Saya nak luahkan tentang rumah mertua yang bersepah, kotor dan berbau busuk secara kritikal. Pernah saya masak, ambil telur dalam peti, telur itu pun dah macam berlendir dan expired. Dalam rumah ni ada 6 orang anak d4ra. Yang hairannya…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih sekiranya luahan saya disiarkan. Mohon maaf sekiranya penulisan ini berterabur, maklumlah saya bukan pengarang novel. Saya sudah berkahwin lima bulan dan saya bersama suami masih tinggal bersama keluarga masing – masing.
Kami tinggal di dalam negeri yang sama, tetapi suami bekerja dan menetap di Shah Alam manakala saya bekerja dan menetap di Kajang. Walaupun tidak tinggal sebumbung bukanlah masalah utama yang saya ingin tekankan.
Masalah yang ingin saya luahkan adalah mengenai rumah keluarga mertua yang bersepah, kotor dan berbau busuk secara kritikal. Untuk pengetahuan, suami mempunyai sembilan beradik, tiga lelaki dan enam perempuan.
Suami anak kedua sulung lelaki. Rumah mertua sangatlah tidak selesa untuk didiami. Mertua membela kucing yang banyak sehingga berbelas – belas ekor dan diletakkan di sangkar belakang rumah. Kadang – kadang ada kucing yang berkeliaran di dalam rumah juga.
Potty kucing merata – rata di dalam rumah, di dapur, ruang tamu, tangga dan ruang tamu atas. Kalau sudah banyak kucing, faham – fahamlah bagaimana bau rumah. Dengan bau hancing kucing dan bulu merata – rata. Kadang – kadang saya nak solat pun rasa musykil dengan kebersihan bilik suami sebab bilik suami pun ada bau hancing kucing walaupun tiada potty kucing dalam bilik kami.
Saya pernah bertanya suami, kucing banyak – banyak tak nak jual ke? Suami jawab, “tengok keadaan.” Serius saya rasa kadang – kadang nak makan pun tak lalu dengan bau kucing yang kuat sangat. Saya pun ada bela seekor kucing, tapi rumah saya tak ada bau kucing langsung.
Sebabnya kami sentiasa bersihkan sangkar dan potty kucing dua kali sehari di rumah ibu bapa saya. Grooming kucing dua minggu sekali. Ini baru cerita tentang kucing, belum lagi cerita keadaan dapur rumah mereka. Di dapur mertua, keadaan dapurnya sangatlah teruk seperti ner4ka.
Kotak – kotak yang dah tak pakai masih tersidai di kabinet dan atas peti, makanan – makanan yang sudah expired pun ada di atas meja makan, dalam peti, sampah tak dibuang, minuman TeaIive yang dah basi seminggu lepas masih ada dalam peti.
Dan bila buka peti, masya-Allah, bayangkanlah bau busuknya macamana. Kalau nak buat air atau makan kena cek betul – betul expired datenya bila. Pernah sekali saya masak dengan mertua, ambil telur dalam peti, telur itu pun dah macam berlendir dan expired. Yucks.
Bukan itu sahaja, kain baju berlonggokan di ruang tamu, ruang tamu atas, dalam almari. Di mana – mana sahaja ada longgokan baju yang bersepah. Setiap kali nak balik rumah mertua, saya bawa beg berisi kain sebab tak ada tempat untuk saya letak baju saya dalam almari suami.
Saya dibesarkan dalam keluarga yang pembersih dan kemas. Bukan ibu ayah sahaja yang jenis pembersih dan pengemas, makcik, pakcik dan nenek pun sama. Rumah kami sekeluarga tak pernah orang tak puji bersih, cantik, wangi dan kemas.
Kerana kami tahu, tuntutan agama dalam kebersihan rumah. Nak beribadat dalam rumah yang kotor pun rasa tak selesa. Nak dijadikan cerita, masa raya Aidilfitri, saya pulang ke kampung suami. Saya ingatkan rumah mertua sahaja yang bersepah, rupanya rumah neneknya pun bersepah.
