Tak sangka ayah curang dengan kawan baik ibu. Ibu berg4duh, nekad t0reh muka makcik Mila

Sewaktu umur 11 tahun, ibu hantar aku ke tempat ayah bersama adik. Aku ketika itu tidak tahu apa – apa, rasa janggal duduk dengan ayah dan ibu tiri. Ibu cakap duduk sekejap, nanti dah buka sekolah ibu akan ambik. Tapi sebenarnya ibu tipu.. Ibu tipu aku dan adik…

#Foto sekadar hiasan. Mari bercerita tentang seorang aku yang berusia enam tahun dahulu. Aku merupakan anak bongsu perempuan dari enam orang adik beradik. Maaf, cara penulisan agak berat, mungkin. (Sebab saya suka menulis)

Dulu, akulah yang menari gembira bersama adik bongsu ketika kereta rusa ayah sampai di rumah. Dengan lompatan dan semangat yang tinggi, akan aku tanyakan pada ayah tentang aiskrim untuk kami berdua. “Ayah, ada aiskrim tak?”

Bila ayah mengangguk dan menunjukkan satu bungkusan, maka aku pun laju masuk ke dalam rumah diikuti dengan adik. Dan bila sampai satu masa aku demam, ayah jugala yang risau dan rajin melekapkan belakang telapak tangannya di dahi aku.

Dan seingat aku, sewaktu berumur enam tahun juga ayah dan ibu menyambut ulangtahun aku dengan membuat burger sendiri dan memanggil beberapa tetamu. Itulah majlis harijadi aku yang disambut bersama ayah kali pertama dan terakhir.

Pernah juga jari aku ini dijepit ketam, ayah jugalah yang rajin bertanya dan membungkuskan jari dengan kain untuk menghentikan d4rah. Namun takdir memisahkan kami, ayah curang dengan kawan ibu. Kawan sekampung yang rajin datang makan – makan dan menghantar lauk.

Malah pernah aku juga diberikan gaun kembang berwarna putih dan merah jambu. Aku cukup kenal dengan kawan ibu itu, orangnya peramah, dan juga baik.. (waktu itu). Ibu pula, langsung tidak tahu mengenai kecurangan mereka sehingga menemukan beberapa pucuk surat cinta di almari baju.

Surat yang berisikan, ‘kalau kita kahwin nanti, Mila akan jaga anak – anak abang.’ Walhal, penulis surat yang angau itu sudahpun berkawin dan memiliki enam orang anak. Per4ng pun bermula, ibu marah, berg4duh dan dit0reh wajah mak cik Mila.

Dan gaun merah jambu yang kebetulan aku pakai ibu minta tanggalkan. Selepas dari kejadian itu, ayah dan ibu bercerai. Ketika ini, aku berusia sembilan tahun. Ayah sudah tidak tinggal bersama kami. Ibulah yang menjaga kami. Kerja buruh.

Berhempas pulas berkerja memandangkan adik bradik yang lain juga sekolah. Sewaktu umur 11 tahun, ibu menghantar aku ke tempat ayah bersama adik. Kata ibu, “bercuti dengan ayah. Nanti bila sekolah bukak, ibu ambik.”

Aku ketika itu tidak tahu apa – apa, hanya hanya menurut dengan rasa yang janggal kerana sosok perempuan di rumah itu bukan lagi ibu kandung. Tapi hal sebenarnya, ibu aku tipu. Ibu uruskan pemindahan sekolah. Ibu mungkin tidak mampu jaga kami semua.

Bermula hari itu, aku dan adik hidup dalam suasana baru. Malam pertama, aku dan adik baring di ruang tamu bersama ayah. Ketika itu, mata ayah merenung aku sambil tersenyum dan berkata, “ucu, ayah..” wajah yang belum berkedut pada waktu itu aku baIas dengan pandangan juga.

Hari berganti hari sampai semuanya sudah tidak mesra. Baik ayah atau ibu tiri. Saban hari mereka berg4duh. Umur 12 tahun, semuanya sem4kin menggiIa. Mila yang dahulu bercakap manis nak menjaga anak – anak ayah, sudah berani memb0dohkan keluarga kandung aku.

Berani membangunkan aku menggunakan kaki. Dan kerap menyapu lantai di luar bilik dengan kencang ketika aku berkurung di bilik.. kami sem4kin renggang. Ayah kurang bercakap dan ibu tiri rajin bermasam muka. Aku tulis diari betapa bencinya aku dengan ibu tiri ini.

Namun, buku diari aku berada di luar rumah ketika aku pulang dari perkhemahan Kem motivasi UPSR.  Buku diari itu aku ambil. sudah terkena panas dan matahari. Ayah hanya diam. Rautnya kelihatan marah. Ah! Sudah biasa.

Bahkan pernah juga Ayah berkata, “ker4t jarilah kalau ayah nak uruskan kamu semua.” Ayah aku, sudah jauh berubah. Dia sudah tidak peduli dengan dua anak dari bekas isteri pertamanya. Ayah juga tidak berikan duit sekolah.

Sehingga sampai satu tahap aku terp4ksa menipu dengan menambahkan dua Ringgit pada Yuran asal PIBG. Seringgit untuk aku dan seringgit untuk adik. Hari sekolah, aku selalu keluar awal subuh dan menunggu di perhentian bas sendiri sehingga aku dik4takan h4ntu.

Selama bersekolah di tempat ayah, aku juga belajar menggosok baju sendiri dan baju adik yang berumur 8 tahun waktu itu. Aku juga mengajarkan adik cara menyusun buku ikut jadual. Banyak kenangan kami berdua. Mandi sungai berlakon sebagai duyung dan nelayan, mencari sarang burung dan bersama – sama menyiram api kemarahan si Mila.

Haha.. bila duduk berdua dengan ibu tiri, ayat yang selalu keluar dari mulutnya, “keluarga kau tu semua b0doh. Cuba kau tengok anak aku ada ini, anak aku ada itu.” Acapkali dia membandingkan anak – anak dari suami lamanya dan kami adik bradik.

Rumah yang makcik Mila tinggal bersama ayah juga dipenuhi dengan gambar anaknya dan anak mereka berdua. Gambar kami anak ayah pula tidak ada seumpama kami ini tidak wujud. Haha.. Kini, aku sudah dewasa dan ayah masih begitu.

Ayah sem4kin jauh bila pesanan dan panggiIan aku tidak dibaIas. Ayah juga kerap ganti nombor. Tapi aku rajin minta nombor baru ayah dari keluarga sebeIah sana. Bila mesej aku dibaIas, ayah akan cuma bercakap mengenai c0vid yang bahaya, ambil v4ksin dan kawasan tempat tinggal ayah tidak membenarkan orang luar masuk.

Mungkin itu satu petanda bahawa ayah tidak mahu aku datang walaupun ayah tidak pernah tanya. Walaupun acapkali mata ini melihat ayah berjalan bersama isteri dan anak ayah melalui status. Ayah… aku cuma rindu. Itu sahaja.

Ucu tidak boleh membenci, namun ucu juga tidak pasti, bagaimana perasaan ucu misalnya ayah ditakdirkan pergi dahulu. Adakah rindu ucu bertambah atau semua suasana sama saja? Orang kata, rindu paling s4kit rindu pada orang yang sudah tiada. Macam mana pula kalau ucu sudah tidak ada nanti? Rindukah ayah pada ucu? – Ucu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Adliah Ramli : Beginilah selalunya kulihat ( bukan semua), apabila duda kahwin dengan janda, duda selalu membuang anak sendiri. Akhirnya anak – anak kandung yang wajib dinafkahi tidak dinafkahi. Dia pula menafkahi anak tiri yang sepatutnya dinafkahi bapa kandung mereka.

Wahai Ayah. Nafkah itu wajib. Jawablah nanti bila kau meninggaIkan perkara wajib.

Mas Perabot Murah : Ya Allah kesian. Kejamnya ibu bapa. K3jamnya ibu tiri. Semoga adik dan adik diberikan kebahagian dan kesenangan hidup dan kesihatan yang baik. Ya Allah kalau ditakdirkan aku m4ti letakkan anak – anak aku di tangan orang yang baik – baik. Aaamin.

Nor Farhana : Saya ada kawan yang senasib macam tt dan dia pernah cakap dia lebih rela jika ayah dia meninggaI daripada kehilangan ayah dia dan tengok ayah dia berkahwin lain dan bahagia dengan keluarga dan anak – anak baru dan abaikan dia dan adik – adik dia. Rasa kehilangan kedua – dua ni berbeza.

Rabihah Ramli : Ibu kandung ucu macam mana sekarang? Dia pun mesti rindu. Mungkin dulu susah nak jaga ucu dgn adik sorang – sorang. Sedihnya. Mak mane yang nak jauh dengan anak lagi – lagi masih kecik. Semoga ucu jumpa kebahagian yang dicari.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.