Dulu mak ayah buang aku dan adik macam sampah. Sekarang mak tunggu depan sekolah anak aku nak minta duit, kereta dia nak kena tarik..

Lepas mak ayah bercerai, mereka buang kami macam sampah. Aku dan adik jual besi buruk, duduk dengan nenek. Selepas 20 tahun kami cuba redha, jemput mak ayah datang rumah. Mereka curi barang adik, kasut. Siap minta motor lama adik aku. Mereka tetapkan syarat kami kena bagi nafkah, tanggungjawab anak..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua, cerita aku ini jangan judge, cuma buat ikhtibar dan pengajaran saja. Aku ada dengan adik, dua beradik saja. Kami dua – dua Alhamdulillah, aku kerja sebagai HR Manager, adik aku sebagai Peguam Syariah. Adik panggil aku Kakak, aku panggil adik Mad.

Mad ini beza empat tahun dari aku. Dialah satu – satunya keluarga yang aku ada di muka bumi ini. Nak cari bakal isteri pun dia minta approval aku. Dipendekkan cerita, dulu sewaktu kami kecil, aku 10 tahun, Mad 6 tahun, ayah dan mak bercerai. Ayah seorang yang bekerjaya, mak pula suri rumah.

Mak seorang yang garang dan pemboros. Ayah pula seorang yang giat mencari nafkah, menyekolahkan kami dan menghidupi hidup kami. Selepas mereka berpisah, kami duduk dengan nenek. Tak lama lepas itu, ayah dan mak bernikah lagi dan dikurniakan cahaya mata masing – masing.

Aku dan Mad, dibuang, diabaikan dan dicampakkan. Aku dan Mad sama – sama jual besi buruk, buat kerja sambilan hantar tong gas dan hidup dari ihsan orang kampung. Kami adik beradik memang pentingkan belajar sampai jadi anak angkat guru – guru di sekolah.

Nenek pula rajin bersilaturahim dengan orang kampung, jadi kami memang baik dengan orang kampung. Nenek meninggaI ketika aku sudah masuk universiti dan Mad mengambil STPM. Kami luluh dan sedih teramat sehingga Mad mend3rita tekanan perasaan yang berat.

Dari segi kewangan, kami banyak kali memohon kepada mak dan ayah. Tapi selain diherdik, dih1na dan diperlekehkan oleh orang tua tiri dan orang tua kandung kami, kami tak dapat apa – apa. Cikgu – cikgu di sekolah yang tahu latar belakang hidup kami yang banyak membantu.

Cikgu, andai cikgu baca luahan hati aku ini, aku berterima kasih kerana tolong jaga adik aku sampai habis belajar. Cikgu yang dorong adik aku skor STPM dan ambil ijazah dalam Law. Cikgu, terima kasih jaga adik aku supaya dia tetap dalam landasan yang betul.

Terima kasih juga orang kampung yang selalu sedekah makanan bagi dekat Mad, yang selalu datang kadang – kadang bagi Mad kerja sambilan supaya Mad tak putus duit dan mampu sara diri sendiri. Aku? Mad takkan ambil duit aku sesen pun, sebab bagi dia, dia lelaki perlu menjaga aku. Dia perlu lindung aku.

Dengan duit kerja sambilan dan bantuan yang aku dapat, aku berjaya beli kereta Kancil tunai dengan harga RM3500.00, beli dengan orang kampung. Terima kasih, Pakcik. Terima kasih hargai jasa arw4h nenek dan bantu mudahkan urusan aku.

Sekarang aku berusia 37 tahun, Mad berusia 33 tahun. Mak mend3rita hutang yang banyak sebab anak – anaknya yang tak bekerja selepas habis belajar tapi ada komitmen tetap seperti membeli kereta dan motor loan kedai. Ayah pula mend3rita s4kit jantung.

Anak – anaknya semua dah berkahwin pun duduk di rumah orang tua. Ayah perlu menyara cucu – cucunya. Aku dan Mad pernah abaikan mak dan ayah. Tapi mereka kadang – kadang terpacul di depan pejabat. Bagaimana mereka tahu keberadaan kami?

Anak – anak mereka yang kononnya soleh dan solehah itu yang mengekori aku dan Mad. Sampai mak pernah tunggu depan sekolah anak aku sebab nak minta tolong kereta kena tarik. Aku ini lembut hati, jadi aku transfer lah. Kalau Mad, dia buat – buat tak kenal dan pernah laporkan kes ke polis.

Sejak akhir – akhir ini, kami keluarga kecil aku dan Mad berkumpul bercuti bersama keluarga. Ketika BBQ, aku berborak secara peribadi dengan Mad untuk hubungi mak dan ayah supaya kami tak diselubungi rasa bersalah. Jadi minggu lalu, Mad buat majlis sambut hari jadi, jemput keluarga mak dan ayah. Kami pun berempat bergambar.

Apa yang aku sedih? Ada beberapa perhiasan di rumah Mad hilang. Kemudian, ada adik beradik tiri kami minta aku cadangkan kerja, mendesak – desak. Ada yang minta Mad beri motor yang tak berpakai di rumah Mad kepada mereka. Tak kurang mak dan ayah minta bantuan kami, mereka mula menetapkan syarat setiap bulan harus menghulurkan duit belanja sebagai bakti anak kepada orang tua.

Kasut Mad hilang berkotak – kotak. Mad tak kisah hilang barang – barangnya, tapi dia sedih kenapa mereka tak dididik dengan adab dan sopan, sedangkan aku dan Mad, yang tak pun dididik oleh orang tua, tahu malu. Aku pula macam dah taw4r hati nak berbaik dengan orang tua kandung.

Cuma aku tak dikurniakan ketenangan jiwa bila aku mula berfikir untuk abaikan orang tua aku. Ya Allah, ampunkan d0saku. Aku tak kuat selepas lebih 20 tahun mereka abaikan kami dan tak menganggap kami d4rah daging mereka. Bagaimana aku nak cuba berdamai dengan takdir?

Namun tak kurang juga, Allah Maha Pengasih Penyayang. Dia kurniakan orang sekeliling yang baik dan ihsan. Kami masih berhubungan baik dan selalu membantu mereka sebagai balas budi. – Mel (bukan nama sebenar)

Komen Netizen:

Aku bagi fakta. Awak dan adik ditinggal oleh ibu bapa dan terp4ksa bekerja menjual dan lain – lain bersama nenek untuk menampung kehidupan sendirian dari kecil. Saud4ra mara dan orang kampung juga banyak membantu. Adik awak hampir kemurungan sebab kesusahan itu. Ibu bapa juga tak pernah mahu membantu dari segi kewangan.

Bila besar, awak rasa bersalah sebab tak mahu menghubungi ibu bapa. Tak ada apa salahnya berbuat baik semula dengan ibu bapa, tapi di situlah timbul masalah baru. Banyak barang yang hilang di rumah adik awak itu sebenarnya dicuri. Adakah awak hendak mencipta masalah baru selepas awak dan adik awak dah keluar daripada kisah itu dan hidup membina keluarga sendiri masing – masing tanpa mereka yang t0ksik?

Cuba bina hubungan, tapi buat sempadan yang jelas dengan adik tiri yang nampaknya tak berguna itu. Jangan keliru berbuat baik sampai memusn4hkan hidup sendiri. Ada pepatah mengatakan buat baik berpada – pada, buat jahat jangan sekali.

Nampaknya ibu dan adik tiri awak itu cuma hendakkan duit awak dan adik awak saja. Mereka tak ikhlas atas niat baik awak. Masih sempat untuk awak dan adik awak untuk mengasingkan diri daripada adik – adik tiri yang tak guna itu dan tolonglah ibu bapa awak sekadar yang mampu saja. Jangan berlebih, okey, jangan biarkan mereka naik lemak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :