain kali dia akan okay sedikit”, Hafizah cuba memujuk.

“Saya tak faham mengapa ibu buat perkara begitu”, aku berkata, seolah – olah bertanya kepada Hafizah kerana aku sendiri sudah tidak mengerti apa yang difikirkan oleh orang tua itu.

“Mungkin dia stress agaknya, takpelah sayang, dia pun kan dah tua”, kata Hafizah lagi, cuba memberi penjelasan kelakuan ibu aku itu.

“Dah la awak pun sarat mengandung..”, sebelum sempat aku habiskan kata – kata aku, aku lihat Hafizah memegang perutnya.

Dia tiba-tiba meng3rang kes4kitan. Aku jadi terlalu cuak.

“Sayang! Sayang, macam mana ni?!”, tanya ku. Aku panik dan tak boleh berfikir.

“HospitaI abang, hantar saya ke hospitaI”, kata Hafizah.

Aku lihat pada kain yang dipakainya, terdapat tompokan dar4h. Ada sedikit yang mengalir ke stoking yang dipakainya. Aku menarik dia keluar dan meletakkan dia ke tempat duduk belakang kereta tersebut. Tanpa membuang masa, aku terus memandu ke hospitaI yang terdekat.

Setibanya aku di sana, setelah seorang lelaki memeriksa Hafizah di kaunter triage, dia memanggil staf lain untuk membantu isteri aku untuk ke zon merah memandangkan bacaan nadi yang tinggi dan tekanan dar4hnya yang rendah, konsisten dengan keadaan dirinya yang kehilangan dar4h. Hafizah diletakkan di atas stretcher.

Aku cuba nak masuk, tetapi dihaIang pegawai keselamatan di situ. Dia menyuruh aku tunggu di luar terlebih dahulu kerana tidak mahu aku mengganggu doktor dan jururawat dari melaksanakan tugas mereka. Aku duduk di tempat menunggu di luar zon merah. Kaki aku tak henti – henti bergerak. Resah dan gelisah.

40 minit kemudian, seorang doktor berbangsa India menghampiri aku.

“Encik, maafkan saya”, katanya

“Kenapa? Bagaimana isteri saya?!”, tanya ku, sedikit kalut.

“Isteri encik stabil, tetapi anak dalam kandungan encik kami tak dapat seIamatkan dah sebab isteri encik tadi mengalami pendar4han yang agak teruk”, katanya.

“Apa sebabnya doktor? Tadi dia ada terjatuh, itu boleh jadi puncanya ke?”, aku bertanya lagi.

“Ya. Perkara ini kita kenali sebagai antep4rtum hem0rrhage. Kalau ada tr4uma dari luar seperti terjatuh, memang boleh jadi macam tu. Isteri encik ni, kami kena hantar ke bilik pembedahan kec3masan ya sebab takut pendar4han tu mak1n teruk”, katanya sebelum dia masuk kembali ke zon merah.

Aku terpaku. Berita buruk aku terima dengan hati yang reda. Namun, aku bersyukur kerana sekurang – kurangnya isteri aku seIamat. Dia akan dimasukkan ke wad untuk pemantauan selepas pembedahan nanti. Aku masih ingat bahawa aku perlu tandatangan persetujuan untuk dibedah.

Apabila stretcher ditolak keluar, cepat – cepat aku dapatkan Hafizah. Dia sedang berbaring dan diberikan oksigen melalui tiub kecil. Dia tersenyum melihatkan aku yang kalut semacam. Aku memegang bahunya sambil berjalan kerana jururawat dan attendant menolak katil tersebut dengan pantas.

Aku mengusap dahi isteri aku sambil memandangnya dengan penuh sebak. Dia tersenyum, tetapi, juraian air mat kelihatan begitu jelas di wajahnya.

“Sayang, sayang kuat kan? Abang tunggu tau”, aku mula bercakap dengan perlahan. Aku masih ingat betapa sukarnya aku menahan air mata yang mula mengempang di mata aku.

“Don’t worry abang. Fiza kuat. Abang tolong belikan sikit buah – buahan ya. Mengidam nak makan buah epal…”, katanya, cuba untuk mengubah topik supaya aku tidak terlalu sedih.

Beberapa minit kemudian, seorang doktor menghampiri aku. Dia mengatakan bahawa operasi pembedahan itu berjaya. Dia juga menyerahkan aku jenaz4h anakku yang telah pun meninggaI dunia akibat tidak mendapat dar4h secukupnya apabila isteri aku mengalami pendar4han yang teruk.

Selesai sahaja pembedahan, aku kembali ke dalam wad yang menempatkan Hafizah. Dia masih lagi belum sedar sepenuhnya, tetapi boleh mengangguk tanda setuju apabila aku meminta diri untuk mengebvmikan anak ‘kedua’ aku itu.

Aku melihatnya sebagai cukup sifat, sudah cukup seperti seorang manusia, namun nampak terlalu kecil dan “rapuh”. Betapa hebatnya ciptaan Allah untuk menjadikan satu makhluk bergelar manusia.

Aku menggaIi kubvrnya di satu tanah perkubvran setelah mendapat kebenaran. Hatiku terasa bagai kaca terhempas ke batu. Sedang aku bersiap – siap menguruskan diri dan ingin kembali ke hospitaI, telefon bimbit aku berbunyi. Tertera nama Makcik Aini di skrin telefon.

“Saiful, Saiful di mana? Mak awak s4kit ni di rumah”, katanya.

Aku jadi berbeIah – bagi. Ke mana harus aku tuju terlebih dahulu. Aku membuat keputusan untuk berjumpa Hafizah sebentar, dan kemudiannya terus pulang ke kampung berseorangan. Aku meninggaIkan beberapa bungkus makanan dan buah – buahan untuk Hafizah di wad.

“Abang, saya nak buah epal sahajalah, ini, semua abang beli untuk saya, tak termakan la saya nanti”, kata Hafizah sambil tersenyum dan tergelak kecil.

Begitulah sifat isteri aku, Hafizah. Banyak mulutnya jauh mengatasi aku. Happy go lucky s0kmo.

“Anything for you sayang”, aku menjawab.

Sedang dia melihat buah – buahan yang aku beli untuknya, dia nampak terdapat 3 bungkus plastik yang ada pot0ngan buah r0ck melon.

“Abang, ni rock melon ni, abang bawa balik bagi pada ibulah. Inikan buah kegemaran ibu”, katanya sambil menghulurkan buah tersebut kepada aku.

Aku mengambil buah tersebut seraya menghulurkan tangan kepada isteri aku untuk bersalam. Dia menc1um tangan aku dan berkata,

“Abang kirim salam mak ya. Dan abang, jangan marah – marah ya. Nanti esok lusa sayang tak mahu abang masuk ner4ka sebab abang jadi anak derh4ka. Fiza tak ada ibu macam abang dan Fiza tak pernah kenal pun ibu Fiza yang betul, Fiza tak tahu macam mana nak jaga hati ibu, tapi, Fiza rasa bersalah”,

Aku mencub1t pipinya sebab dia terlalu banyak cakap semasa itu. Memang satu kemaIangan jalan raya yang terjadi semasa Hafizah masih kecil mengakibatkannya yatim piatu serta – merta. Dia tinggal di asrama anak yatim sejak kecil lagi, dan semasa remaja, dia menjadi sangat nakaI, samalah seperti aku.

“Dah, sayang rest dulu, nanti abang balik sini kita sembang lagi ya”, kata aku berlalu pergi sambil membawa buah – buahan itu.

Sejujurnya, hati aku masih lagi s4kit apabila memikirkan baIa yang terjadi kepada Hafizah, semuanya akibat daripada kelakuan ibuku itu. Aku memandu pulang ke kampung berseorangan.

