
Kami dik3jutkan dengan khabar ayah positif HIV. Aku fikir mungkin ini peluang terakhir untuk dia insaf. Aku bawa ayah balik, aku jaga dia. Sehinggalah pada satu hari polis serbu rumah aku. selepas diselongkar, rumah aku penuh dengan alatan menghisap. Aku halau ayah..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, minta tolong hidekan identiti aku ya. Sebelum ini banyak yang aku baca kisah tentang suami penagih dan masih bertanya pendapat sama ada mereka mahu teruskan atau tinggalkan sahaja hubungan tersebut.
Ada yang berkira – kira untuk tinggalkan hubungan t0ksik ni dengan alasan fikirkan anak – anak. Tu yang membuatkan aku nak kongsi perjalanan kisah hidup aku sebagai anak kepada seorang pen4gih d4dah tegar. Zaman kanak – kanak kami tak sama macam kanak – kanak yang lain, kenangan manis hilang entah ke mana.
Dia seorang ayah yang tak pernah layak digelar bapa. S4kit pening, m4buk, kami anak – anak yang jadi m4ngsa. Kalau dia balik ke rumah, kami adik beradik akan jadi takut. Takut dengar bunyi pintu dibuka, takut dengar suara dia naik, takut kalau – kalau malam itu akan jadi malam yang penuh jeritan dan tangisan.
Ada masanya kami terp4ksa berkurung dalam bilik, kunci pintu, sebab dia meng4muk tak tentu pasal. Kadang – kadang duit belanja sekolah pun habis dia ambil. Pernah juga aku ke sekolah dengan perut kosong sebab tak ada apa nak makan di rumah.
Masa itu aku masih kecil, aku tak faham kenapa hidup kami begini, aku cuma tahu aku malu bila kawan – kawan cerita pasal ayah mereka. Ibu pula bekerja siang malam. Namun pend3ritaan kami berlalu bila mana ibu dah berpisah dengan dia.
Dipendekkan cerita, selepas bertahun berlalu dan kami adik beradik masing – masing dah ada kehidupan sendiri. Aku berkahwin, ada keluarga sendiri, ada anak kecil yang baru nak membesar. Ibu pun dah bahagia dengan pilihan baru yang beriman serta baik akhlaknya.
Tiba – tiba kami dik3jutkan dengan khabar ayah positif HlV, positif pula. Ayah terp4ksa keluar masuk wad dan kami hanya mampu buat apa yang terdaya. Masa pertama kali tengok dia di hospital, badan dia susut, muka dia lain sangat. Dalam hati aku bercampur antara kasihan, marah, dan kecewa.
Walau bagaimanapun harapan kami adik beradik masih sama, mohon agar dia berubah setelah mendapat baIasan dari Tuhan. Aku bawa dia balik ke rumah dengan niat nak jaga sebagai seorang anak. Aku fikir mungkin ini peluang terakhir untuk dia insaf, mungkin dengan s4kit yang dia tanggung, dia akan sedar dan berhenti.
Aku sediakan bilik, aku belikan ubat, aku jaga makan minum dia. Tapi dalam masa yang sama, hati aku tak pernah tenang. Setiap kali keluar rumah, aku risau tinggalkan anak dengan ayah. Setiap kali balik, aku periksa sekeliling rumah, takut ada benda – benda yang aku tak nampak.
Sehinggalah pada satu hari polis serbu rumah aku. Rupa – rupanya selepas diselongkar, rumah aku penuh dengan d4dah, jarum dan sebagainya. Ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu, malu aku dengan jiran – jiran. Anak aku menangis ketakutan, suami aku terdiam, aku pula rasa dunia macam runtuh atas kepala.
Sekali lagi hati kami h4ncur dengan per4ngai ayah yang masih lagi tak nak berubah. Selepas kejadian tersebut ibu pun dah tak izinkan aku jaga ayah. Tapi kisah ini belum berakhir lagi. Ayah kerap ulang alik datang rumah aku untuk minta duit.
Tuan puan bayangkan hampir setiap hari dia datang minta duit. Kalau aku tak layan dan tak buka pintu, dia akan tidur depan pintu pagar rumah. Pernah satu malam, hujan lebat, dia masih duduk di situ sambil merayu. Aku menangis dalam rumah, suami aku pun buntu nak buat apa.
Oleh sebab dia sa4it dan ada tibi juga, dia ugvt tak nak makan ubat selagi tak dapat duit. Untuk pengetahuan, anak aku baru berusia 1 tahun, sejujurnya aku risau kalau anak terkena jangkitan dari peny4kit ayah. Setiap kali ayah batuk, aku rasa macam nak menjerit.
Aku lap semua benda yang dia sentuh, aku basuh tangan anak berkali – kali, aku hidup dalam ketakutan yang aku sendiri tak pernah bayangkan. Itu yang buat aku dan suami tak tenang. Satu lagi, kalau kami adik beradik lepas tangan, nanti hadirlah abang dan kakak ayah, mereka labelkan kami sebagai anak derh4ka. Mereka cakap kami tak kenang jasa, tak ada perasaan, pentingkan diri sendiri.
Tapi mereka lupa ke sebelum ini apa yang pernah berlaku, kami ibarat tak pernah wujud pun dalam keluarga mereka. Masa kami kecil dulu, masa kami lapar, masa kami kena pukuI, masa kami takut, tak seorang pun yang datang bantu.
Satu hari itu ada lagi berita yang meng3jutkan kami, kali ini kecoh pula tentang kes curi. Sampai dah ditangkap pun kemudian dilepaskan atas sebab kesihatan. Maka kesabaran aku memuncak. Aku halau ayah hingga berlaku sedikit kekecohan sampai semua jiran boleh dengar.
Memang teruk juga pertengk4ran masa itu. Ayah maki aku, jerit, cakap aku anak tak guna. Aku pun terlepas cakap, aku kata aku dah penat hidup dalam ketakutan sejak kecil. Aku dah tak kisah dah bila dilabel sebagai anak babi, anak tak guna dan sebagainya sebab aku lagi risau peny4kit ayah berjangkit pada anak sebenarnya.
Dan sejak dari hari itu sampai hari ini aku dah tak nampak ayah. Ada masa aku rasa bersalah, ada masa aku rasa lega. Dalam doa aku, perasaan itu bercampur. Apa pun terjadi aku tetap mendoakan semoga Allah ampunkan dosa kami semua dan juga ayah.
Untuk pengetahuan semua, salah seorang dari kami dah pun dijangkiti tibi dan sekarang masih dalam proses rawatan. Setiap kali tengok dia makan ubat, aku rasa takut, aku rasa marah, aku rasa sedih. Semua ini berpunca dari satu perkara yang sama, d4dah.
Maaf andai perkongsian tentang kisah aku ni agak membosankan, namun aku harap dapat membuka ruang fikiran anda yang bercita – cita nak jadi pen4gih, ataupun para wanita yang masih bertahan menjadi isteri sang pen4gih. Yang masih ada hati nak ambil risiko jadi bakal isteri pen4gih walaupun dari awal sudah tahu apa yang bakal suami buat.
Pend3ritaan yang kami lalui sangat panjang, sangat s4kit dan sangat membebankan. Fikir dan fikir sedalamnya untuk buat suatu keputusan yang mendatangkan d3rita berpanjangan macam ini. Jangan ulang kesilapan yang sama. Jangan p4ksa diri hidup dalam api dengan harapan api itu akan padam sendiri. Terima kasih admin. Semoga kita semua diampunkan d0sa dan dapat berjumpa sama – sama di syurga Allah nanti.
Ulasan pembaca :
Rossmareitha Mohd Rosli : Semoga isteri – isteri bajet solehah yang sanggup bertahan demi anak – anak baca dan hadam kisah ini. Jangan pentingkan diri sendiri tapi guna alasan bertahan demi anak – anak. Anak ini amanah Allah, kalau kau tak mampu nak jaga amanah Allah, kau nak harapkan siapa lagi.
Kepada tuan tanah jangan peduli orang nak cop awak anak derh4ka ke apa sebab orang hanya pandai bercakap. Jadilah anak yang baik untuk ibu awak dan jadi ibu yang baik untuk anak – anak awak. Semoga kita semua dilindungi Allah, Amin.
Nur Hidayah Sabri: Dilema betul kisah awak ini, nak ditelan m4ti emak, nak diluah m4ti bapa. Hmm, nak halau itu ayah kandung. Entahlah, cumanya aku harap bawalah dia pergi pusat serenti. Makan minum cukup dalam itu. Nanti dalam itu mereka akan buat pemeriksaan kesihatan. Positif tibi, nanti mereka akan kuarantinkan pes4kit dan pes4kit kena pantau makan ubat. Usaha sis.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.