Hari makcik aku meninggaI, mak aku buat per4ngai. Depan jen4zah, mak dan adik-adik burukkan arw4h. Selama ni aku diam..

Sepanjang aku hidup 40 tahun, tak pernah aku dengar makcik cakap buruk tentang mak. Tapi mak benci dengan keluarga ayah. Depan jen4zah makcik, mak dan adik – adik burukkan arw4h. Depan tetamu, tunjuk baik uruskan jen4zah…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Setelah sekian lama hidup, aku berIawan dengan diri sendiri untuk terima kenyataan yang mak takkan terima dan baik dengan diri aku sampai bila – bila. Aku bukanlah kanak – kanak yang jahat nak dibanding dengan yang lain.

Tetapi aku merasai pengalaman dibenci, dipulau, diejek, dih1na oleh mak kandung sendiri atas sebab yang remeh. Adik beradik aku suka mengusik sampai aku menangis, selagi aku tak menangis mereka takkan berhenti. Depan mak dan ayah, mereka suka berlakon.

Pernah dengarkan adik beradik yang mengejek adiknya sebagai anak angkat, anak pungut dan lain – lain. Bagi aku, benda ni langsung tak kelakar. Kerana perkara dibuIi beginilah, mak akan berat sebeIah, memihak kepada anak – anak yang dominan.

Acap kali, mak tanpa mendengar penjelasan aku, terus menghukvm aku. Masa ayah masih hidup, mak takut dengan ayah, mak akan menjeling, buat muka tak puas hati. Mak langsung tak pernah pandang aku dengan kasih sayang.

Sebaliknya ayah lebih penyayang dan adil. Ayah akan mendengar semua pihak dan menjatuhkan hukvm. Ayah memang garang dan tegas. Siapa bersalah, memang kena r0tan. Walaupun sering dimarah ayah, adik beradik aku tak pernah serik.

Bukan kes mengusik aku sahaja, malah mereka berg4duh sesama sendiri sampai bertvmbuk. Aku dari kecil melihat keg4nasan di rumah, ketidakadilan kasih sayang yang mak pamerkan, tidak rasa percaya kepada ahli keluarga sendiri. Aku juga jadi benci dengan diri sendiri.

Sehinggalah ayah meninggaI dunia, bertambah kebencian yang mak pamerkan. Abang kakak aku semua duduk asrama, aku lah yang jadi tukang lempias kemarahan mak. Waktu tu mak bermasalah dengan keluarga arw4h ayah, kerap kali aku pujuk diri yang mak tengah str3ss.

Aku cuba sedaya upaya membantu mak dalam kerja rumah. Satu apa pun tak pernah baik di mata mak. Ada sahaja salah aku. Aku tak kisah dipukuI, dir0tan, dibaling selipar ke atas kepala. Tetapi Iuka di hati lebih meny4kitkan.

Mak mula cerca, h1na aku. Mak kata mak tak akan duduk dengan aku bila tua. Mak kata aku penyebab arw4h ayah m4ti. Mak benci makcik, dan mak ejek aku seperti aku objek mak lepaskan s4kit hati pada makcik. Mak pandai bermain dengan emosi.

Di kala aku belajar bersungguh – sungguh dan mendapat keputusan yang baik, mak mula berbaik dengan aku. Mak nak aku kasihankan adik – adik. Sepanjang aku belajar, aku tak minta duit mak. Semuanya aku guna duit sendiri, bahkan aku yang memberi duit bulanan kepada mak.

Sedangkan pada waktu itu, abang kakak aku ada yang sibuk bercinta, ada yang sibuk berfoya – foya dengan kehidupan masing – masing. Hanya tahu meminta duit dari mak. Alangkah sedih dan kecewa aku, rupanya ada permainan mak selama ini.

Selain aku bagi wang bulanan, aku berikan juga duit khusus untuk adik lelaki aku yang waktu tu dia di universiti. Mak tak ceritakan pada adik aku sampai lah lepas dia dah dewasa dan bekerja. Aku tanya mak, kenapa tak bagitau. Mak kata tak perlu.

Sampai sudah adik aku rasa aku langsung tak berjasa padanya. Kerana itu dia masih bersikap kurang ajar dengan aku, sampailah berlaku satu kejadian yang buatkan aku rasa enough is enough. Ada juga kejadian yang aku rasa tertipu dengan mak berkenaan dengan duit.

Memang aku niat nak beri duit pada mak, tetapi bukanlah bermaksud mak boleh gunakan dan perb0dohkan aku. Begitu juga waktu aku kahwin, aku menggunakan sepenuhnya duit aku sendiri, tapi benda ni tak diberitahu kepada adik beradik aku, konon mak ada membantu aku.

Bila aku tanya berapa yang mak bantu, sebab setahu aku duit aku bagi sudah sangat mencukupi, sampai sudah mak diam. Yang kelakar, waktu hari kahwin, last minit mak suruh aku tukar bilik ke bilik abang aku sebab takut malu kalau saud4ra mara tahu dan bercakap – cakap.

Sebab bilik aku tu sangat simple, perabot pun aku beli sendiri. Lain masa kakak aku kahwin, mak siap beli perabot jati dan dihias – hias. Mak juga sponsor seingat aku beribu – ribu masa kakak kahwin, padahal aku zaman sekolah dan duduk di rumah ni mak buat macam tak cukup duit, rupanya beribu duit mak ada ye.

Rupanya jugak baju – baju kakak aku selama ni semuanya ditempah, dan baju aku dih1na – h1na oleh mak depan saud4ra mara. Banyak duit mak rupanya bayar tempahan baju kakak, baju aku pulak mak jahit sendiri, senget – senget pun aku pakai. Naif betul aku diperb0dohkan.

Meja pengantin pun pagi hari kahwin, jiran aku menolong buat katanya takkan lah tak ada meja pengantin, sudahlah pelamin pun tak ada. Semuanya dicas atas aku. Celah mana guna duit mak? Tergagap mak nak jawab dan faham – faham sendiri lah jawapannya.

Bukan itu sahaja, suami dan anak – anak aku yang langsung tak bersalah, yang langsung tak pernah meny4kiti sesiapa juga, jadi m4ngsa mulut jahat mak dan adik beradik. Bila aku bela suami dan keluarganya, adik beradik aku kata aku melebihkan keluarga mertua.

Kenapa aku bela? sebab mereka tak buat jahat pun kat korang. Bila aku bela, kenapa korang pulak s4kit hati? Mak sebenarnya lagi suka kalau aku dan suami tak berbaik. Itulah yang mak buat pada anak menantu yang aku perhatikan, sering nak lagakan. Aku tak makan umpan mak.

Daripada aku ikhlas mahu buat mak gembira, aku jadi s4kit hati yang amat sangat. Aku sentiasa harapkan doa mak, senyuman mak, kata – kata yang baik dari mak. Sampailah mak dah berumur 60 tahun lebih, aku rasa mak tak akan berubah.

Saat aku rasa sudah cukuplah semua ni, enough is enough, adalah hari apabila mak saud4ra aku meninggaI dunia. Mak cuba memburukkan jen4zah mak saud4ra aku, malah mak langsung tak menegur adik – adik aku yang mengata mak saud4ra aku di HARI KEM4TIAN dia.

Di mana ihsan kamu semua? Berlakon depan orang lain, konon bantu mengurus jen4zah tetapi dalam hati tu busuk. Kalau arw4h ayah aku hidup dan dengar apa korang cakap tu, rasa ayah akan gembira ke atau sedih kecewa?

Tu satu – satunya adik ayah, yang dia langsung sepanjang hidup aku hampir 40 tahun ni, aku tak pernah menyaksikan makcik berkata buruk. Sudah cukup aku berdiam diri, di saat mak mengata buruk mengenai atuk dan nenek aku di masa mereka hidup dan mereka m4ti.

Sudah cukup aku berdiam diri, bila mana mak cuba menghalang anak – anak dari balik menziarah di hari kem4tian mereka dulu. Kalau rasa tak mampu, tak payah uruskan jen4zah makcik aku tu. Tak ada siapa pun suruh. Tak payah buat kalau sekadar nak tunjuk “baik” depan orang lain.

Macam ni makcik aku diperlakukan. Rasa kalau aku yang jadi m4yat hari tu, macam ni jugaklah korang buat kan? Di saat adik perempuan aku bersikap kurang ajar mengata aku yang langsung tak beri wang pada mak, dan mak teruskan lakonan berdiam diri, play v1ctim as usual. Yang terlihat jahat itu aku. Sikit pun dan sehingga ke saat ini, mak langsung tak betulkan fakta.

Di saat adik lelaki aku menvmbuk aku, sejahat abang kakak aku takdelah bertvmbuk lagi dah, dia yang baru kahwin tak sampai setahun berani naik tangan acah hero, padahal jadi batu api, berani tvmbuk aku depan isteri yang dia baru kahwin tu. Sembang agama kalah kerajaan ayah pin.

Di saat kakak aku jadi batu api, memarakkan hubungan aku dan mak dengan sengaja. Konon nak jadi anak terpaling disayangi, back st4b adik sendiri pun tak rasa apa dah. Disaat mak biarkan aku kelihatan jahat, nah berjayalah apa mak idamkan selama ini.

Dari aku kecil mak dah pasakkan dalam adik beradik aku, yang aku ni begitu begini. Nah aku makbulkan impian dan doa harapan mak biar aku jadi anak jahat, anak derh4ka, anak tak bau syurga. Aku tak takut. Aku tahu Allah tak tidur.

Aku tahu Allah tahu aku mampu atau tidak. Aku tahu baIasan Allah. Aku tak mampu dah nak hidup dengan orang – orang t0ksik dan kaki pembuIi. Aku benci orang kaki manipulatif. Aku benci ayat yang konon nak aku berubah, tapi korang satu haprak pun tak berubah.

Aku benci kau nk takutkan aku dengan syurga dan ner4ka tapi korang sikit pun tak takut menggunjing daging saud4ra sendiri setiap kali. Aku berlepas diri, di saat mak berlakon depan suami aku, depan suami aku cakap lain, depan aku cakap lain.

Di saat mak berlakon depan adik beradik aku, depan mereka cakap lain, depan aku cakap lain. Aku berlepas diri dari menjadi anak yang baik (b0doh). Cukup sekadar aku doakan mak. Bila macam ni, adik beradik aku nak ugvt pasal kem4tian pula.

Tak, tak payah uruskan jen4zah aku kalau nak meny4kitkan. Masa hidup pun dah puas s4kitkan hati aku, di hari aku jadi jen4zah, cukuplah suami dan anak – anak aku uruskan aku. Tak payah nak meny4kitkan jen4zah dengan kata – kata jahat korang.

Sebagaimana mak memandang aku dengan kebencian, begitulah aku pandang mak sekarang. Nak ugvt aku pasal kasih sayang seorang mak, konon mak mana tak sayang anak. Aku juga seorang mak, tak gamak aku nak tunjuk benci kat anak.

Kau yang nak anak, anak yang beri kebahagiaan, kau pulak nak benci dia. Sungguh aku tak boleh brain ada mak begini. Dalam kes aku, wajib bagi aku melepaskan ik4tan diri aku dengan keluarga aku untuk menjaga akal fikiran, ruh kemanusiaan yang masih bersisa dalam diri aku.

Aku masih lagi belajar untuk biasakan diri hidup tanpa keluarga t0ksik. Cukup aku semaikan kasih sayang aku pada suami dan anak – anak yang lebih menghargai aku. Kadang – kadang orang luar yang entah dari mana ni, lebih menerima kekurangan dan menghargai kebaikan kita dari keluarga d4rah daging. – Kuntum (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

SyaFinaz Roslan : Betul.. Allah ada. Sedangkan doa yang diajar “peliharalah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka memelihara kani dari kecil”. Kalau pelihara buruk, buruklah. Pelihara baik, baiklah. So be it. Derh4ka? Biar Allah yang menilai.

Norwani Ibrahim : Terbaik sis. Dah ada kapal sendiri. Orang luar sekali pun, kalau diorang layak untuk dijadikan ‘saud4ra’ jadikan la saud4ra. Semoga berbahagia.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.