Disaat saya s4kit kerana k4nser, suami cari pengganti dan bagitahu akan kahwin lain selepas saya m4ti

Saya hubungi wanita tersebut dan bertanya kenapa masih menghubungi suami saya, sedangkan dia pernah berjanji tidak akan kahwin dengan suami saya. Tapi katanya itu janji dulu dan sekarang lain, tambahan pula katanya, suami saya dah berjanji akan mengahwininya selepas saya meninggaI dunia nanti.

#Foto sekadar hiasan. Kisah ini diluahkan oleh seorang wanita bernama Farah. Mari ikuti perkongsian beliau hidup sebagai seorang isteri yang sangat menyedihkan.

Saya rasa zaman dahulu tak banyak orang mahu menceritakan pengalaman mereka, kerana berpendapat ia akan memalukan keluarga, tetapi yang sebenarnya dari kesilapan itulah kita boleh jadikan panduan yang amat berharga untuk memperbaiki keadaan diri kita. Dan kini setelah banyak membaca saya rasa terpanggil untuk berkongsi sama pengalaman hidup saya yang lebih kurang dengan cerita – cerita yang dipaparkan.

Malah saya rasa pengalaman saya lebih pahit lagi. Kerana sepanjang saya mengikuti kisah yang dipaparkan saya belum lagi bersua dengan cerita seperti apa yang saya lalui sekarang ini. Kalau saya tak silap saya rasa tak ada seorang pun yang bercerita tentang masalah hidupnya bersama suami setelah dia diser4ng peny4kit yang serius.

Sebagai wanita saya merasa tercab4r, h4ncur dan kecewa bila suami yang kita sayang rupanya buat hubungan suIit dengan perempuan lain, setelah dia sedia maklum isterinya menghidap peny4kit yang amat serius, kalau dirawat pula peny4kitnya akan menghadapi kesan sampingan yang amat teruk kerana k4nser.

Mungkin pembaca kata cerita saya biasa, tetapi pada saya ia berbeza kerana suami saya menjalin hubungan suIit setelah beliau tahu saya diser4ng peny4kit. Jiwa saya lebih tertekan apabila di depan kita dia buat baik, tetapi di belakang kita dia bukan sahaja mengutuk, malah memberitahu kekasihnya, saya seorang isteri yang telah banyak menyusahkan hidupnya dengan peny4kit k4nser.

Kisah hidup kami suami isteri mulanya bahagia, sebab saya tak merasa ada cac4t ceIanya dalam hubungan kami, kami saling bantu membantu, hormat menghorm4ti, malah suami saya Zainal mendakwa dia tidak pernah merasa bahagia dalam hidupnya selain daripada setelah bersuami isteri. Kerana ibu bapanya pun bercerai dahulu dan dia pernah melalui zaman – zaman susahnya.

Kami bukan baru kahwin 10 atau 12 tahun, malah anak lelaki kami pun dah jadi anak muda, begitu juga anak perempuan kami, sementara yang kecil sudahpun berusia sepuluh tahun. Tetapi geIombang besar dan dugaan Allah tiada siapa yang dapat menghaIang. Bermula dengan ser4ngan peny4kit demam – demam yang saling berganti, akhirnya saya pergi berjumpa doktor dan kemudiannya saya dis4hkan diser4ng peny4kit k4nser.

Semasa saya disahkan menghidap peny4kit yang tiada ubatnya inilah Zainal yang memberi banyak sokongan dan semangat kepada saya dan saya amat bersyukur kepada Allah kerana mendapat suami yang benar – benar memahami keadaan saya yang tak dapat menerima kenyataan waktu itu. Ialah siapa tak sedih, tak takut dan tak kecewa ketika anak – anak masih memerlukan jagaan dan kasih sayang daripada ibunya, saya disahkan mengaIami peny4kit yang sehingga ini tiada ubatnya itu.

Setiap hari saya menangis, kecewa, sedih, Zainal lah yang banyak membantu membina semangat saya, katanya semua orang akan m4ti, tetapi masa dan sebabnya sahaja yang berbeza. Jadi sebagai umatNYA saya patut bersabar dan banyakkan bertaubat selagi ada waktu supaya sampai masanya kita sudah bersedia. Saya akur.

Walaupun hati berat menerimanya, tetapi dengan semangat yang Zainal berikan saya berjaya juga menjalani pembedahan disusuli rawatan kem0terapi dan radi0terapi selepas 2 bulan pembedahan. Bagaimana pun f0bia yang saya lalui masih belum hilang dalam masa 3-4 bulan lepas dibedah. Hari – hari saya menangis dan berasa amat kecewa.

Namun dengan kehadiran Zainal di sisi yang sentiasa menasihatkan saya dan menberi kata – kata perangsang akhirnya saya reda dengan peny4kit saya terima. Hari – hari Zainal akan berkata kepada saya semua orang akan m4ti, dia pun akan m4ti juga satu hari nanti, cuma sebab atau puncanya sahaja yang berbeza.

Ketika melalui rawatan kim0terapi dan radi0terapi, saya rasa cuma mereka yang melaluinya sahaja yang tahu betapa mend3ritanya. Ia amat menyiksakan, bukan sahaja tak lalu makan, malah saya merasa tak bersemangat untuk teruskan hidup.

Namun masa berlalu begitu cepat dalam pada melalui ujian Allah yang maha besar itu saya terus mendampingi suami dan anak – anak, saya tahu saya tak ada banyak masa bersama mereka. Bila – bila masa sahaja mungkin saya akan meninggaIkan mereka, walaupun doktor telah memberi jaminan saya sudah pulih, walaupun bukan seratus peratus, tapi saya yakin saya tak cepat m4ti dengan peny4kit ini.

Tetapi sekali lagi saya menghadapi ujian Allah, yang tak kurang beratnya, saya dapati suami tempat saya mengadu dan berg4ntung sudah mula mahu menjauhkan diri daripada saya, saya dapat rasakan Zainal sudah mula bermain sandiwara di belakang saya, saya dapati dia banyak menerima mesej. Bila saya tanya dari siapa jawapannya senang dari kawan – kawan pejabat. Bila dia lihat saya sem4kin sembuh, dia mula menjauhkan diri mulalah nak kerja luar pejabat dan mula memberikan pelbagai alasan untuk keluar.

Bila saya tanya kawan pejabatnya dia pergi ke negeri mana, masing – masing tergamam. Bukan sekali dua saya perangkap Zainal dan kawan – kawannya, sudah lebih lima kali, akhirnya terb0ngkarlah cerita dia bukan pergi kerja luar tetapi bercuti. Kerana kita pun pandai dan ada kontek barulah saya tahu rupa – rupanya dia sudah ada teman istimewa seorang kerani yang sama pejabat dengannya.

Mula – mulanya dia cuba sembunyi juga akhirnya dia dan kekasihnya itu sudah tak peduli lagi, mereka mengaku sudah jadi kekasih dan hubungannya tidak boleh diputvskan lagi Beberapa kali saya mengekori mereka dan mereka memang sengaja menunjukkan secara terus terang hubungan mereka. H4ncurnya hati saya hanya Allah yang tahu, rasanya waktu itu m4ti pun lebih baik. Dalam keadaan saya sedang s4kit dan perlukan sokongan suami dia h4ncurkan lagi hati saya.

Saya amat kecewa baru nak pulih dari f0bia kim0terapi dan radi0terapi dia h4ncurkan hati saya. Kerana perasaan saya sudah dicab4r saya bersemuka dengan wanita tersebut secara baik dan dia berjanji akan memutvskan hubungannya dengan Zainal. Bila saya nasihatkan dan pujuk Zainal kembali kepada keluarga, kerana dialah harapan anak – anak bila saya tiada lagi. Dia pun mengaku kesilapannya.

Tetapi sebenarnya dia bersandiwara kerana di belakang saya mereka tetap teruskan hubungan, malah lebih berani lagi Zainal ambil cuti berdua dengan kekasihnya melancong ke luar negeri dengan alasan kerja. Walaupun cuma 10 hari, tetapi saya tak dapat hubungi mereka sementara teman pejabatnya beritahu mereka berdua sama bercuti .

Sekali lagi saya pujuk Zainal supaya ingatkan anak – anak, dan bantulah saya hadapi masa depan saya yang penuh pend3ritaan itu. Zainal tak membantah malah mengaku. Bila saya ajak dia pergi umrah, walaupun mulanya dia enggan pergi, tetapi setelah dipujuk kerana mungkin inilah yang saya dapat lakukan sebelum meninggaIkan dunia ini, dia setuju. Tetapi saya tahu hatinya memang berat untuk melangkah ke Mekah.

Tetapi orang kalau tengah bercinta dia sanggup menipu dan biasanya tak boleh nak sorok. Lepas dua minggu pulang dari tanah suci Zainal ambil cuti lagi, kali ini bersama wanita tersebut. Perbuatannya bergilir seolah – olah mereka sudah berkahwin. Lepas dua minggu bersama saya di Mekah, dia cuti seminggu dengan kekasihnya.

Bukan itu sahaja di tanah suci juga dia terima mesej dari kekasihnya, inilah yang meny4kitkan hati saya. Tak kira siang atau malam. Sampaikan nak beramal pun tak senang. Pendek kata pant4ng lapang dia akan hantar mesej. Bila dah balik lebih teruk lagi, pernah sehari saya kira dia terima lebih 20 kali mesej.

Pembaca bayangkanlah, sedang kita meIawan peny4kit k4nser. Dia sibuk menjalin hubungan dengan wanita lain. Bila diajak berbincang masa depan anak – anak ditakdirkan saya tiada, dia menjawab bila tiba masanya dia tahulah untuk mengatasinya.

Saya hubungi lagi wanita tersebut dan bertanya kenapa masih menghubungi suami saya, sedangkan dia pernah berjanji dengan saya tidak akan kahwin dengan Zainal. Tapi katanya itu janji dulu sekarang lain, tambahan pula katanya Zainal dah berjanji akan mengahwininya selepas saya meninggaI dunia nanti. Jadi katanya apa salahnya jika mereka terus berkawan, dan berkahwin bila tiba waktunya nanti?

Lepas itu dia dengan eg0nya beritahu saya dia tidak takut apa juga tindakan yang akan dikenakan kepadanya, malah ke mahkamah syariah pun dia sanggup, kerana dia tahu saya tidak akan hidup lama lagi, kerana peny4kit k4nser tidak ada ubatnya. Pembaca bayangkan betapa kej4mnya manusia terutama suami saya, memang saya tahu saya mungkin tak boleh lama hidup lagi, tetapi izinkan saya menghabiskan sisa – sisa hidup saya ini dengan hati dan fikiran yang tenang. Mengapa mesti dir4cuni hidup saya yang cuma sekelumit ini dengan kata – kata dan perbuatan yang meny4kitkan hati!

Kerana sudah tidak tertahan lagi dengan perbuatan dan kata – kata yang meny4kitkan hati, akhirnya saya nekad meminta supaya saya diceraikan tetapi Zainal mendakwa dia tak sanggup ceraikan saya, katanya dia akan tetap berada di samping saya hingga ke akhir hayat saya nanti. Dia tidak akan tinggalkan saya.

Sebenarnya saya sudah tidak percaya lagi dengan kata – katanya, mulutnya berkata dia tidak akan meninggaIkan saya walau apa pun yang terjadi, tetapi perbuatanya tidak sedemikian. Bila – bila dia suka dia akan pergi terutama selepas menerima mesej dari kekasihnya. Dan saya tak boleh tanya ke mana dia pergi dan bila balik.

Katanya itu urusannya saya tak boleh tanya, tambah – tambah setelah rahsianya ada kekasih baru sudah terb0ngkar. Dia boleh pergi dan pulang sesuka hatinya, kerana dia menganggap saya sedia maklum keadaannya yang ada kekasih.

Bagaimana pun saya sudah tak sanggup lagi mend3rita sendiri kerana perbuatannya sem4kin lama sem4kin menghir1s jantung hati saya. Saya rasa saya lebih cepat m4ti daripada apa yang doktor mungkin dapat ramalkan, kerana itu saya rasa lebih tenang kalau diceraikan. Sekarang hidup saya terasa amat kosong dan sudah tidak diperlukan lagi, sebab itu saya suka membaca kisah dan luahan ini yang menjadi teman setia saya, saya akan menangis bila membaca cerita mereka yang senasib dengan saya.’’ Demikian Farra memb0ngkar pend3ritaan hatinya.