Aku ingat nak bertahan demi anak-anak, sekali aku yang tak tahan hidup kena ‘siksa’

Kami kenal selama 3 bulan je dan terus ambil keputvsan nak kahwin. Aku ingat lagi masa majlis kahwin aku peri0d dan selang 3 bulan aku mengandung, bunting pelamin. Aku happy sangat tapi rupanya suami tak suka. Dia kata tak sempat lagi nak bercuti..

#Foto sekadar hiasan. Aku terlahir dari ibu bapa yang bercerai dari aku kecil. Aku sekarang berkahwin sebab suka sama suka juga dan mungkin j0doh sudah sampai walaupun perkenalan kami singkat, hanya 3 bulan. Dan bulan kelima perkenalan, kami pun berkahwin.

Sebelum kahwin suami saya seorang yang baik, penyayang, dia selalu telefon, selalu sms. Dulu sms je, mana ada wastsapp. Selepas kahwin, belum sampai sebulan satu – satu nampak gaya dia. Ayat yang mula – mula buat saya rasa lain, dia cakap dia tidak suka perempuan manja.

Terus berfikir kalau saya tidak manja dengan dia, saya nak manja dengan siapa lagi. Nampak pelik tapi benar. Dan untuk pengetahuan semua saya juga bukan menantu pilihan mentua. Tidak apa, saya jenis yang tidak kisah semua tu.

Mentua lelaki ok je dengan saya. Dipendekkan cerita, belum habis pasal masalah nak bermanja, kali ni timbul pula soal minta duit. Saya dulu semasa bujang bekerja, bila dah kahwin terp4ksa pindah ikut suami dan tak ada kerja.

Jadi duit memang kena minta dengan suami kebetulan waktu tu saya mahu ikut adik dia keluar jalan – jalan. “Abang, minta duit, saya mahu ikut adik jalan.. Menumpang bas.” Dia bagi saya duit RM10.. Korang rasa RM10 lepas ke kalau nak keluar.

Bayar tambang pergi balik pun dah RM4. Tinggal baki RM6, saya boleh beli apa? Itu soal duit. Tidak lama lepas tu, saya dapat tau saya mengandung, kira bunting pelaminlah sebab masa nikah saya datang bulan. Saya tau saya mengandung, memang happy sangat.

Bila saya bagitahu dekat suami, dia tak ada reaksi apa pun. Mungkin saya salah masa kot bagitahu suami, jadi esoknya saya cakap sekali lagi. Dia cakap kenapa mengandung awak sangat, dia tak suka. Alasannya masih terlalu awal, tak sempat nak rehat, cuti – cuti.

Sedangkan itu semua kuasa Allah. Mula – mula dia tidak dapat terima, tapi lama – lama dia ok. Saya mengandung lagi selang 2 tahun dan selang 3 tahun sebab saya beranak secara pembedahan. Saya dengan bekas suami (dulu suami la kan) sorry tulisan saya agak bertabur dan tidak menarik) ada 4 orang anak.

Anak pertama meninggaI lepas 24 hari, kalau arw4h ada sekarang dah berumur 18 tahun. Anak kedua sekarang berumur 16 tahun dan anak ke 3 sekarang umur 13 tahun. Anak ke 4 dah 10 tahun. Kalau ikutkan memang bekas suami tak pernah pun naik tangan dekat saya.

Tapi saya nak cakap, walaupun dia tak pernah pukuI dari segi fizikal tetapi dia siksa saya dari segi mentaI. Kawan – kawan saya tak boleh datang rumah tak kisahlah walaupun pada Hari Raya. Kami hanya akan balik kampung, lepas tu balik semula ke rumah, macam tak raya pun sebenarnya.

Semua barang – barang dekat rumah dia beli, apa yang saya nak pun dia beli cuma saya sendiri tak selesa nak meminta – minta. Pernah saya teringin nak beli makanan yang saya suka, saya tiada duit jadi dengan dia untuk beli 2 martabak sebab satu saya rasa tidak cukup.

Dia boleh cakap saya terbarus (maksudnya tak cukup satu). Masa tu juga airmata saya jatuh, srkit sangat drda saya. Dari situ saya nekad kena ada duit sendiri. Alhamdulillah saya ada bakat sendiri. Dari mengandung anak nombor 2 saya mula berniaga buat kuih dan buat biskut setiap kali perayaan.

Dan alhamdulillah berhasil sampai ke hari ini. Kembali cerita bekas suami saya, bila saya mengandung je dia akan dingin dengan saya. Beberapa kali saya dapat tahu yang dia ada perempuan lain. Pernah sekali masa mengandung anak ke 4 dia nak beli rumah satu lagi siap salah sebut panggil ‘sayang’ lagi padahal tak pernah panggil saya macam tu.

Saya bertahan lama dengan dia sebab saya tidak mau anak – anak rasa apa yang saya pernah rasa bila tiada mama bapa. Bukan sahaja mentaI, jiwa dan perasaan pun tersiksa masa dengan bekas suami, dia kedekut. Nak berkomunikasi pun susah sebab dia kaki game.

Tidak pernah tolong urus anak – anak dari yang pertama tapi semua tu saya tak kisah. Cuma yang buat saya ambik keputvsan untuk berpisah bila saya sudah tiada rasa hormat pada dia. Rasa tekanan yang meIampau sebab tiada guna untuk masih bersama kalau tidak ada rasa kasih sayang.

Kesian sangat dekat anak – anak tidak dapat kasih sayang. Saya cakap dengan bekas suami, biar kita berpisah cara baik demi anak – anak. Biar anak – anak yang tentukan siapa yang mereka nak ikut. Masa tu dia tak boleh terima dan minta alasan kenapa saya nekad nak cerai.

Ketika tu, satu je ayat saya, “cukup sudah saya bertahan demi anak – anak. Saya tak nak anak – anak rasa apa saya rasa dulu. Tapi lama – lama saya yang tidak tahan sebab saya kesian anak – anak tak dapat kasih sayang dari abang.

Mungkin kalau kita berpisah anak – anak ada lebih masa bila dengan abang bila saya tiada.” Dia hanya diam. Lepas tu dia tetap dengan eg0 dia tak nak berpisah. Saya tuntut fasakh di makhamah syariah dan masa kali ke-3 kena panggil di makhmah baru dia datang.

Sebelum datang dia ada tanya berapa yang saya nak tuntut dan apa lagi yang saya akan tuntut kalau kami bercerai. Saya cakap jangan susah hati, saya tidak akan tuntut apa – apa. Untuk anak – anak, dia boleh bagi je berapa yang mampu kalau tidak pun saya boleh sara anak bagi makan.

Alhamdulillah bila anak – anak cuti sekolah saya akan suruh dia ambik anak – anak bawa tempat dia. Dia memang seorang bapa yang bertanggungjawab. Tapi bukan suami yang baik bagi saya. Hubungan kami berkaitan anak – anak alhamdulillah baik. Dan sekarang selepas 6 tahun saya sudah berkahwin lagi. Doakan saya ya, anak – anak pun alhamdulillah sudah besar – besar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.