Setibanya di rumah, aku lihat Makcik Aini sedang berdiri di muka pintu rumah. Ibuku demam katanya. Ubat – ubatan telah pun dia belikan, dan katanya, dia harus ke bandar untuk mengambil anaknya, itulah sebabnya dia meminta aku pulang bagi menjaga ibuku itu memandangkan aku pun tidak bekerja semasa hari tersebut. Majikan aku sudah pun memberi kelulusan em3rgency leave aku.

Masuk sahaja ke dalam rumah, aku bersalam seraya mencium tangan ibuku. Dalam hatiku, seteruk – teruk dia pun, dia masih ibuku. Aku meletakkan makanan di sebeIahnya. Air mukanya bersahaja, kerana dia tidak tahu perbuatannya men3ndang Hafizah telah menyebabkan kem4tian kandungannya. Dia kelihatan sedikit lemah, tetapi masih boleh berjalan ke bilik air dan ruang makan di dapur.

Aku menghidangkan makanan untuknya.

“Ibu, ni ada buah r0ck melon yang saya belikan”, kataku, memperlawa ibuku untuk makan. Dia berdiam diri sahaja.

Aku mengambil p1sau di dapur dan mula memot0ng buah itu untuk menjadikannya lebih kecil dan mudah dimakan. Aku duduk di hadapannya. Aku bertekad, aku perlu memberitahu perbuatannya tadi menyebabkan Hafizah dimasukkan ke wad dan mungkin dia slow – down sedikit daripada mem4ki aku.

“Ibu, Hafizah masuk wad”, kataku.

“Kenapa?”, jawabnya sambil mengunyah makanan.

“Keguguran”, jawabku.

“Ha, eloklah tu, anak har4m tak patut hidup pun”, jawab ibuku.

Aku menarik nafas dalam – dalam…

“Dia mamp0s sebab dia tak layak pun jadi cucu aku. Kau keturunan anak har4m ni memang macam tu”, katanya bersahaja.

Aku menjadi berang semula. MenggigiI – gigiI tangan ku menahan kemarahan. Aku ambil p1sau yang digunakan untuk memot0ng buah tadi. Aku tunjaI – tunjaI pot0ngan buah tersebut yang telah aku pot0ng. Aku cuba mengawal perasaan aku sebaik mungkin.

“Betina siaI tu…”

Aku tak sedar apa yang jadi. Apa yang aku ingat, tangan aku dipenuhi dar4h. P1sau dapur yang aku guna terpacak di dad4 ibu aku yang telah terbaring terlentang di atas lantai. Ibuku tercungap – cungap di lantai. Dar4h membasahi simen dan meja makan. Dia bernafas seperti ada sesuatu besar berada di mulutnya. Dia terbatuk – batuk, menghamburkan dar4h pekatnya.

<Fakta perubatan mula>

Dalam keadaan tr4uma sebegini, repr3ssion merupakan salah satu jenis def3nse mechanism yang sama seperti yang dialami oleh Saiful (bukan nama sebenar). Def3nse mechanism secara asasnya adalah satu cara di mana otak kita cuba melakukan sesuatu, kesan daripada tekanan daripada luar yang menyebabkan seseorang itu berasa gelisah atau murung.

Contoh yang paling mudah adalah displacement, iaitu apabila seseorang itu dimarahi oleh bosnya, dia pulang ke rumah dan memarahi isterinya pula.

Dalam kes ini, repr3ssion merupakan apa yang diaIami oleh Saiful di mana dia tidak ingat tentang bagaimana dia mengambil p1sau dan men1kam dad4 ibunya. Untuk pengetahuan anda, apa – apa jenis def3nse mechanism pun, majoritinya berlaku secara subc0nscious dan tidak boleh dikawal.

<Fakta perubatan tamat>

“Ya Allah, ibu!!!, maafkan Saiful ibu, maafkan Saiful”.

Aku menjadi cuak. Aku cuba mencari kain untuk mengelap dar4h yang memenuhi ruang di situ. Tuala, cadar, kain batik dan segalanya aku guna untuk mengelap lantai dan meja., tetapi tidak boleh kerana dar4hnya terlalu banyak.

Aku berlari ke tandas, aku basuh tangan aku menggunakan sabun, dan berlalu pergi ke hospitaI yang menempatkan Hafizah. Dalam perjalanan, aku terketar – ketar membuat panggiIan polis dan menyatakan bahawa aku ‘ter’bunvh ibu aku dan may4tnya berada di rumah tersebut.

Dalam otak aku, aku pasti akan ditangkap dan dihukvm m4ti. Cuma, kalau aku tunggu sahaja dilokasi kejadian, aku khuatir tidak akan dapat berjumpa dengan Hafizah selama – lamanya.

Sampai sahaja di hospitaI, melihatkan wajah Hafizah yang senyum daripada jauh lagi, aku jadi br3akdown. Aku terduduk di sisi katilnya dan mula menangis teresak – esak.

“Sayang, maafkan abang…”, kataku.

“Kenapa ni abang? Apa yang jadi ni?”, jawabnya.

“Abang terbunvh ibu…”, aku menjawab dengan perlahan.

Hafizah menyangka aku buat lawak sahaja, tetapi, apabila dia melihat wajah aku yang serius, dia menjadi pucat.

“Ya Allah abang… Ya Rabbi. Abang, jangan macam ni… Kita setelkan kes ni nak?”, kata Hafizah.

Aku memandang mata Hafizah dalam – dalam dan bertanya

“Macam mana kita nak setelkan ni sayang?”.

“Abang, abang telefon polis, buat pengakuan terus. Fiza boleh tahu abang sayangkan ibu, dan Fiza boleh rasa, apa yang abang buat ni untuk mempertahankan Fiza”, katanya.

“Kalau abang kena hukvm g4ntung macam mana Fiza?”.

“Fiza tak rasa begitu abang. Kita bercakap elok – elok kes ini daripada awal lagi kepada polis ya”

“Tapi… kalau masuk penjara macam mana Fiza?”

“Abang, ni Fiza nak cakap ni. Bila kita dating dulu, kita buat maks1at semua tu kan? Tapi, abang ingat tak apa yang berlaku lepas tu. Abang ingat tak janji abang pada Fiza?”.

“Ya”.

“Fiza bersump4h demi Allah, Fiza tak akan meninggaIkan abang selama – lamanya, sama macam apa yang abang janjikan dulu kan?. Kalau abang masuk penjara sekalipun, Fiza tak akan tinggalkan abang terk0ntang – kanting dalam tu. Kan ada waktu melawat…”.

Aku asalnya rasa nak marah sangat mendengar percakapannya itu. Nada suaranya yang tenang ibarat macam tak memahami apa yang aku baru sahaja beritahu. Tetapi, memang betul, benda dah berlaku, aku buat salah, aku harus berhadapan dengan kesalahan tersebut.

Aku membuat panggiIan telefon mengatakan lokasi aku setelah aku meluangkan masa dengan isteri aku. Aku duduk, dan menunggu ketibaan PDRM yang akan memberkas aku tidak lama lagi. Aku memegang tangan Hafizah erat – erat, dan tak lepas.

15 minit kemudian, 2 orang anggota polis bersenj4takan pistoI masuk ke dalam wad dan terus menuju ke katil yang menempatkan Hafizah. Belum sempat polis tersebut menyuruh aku untuk mengangkat tangan dan pusing belakang, aku sudah siap – siap berada dalam posisi tersebut. Aku digari dan ditarik dengan begitu keras.

Hafizah melihat apa yang berlaku dan menangis teresak – esak. Tiada apa lagi yang aku boleh lakukan. Pasrah dengan apa yang sudah berlaku.. Aku dihumb4n ke dalam black maria. Penumbvk, teraj4ng semua ibarat makanan harian aku awal – awal semasa aku dimasukkan penjara. Aku terima. Aku reda. Aku faham, tak kira apa pun yang berlaku, aku tidak boleh mengundurkan masa,

2 tahun setengah lagi aku akan dibebaskan. Sudah 13 tahun setengah penjara ini menjadi rumah aku yang kedua. Seminggu sekali, Hafizah akan datang meIawat aku bersama anak aku. Dia terp4ksa pindah ke rumah ibu saud4ranya dan bekerja di nursery.

Dia menjaga kanak – kanak di taman itu, dan pada masa yang sama, anak kami berdua…

Aku bangga bahawa anak aku yang sulung, yang sering dilabel sebagai anak har4m oleh ibu aku kini berada di sebuah sekolah berasrama penuh kerana pencapaian akademiknya yang bagus.

Aku menyesal menjadi pembunvh. Aku tidak bermaksud untuk melakukan perbuatan itu. Aku cuma tak mahu isteri aku yang bagaikan nyawa untuk diri aku diperlakukan sebegitu, dan digeIar bukan – bukan.

Semasa di balai polis, dan penjara, aku dibeIasah seteruk – teruknya. Masyarakat dan orang dalam penjara tidak mengetahui kisah yang sebenar. Mereka menumbvk sebelum bertanya. Aku tidak kisah dibeIasah sedemikian rupa kerana tidak dinafikan bahawa aku bersalah.

Aku cuba berubah selepas kejadian itu sebelum ini. Tetapi, asyik – asyik diungkit. Tiada apa yang aku boleh lakukan selain daripada mengharapkan keampunan daripada Allah.

Aku harap, kisah ini boleh dijadikan pedoman untuk para pembaca semua. Aku bersyukur kerana walaupun aku berada dalam keadaan sebegini, ada insan yang sanggup memberi aku peluang untuk menceritakan kisah tentang aku.

Walaupun saud4ra rapat aku memang membenci diri aku sepenuhnya, tapi itu tidak mematahkan semangat aku selagi aku ada komitmen untuk ditanggung selepas aku bebas nanti. Aku memohon kemaafan sekiranya ada pembaca yang merupakan waris keluarga aku yang terdekat dan cerita ini memang pun diketahui ramai.

Juga, jika diberikan sekali lagi peluang, aku akan gunakan sepenuhnya ke arah kebaikan. Insya Allah.

<Berdasarkan perbualan penulis dengan warden penjara, dia merupakan salah seorang banduan yang sangat baik dan mengikut kata. Dia tidak meIawan, tidak terlibat dalam perg4duhan dan lain-lain.>

Insya Allah hukvmannya boleh dipendekkan lagi untuk memastikan dia boleh pulang ke rumahnya dan menjalankan tanggungjawab untuk isteri dan anaknya.

Faktor utama yang membolehkan dia surv1ve di dalam penjara adalah sokongan isterinya yang tidak pernah terlepas untuk meIawatnya, sekurang – kurangnya sehari seminggu.

Komen Warganet :

Sue Jenny  : Kerana mulut, badan b1nasa. Kerana mulut, berikan tekanan hebat pada orang sehingga depr3ssion. Dan sehingga tak sedar tindakan yang dilakukan. Seburuk – buruknya keadaan, kita kena redha dengan qada Dan qadar.

Kita hanya manusia, bukan Tuhan untuk jatuhkan hukvm sesuka hati. Nice sharing,tq

Wan Nooraihan : Dia anak dan suami yang baik. Tapi kerana asakan demi asakan yang dia terima, buatkan dia tak mampu nak kawal diri sendiri dari tindakan luar kawal. Kita sebagai ibu, sentiasalah doakan yang terbaik untuk anak – anak. Jangan dim4ki hamun. Untuk anak pulak, papepun jangan ketepikan orang tua. Bincang elok – elok. Doa banyak – banyak mintak pada Allah.

Amynity Emanon : Fuhh..em0si betul saya baca cerita ni. Dah la bunvh anak orang, tanpa tanda – tanda penyesalan siap m4ki pulak budak yang dibunvh tu. Ermm…kang saya cakap lebih kena kecam lak, baik diam.

Sumber : ILZANNO SHARKY via iiumc