Kejadian itu yang pertama buatkan saya benci Pak Long. Mak selalu berpesan kepada saya dengan kakak – kakak untuk sentiasa solat walaupun dia dan ayah tidak solat lagi. Tapi berlakulah kejadi yang buat saya benci dengan mak saya…
#Foto sekadar hiasn. Salam semua. Pada awalnya saya tidak tahu adakah ini jalan yang sepatutnya saya lakukan dalam meluahkan masalah saya. Maka, saya mohon maaf awal sekiranya cerita saya ini menganggu atau tidak menyenangkan pihak yang membaca.
Saya Nur (bukan nama sebenar), gadis berusia awal 20-an yang berasal dari negeri di Utara. Saya dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan tapi alhamdulillah rezeki yang mencukupi walaupun ayah saya seorang petani saja.
Saya mempunyai 5 orang adik beradik dan merupakan anak keempat. Namun, kehidupan keluarga kami diuji dengan masalah dunia dan kesan ini memberi trauma terbesar dalam kehidupan saya yang sekarang. Sejujurnya saya rindu waktu kecil sebelum saya berumur 6 tahun di mana waktu itu, keluarga saya boleh dik4takan menjalankan kehidupan sebagai Islam yang sebenarnya.
Mak Ayah masih solat waktu itu dan ayah tidak pernah meninggaIkan solat di masjid setiap waktu. Namun semua itu berubah bila satu hari Mak saya menziarahi rumah abang dia (Pak Long saya) dengan jiran bukan muslim saya dan ketika itu Pak Long saya sangat taksub dengan ajaran agama apa entah sehingga Pak Long saya mengk4firkan Mak saya kerana baik dengan orang bukan islam.
Balik saja dari rumah Pak Long saya, Mak saya terus tidak lagi mahu solat dan dia bercerita dengan ayah saya untuk tidak solat lagi. Kejadian itu yang pertama buat kan saya benci Pak Long saya. Mungkin orang akan fikir apa kaitan kata – kata Pak Long saya sehingga Mak ayah saya tak mahu solat lagi kan.
Panjang untuk saya ceritakan, namun kesan kata – kata itu memberi perubahan terbesar dan terburuk dalam keluarga saya. Namun, saya akui walaupun Mak saya sangat terIuka dengan kata – kata abang dia, tapi hati dia sangat baik walaupun macam – macam kata h1naan yang keluarga Mak saya selalu berikan, dia tetap memaafkan mereka.
Mak saya juga selalu berpesan kepada saya dengan kakak – kakak untuk sentiasa solat walaupun dia dan ayah tidak solat lagi. Waktu berjalan memakan tahun, kesan meninggaIkan solat itu juga memberi keadaan teruk dalam hubungan keluarga kami.
Boleh dik4takan kesan itu memberi 3 cerita dalam hidup saya, cerita pertama ini saya akan ceritakan masalah abang saya terlebih dahulu, jika ada rezeki lain saya akan menuliskan cerita mengenai s4ka keturunan Mak saya dan judi ayah saya.
Abang saya merupakan seorang yang kurang cerdik dalam pelajaran dan sering membuat masalah dan masalah terbesar adalah dia terlibat dengan penyalahgunaan d4dah. Dalam abang saya meniti usia remaja, dia sudah tersilap dalam memilih kawan sehingga barang – barang dan duit dalam rumah selalu hilang.
Waktu itu, saya sudah bagitahu mak ayah saya perbuatan abang saya tapi mereka tidak pernah percaya pada saya. Mungkin saya lupa untuk jelaskan kelakuan dan sifat saya. Saya anak yang manja dan selalu nakkan perhatian, mungkin sebab dari kecil mak ayah saya terp4ksa lebihkan adik saya yang s4kit, sehingga saya membesar dengan selalu nakkan perhatian.
Tapi kisah kanak – kanak saya juga penuh dengan air mata sebab selepas Mak ayah tidak solat lagi, ayah dan mak selalu marah berg4duh dan ayah menjadi sem4kin baran. Selalu kena pukuI, kena cili, kena ik4t dekat pokok itu adalah sebahagian dari kisah tr4uma yang duka buat saya.
Okay saya sambung semula kisah abang saya, keadaan abang saya yang selalu khayal dengan d4dah jenis sy4bu atau ‘ice’ ini buatkan dia semangat buat kerja sawah ayah tapi kalau dia tak dapat nak beli ‘ice’ dia akan meng4muk dan marah – marah.
Pertama kali dia ditangkap polis waktu saya berusia 18 tahun, tapi Mak ayah saya ini terlalu sayang abang saya sehingga mereka sanggup ik4t jamin dan percaya kata – kata abang saya yang dia kena ani4ya dengan kawannya.
Walaupun sudah beri peluang untuk bertaubat dan berubah, orang yang mengambil barang ini ket4gihan dia sangat susah untuk hilang menyebabkan abang saya sentiasa mengambil ‘barang’ itu sehingga kini. Dalam beberapa tahun, keadaan meng4muk, barang hilang dalam rumah dan sifat baran yang teruk buatkan Mak ayah saya takutkan pada abang saya dan diamkan saja perbuatan dia itu walaupun dia hisap dalam rumah.
Rezeki saya dan kakak-kakak alhamdulillah bertuah kerana kami diberi peluang oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran hingga peringkat Universiti. Walaupun nasib saya tak seberapa untung macam kakak – kakak saya tapi saya juga diberikan peluang belajar di Universiti terbaik.
Berbalik pada kisah abang saya, ketagihan dia menyebabkan dia selalu jadi halusinasi yang sangat teruk sehingga dia cuba member0ntak dengan barangan berbah4ya seperti pis4u dan k4pak. Keadaan menjadi sangat teruk apabila dia ada keistimewaan ibarat ada ‘lesen’ untuk membah4yakan kami sebab dia sudah dirujuk ke bahagian psiki4tri menyebabkan bila saja dia meng4muk, pihak polis tidak dapat menangkap dia kerana rekod ‘lesen’ psiki4tri itu.
Banyak kali sudah kejadian dia meng4muk selepas mengambil barang tu, dan yang paling memberi kesan tr4uma pada saya tahun lepas pada hari lahir saya. Abang saya meng4muk lagi akibat penangan barang itu sehingga kali ini dia sudah berjaya menc4ntas tangan ayah saya dan menolak Mak saya sehingga jatuh.
Keadaan ini betul membuat saya tr4uma sehingga hari ini dan menyebabkan saya membenci Mak ayah saya. Disebabkan saya yang waktu itu bekerja di negeri yang sama dengan rumah Mak ayah saya, saya terp4ksa pulang awal pagi untuk mengurus mereka dalam kejadian itu kerana kedua kakak saya bekerja jauh.
Saya ingat lagi, disebabkan kejadian itu kedua kakak saya sepakat ambil keputusan untuk lapor polis lagi dan penjarakan abang saya saja. Pihak polis berjaya kali ini sabitkan kes tapi pihak aadk pula campur tangan sebab waktu abang saya ditangkap itu, dia masih positif di bawah pengaruh d4dah.
Perkara saya paling benci pada pihak aadk adalah pegawai yang bertugas itu sanggup memberi jaminan aadk untuk membebaskan abang saya atas alasan dia ada kad psiki4tri. Walaupun pihak polis sudah bantu saya untuk menghantar abang saya ke pusat pemulihan d4dah, namun pihak aadk tidak mahu beri kerjasama buat kami dan mereka lebih sanggup dia dibebaskan sebab Pegawai yang bertugas itu kata pada saya, ‘mereka tidak mahu tambah beban mereka waktu pkp ini’.
Waktu itu Mak ayah saya sangat takut pada abang saya, dan Mak saya merayu pada saya untuk tinggal di rumah bersama mereka dan berhenti kerja. Sebenarnya lepas habis belajar waktu pkp, saya memang nak balik tinggal dan kerja berdekatan rumah Mak ayah tapi saya sendiri takut dengan abang saya bila dia terlalu high, macam – macam dia boleh lakukan sehingga buat saya pilih untuk kerja dan duduk asing dari Mak ayah saya.
Disebabkan rayuan Mak saya itu, saya sanggup berhenti kerja 24 jam dan membayar ganti rugi 1 bulan gaji. Tapi perbuatan saya itu sia – sia. Mak ayah saya tetap maafkan abang saya dan tetiba mereka menyalahkan saya seorang disebabkan saya yang berada bersama mereka pada waktu kejadian itu.
Mereka menyalahkan saya sebab laporkan pada polis dan aadk, kakak – kakak saya pun berpaling dan turut menyalahkan semua kejadian ini berpunca dari saya. Walaupun pada awalnya kakak saya berdua yang sepakat laporkan pada polis.
Terkontang kanting saya keluar dari rumah itu dan balik semula ke rumah sewa saya dan keadaan ini menyebabkan kehidupan saya yang sekarang menjadi seorang yang hidup dalam ketakutan dan saya senang kena serangan panik dan kemurungan yang berpanjangan.
Peristiwa ini juga salah satu keadaan yang buat saya terIuka dan benci dengan Mak ayah saya lagi. Mungkin saya boleh masuk cerita mengenai s4ka keturunan Mak saya. Mak saya merupakan anak bongsu dari 10 beradik.
Atuk saya seorang nelayan dan kami memang dari keluarga yang serba susah bukan senang tapi boleh dik4takan sebahagian besar cucu atuk saya (sepupu saya) sebeIah Mak berjaya dan keadaan ini juga menjadi punca inspirasi buat kami (saya dan kedua kakak) berjaya sambung belajar hingga peringkat Universiti.
Selepas kejadian Mak saya ‘dikafirkan’ oleh pak long saya, adik beradik Mak saya yang lain juga turut berg4duh dengan Pak long atas punca hanya tersilap dalam nak pi kenduri anak sulung pak long saya. Sehingga mereka adik beradik berpecah dan saling membenci pak long saya.
Saya ingat lagi waktu itu, ajaran ayah pin sangat terkenal sehingga kami menggelar pak long dengan gelaran ‘Ayah Pin’. Namun bak kata pepatah air yang dicinc4ng tak akan putus ini memang benar, seperti mana Mak saya yang boleh saja memaafkan pak long saya dengan mudah walaupun pelbagai kata h1naan dia dapat, begitu juga dengan bapak dan mak saud4ra saya yang lain. Ibarat jejak kasih mereka lakonkan.
Okay kita berbalik semula pada kes s4ka keturunan keluarga Mak saya ini, dari kecil apabila pulang ke rumah pus4ka, memang kami dimaklumkan dengan kisah perigi buta, ular yang besar dan silat harimau bila tok nenek moyang turun.
Kami juga selalu dengar kisah atuk kami yang pada waktu muda dia yang pandai berubat kampung (b0moh) dan kisah pak saud4ra saya yang susah nak meninggaI disebabkan tersalah ambil barang peninggalan atuk saya.
Bahkan Mak saya selalu cerita, waktu muda sebelum berkahwin dia selalu tolong atuk saya dalam membuat persiapan sebelum orang datang berubat macam bersih dan limaukan keris dan sediakan barang – barang atuk saya.
Keadaan itu mungkin menyebabkan apabila perigi buta dan rumah pus4ka itu dikacau, ular yang tok nenek moyang itu datang mencari rumah Mak saya (kalau orang baca ini mesti kata tipu dan tak logik kan) tapi inilah sebahagian kebenaran yang berlaku dalam hidup saya.
Tahun 2015, tanah rumah pusaka atuk saya telah dijual dan waktu itu pihak kontraktok sudah mula kerja untuk bersihkan kawasan tersebut untuk mula pembinaan, masa itulah mereka jumpa perigi buta dan traktor yang digunakan untuk membersihkan kawasan hutan itu telah terbenam dan muncul ular yang sangat besar.
Orang yang bekerja bersihkan tempat itu sampai jatuh s4kit dan tak boleh nak teruskan kerja dia, walaupun datang pekerja yang lain, keadaan itu masih sama sehingga mereka panggil pihak jpam dan bomba untuk menangkap ular tersebut.
Walaupun berjaya ditangkap, ular itu boleh hilang dalam perjalanan dan kembali ke perigi buta tersebut. Sangat anehkan, mungkin cerita ini tak seram sangatkan dan saya harap saya tak menulis cerita lawak. Keadaan ini buat penduduk kampung terutama orang lama dan yang kenal arw4h atuk saya, mereka percaya dan minta ahli keluarga kami berubat masalah ular tersebut.
Tapi entah di mana silapnya, seorang pak cik saya telah panggil b0moh siam dan b0moh itu berjaya tangkap ular tersebut tapi entah macam mana b0moh itu boleh bawa s4ka ular itu pada rumah mak saya. Macam tak logik kan.
Waktu pertama kali Mak saya kena rasuk dek s4ka itu, saya ingat lagi saya baru balik dari sekolah tengahari dalam waktu zuhur. Semasa kejadian itu kakak saya berdua ada di rumah kerana mereka tengah cuti semester. Waktu nak masuk rumah itu, saya hairanlah kenapa rumah saya semua tingkap pintu tutup, sebab yang kebiasaannya waktu tengahari begitu Mak saya sentiasa buka tingkap pintu sebab rumah kampungkan panas.
Saya buka pintu tapi lupa bagi salam, terus Mak saya (s4ka) bangun dan marah dia suruh keluar balik, masuk bagi salam. Terk3jut saya sebab suara Mak saya lain dan baru saya sedar ada benda yang tak kena dan saya lari ke jalan utama.
Lepas itu, kakak saya panggil suruh masuk dan bagi salam seperti yang s4ka itu mahu dan bersihkan diri dan solat. Dalam keadaan takut – takut saya masuk juga. Selepas itu, ayah saya panggil beberapa ustaz untuk berubat termasuklah dari darul syifa dan s4ka itu pon bagitahu lah yang dalam banyak – banyak anak atuk saya, hanya Mak saya seorang saja yang selalu bantu atuk saya berubat dan hanya Mak saya saja pernah atuk saya bagi mandi di perigi buta itu.
Sebab rumah dia kena kacau, dia hanya rasa selamat dengan berada di rumah Mak saya. S4ka itu kata dia hanya nak tolong anak cucu dia terutama Mak saya, s4ka itu boleh cerita kejadian yang lama yang menyebabkan Mak saya sudah tidak mahu solat lagi dan hal lain.
Memang sangat gerun dan takut saya, tapi saya tak tahu sebenarnya s4ka itu atuk saya sudah w4ris pada Mak saya dan benda itu akan terus berada pada w4ris lain. Walaupun dia tak pernah kacau yang teruk tapi kemunculan s4ka itu lah yang membongkar kisah perbuatan jvdi ayah saya.
Sebelum saya cerita kisah perbuatan jvdi ayah saya. Saya nak sambung cerita lain mengenai s4ka ini yang buat saya sem4kin benci Mak saya sekarang. Pada hujung 2019, mak saud4ra saya (satu – satunya kakak Mak saya) tetiba jatuh s4kit dan dia tak boleh nak bangun.
Keadaan dia boleh diibarat macam orang kena str0ke seluruh badan, tapi yang hairannya keadaan str0ke itu hanya berlaku ketika di rumah saja, bila kami membawa Mak saud4ra saya ke hospitaI terus dia boleh bangun dan berjalan walau sedikit lemah.
Pada waktu itulah, s4ka tersebut muncul kembali dan Dia marah sebab rupanya Mak saud4ra saya itu kena perbuatan sih1r orang hanya sebab kisah lama sudah. Sebelum itu Mak saud4ra saya memang ada pernah berubat tradisional dengan ustaz – ustaz atau b0moh kampung ini dalam hal s4ntau, sih1r dan h4ntu – h4ntu ini.
Jadi bila kali ini, s4ka itu muncul kembali dan sebab s4ka itu kata hanya Mak saya saja yang boleh bantu Mak saud4ra saya, maka Mak saya ini ikut saja kata s4ka tersebut. Dalam tempoh Mak saya menjaga Mak saud4ra, ada kisah lain yang buat saya geram dengan anak cucu Mak saud4ra ini.
Walaupun rumah mereka dekat saja dengan rumah Mak saud4ra saya, tapi entahlah tak pernah ambil kisah langsung dengan Mak atau maktok mereka. Mereka hanya datang bila waktu makan dan cucu ini datang bila nak keluar dengan lelaki sebab nak minta duit dekat maktok.
Sepanjang tempoh Mak saya menjaga Mak saud4ra saya, Mak saya yang keluar duit belanja barang dapur yang datangnya duit itu dari saya dan kakak – kakak saya. Mak asyik minta duit pada kami untuk beli barang dapur dan bagi pada Mak saud4ra sebab mak saud4ra kena bagi duit pada cucu dia.
Geram sangat perasaan waktu ini, sebab saya yang masih belajar di tahun akhir kena sara orang lain sebab dari umur saya 17 tahun saya sudah kena bekerja untuk sara diri sendiri dan nak belajar. Saya tak berapa untung macam kakak – kakak, waktu mereka nak sambung belajar selepas spm ayah masih lagi kuat bekerja cari rezeki, tapi waktu saya nak sambung belajar masa itu abang saya yang sudah ambil alih hal kerja sawah maka jadilah sepertilah yang saya cerita dekat atas itu.
Waktu Mak saya tolong berubatkan Mak saud4ra saya ini, bapak saud4ra yang lain taktahu langsung pasal s4ka peninggalan atuk saya ini sebab mereka kata atuk saya sudah buang semuanya sebelum dia meninggaI. Maka mereka marah dekat Mak saya sebab pandai – pandai nak berubat Mak saud4ra saya.
Walau sebenarnya dalam waktu itu, Mak saya tak sedar pon sebab diri dia dikuasai oleh s4ka keturunan dia itu. Selain Mak saud4ra yang s4kit, anak perempuan dia (Kak sepupu saya) turut s4kit tapi dia tak bagitahu. S4ka itu boleh dik4takan atuk saya sendiri sebab dia kenal semua cucu dia yang tua.
Cucu dia yang muda iaitu saya dan cicit – cicit dia tidak kenal dan marah. Semua anak Mak saud4ra saya (sepupu saya) s4ka itu kenal. Kakak sepupu saya waktu muda dulu pernah kena buatan orang, di mana salur laluan kemaIuan dia membusuk sehingga sekarang.
Waktu kejadian mak saud4ra saya s4kit itu ada kaitan dengan s4kit kak sepupu saya tapi kak sepupu saya diamkan saja. S4ka itu minta Mak saya untuk izinkan saya mandikan kak sepupu saya atas alasan saya sorang saja dalam rumah Mak saud4ra saya itu yang anak d4ra walaupun masa itu ada anak d4ra yang lain.
Saya yang takut, memang awal – awal menolak tapi sebab mak saya p4ksa dan kesian saya pada kak sepupu dan Mak saud4ra saya, maka saya ikutkan saja. Walaupun kak sepupu saya ada dua orang anak d4ra yang sudah baligh.
Selepas berubat itu, memang boleh nampak ada perubahan yang baik pada kak sepupu dan Mak saud4ra saya tapi dalam masa yang sama, saya taktahu sebenarnya diri saya sudah menjadi k0rban dalam kes berubat itu.
Bermula pkp, Mak saya sudah kembali ke rumah dan waktu itu saya pulang dari universiti dan belajar secara online di rumah. Waktu awal pkp, keadaan sangat teruk sehingga abang saya menjadi sem4kin teruk meng4muknya sehingga saya, Mak dan adik perempuan saya terp4ksa lari keluar dari rumah untuk dapatkan pertolongan.
Pada awalnya, jiran kami yang cina itu yang menolong dengan menumpangkan kami bilik di rumah dia tapi disebabkan Mak saya kesian melihat saya solat dan belajar di rumah orang bukan islam, maka Mak saya ajak saya untuk pergi ke rumah Mak saud4ra saya.
Waktu kami ke sana lah, berlaku lagi konflik dengan kak sepupu saya dan anak – anak dia. Kak sepupu saya marah dan kata kami ini asyik menyusahkan Mak dia (Mak saud4ra saya) dan mereka anak beranak juga menuduh Mak saud4ra saya s4kit dulu semuanya berpunca dari Mak saya, kalau bukan sebab mak saya datang ziarah Mak saud4ra saya, mereka kata Mak dan maktok mereka tak akan jatuh s4kit.
Sebabkan Mak saya tak tahan dengan kata – kata h1naan mereka, Mak saya suruh saya cari bilik atau rumah sewa untuk kami tiga beranak tinggal. Atas ihsan jiran cina saya itu, kami dapat tinggal di rumah kosong milik keluarga jiran itu.
Rumah itu tidak jauh dari rumah saya, jadi Mak saya minta saya pulang untuk ambil beberapa barang buat kami tinggal di sana. Waktu saya balik ke rumah lah ayah saya halau saya buat kali pertama dalam hidup saya, dia tak izinkan saya jejak kaki ke rumah dia. (kejadian ini berlaku sebelum kes abang saya menc4ntas tangan ayah saya).
Dalam tempoh kami tinggal tiga beranak di rumah ihsan jiran saya itu, Mak saya mengalami kemurungan sehingga ada campur tangan beberapa orang sepupu saya yang lain yang marah dan menuduh Mak saya lah punca Mak saud4ra saya dulu termasuk bapak saud4ra saya sendiri yang mengeluarkan kata – kata cemuhan itu.
Mereka ada mesej saya dan menghubungi Mak saya dengan marah – marah sehingga Mak saya buang telefon dan minta saya berjanji dengan dia, selepas ini kalau apa – apa terjadi dalam keluarga kami jangan lagi pernah mintak tolong atau cerita pada adik beradik dia.
Tapi itulah Mak saya hati dan akal dia sungguh mudah lupa dan senang memaafkan. Dalam keadaan kemurungan Mak saya waktu itu, Mak saya cuba membvnvh diri dia sewaktu saya dan adik tengah tidur. Dia sudah minum separuh r4cun dan Allah sedarkan saya untuk menolong Mak saya.
Sudahlah saya sendiri sudah penat dan takut, bila berdepan kejadian itu lagiIah saya sem4kin menjadi anx1ety dan tr4uma hingga sekarang. Bila keadaan di rumah saya sem4kin baik dan tenang, abang dan ayah saya pujuk Mak saya supaya pulang sebelum ke rumah.
Disebabkan pujukan dan janjian abang saya untuk berubah, maka Mak saya pulang ke rumah bersama adik dan tinggalkan saya. Disebabkan ayah sudah menghalau saya, maka saat itulah saya pilih untuk tinggal asing dari Mak ayah dan pilih bekerja terus di luar kawasan Kampung.
Dalam tempoh saya mula bekerja dan waktu pkp, maka jarang sekali saya balik ke rumah. Saya hanya mampu bagi duit belanja saja buat Mak seperti waktu saya belajar dulu dan saya mampu sedikit membeli Mak barang keperluan dapur yang hilang dan baru.
Waktu itu saya tak pernah pulang sekali pun meski raya, dan Mak saya hanya akan hubungi saya bila mereka perlu duit saja. Bila hari biasa saya call, Mak saya kadang – kadang tak menjawab pun siap tutup telefon lagi. Inilah juga sebahagian punca saya menjadi anak yang s4kit mentalnya, saya rasa saya ini tak berguna dan hanya diperIukan waktu mereka ada masalah dan perIukan duit saja.
Waktu itu saya memang sudah memilih untuk pergi terus dari keluarga tapi sebab saya pernah janji satu hal dengan Mak ayah saya maka saya tunggu sehingga masa itu tiba dan janji akan pergi. Sehingga hujung tahun itu, Mak saya nangis – nangis call cerita kakak saya berdua taknak lagi bagi duit belanja dan pujuk saya untuk balik sebab ayah saya sudah maafkan saya (walaupun saya tak buat salah apa pun waktu kejadian kami lari rumah itu) dan tak halau saya lagi.
Maka, saya pon mula balik ke rumah disebabkan keadaan pkp yang longgar sedikit. Sehinggalah terjadi kejadian malam abang saya menc4ntas tangan ayah saya itu dan selepas waktu itu saya yang menjaga Mak ayah saya dari s4kit sehingga baik sebelum mereka marahkan saya semula.
Waktu ini saya hanya tunggu untuk selesaikan janji saya pada mereka saja iaitu saya janji untuk bawa mereka ke majlis konvokesyen saya, itupun saya janjikan kalau mereka datang saya akan berikan duit seperti yang mereka mahukan, kerana mereka memang tak pernah ada keinginan nak datang ke majlis konvo saya pun.
Waktu saya keluar selepas kes abang saya itu, saya mula sedar keadaan diri saya yang sem4kin hari sem4kin teruk. Selain teruk s4kit mental kerana wujud rasa takut terlalu melampau, saya mula s4kit yang lain kerana perbuatan – perubatan s4ka pada Mak saud4ra dan kak sepupu saya dulu.
Awalnya saya cuba mem4ksa akal saya untuk menafikan tapi disebabkan sem4kin lama sem4kin teruk maka saya kena hadapi juga realitinya. Atas pertolongan pensyarah saya sewaktu belajar dulu yang boleh mengubati masalah ini, pensyarah menyatakan masalah s4ka keturunan dan meminta saya untuk pergi ke kIinik atau hospitaI doktor s4kit puan untuk pembedahan buang satu ketumbuhan yang berada di rahim.
Semasa ke kIinik dan menyatakan pada Doktor seperti mana pensyarah saya maklumkan, Doktor tersebut juga terk3jut dan hasil ct scan tidak menunjukkan ada apa pun dalam rahim saya tapi pensyarah tetap minta saya pergi buang dan alhamdulillah pensyarah saya banyak membantu saya dalam mengubati s4kit s4ka ini.
Ya, saya buat pembedahan kecil di sebuah hospitaI swasta walaupun Doktor yang menjalani pembedahan tersebut hairan sangat dengan permintaan pensyarah saya tersebut. Maka, antara perjanjian Mak saya dengan s4ka tersebut, saya lah yang akan meneruskan semua itu sekiranya Mak saya meninggaI.
Mak saya tak memilih kakak – kakak saya berdua sebaliknya saya yang terpilih. Mungkin waktu kalian baca hingga pada perenggan ini, kalian akan rasa tertipu atau tidak percaya tapi inilah kenyataan yang saya hadapi sekarang.
Sebelum majlis konvo saya pada bulan Jun, saya memang tidak lagi hubungi Mak saya tetapi waktu ini Mak saya tak henti – henti menghubungi saya, dan akhirnya saya yang jahat ini pun ada satu kecil bahagian hati yang lembut, maka saya pilih untuk balik semula ke Mak saya tapi itulah hal yang terburuk dan perkara paling menyesalkan saya.
Secara tiba – tiba, kakak kedua saya memilih untuk berkahwin. Keadaan itu menjadi punca, sebelum kakak saya bagitahu dia nak kahwin, saya ada mimpi beberapa perkara dan saya minta pertolongan pensyarah saya dan sebab itulah saya balik semula pada Mak saya.
Saya menceritakan semua mimpi saya pada Mak saya dan Mak saya sedikit pun tak percaya, saya maklumkan ada salah seorang kakak saya akan berkahwin tapi kakak saya tersebut terkena buatan minyak pengasih orang, ini memang kenyataan ya.
Disebabkan hal ini Mak saya suruh saya keluar dari rumah. Waktu itu kita lagi beberapa hari nak raya dan Mak saya siap cakap pada saya, walau apapun yang terjadi dia tak akan memilih anak dia dan tetap akan memilih kakak dia. (Mak saud4ra saya waktu ini Mak saya sudah berbaik semula dengan Mak saud4ra sebab kakak saya nak kahwin)
Mak suruh saya jangan balik lagi kalau saya hanya balik untuk merosakan kebahagiaan anak dia (kakak saya). Seolah saya ini nak rosakkan kebahagiaan kakak saya yang nak kahwin dengan beritahu Mak yang kakak terkena minyak pengasih.
Terus lagi sekali saya keluar dari rumah itu dan mengalami kemurungan, dalam masa yang sama Mak saya teringat janji saya jika mereka datang ke konvokesyen saya, saya akan bagi duit pada mereka. Maka, Mak saya tak habis hubungi saya sebab dia kata dia dan ayah saya jadi nak datang majlis konvo saya.
Pada awalnya saya nak batalkan niat ke majlis konvo tapi sebab dari kecil saya ada satu Impian iaitu nak tangkap gambar keluarga di studio. Maka saya tepikan ego saya dan saya bersetuju akan bagi duit pada Mak ayah jika memang mereka datang pada hari tersebut. (giIa kan saya waktu ini sebab nak tangkap gambar di studio saya boleh buat hal begini).
Saya konvo pada hari Isnin, waktu itu hanya Mak ayah saya saja yang datang. Selepas saya dapat selesaikan impian saya untuk tangkap gambar di studio, terus saya pulang ke rumah di kampung bersama Mak ayah saya buat kali terakhir.
Saya bagitahu Mak saya hari Isnin tersebut bahawa esok saya nak pergi ke Johor untuk mula kerja di sana. Esoknya saya keluar dari rumah itu dan balik semula ke rumah sewa saya bukan ke Johor sebaliknya saya mula menjalani rawatan s4kit saya.
Dalam tempoh beberapa bulan saya sudah mengalami pengalaman menjadi pes4kit yang lama di hospitaI yang sebelum ini saya tak pernah terfikir dek akal saya yang sihat akan menghabiskan sisa hidup saya di hospitaI atas kesan s4ka Mak saya itu.
Saya tak pernah langsung ceritakan pada Mak saya atau sesiapa yang saya s4kit. Saya ingat masalah akan selesai selepas saya hilangkan diri begitu saja dari keluarga saya, tapi saya silap. Mak saya masih terus menerusi hubungi saya dan kali ini lagi dahsyatnya, Mak saya menyuruh kakak sepupu dan cucu menakan dia untuk mem4ki hamun saya.
Tidak cukup itu, Mak saya cerita pada jiran – jiran saya taknak balik lagi ke kampung sebab saya ikut suami orang, atas alasan saya berkawan dengan suami orang, Mak ayah saya tak restu hubungan ini maka saya merajuk untuk tak balik lagi.
Sebaliknya bukan saya yang berkawan dengan suami orang tetapi kakak saya yang sulung yang berkawan dengan suami orang dan Mak ayah saya marah dia. Saya tak tahu apa tujuan Mak saya nak buruk – burukkan saya pada orang lain terutamanya jiran kami.
Walau pada hakik4tnya waktu ini saya sedang berjuaang meIawan s4kit saya yang berlaku disebabkan mak. Tapi dia boleh buat cerita buruk – buruk mengenai saya. Saya rasa saya tak dapat meneruskan cerita jvdi ayah saya. Mungkin nanti saya tulis di post yang lain.
Sebenarnya tujuan saya menulis kisah ini, saya nak minta tolong dan pandangan yang membaca macam mana cara untuk bantu saya hilangkan rasa benci pada Mak saya. Walaupun pada hukvm agamanya saya tahu saya sudah jadi anak derh4ka dengan mengabaikan panggiIan telefon Mak saya tapi saya tak tahu macam mana lagi nak hadapi masalah ini.
Ya, saya anak yang sangat rapuh dengan rindu meskipun ego saya cuba tinggi melangit. Saya ada tanya pandangan beberapa orang kawan saya, jawab mereka mudah iaitu suruh saya reda dengan semua ujian ini dan melupakan kesalahan Mak saya atas alasan Mak saya sudah susah payah mengandung, membawa saya ke dunia ini.
Tapi ada watak lain di sisi saya yang meminta saya untuk terus membenci Mak ayah saya. Saya harap orang yang membaca ini boleh berkongsi pandangan yang murni dan baik, maaf sekiranya kalian menganggap ujian yang saya hadapi hanya sekecil ujian saja di dunia.
Apa – apa pun, saya ucapkan terlebih dahulu ucapan terima kasih atas setiap komen yang akan ada sekiranya admin sudi mengepost kisah saya ini. Terima kasih admin, terima kasih netizen yang bakal membaca. – Nur (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
NurAz Wan : Nur, kalau minta pendapat saya, rasanya untuk waktu sekarang lebih baik awak putuskan betul – betul hubungn itu. Hanya fokus pada mengubati peny4kit diri. Tukar nombor phone, kalau boleh tukar rumah sewa juga.
Sebelum itu, cari seseorang yang awak betul – betul percaya dan ceritakan kisah awak yang sedang s4kit dan sedang berubat. Minta dia ceritakan pada mak awak, lepas beberapa waktu. Kemudian baru tukar nombor phone, beritahu juga awak akan tukar nombor tu, sebab perlu fokus dari semua gangguan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.