Lantai melekit sampai tahap merah – merah daki di tapak kaki bila memijaknya. Sama sahaja dengan rumah mertua, kotor, berselerak dan berbau. Tak cukup dengan nenek, bila bertandang ke rumah makciknya juga, rumah makciknya juga bersepah macam tak ada rupa rumah dah.
Dalam hati kadang – kadang saya bertanya, ini rumah atau tempat pelupusan sampah? Kadang – kadang rasa berd0sa bila berkata negatif dalam hati, tapi rumah mereka memang tidak selesa betul untuk didiami oleh manusia normal macam saya.
Berbalik pada mertua, saya ada mention yang suami ada enam adik perempuan. Adik ipar perempuan semuanya tak boleh diharap. Tak ada inisiatif langsung untuk tolong mak mertua kemas rumah. Bangun tidur pun masing – masing bangun pukuI satu tengahari.
Turun makan, lepas makan sambung berkurung balik dalam bilik. Bila diajak keluar, masing – masing mekap dan dress up mengalahkan artis. Betullah orang kata, perempuan yang bergaya suka mekap ni belum tentu rumahnya bersih.
Saya bukan tak nak tolong kemas, tapi bukan tanggungjawab saya untuk kemas rumah mertua lagi – lagi bila mertua ada ramai anak perempuan. Lagi pun saya ni cuma lah menantu, saya tak ada hak nak usik barang – barang orang lain dalam rumah tu.
Bab solat? No komen. Keluarga saya amat menjaga waktu solat. Keluarga mertua kurang menjaga sikit bab solat ni. Kadang – kadang bila mertua ziarah ibu ayah, mereka main terjah je tak kira waktu maghrib ke waktu malam.
Sampaikan ayah saya sendiri tak selesa terima tetamu pada waktu – waktu yang tak sesuai kerana waktu mereka datang waktu kita berurusan dengan Allah. Suami, bila balik ke rumah saya kadang – kadang terbawa per4ngainya yang masih bujang.
Dia bangun lewat daripada saya, tapi tak nak kemas katil. Baju kotor pun dibiar atas katil dan lantai. Nampak benda bersepah dia boleh buat tak tahu je. Kadang – kadang saya rasa menyesal kahwin dengan lelaki macam ini.
Keluarganya pun sama sahaja, pemalas dan pengotor. Saya tak tahu bagaimana caranya untuk ubah suami supaya tidak terikut per4ngai negatif keluarganya. Saya masih buntu, pembaca. Mohon beri nasihat yang positif. Adakah saya terlalu cerewet? Apakah sy masih normal? Atau bersepah dan kotor itu sebenarnya normal? Terima kasih. – Sakura (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Wahai Nabil : Nasihat saya, 1. Focus keluarga awak sahaja. Tak apa, keluarga mereka bersepah yang penting keluarga awak mengutamakan kebersihan. 2. Perkahwinan masih awal, boleh slow – slow didik suami awak untuk jadi bersih.
At least basic okay dah macam baju kotor letak dalam bakul, sampah buang dalam tong, pinggan dah habis makan basuh, tandas kotor basuh setiap minggu. 3. Bentuk keluarga awak baik2 sebelum terlambat. 4. Kenal hati budi lagi. Mungkin awak tak nampak sifat suami awak sepenuhnya, luar dan dalam.
Shayna : Bab kebersihan memang berkait rapat dengan solat. Kalau solat tak sempurna, banyak lah pincang dalam rutin kehidupan seorang manusia. Balik rumah mentua, at least kemas dan bersihkan bilik sendiri. Untuk rasa yakin bila solat.
Suami tu pastikan dia solat 5 waktu sempurna. Sebagai isteri memang boleh ingatkan. Cuma nada suara tu biarlah lembut jangan sampai suami trigger. Kawal apa yang kamu boleh kawal je. Doa juga jangan putus untuk suami moga dapat hidayah petunjuk untuk perbaiki amal ibadah dan rutin kehidupannya. All the best.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.