Seminggu 4-5 hari kena tidur rumah mertua, bila sy masak, makanan tu mesti dlm tong sampah

Saya pernah bawa lauk, makanan ke rumah mentua. Takdenya makan. Suami tau lauk tu sedap, suruh semua rasa. Tak ade pun yang rasa. Tengok – tengok dah masuk tong sampah bukan sekali, dah berkali. Sekarang ni keluarga saya pula merajuk, setiap kali diorang ajak makan, waktu tu jugaklah mak mertua masak banyak, ajak kami..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua, nama saya Maya. Saya anak bongsu, suami pula anak sulung dari 4 adik beradik lelaki yang dah bekerja dan belum berkahwin. Kami dah 4 tahun berumahtangga, alhamdulillah rezeki kami tahun ni dapat zuriat pertama.

Awal perkahwinan, kitorang duduk gilir, kiranya minggu ni rumah mentua (suami), minggu depan rumah family saya (mentua suami). Sebab belum ada rumah kan. Syukur awal tahun ni dah pindah masuk rumah yang kitorang baru beli.

Rezeki baby orang cakap. Alhamdulillah. Sekarang dah masuk 8 bulan, memang tunggu time untuk bersalin. Tapi lately ni jadi serabut sikit dalam life saya. Yang buat saya rasa menyampah, tertekan dan tak selesa sampai boleh g4duh suami isteri sebabkan orang lain.

Kan dah pindah kan. Actually pindah pun, rumah kitorang dekat lagi dalam 30 minit saja ke rumah mentua masing – masing. Yang jadi isu sekarang, saya tengok mentua (mak suami) macam dah mula tak boleh anaknya hidup berdikari dan bertanggungjawab dengan rumahtangga sendiri.

Berlainan dengan family saya, saya yang perempuan ni, anak bongsu ni, mama saya punyalah suruh belajar masak sendiri, duduk rumah sendiri nanti jangan lupa buat tu buat ni, siap kata nak singgah rumah singgah saja, tak tidur pun takpe.

Tidur rumah sendiri, jadikan rumah tu tempat yang selesa. Lain pula dengan mentua saya. Tak tahu lah kenapa, mentua saya ni kalau boleh setiap hari nak suruh suami saya balik sana makan sana. Memula, saya tak kisah. Bagikan jelah, sebab anaknya kan?

Mungkin nak bagi merasa lah makanannya sebelum duduk dengan saya berdua kat rumah. Walaupun saya masak sedap, suami selalu puji, tapi tu lah. Kadang – kadang sekarang ni, masak sampai lauk dah tak sentuh / makan. Sebab dia dah kenyang makan rumah mentua.

Kalau dah setiap hari balik rumah mentua sebab makan saja, bila saya nak rehat duduk rumah sendiri. Dah tu, disuruh pula tidur rumahnya. Kan kitaorang dah ada rumah sendiri. Seminggu tu boleh kata 4-5 hari juga lah kena tidur rumah mentua.

Sampailah family saya terasa hati. Dah hari – hari makan rumah mentua, tidur sana pulak padahal dah ada rumah sendiri. Rumah family saya ni, just singgah – singgah itupun sekali dua saja seminggu. Kalau korang jadi saya, korang rasa patut tak mentua saya buat camtu?

Dia takut nak lepaskan anak dia kat saya ke? Ke dia takut anak dia puji lauk saya? Saya dah cukup berdikari dah, boleh saja buat semua sendiri bila dah kahwin ni. Suami pun saya jaga elok makan minum pakaian. Sarapan buat, lunch saya masak, makan petang pun saya buat, memalam kalau lapar pun saya masak.

Mentua saya fikir saya tak masak ke sampai setiap hari nak suruh anaknya makan sana. Saya sampai merajuk dengan suami, masak semua dah tak makan banyak. Jadi m4kin gaduh dengan suami, sebab family saya dah mula terasa hati.

Dorang pun ada saja masak tuk kitorang. Ajak singgah makan takde sampai suruh tidur. Tapi hari yang diajak makan, haritu juga mentua masak banyak dan ajak makan sekali. Kitorang ni kadang – kadang kejap ke sana, pastu ke sana.

Dua – dua rumah kitorang kena makan sebab nak jaga hati masing – masing. Sebabkan asyik ulang alik rumah mentua, tidur rumah mentua ni juga, saya ni sampai tak dapat buat kerja. Saya kerja, work from home. Penat lagi dengan bawa perut.

Duduk rumah sendiri, masak takde renyah, boleh relaks tengok tv tidur terb0ngkang depan tv, etc. Tapi bila rumah mentua ni, kena tunjuk muka la kan. Nak kena bangun duduk diri ape semua dengan perut besar dah nak bersalin ni, allahu berat.

Malam tadi g4duh suami isteri. Saya cakap selalu sangat balik rumah mentua. Kita ada rumah sendiri. Family saya sampai kecik hati dah setiap kali call saja tanya masak ape semua, saya bagitau kat rumah mentua. Mentua suruh makan sini.

Setiap kali balik rumah sendiri, saya kena kemas dapur, cuci semua baju kotor, kena Iipat baju. Sebab masa dah banyak kat rumah mentua. Mentua saya ni, saya tak tahu lah kenapa. Dia mengandung ke saya yang mengandung. Saya mengandung memang manja dengan suami.

Memang nak suami saja. Sekarang ni, dia saja nak suami ada kat rumah dia. Makan semua lauk dia. Macam saya tak buat semua tu untuk anak dia pula. Kitorang punya duit minyak kereta seminggu 2 – 3x topup. Kalau dulu 1x saja.

Tapi sebabkan selalu kena ulang alik rumah mentua, tidur rumah mentua, minyak kena double. Bukan nak berkira ya, saya pun takde k0ngkong suami tuk berbuat baik dengan orang tua nya. Tapi berpada lah, sebab kita kan dah ada rumah sendiri.

Ni bakal nak ada baby. Kena biasakan diri dengan keadaan duduk berdua. Takkan hari – hari kena balik rumah mentua. Penatlah saya nak kena fikir hati sana, hati sini. Hati saya ni? Yang saya dok masak ni, sampai suami dah kurang makan, tak ke saya kecik ati?

Boleh tak bagi cara nak setelkan benda ni. Saya rasa macam hilang suami. Sampai saya dah tak masak lunch. Suami pun sampai dah suruh saya takyah masak, dia beli luar saja untuk nasi saya sorang. Dia dah makan rumah mentua.

Orang akan fikir, “Baguslah kau tak payah masak dah kat rumah. Boleh relaks kan.” Tapi, saya sebagai seorang isteri, saya suka suami makan lauk makanan saya. Berkat tu lebih, menghidupkan kasih sayang suami isteri. Kalau mentua ajak makan masa weekend, okay lagi. Ni setiap hari.

Memang normal ke mentua jenis tak boleh orang lain sayang anak dia? Tak boleh orang lain masak sesedap tuk anaknya? Saya pernah bawa lauk, makanan ke rumah mentua. Takdenya makan. Suami tau lauk tu sedap, suruh semua rasa.

Tak ade pun yang rasa. Tengok – tengok dah masuk tong sampah bukan sekali, dah berkali. Saya dah cakap dengan suami, lepas ni saya masak tak payah bawa ke rumah sana dah, kita beli dessert / buah / kuih dari luar saja. Kadang – kadang tu suami siap suruh saya masak makanan yang mentua tak pernah buat.

Nak bagi family nya rasa sebab saya buat sedap, suami dah rasa. Tapi saya tolak, saya cakap saya tak nak buat, sebab saya tau semua takan makan, takut kena buang. Normal ke mentua macam ni? LagiIah PKP ni, kena ulang alik datang rumahnya.

Saya seboleh tak nak, kang tak teman suami, nanti suami fikir saya tak jaga hati mentua pula. Saya pun kadang penat dah nak bersiap, mengandung 8 bulan dah tau, bayangkanlah penat nak ulang alik tu. Cemana nak stopkan benda ni. – Maya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

لقسامان سونن : Yang salah dalam hal ni si suami tu. Tak bertegas dan tak urus hal keluarga dengan baik. Suami awak tak cukup matang lagi untuk fikirkan apa yang terbaik untuk awak, bakal anak dia dan ibu dia sendiri. Sekadar pendapat peribadi saya.

Suami awak je yang boleh selesaikan masalah ni. Awak bincang dengan suami awak baik – baik. Semoga dipermudahkan segala urusan awak. Moga kekal bahagia hendaknya.

Ecah Ismail : Hmmm kalau baca perkongsian TT ni. Hmmm time – time covid ni patutnye tak perlu suruh menantu dan anak kerap datang. Jadi la mertua yang memudahkan urusan anak menantu. Kalau mertua yang baik, dia akan makan lauk yang menantu bawa, makan bersama – sama.

Bukan pengakhiran lauk tu di tong sampah. Takde salah pun dah kawen anak menantu nak privacy. Mak aku sendiri kata, lepas kahwin duduk rumah sendiri, belajar urus rumah tangga sendiri. Kalau tak mampu beli rumah, sewa dulu.

Belajar susun atur rumah. Nak masaj ke, nak beli lauk ke, pandai – pandai. Hujung – hujung minggu free ke datang la rumah mak ayah. Cmtu ibu bapa yang sepatutnya. Guide sahaja, beri peluang kepada anak menantu untuk urus rumah sendiri.

Liana Aziz : Dah jadi mertua tolong la lapangkan hati dan d4da lepaskan anak tu pada isteri waima anak kita tu anak kesayangan. Jangan anggap isteri tu pesaing pulak. Sampai bila – bila anak dan menantu takkan rasa bahagia.

Cukuplah kita besarkan anak kita setakat mana yang mampu lepas tu biarlah dia berdikari dengan hidup diorang sendiri. Sebab anak tu bukan hak mutlak kita. Bila anak da dewasa diorang punya tanggungjawab pada diri, pada isteri, pada anak selain tanggungjawab pada ibu bapa.

Berpada – pada lah. Jangan sampai anak menantu rasa tersepit nak jaga hati ibu bapa sampai ada yang terk0rban perasaan dan kasih sayang.

Radin Arishah : Alaa, relaks la tak payah berebut. Dia nak pegi rumah mak dia, makan masakan mak dia ok apa. Awak tak payah s4kit – s4kit kepala nak masak untuk dia. Lain kali pesan suruh suami tu bawak balik makanan yang mak dia masak tu untuk awak sekali.

Kita ni dah kahwin pun tak perlu nak berkepit je sokmo – sokmo. Dia nak balik rumah mak dia biarkan, dengan syarat jangan p4ksa awak mengekor sekali. You have a good rest at your own place.

Boleh rehat sorang – sorang, buat apa yang awak suka. Macam kata tadi la, kahwin pun tak perlu nak berkepit je. Nanti dia balik la bukan dok umah mak dia terus.

Aca Zalikha Zainal : Tengah PKP kau boleh lagi ke sana ke sini dik? Sekarang ni yang penting jaga nyawa, bukan jaga hati. Musim wabak dik oi. H4ng dah la berbadan dua. Cari pasai. Bertegas lah kat laki h4ng, suruh faham keadaan covid ni.

Kang satgi sorang – sorang ahli keluarga h4ng kena berangkut ambulans, nyesal pun tak guna. Duk rumah je la WFH sambil kira pergerakan bayi. H4ng baru kahwin ka dik? Sabaq je la, lama – lama nanti h4ng boleh la ikut rentak keluarga beIah suami tu.

Follow the flow je. Kahwin ni bukan macam couple, boleh cIash sambung ye dak. Bertahan jelah dulu dan minta kesabaran tiada batas dariNya. Kadang – kadang nanti dah ada baby, lain ragam mentua awak tu. Mungkin keadaan akan jadi lebih baik. Take care bawa perut tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?