Hidung aku berd4rah, kepala berpinar. Isteri kata dia nak masa depan aku musn4h

Waktu aku taip ni, kepala aku masih lagi berdenyut. Aku cakap dekat suami A, aku sanggup kena pukuI lagi kalau itu yang buatkan isteri aku puas. Isteri aku tengok je, dia kata nak tengok masa depan aku musn4h, macam mana yang dia rasa..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, minta tolong hide kan profile aku. Aku nak kongsikan kisah aku dan pada masa yg sama aku nak tau pendapat dari orang luar. Beberapa minggu lalu, berlaku kejadian sungguh bersejarah bagi aku.

Kepala aku masih lagi berdenyut – denyut akibat kena hentak dengan kerusi. Mungkin juga ini pengajaran untuk semua lelaki di luar sana lebih – lebih lagi yang berstatus sebagai suami orang. Kisahnya bermula begini, aku merupakan suami orang dan mempunyai anak lelaki yang sangat comel berumur 5 tahun.

Awal tahun lepas isteri aku dapat tawaran bekerja di luar negara. Isteri mengambil risik0 untuk bekerja di sana dan meninggaIkan aku dan anak demi untuk family. Pada mulanya tiada apa yang ganjil. Aku uruskan anak macam biasa, pagi – pagi sebelum pergi bekerja aku akan hantar anak ke rumah pengasuh.

Pada suatu hari, aku telah mengajak salah seorang rakan pejabat wanita (namakan dia si A) dan dia setuju untuk keluar makan selepas waktu bekerja. Si A tu isteri orang yang suaminya juga kebetulan berada di luar negara.

Setelah itu kami jadi rapat sehinggakan selalu keluar makan sama – sama dan pernah jugak tengok wayang. Boleh dik4takan kami terjatuh sayang tanpa sengaja disebabkan masing – masing ambil berat sesama sendiri. Betullah kata orang bila berdua akan ada orang yang ketiga iaitu sy4itan.

Kerana dah keluar beberapa kali sama – sama kami pun secara tidak sengaja ada bermesra tapi tak pernah lah sampai terIanjur. Masa tu memang anak bini dilupakan. Kadang – kadang sampai anak terabai walhal aku yang sepatutnya jaga anak elok – elok.

Ye, memang silap aku sampai lupa semua tanggungjawab aku. Tapi aku masih lagi tau aku ni laki orang dan si A bini orang, aku masih hormat dia sebagai bini orang dan kami tak pernah lebih – lebih ke tahap yang seterusnya.

Memang pernah terdetik dalam hati perkara begini tak sepatutnya berlaku. Kitorang mula putvskan hubungan kitorang yang singkat tu dan rasa amat bersalah dengan apa yang telah kami buat. Tapi lain plak jadi, akibat kebosanan dan pengaruh kawan – kawan aku terjebak pulak dengan aktiviti perjvdian yang pada mulanya hanyalah suka – suka sehinggakan menjadi t4ik.

Modal mula – mula hanya RM10 je tapi lama – lama jadi beratus. Aku pinjam duit sana sini. Aktiviti aku ni tak diketahui oleh isteri. Setelah dia pulang bercuti ke Malaysia, dia dapat hidu aktiviti ni, sehingga satu hari dia sendiri datang kat tempat tu.

Aku yang sedang leka memang tak sedar isteri kat belakang. Sejak peristiwa tu memang kami selalu berg4duh besar dan jugak dia ingin meminta cerai. Dan disebabkan tu jugak dia tak ingin sambung kerja kat luar negara.

Aku betul – betul minta maaf, bertaubat dan berjanji tak akan ulang lagi buat benda tu. Ye, aku tinggalkan semua tu. Kes ni sampai ke pengetahuan ayah dan mak aku. Aku juga meminta maaf kepada mak ayah atas perbuatan aku dan berjanji akan membayar balik duit yang aku pinjam dari ayah semata – mata nak buat main jvdi dulu.

Setelah lama semuanya kembali kepada normal. Kami pun m4kin ok, kadang – kadang g4duh mulut tu biasa la. Isteri aku sejak balik oversea belom bekerja sehingga beberapa bulan. Ekonomi kami pun sem4kin tenat kerana aku sorang kena menanggung bayar rumah bil api, air, motor, kereta dan sebagainya.

Takpelah, aku boleh lagi bersabar dan harap dia dapat kerja sebab banyak dah tempat yang dia pergi interview. Berbalik semula kes aku dengan opis mate. Mungkin Allah nak tunjuk, selama aku berhubung dengan si A ni aku pakai fon lama.

Dan sejak aku pakai fon baru ni, wasap kat fon lama tu de-activate la. Jadi, aku pun tak perasan. Banyak mesej – mesej sejak dari awal kami rapat tu. Kami juga ade videocall melalui wasap. Videocall just untuk tengok muka sebab rindu.

Maklum la tengah angau masa tu. Fon tu memang aku dah tak pakai dan kebetulan Allah nak tunjuk. Setelah lama aku dengan si A stop berhubung, baru – baru ni isteri aku on dan masokkan simkad tengok mesej – mesej aku yang lama – lama dalam tu.

Perkara ni kant0i dan dia tanya siapa Si A. Dua hari lepas tu dia datang jumpa aku dan si A dekat area ofis di PJ. Si A pun dah meminta maaf atas kesilapan yang dah kami buat. Aku jelaskan semuanya, tak perlu lagi nak cover sebab dia ada bukti yang di screensh0tkan.

Aku mengaku semuanya dan aku bagitau jugak pernah bawa anak jumpa dia dan breakfast sama. Aku pernah jugak bawa anak pergi ambik dia dekat subang airport sebab kawan dia cancel nak datang ambik kerana hal em3rgency.

Lepas tu aku hantar dia dan balik. Aku juga pernah bawak dia datang ke kawasan rumah aku dan tunjukkan dia rumah aku. Dia masuk rumah dan hanya duduk di sofa dan aku ambilkan air untuk dia. Masa tu pun anak ade bersama aku dan lepas tu dia balik.

Ketika tu memang kami tak buat apa – apa. Setelah aku jelaskan dekat isteri, dia masih lagi tak puas hati. Dia nak jumpa suami si A. 3 hari lepas tu isteri aku pun pergi jumpa suami si A. Suami si A memang tak dapat terima ape yang dah berlaku.

Untuk puaskan hati semua pihak aku pun jumpa dan bersemuka suami A. Kami duduk bertiga sekali isteri manakala si A berada dalam kereta suami dia. Aku pun mula jelaskan satu per satu. Aku bagitahu suami A yang aku tak pernah lebih – lebih dengan isteri dia.

Perbuatan yang paling jauh kami adalah penah bercivm dan peIok je. Ye, aku tau benda tu pun dah salah dan Ianggar batas dan hukvmnya h4ram. Ye, aku mengaku aku buat d0sa besar dan buat silap besar kepada dia dan jugak wife aku.

Tapi aku tak sampai ke tahap mer4ba atau ke tahap yang lebih lagi sebab aku hormat dan tau dia isteri orang dan aku laki orang. Cuma pada saat dan ketika itu kami tak sedar. Suami A mem4ki hamun aku, semua m4kian cacian tu aku terima sebab aku yang bersalah. Biar aku yang tanggung semua salah ni. Bukan salah Si A.

Sambungan.. Setelah aku ceritakan semua kepada suami A, Suami dia pun lantas memanggil si A untuk datang duduk sekali. Ketika itulah aku dim4ki, diter4jang beberapa kali dan dih3ntak pakai kerusi dekat kepala. Takpe, aku tahan sebab aku tau salah aku.

D4rah mengalir keluar dari hidung, kepala aku berpinar. Aku tengok je reaksi isteri. Takpe, aku terima sebab sebelom ni aku yang buat salah, aku buat t4ik. Aku cakap dengan suami A kalo dia nak pukuI aku, pukuI la lagi sebab aku tau isteri aku akan dapat kepuasan yang dia cari.

Biar la wife puas tengok aku kena pukuI. Isteri aku cakap ini lah contoh baIasan laki yang curang. Suami A bagi pilihan sama ada aku atau si A yang berhenti kerja dan dia tak nak tengok kami kerja di tempat yang sama.

Sebenarnya isteri aku yang cadangkan benda ni. Jadi, aku cakap ni semua salah aku, biarlah aku yang berhenti kerja. Memang tu apa yang isteri aku nak. Dia nak tengok jugak aku sama – sama tak ada kerja macam dia. Dia cakap aku dah musn4hkan masa depan dia dan dia nak jugak musn4hkan masa depan aku.

Kalau benda tu boleh puaskan hati dia dan semua pihak aku akan penuhinya. Aku bangun dan pergi dekat husband A dan meminta maaf atas perbuatan aku selama ni. Kalau dia nak pukuI aku lagi, pukuI la aku atau tik4m la aku depan isteri aku asalkan dia dapat kepuasan sejati.

Aku teros blah dan masok kereta. D4rah non stop keluar dari hidung. Sambil berdoa, Ya Allah.. mungkin ni la baIasan yang patut aku terima, aku redha. Sekarang ni aku buntu tak tau nak buat ape. Ape yang patut aku lakukan?

Isteri aku dah failkan cerai kat mahkamah sebelum dia datang jumpa aku dengan si A tempoh hari. Aku dah pun berhenti kerja seperti mana yang aku janji pada suami A. Nasihat aku kepada semua kaum aku, jadikan kisah aku ni pengajaran kepada semua.

Walaupun isteri korang duduk jauh dari korang, jagalah hubungan korang dengan Allah. Jangan jadi macam aku sebab masa tu aku memang lalai dan lupa Allah. Sy4itan senang merasuk dan manusia memang mudah terpedaya dengan tipu daya sy4itan. Sekian. Wassalam.

Komen Warganet :

Dino JY : Dia dah dapat balasan atas apa yang dia buat. Sebagai manusia sapa kita nak menhukvm dia. Semoga Allah bagi petunjuk pada dia dan sepatutnya isteri dia maafkn dia dan bina hidup baru sebab belum tentu lapas ni kalau dia dapat pengganti akan lebih baik dari suami yang dah menyesal.

Sebab dia dah ada anak – anak 5 orang tapi mungkin isteri ni jenis pend3ndam sebab tu dia tak boleh maafkan. Maaf bukan bererti kalah tapi mengalah untuk mendapat berkat Allah… wallahhualam

Sazilah Salam : Alhamdullilah, awk seorang yang jujur. Kerana mengakui kesilapan awak. Awak seorang yang berani kerana sanggup terima semua ni demi wife awak. Saya doakan wife awak akan lembut hati dapat maafkn awak dan teruskn hidup bersama. Semoga awak kuat.. Insyaallah, da hikmah di sebalik semua ni. Semoga Allah murahkan rezeki awak.

Cik Puan Comel : Si A tak kena apa – apa ke? TT je kena.. kalau saya. Saya ganyang dia. Laki dia boleh beIasah tt sebab salah why not isteri tt ganyang dia juga. Sebab dia pun sama..”hukvman” berat sebeIah. Bukan salah si A?? Salah beb sebab dia tak jaga maru4h dia dan maru4h suami dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.