Saya merupakan perkahwinan ke-4 suami. Anak – anak suami 3 orang semua saya yang jaga, dah macam bibik. Walaupun saya ni bekerja tak macam bekas – bekas isteri suami yang dulu tapi mertua dan ipar tetap tak suka saya. Satu hari saya pergi outstation, mertua diam – diam curi guna kereta saya..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya dah berkahwin dah nak masuk 2 tahun. Suami saya merupakan seorang duda mempunyai 3 orang anak. Anak – anak suami yang jaga. Bila dah kahwin dengan dia maka saya pon kena lah jaga juga anak – anak tiri tu.
Tapi masalah saya kat sini, suami saya suka nak merajuk hal – hal kecil. Bila dah merajuk sampai berhari – hari. Pagi esoknya lepas g4duh, dia mesti tak nak bercakap dengan saya. Dah la tak nak tolong saya uruskan hal anak – anak dia.
Untuk pengetahuan pembaca, perkahwinan dengan saya ni adalah perkahwinan suami yang ke- 4. Mula – mula kahwin je dia ada tolong saya basuh baju anak – anak dia, tolong kat dapur. Masuk bulan ke-3 kahwin terus tak nak tolong.
Suami saya ni dah la tak kerja, duduk rumah aje sebab dia ada rumah sewa. Jadi dia hanya tunggu duit masuk tiap bulan dari penyewa. Saya pula isteri yang berkerjaya. Sebelum pergi kerja saya akan masak supaya anak – anak balik sekolah boleh makan.
Mesti ada yang tanya kenapa kahwin dengan lelaki macam tu. Sebenarnya lepas sebulan kahwin dengan suami baru saya tau per4ngai dia macam mana. Mungkin saya yang b0doh tak siasat siapa dia. Dia jenis panas baran.
Kalau dia berg4duh dengan saya, habis dia m4ki hamun saya, mak dan bapak saya pun dia salahkan. Kalau orang dah m4ti dalam tanah tu pon dia hamun. Lepas tu anak – anak dia ni degil, tak nak dengar kata saya. Anak – anak dia berlainan ibu, maklumlah dia dah berkahwin 4 kali.
Saya tak pernah bahagia lepas kahwin dengan dia tapi saya pendam dengan per4ngai dia macam tu. Dia punya bahasa dan ayat tu suka meny4kitkan hati saya. Ada je benda dia nak mengguris perasan saya. Kalau saya demam dia buat tak tau aje, saya akan pergi kIinik sendiri.
Dia ni kedekut nak mamp0s, duit pun berkira dengan saya. Saya kahwin dengan dia, baju seluar kasut anak – anak dia, semua saya yang beli. Dia memang takde lah nak beli. Sampaikan baju dia pon saya yang beli. Mertua saya duduk sekali dengan saya.
Terus terang saya katakan saya dengan mertua tak sebulu sebab mertua pun jenis suka mencari salah saya. Ada saja yang tak kena, cakap semua macam dia yang bagus je, keturunan dia lah paling bagus., paling mulia. Macam keturunan saya ni h1na sangat.
Mertua memang pandang saya sebeIah mata, saya tak tau ape silap saya. Pernah saya pergi ke luar negeri atas urusan kerja, saya tak bawa kereta. Mertua saya guna kereta saya tanpa pengetahuan dan izin saya. Bila saya balik tengok keadaan kereta calar balar.
Bila saya tanya anak – anak tiri siapa yang buat? Diorang cakap nenek yang guna kereta saya. Minyak sampai kering dia kerjakan. Apa jenis orang ntah. Dia dah la tak suka saya tapi tak malu guna kereta saya. Selepas kejadian tu, saya tak letak lagi kunci kereta di tempat kunci.
Saya simpan 24/7 dalam bag tangan saya. Mertua terus sentap, dia mula sindir – sindir saya. Saya jadi hilang hormat pada dia sebab saya dah la tertekan dengan per4ngai suami, dengan dapat mertua macam ni. Ipar saya jangan cakaplah.
Kalau mak mertua macam tu dah tentu anak dia pon layan saya teruk. Untuk pengetahuan semua saya boleh dik4takan berjaya jugak dalam hidup. Saya ada kerja, ada kereta, ada simpanan sendiri. Kalau nak bandingkan dengan bekas isteri suami sebelum ni, mereke tak kerja.
Hanya saya yang bekerja. Sebab tu saya tak faham apa lagi yang tak kena saya di mata mereka. Bila ipar datang ke rumah kami, mereka suka datang waktu yang salah. Datang waktu orang nak santai – santai. Kalau datang tu dari petang sampai ke isya’ tak reti nak balik.
Anak – anak dia datang tak pernah nak salam saya, keras tengkuk je lalu depan saya, tak reti nak hormat saya. Anak – anak dia bukan kecik lagi, dah besar panjang. Saya tak faham kalau dia mendidik anak – anak dia turut membenci saya.
Saya cerita serba sedikit tentang keluarga suami ya. Diorang ni keluarga yang tak lah kaya, cuma senang la sikit. Tapi diorang semua jenis yang kedekut. Dari mak sampai ke anak, semua berkira. Tak kira la ape benda, dari sekecil – kecil hal hingga sebesar – sebesar hal.
Mertua suka mencanang cerita saya pada saud4ra mara dia. Sehinggakan bila saya jumpa saud4ra mara sebeIah suami, mereka akan sindir saya. Saya rasa sedih dengan hidup saya. Hal anak – anak suami pulak, mereka degil tak nak mendengar kata, tak hormat saya, mencuri duit dan barang – barang saya.
Bila saya marah, suami saya tak boleh terima. Lepas tu kami akan berg4duh sehingga berhari – hari. Saya pernah ke mahkamah usulkan penceraian sebab saya rasa dah tak boleh nak teruskan hidup dengan suami. Saya rasa macam orang gaji dalam rumah ni, semua benda saya kena buat.
Bila minta tolong anak – anak dia buat kerja, langsung tak boleh nak harap. Biasalah mak-mak, bila anak – anak tak nak dengar kata kita akan membebel tapi suami pulak akan naik angin bila dengar saya membebel. Dia cakap saya membosankan dan saya sengaja cari pasal dengan anak – anak dia.
Setakat saya mintak tolong sidai baju bukannya buat kerja berat. Anak dia umur dah 14 tahun dan 13 tahun. Takkan tak boleh tolong saya? Saya cemburu bila berjumpa kawan – kawan lama yang dah berkahwin, ada anak sendiri.
Mereka nampak bahagia. Saya keluar dengan suami mesti angkut semua anak – anak dia, tak boleh tinggal rumah. Nanti habis rumah tu mereka buat projek, bersepah habis rumah satu hal tapi siap masuk bilik baju saya. Bila masuk bilik baju saya, faham – fahamlah la diorang try baju – baju saya.
Budak – budak remajakan, size badan saya dengan diorang pun lebih kurang aje. Saya ni kecik je, memang muat la baju saya dengan diorang. Saya dah pesan kat suami saya nak bilik baju tu berkunci bila saya keluar bekerja atau saya keluar dengan dia berdua sahaja tapi suami naik angin cakap macam – macam.
Dia cakap, “ni rumah aku! Kenapa plak aku nak kena kunci.” Saya malas nak berg4duh, saya diam je, malas nak cakap banyak nanti orang dalam tanah pon dia hamun. Bahasa suami ni kesat gia. Saya lepas kahwin terk3jut, macam tak kena kalau tengok muka dia.
Muka nampak warak tapi mulut dia, Nauzibillah! Hanya Allah yang tahu. Dah la sebelum ni dia pernah curang dengan saya, dia pergi berfoya – foya dengan betina tu di luar negeri. Dia cakap dengan saya dia ada urusan kerja.
Saya siap ambil cuti sebab anak – anak kat rumah takde orang nak jaga. Rupenya dia pergi jumpa betina lain. Allah tu maha mengetahui, selepas beberapa hari dia kant0i, saya mintak cerai. Dia tak nak lepaskan, saya rasa tertekan dengan hidup saya dan rasa menyesal berkahwin dengan dia.
Komen Warganet :
Hanna Jutawan : Kali keempat kot. Mesti dia bermasalah. Tak payah buat fasakh. Amik masa lama. Sis pergi buat permohonan untuk cerai cara hakam. Baru kos rm100. Pergi kaunter mahkamah tanya. Ramai tak tau prosedur hakam ni tak panjang macam fasakh.
Solehah Eyha : Kalau aku la kan sis, ko ada kerjaya kenapa tak pindah rumah sendiri. Tak kisah la sewa ke apa, janji senang tade menghadap mak mentua macam tu. Pastu diorang kedekut dengan ko, ko kedekut la balik dengan dierang. apa sahaja mesti kedekut. Jangan bermurah hati nak beli semua barang dalam rumah tu. Tanggungjawab suami ko tu, bukan ko.
Yusnita Salleh : Banyak sangat masalah dengan suami, anak – anak tiri, mak mentua, ipar duai awak nak tunggu apa lagi? Awak tu ada kerjaya. Dari hidup macam tu baik hidup sendiri. Jangan buang masa la. Awak boleh cari kebahagiaan awak sendiri. Kalau awak masih bersama suami awak, takut nanti awak yang s4kit jiwa.
Wan Mas : Cuma satu jer hakak nak tanya. Awak bekerjaya tapi pilih dia. Agak – agaknya apa yang special yer sampai boleh ke jinjang pelamin. Nih mesti sebelom bernikah ayat suami power sampai boleh terpedaya. Hati – hati lain kali jangan mudah percaya dengan mulut lelaki ni yer. Selidik dulu memang jodoh di tangan Allah. Tapi kita yang merancang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.