Lepas lahirkan anak ketiga, aku jadi benci suami. Salah sikit je, aku akan maki hamun dia. Suami akan minta maaf. Aku tak pernah hidangkan air, masak untuk suami..

Hal kerja rumah, suami buat 90%. Masak, basuh baju, lipat baju, kemas rumah dan uruskan anak kecil kami yang berusia empat tahun. Suami balik kerja terus masak untuk aku dan anak – anak. Pernah aku nampak suami menangis selepas aku herdik, hina dia. Baru ni, aku nampak suami komen dekat FB, dia nak bercerai..

#Foto sekadar hiasan. Assalam min. Minta hide dan post. Ini aku guna telefon suami aku. Aku ada anak tiga orang. Dua anak adalah dari perkahwinan aku yang dulu dan seorang dengan suami yang sekarang. Aku kahwin dengan duda tiada anak.

Alhamdulillah rezeki suami aku sekarang dah ada zuriat dari aku. Kami beza tidak jauh cuma dua tahun. Sekarang kami dalam empat series. Aku kahwin dengan suami aku ini baru masuk tahun kelima. Sejak aku ada anak ketiga, aku mula bencikan suami aku.

Suami aku ini segalanya cukup dia bagi. Nafkah, duit urusan anak dan segalanya. Dengan anak – anak aku sendiri pun dia tidak pernah kedekut. Sebulan dia akan bagi aku RM1500 untuk makan dan anak – anak serta RM500 nafkah untuk aku.

Kadang – kadang aku tahu sangat suami aku tu habiskan duit untuk aku dan anak – anak. Untuk dia, kadang – kadang sebulan tu tinggallah RM250 hingga RM300 untuk dia guna pakai kerja dan minyak motosikal dia. Kadang – kadang kalau suami aku sesak, dia minta nak pinjam duit dari aku RM10 pun aku tidak bagi.

Kadang – kadang aku tengok saja muka dia tengah bersiap nak pergi kerja. Aku tahu dia tunggu duit yang dia nak pinjam. Aku buat b0doh saja. Aku tidak bagi walaupun aku tahu dia nak isi minyak motosikal, bukan untuk makan. Aku selalu herdik suami aku. Aku selalu marahkan dia, salah sikit saja pasti aku akan marah dia tapi dia diam saja.

Pernah aku sengaja tidak bercakap dengan dia selama enam bulan dan kalau dia minta nak bersama, aku buat tidak tahu saja. Ini dah dua tahun aku tidak bagi dia sentuh aku. Dia bukan minta selalu, sebulan sekali pun aku tidak bagi. Hal kerja rumah tangga dia buat sembilan puluh peratus. Masak, basuh baju, lipat baju, kemas rumah dan uruskan anak kecil kami yang berusia empat tahun.

Setiap tahun kalau dia dapat bonus, lepas tu dia akan habiskan untuk kami semua. Dia akan bawa bercuti. Dalam negeri kadang – kadang luar negara, tapi seratus peratus semua atas dia. Dia balik kerja pasti dia akan masak untuk aku dan anak – anak. Sepanjang aku kahwin, baru empat ke lima kali saja aku siapkan air untuk dia minum. Itu pun masa dia dapat gaji.

Suami aku tidak pernah merungut apa – apa yang aku buat pada dia. Bab solat memang dia tidak tinggal. Tapi aku tidak faham kenapa aku benci sangat dengan suami aku. Pernah aku nampak dia menangis selepas aku herdik dia dan aku hina dia. Apa yang keluar dari mulut dia, dia minta maaf walhal salah aku. Tidak putus putus dia minta maaf dan berterima kasih pada aku.

Aku tahu dia berterima kasih sebab dia memang nak sangat ada zuriat sendiri. Sebab dari perkahwinan dua kali suami aku dulu, dia tiada zuriat. Dah umur empat series baru dia ada zuriat dengan aku. Aku selalu cuba nak renggangkan anak kami dengan dia.

Baru – baru ini anak aku nak tidur malam dengan suami aku. Sejak dilahirkan memang aku tidak bagi anak kecil aku tidur dengan dia. Aku jadi s4kit hati. Satu malam tu aku bangun, aku lihat anak aku tidur dengan tangan dok belai muka suami aku.

Aku tahu anak aku rindu sangat dengan suami aku, tapi aku saja tidak bagi dia tidur dengan bapa dia. Dah empat tahun kami tidur asing, bilik sebelah – sebelah. Aku tahu suami aku tidak curang dan aku pun tidak curang, tapi perasaan benci tu membuak – buak.

Aku tahu suami aku baik, hormat orang tua aku. Mak ayah aku sayang sangat pada suami aku. Ipar duai dia, hormat pada keluarga dia, bertanggungjawab. Duit nafkah belanja tidak pernah miss, solat tidak tinggal. Rajin masak, kemas, basuh baju, lipat baju, segalanya. Memang susah nak dapat suami macam mana suami aku sekarang ini.

Aku tak mahu suami aku tinggalkan aku. Aku jadi takut. Aku abaikan kebajikan dia. Aku tak jaga dia dengan baik. Aku berd0sa sangat pada suami aku. Aku tahu dia ada dalam page ni sebab dia pakai dua Facebook. Aku selalu baca komen dia macam luahkan amarah dia pada isteri atau perempuan yang abaikan tanggungjawab pada suami.

Baru ini aku terbaca satu komen dia di page ni yang buat aku rasa terkesan sangat. Dalam komen dia, dia macam nak tamatkan perkahwinan kami, walaupun komen itu tidak merujuk secara terus. Aku jadi takut. Aku kesal sangat sebab sekarang ini suami aku dah tak bercakap dengan aku langsung.

Walaupun memberi salam ketika dia pulang dari kerja, dia tidak hulur tangan dia untuk aku salam dan dia tidak lagi mencivm dahi aku kalau dia nak pergi kerja. Yang aku nampak, dia akan civm anak, zuriat dia, kami puas – puas sambil air mata dia jatuh, menangis setiap pagi selepas solat subuh.

Masihkah ada sayang dari suami aku. Aku takut terlambat nak betulkan semua keadaan. Aku derh4ka pada suami aku. Aku pend0sa pada suami aku. Aku tidak kisah kalau w4rga FB nak hentam aku. Apa yang aku nak ceritakan ini sebab aku tidak mahu korang jadi macam aku. Aku derh4ka. Semoga aku masih sempat bertaubat dan hormat pada suami aku.

Ulasan Pembaca :

Masiah Pardi : Sebelum dia lafazkan sesuatu yang h4ng sendiri tidak sanggup nak dengar, pergi minta maaf. Buat kerja rumah sama – sama. H4ng ni spesies tidak bersyukur. Apa lagi yang kurang. Cukup segala. Allah laknat tahu tolak kemahuan suami. Minta maaf dan jalankan rumah tangga dengan harmoni kerana Allah. Jangan lupa solat berjemaah. Faham

Yanna Yanna Liana : Eh aku macam ada terbaca luahan laki dia dekat page ni. Ini bini dia pula ya. Kalau rasa tidak mampu nak jaga suami tu baik baik, elok – elok, ramai yang dekat luar tu boleh tolong jagakan. Awak sepatutnya bersyukur suami awak setia. Ubah lah per4ngai tu untuk jadi yang baik untuk keluarga kecil awak kalau masih sayangkan dia. Awak beruntung dapat suami macam dia. Kalau dapat lelaki lain, memang menjanda lagi lah kau untuk kali ketiga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :