Dompet aku kena curi, satu sen duit aku takde. Aku minta pinjam duit dekat isteri tapi dia tak bagi sedangkan dalam bank dia ada 6 angka! Ada jiran wanita bantu

Habis wang dan IC, lesen semuanya hilang, kad bank dikebas. Aku cuba minta tolong dari isteri. Aku minta pinjam RM150 untuk guna urusan membuat kad bank, lesen, IC yang baru. Tetapi dia tak bagi satu sen pun, malah aku diherdik sebab minta pinjam duit dari dia. Aku merayu RM10 pun takpe…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Mohon dapat pendapat. Hide profil aku. Aku pakai Facebook fake aku ni. Soalan. Perlu ke aku bagi duit persiapan raya untuk isteri aku? Sebabnya dia sangat kedekut dengan aku. Aku ingat nak belikan baju raya untuk anak aku yang berumur 4 tahun saja.

Aku tak mahu bagi dia duit persiapan raya. Selama aku kahwin, duit nafkah cukup aku bagi dan sediakan semua. Tapi ada satu peristiwa di mana aku disamun. Habis wang dan IC, lesen semuanya hilang, kad bank dikebas. Aku pun cuba minta bantuan dari wife aku.

Aku minta pinjam RM150 untuk guna urusan membuat kad bank, lesen, IC yang baru. Tetapi dia tak bagi satu sen pun, malah aku diherdik sebab minta pinjam duit dari dia. Aku cuba minta RM10 pun dia tak bagi. Dengan hati yang sedih, dah lah selama kahwin aku tak culas beri dia nafkah, aku terp4ksa meminjam dari kawan yang tak dikenali di WhatsApp group komuniti.

Ramai yang ingin membantu, tapi aku cuma mahu RM150 untuk urusan tu. Ada satu h4mba Allah menolong aku. Dia terus PM aku dan mahu bantu aku. Esoknya kami jumpa dan dia ikut aku selesaikan segala urusan tu, dia yang bawa kereta. Aku suka naik motor saja kalau ke mana – mana.

Tak sampai 6 jam selesai. Setelah dapat kad ATM baru, aku dapat keluarkan wang dari bank dan bayar kembali. Tetapi wanita tu menolak wang gantian yang aku guna untuk urusan. Apa yang aku sedih dan terkilan, aku tahu wife aku ada simpanan sebanyak 6 angka tapi satu sen pun dia tak mahu tolong aku dalam kesusahan.

Untung Allah temukan aku dengan h4mba Allah yang sudi membantu aku. Aku tak ada adik beradik. Aku anak yatim piatu. Sebab tu aku tak ada tempat nak minta bantuan. Selama ni aku tak pernah culas bagi nafkah pada isteri aku sebanyak RM2000 sebulan.

RM1000 untuk dia dan RM1000 untuk barang dapur, susu dan lampin pakai buang anak. Yang lain, rumah, kereta, babysitter, bil – bil, insurans, simpanan dan 10 peratus gaji untuk ibu aku, aku selesaikan. Kadang – kadang tu baki dekat tangan ada RM400 hingga RM500.

Pernah ada sekali tu dekat tangan aku ada RM150 untuk aku guna pakai kerja, minyak motor dan makan minum. Sejak kahwin, sekali pun dia tak pernah nak iron baju kerja aku. Sehelai pun tak pernah selama kami berkahwin 6 tahun.

Sekali pun tak pernah ada air segelas tersedia ketika aku pulang dari kerja. Aku buat sendiri. Kalau baju kotor, dia basuh yang dia punya dan anak. Baju aku dibiarkan. Selalu aku basuh semua kain baju aku, wife dan anak. Aku sidai, tapi bila dah kering, dia hanya kutip baju dia dan anak saja.

Baju aku dibiarkan terg4ntung di ampaian. Kalau 4 hari tak kutip, 4 hari lah dekat situ. Aku kutip dan lipat semua. Satu lagi, kalau dia bercakap dengan aku, tinggi suara, diherdik. Pernah aku kena maki. Tapi kalau dia bersembang atau bercakap dengan orang atau jiran, lembut suaranya. Lembut terserlah keayuan dia. Sama juga kalau aku balik ke kampung dia. Depan mak bapak dia dan adik beradik dia, lembut saja.

Tapi ayah mentua dan mak mentua perasan semua tu. Anak mereka, pasti mereka tahu. Setiap kali kami nak balik, ayah mentua dan mak mentua akan peIuk aku dan selalu bisik pada aku, “Kamu sabar ya. Mak tahu apa kamu rasa.”

Ayah mentua pun selalu bisik, “Jaga anak, jaga isteri. Abah tahu anak abah macam mana. Kamu sabar. Abah tahu sabar kamu tinggi. Sebab tu dia ditinggalkan bekas suaminya dulu.” Itu lah ayat ulangan setiap kali balik kampung wife.

Bab nafkah batin, pernah dinafikan selama 3 tahun. Aku mampu bersabar. Aku pun ada khilaf aku sendiri. Berbalik pada h4mba Allah yang bantu aku. Dia single, tapi kami berhubung setakat tu saja. Dalam hati aku tak pernah terfikir pasal dia. Aku tak mahu curang. Aku sayangkan keluarga aku. Harap tahun ni dapat lah wife berubah. Aku hanya mampu berdoa selagi nyawa ada dalam jasad. Maafkan aku cerita panjang. Harap jangan minta lukis. Selamat Hari Raya.

Ulasan pembaca :

Jay Dino : Awak dah tak perlu bagi nafkah pada dia sebab dia tak tunaikan tanggungjawab dan culas. Memang dia kena terima hakikat ni. Jadi gaji kau tu simpan lah untuk diri sendiri pula. Bukan ajar buat tak baik tapi bagi isteri kau lebih sedar. Jika tak sedar juga, madukan dia sebagai balasan perbuatan dia. Memang layak pun dimadukan sebab tak sedar diri.

Lin Yein Anuw4r : Potong duit belanja isteri. Kalau dah tahu isteri jenis kedekut sangat, awak buka satu akaun yang awak simpan bulanan untuk masa masa kecemasan. Jangan serahkan duit yang banyak pada isteri. Barang dapur awak bawa isteri pergi beli dan awak bayarkan.

Seminggu sekali awak pergi pasar untuk beli barang basah untuk seminggu. Bro, awak sebagai suami mesti ada simpanan terutama waktu – waktu kecemasan contohnya anak s4kit. Isteri dah tahap kedekut macam tu, awak tak boleh harapkan bantuan dia walaupun asalnya duit awak. Gunakan kuasa awak sebagai suami dan ketua keluarga.

Fara Baharudin : Tadi ada seorang isteri luahkan pasal suaminya, dan kisahnya seakan sama. Mungkin kamu berdua lah yang punya cerita. Untuk suami, kamu kena lebih tegas. Bila tak tegas, isteri ambil kesempatan dan suami akan dipandang sebelah mata saja.

Untuk si isteri, awak kuat atau hebat macam mana pun, suami tetap manusia yang awak kena tunduk, taat, patuh dan hormat. Tanpa keredaan suami, urusan awak di akhirat akan jadi susah. Jadi berhati hati dan segera minta ampun pada suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :