Masa bercinta lagi suami akan wajibkan aku telefon dia 24 jam walaupun tengah tidur, kalau tak dia fitnah aku ada jantan lain. Aku bertahan sampai kami kahwin..

Jadi kenapa aku nak tinggalkan lelaki yang sangat baik ni? Sanggup layan aku macam puteri raja. Walaupun kelemahan dia suka memfitnah aku macam  -macam. Kalau aku takde duit, dia akan bagi semua duit yang dia ada dalam wallet. Lepas kahwin per4ngai psiko dia masih ada…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, harini aku nak share kisah suami aku yang psiko sebelum berkahwin. Suami aku ni 2 tahun lebih tua dari aku, cara kenal tu tak payah cerita la kot. Kang panjang pulak nanti korang sibuk suruh lukis.

Masa aku bercinta dengan dia tu aku baru dapat taw4ran belajar IPTA di Penang. Mula – mula bercinta aku tak dapat detect lagi dia punya psik0. Bila dah berjauhan barulah nampak dan aku sedar. Masa tu kami dah bertunang. Antara siksaan dapat tunang psik0 ni cemburu dia tahap melampau – lampau.

Walaupun aku setia dan sikit pun tak pernah curang, bila ada something yang dia tak puas hati dia akan menuduh dan memfitnah. Antara fitnah dia ialah dia fitnah aku keluar jumpa lelaki lain belakang dia. Bila pukuI 12 pagi ke atas dan aku minta diri nak tidur sebab esoknya kelas pagi, dia akan fitnah aku tak tidur.

Kononnya aku nak on call dengan lelaki lain pulak. Kami sering bertekak. Dulu aku tak pernah maki orang, bila dah selalu bertekak dengan dia yang suka fitnah aku, perkataan b0doh, b4bi, siaI semua aku keluarkan. Mana tahan orang duk fitnah kita melibatkan maruah, macam kita ni perempuan murahan nak keluar dengan lelaki lain.

Ok sambung balik. Tu baru bab cemburu buta. Antara tanda lain pula ialah dia kongkong aku melampau. Bila nak tidur tengah malam, wajib on call. Memandangkan aku ada roommate, jadi untuk elak ganggu dia tidur aku pakai earphone.

Aku dah ikut kehendak dia, nak on call masa tidur. Bila dah ikut lain pulak jadi. Bila aku minta tidur awal sebab kelas pagi, dia mesti tak puas hati. Jadi dia akan cuba cari salah aku. Bila on call sambil pakai earphone bunyi ni terhad. Aku pernah tertindih dia punya microphone, jadi dia tak dapat dengar nafas aku.

Apa lagi, esok paginya fitnah aku tak tidur, fitnah aku letak telefon bawah bantal dan keluar bilik pergi on call pakai telefon lain. Tu kalau tak bunyi nafas. Ada sehari tu dia dengar bunyi aku bergerak melalui earphone tu, esoknya fitnah aku tak tidur lah. Sebab bunyi aku bergerak.

Kau ingat aku ni patung? Takkanlah tidur berjam – jam sekalipun badan tak beralih ke kiri kanan. Kadang – kadang dia punya fitnah kita tak boleh nak brain. Pernah jugak dia call masa aku dalam tandas. Bila masuk tengok – tengok dia dah call berkali – kali.

Dia suka call berterusan selagi tak diangkat call tu. Apa lagi, kena fitnah lagi lah. Aku dah explain aku ke tandas, dia siap suruh video call pergi masuk tandas tu balik dan tunjuk lantai basah sebagai bukti. Okay, ni antara cebisan je daripada cerita aku.

Banyak lagi benda psik0 yang dia buat. Last benda psik0 yang aku nak cerita ialah pasal suka ugvt bvnvh diri. Ada satu haritu kami bertekak dalam kereta. Dia meng4muk terus bawa kereta laju. Masa dia bawa laju memang berkali – kali nak kemaIangan dah.

Aku terus meng4muk nak putus tunang masa tu. Dia hentikan kereta tepi jalan yang banyak kereta lalu lalang, terus dia nak lalu tengah jalan biar kena Ianggar dengan kereta lain. Ada sesi pujuk memujuk jugak lah. Kalau diingat memang memalukan, ramai yang tengok kot.

Pernah jugak sekali kami berg4duh masa dalam kereta juga, dia siap keluarkan pis4u nak kelar pergelangan tangan dia. Mula – mula aku buat b0doh sebab ingat dia main – main je. Sekali memang sampai berd4rah dia punya tangan. Cuma luka tak dalam sebab aku cepat – cepat halang. Ni antara koleksi cerita ugutan dia.

Banyak lagi kalau nak cerita sebenarnya. Kami bertunang 4 tahun, macam – macam cerita dan macam – macam yang jadi dalam tempoh tu. Mesti ramai yang pelik kenapa aku masih bertahan dengan dia. Walaupun dia giIa macam tu aku tahu dia jadi macam tu sebab dia sayang sangat pada aku.

Dari kecil dia dapat mental abvse dari arw4h ayah, kena d3ra fizikal tu lagi lah. Mak dia lari tinggalkan dia dengan ayah sebab tak tahan kena d3ra. Dia membesar sorang – sorang. Bila jumpa aku, aku yang bagi dia kasih sayang. Sebab tu kot dia jadi terlampau takut untuk kehilangan aku.

Memandangkan aku ni pelajar psik0logi, jadi ilmu yang belajar tu aku praktikkan untuk pulihkan dia balik. Hebat kan. Walaupun dia psik0, aku tetap setia dengan dia. Tipu lah duk 4 tahun dekat universiti takkan tak ada lelaki lain yang mengorat. Ramai. Tapi satu pun aku tak layan. Dia pun sama.

Bukan tak ada perempuan lain yang nakkan dia. Ada siap pergi office tempat dia kerja minta terus nombor dia dari member dia. Tapi dia tak melayan pun. Kami sama – sama setia. Dia rajin sangat. Kalau datang rumah aku, dia akan datang bersihkan satu rumah, cabut rumput tepi rumah, cantas dahan, mop lantai rumah.

Kadang – kadang kalau aku yang masak, dia yang tukang cuci semua peralatan masak. Kalau aku tak ada duit nak makan dekat universiti, dia ada RM30 je dalam wallet, dia sanggup bagi aku semua duit tu dan dia sendiri berlapar. Aku pernah kemaIangan sampai kereta total lost, dia sanggup bagi pinjam kereta dia dekat aku berbulan – bulan walaupun tu je satu – satunya kend3raan yang dia ada.

Jadi kenapa aku nak tinggalkan lelaki yang sangat baik ni? Tapi alhamdulillah setakat 4 tahun bertunang dan sekarang dah 3 tahun kahwin, sekalipun dia tak pernah angkat tangan pada aku. Lepas kahwin per4ngai psik0 dia masih ada, tapi dah makin kurang.

Aku mula ajar dia macam mana nak kawal emosi, macam mana nak communicate elok – elok bila rasa insecure. Banyak malam kami duduk berbincang sampai pagi. Ada masa aku menangis sebab penat. Ada masa dia menangis sebab rasa bersalah.

Dia sendiri pernah cakap dekat aku yang dia takut satu hari nanti aku penat dan tinggalkan dia. Satu malam kami berg4duh besar. Punca dia nampak aku reply mesej classmate lelaki pasal kerja assignment. Terus dia buat per4ngai lama dia balik. Tuduh aku macam – macam.

Aku yang dah lama pendam terus meietup malam tu. Aku cakap aku dah penat jadi tempat dia lepaskan tr4uma masa silam dia. Aku sayang dia, tapi aku tak mampu kalau setiap hari kena hidup dalam tuduhan dan ketakutan. Malam tu pertama kali aku tengok dia diam lama. Tak menjerit, tak meng4muk, tak ugvt bvnvh diri macam dulu.

Dia cuma duduk hujung katil dan menangis macam budak kecil. Dia minta maaf dekat aku berkali – kali. Dia cakap dia sedar selama ni aku terlalu banyak bersabar dengan per4ngai dia. Esoknya dia sendiri ajak aku pergi kaunseling pasangan.

Dari situ baru aku nampak usaha dia betul – betul nak berubah. Perlahan – lahan dia belajar percaya dekat aku. Dia dah tak check telefon aku setiap masa. Kalau rasa overthinking dia datang, dia akan cakap elok – elok dekat aku daripada terus menuduh.

Sekarang dah masuk tahun ketujuh kami bersama. Kami masih berg4duh macam pasangan lain juga, tapi tak seteruk dulu. Kadang – kadang bila aku ungkit balik per4ngai psik0 dia masa bertunang, dia sendiri malu dan gelak. Siap cakap aku ni kuat sebab sanggup bertahan dengan orang macam dia.

Aku tak kata semua perempuan kena bertahan dengan lelaki macam ni. Ada orang berubah, ada orang tak. Aku sendiri pun hampir give up banyak kali. Tapi aku bersyukur sebab suami aku akhirnya sedar cinta tak boleh dip4ksa dengan kawalan dan tuduhan. Kadang – kadang orang yang paling susah nak bagi kepercayaan tu sebenarnya orang yang paling takut kehilangan.

Ulasan Pembaca :

Song Onim Circle : Aku suka baca. Walaupun awal – awal nak hamun sebab apa kau kahwin jugak, tapi bila baca alasan tu jadi kesian. Pend3raan ni memang boleh bagi kesan tr4uma. Nak pulak mak dia tinggalkan dia. Pasti benda ni jadi ketakutan untuk dia kalau penulis pun tinggalkan dia macam mak dia buat. Semoga penulis terus bahagia dengan suami dan suami dapat pulihkan tr4uma dia tu.

Rosezela Zaman : Dia terlalu takut kehilangan macam dia kehilangan ibu dia. Teruskan yakinkan dia yang awak akan setia pada dia. Ajak berjemaah dan sebulan dua kali pergi sertai kuliah agama, ceramah – ceramah. Semoga dia pulih.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :