Saya nak abah keluarkan mak dari kubvr Islam sebab mak m4ti dlm keadaan sy1rik

Masa saya dengan suami kahwin tiba – tiba kami ada masalah kewangan, macam – macam jadi sampai duit tak cukup. Hidup kami lepas kahwin m4kin susah. Saya tak tahan dan saya doa supaya Allah bagi semua orang rasa apa yang saya rasa. Tiba – tiba kita kena PKP, saya rasa Allah makbulkan doa saya..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, saya dah berkahwin selama 4 tahun. Ada 2 orang anak. Saya nak minta pendapat semua, mungkin cerita ini agak panjang tapi saya cuba skip dan tak lari dari cerita sebenar. Perkahwinan saya tak disukai oleh arw4h mak saya, tapi dia terp4ksa terima sebab abah saya setuju.

Sebelum kami kahwin dulu, Semasa kali pertama suami datang rumah nak kenal family, abah saya terus suruh bincang pasal kahwin sebab saya dan suami dah kenal dari kami umur 18 tahun. Masa pertama kami jumpa family tu umur dia 24 tahun.

Memandangkan suami anak yatim piatu jadi sukar ibu ayah saya nak terima takut saya ditipu dengan lelaki  tak bertanggungjawab (konon tak ade family). Bila kami rancang nak kahwin terus adik saya pon nak join sekali sebab niat bila kongsi boleh jimat sikit.

Memandangkan bakal suami adik saya tu duduk setaman, parents biras saya tu pun ambik suami saya jadi anak angkat dorang, kiranya dorang jadi wakil keluarga sebeIah lelaki untuk masok meminang sekali terus. Bila masa waktu bertunang tu suami bawak abang, kak dan mak tiri dia.

Tu la pertama kali saya jumpa keluarga tiri dia. Sepatutnya saya dengan adik bernikah hari yang sama tapi mak tiba – tiba kata orang tua – tua ramai tak bagi adik beradik nikah serentak kalau tidak nanti salah 1 tak kekal atau s4kit.

Jadi nikah kami diawalkan kami nikah bulan 9 dan adik nikah sehari sebelum kenduri pada bulan 12. Kami bertunang dengan kenduri je serentak. Semasa saya dalam suami dalam alam pertunangan tiba – tiba ada seseorang hantar gambar saya dengan kawan lelaki masa PLKN dengan suami masa tu kami pelik siapa yang hantar tu?

Suami tak kesah pun sebab masa ambik gambar tu dia pun ada sebab dia yang tangkap gambar tu. Lepas tu, suami masa kerja tiba – tiba dia eksiden Ianggar belakang kereta seorang dato. Walaupun dato’ tu mengaku salah dia brek meng3jut tapi suami tetap kena ganti rugi sebab Ianggar belakang jadi duit simpanan untuk kahwin dah habis.

Sehari sebelum nikah suami dan family tiri dalam perjalanan datang tiba – tiba tayar kereta meIetup nasib tak jadi apa – apa. Habis duit tukar tayar, tinggal berapa ratus je tapi esoknya Alhamdullilah majlis nikah lancar je, masa nak keluar dari surau tu tiba – tiba mak saya tahan suami nak salam.

Saya pelik, saya fikir mungkin mak dah redha. Esoknya suami balik KL sebab kena kerja tapi saya tak ikut. Lpas seminggu barulah saya pergi KL. Sebelum pergi KL saya dah siap tempah kad kahwin, dewan, katering, dan aiskrim. Tapi tiba – tiba semuanya jadi bermasalah, terutama masalah duit.

Company suami kerja tak dapat bayar gaji, tertunggak 6 bulan. Duit suami jual rumah separuh dia transfer pada saya pun tak masuk, duit asb tiba – tiba kena sekat, bila disiasat semuanya sebab ada hutang dengan BNM. Jadi tak dapat nak bagi duit hantaran.

Masa ni kenduri dah dekat hari – hari mak saya call. Tanya kad, dewan, katering dan duit hantaran. Saya serabut, masa ni saya terpikir, “laki aku ni penipu macam family kata ke?” Pihak katering, sampai datang rumah minta bayaran. Kad kahwin tiba – tiba senyap terp4ksa cari tempat lain, aiskrim pun dok chat tanya bila nak bayar. Dan macam – macam lagi yang jadi.

Masa hari kenduri tu memang suami tak dapat nak bayar hantaran. Jadi majlis tu ditanggung oleh adik  adik, biras dan abah saya. Memang malu sangat. Abah saya sampai meminjam dengan adik beradik dia. Lepas tu, suami call family dia kata majlis batal, memang saya terk3jut dia kata macam tu sebab dia tak keluar sesen duit jadi kami tak mahu join.

Tapi abah kata malu abah nanti sebab dekat kad tulis 2 pasangan jadi kami redha demi abah. 3 hari kemudian kami terus balik kampung suami di utara. Masa dekat kampung ni memang banyak benda pelik jadi dan mak hari – hari call tanpa miss.

Masa ni saya betul – betul tertekan. Saya depr3ssion. Beberapa kali cuba bunvh diri. Menangis hari – hari. Nak kerja apa pon tak boleh. Akaun suami dibekukan, saya terp4ksa gadai brg kemas untuk kami terus boleh makan. Di kampung ada beberapa orang tegur ada benda ikut suami.

Ada benda dengan suami. Jadi kami pelik. Walaupun suami sorang yang rajin tolong orang tapi tak ada sesiapa pun nak tolong kami bila dia minta. Padahal kawan – kawan rapat sebelum ni walaupun susah mesti dorang tolong. Jadi suami pun ada jumpa beberapa ustaz, memang suami kena s4ntau dengan orang yang sed4rah dengan saya.

Benda ni buat bagi nasib maIang, dibenci orang, kalau ada orang nak tolong orang tu pun akan dapat susah. Suami ada jugak pergi jumpa b0moh, b0moh pun kata dia tak dapat cuma ustaz dengan al-quran je boleh. Walaupun dah rukyah beberapa kali, hilang sekejap lepas tu datang balik.

Sampai ustaz – ustaz pun tak tau nak buat apa dorang kita kena cri wali Allah minta doa dia. Tak lama, 3 hari lepas saya bersalin mak saya meninggaI. Walaupun sedih tapi saya rasa lega sangat – sangat, rasa tenang je. Saya tak tahu kenapa kehidupan kami m4kin lama m4kin senang sikit.

Rezeki pun m4kin banyak. 4 bulan kemudian abah saya kahwin dengan adik mak saya (janda anak 3). Duit kahwin abah minta dengan suami saya sebab tak bayar hutang hantaran dulu. Jadi suami bagi. 1 hari ada kawan suami yang pandai dalam perubatan Islam ni cuba berubat dan dia pun cakap benda yang sama macam ustaz – ustaz cakap sebelum ni.

Sebab suami dah geram sangat memikirkan masa depan anak – anak dengan dia susah nak kerja dia minta hantar balik je benda tu tapi kawan dia kata kalau hantar pon s4ntau ni tetap ada tak hilang melainkan tuan yang hantar ni tarik balik.

Tak apa, teruskan sebab nak tahu siapa yang buat. Rupa – rupanya, adik, mak, dan makcik saya (kakak abah) yang hantar. Kami tahu sebab abah call tanya suami baIas balik ke? Adik saya munt4h d4rah hari – hari. Suami dia bawa jumpa ustas di kem, ustaz tu bagitau itu sih1r baIas yang dia dah hantar pada orang tu.

Lepas tu adik mengaku semuanya. Tapi dia kata dia ingat mak buat supaya kakak balik semula tu je. Hakik4t sebenarnya mak saya dah hantar s4ntau ni lepas kami tunang lagi. Sebab tu la banyak benda pelik jadi. Lepas abah dah tahu benda ni, abah minta suami tarik balik yang dia baIas tu sebab katanya suami kuat adik saya tak.

Kesian dia s4kit. Suami saya yang selama diam hormat dia memang hilang sabar. Terus suami saya baIas habis tu sebab dia kuat memang layak la kena benda ni lama – lama. Dia pun ada anak bini nak kena beIa. Abah saya diam je.

Lepas tu biras saya call suami katanya dia akan cuba cari ustaz yang boleh tolong. Lepas tu suami baIas, ustaz yang cuba ubatkan bini dia berjaya tak? Dia kata tak boleh. Jadi macam mana nak tolong. Dia kata dia kena bertanggungjawab sebab tu salah bini dia jadi dia akan usahakan.

Sebab saya dah tak tahan dengan semua ni, saya doa dekat Allah, tunjukkan pada semua orang apa yang aku rasa. Terkurung dalam rumah sendiri selama 2 tahun lebih biar semua orang merasa. Lepas tu tiba – tiba kena PKP. Saya rasa doa saya makbul.

Tapi terdetik rasa bersalah pulak doa macam ni orang tak bersalah pun kene kurung sekali. Kmudian abah minta kami balik beraya sama tapi saya berdoa Ya Allah kan bagus jika raya tahun ni batal kena tunda tahun depan. Haha tapi tetiba kerajaan tak bagi balik raya.

Rasa doa dimakbulkn lagi. Sebab PKP abah saya tak dapat bekerja jadi duit takda. Jadi abah minta dengan suami duit tanpa pengetahuan saya. Suami bagi bukan sedikit. Rm20k. Sebabnya tersilap tekan lebih 0. Tak sampai 3 bulan pun minta lagi.

Kali ni suami bagitau saya, memang saya meng4muk. Saya cakap dekat suami yang gatal bagi buat apa. Kita pun menyimpan, jimat – jimat nak makan pun, ik4t perut. Baju – baju pun tak beli 2 tahun. Sedap – sedap nak minta – minta.

Lupa ke apa yang dorang cakap sebelum ni. Kita kene h1na – seh1nanya. Walaupun tak bersalah. Suami boleh cakap macam mana pun tu tetap pak mertua dia, bapak saya juga. Dia tak bersalah. Dia tak tahu apa yang mak adik dengan kakak dia buat.

Tapi saya tetap tak bagi. Tapi suami bankin juga sebab kesian dekat adik – adik masih kecik dan sekolah. Saya tak bole kata apa – apa dah. Lepas tu saya dapat tahu abah call lagi minta duit dan dia cakap dia ada bayar rm500 duit pinjaman mara saya.

Rupa – rupanya suami bagi duit saya dekat abah rm15k untuk bayar duit pinjaman mara saya tu tapi abah tak nak bayar sebab dia nak suruh buat pengurangan dulu. Tapi dah tak boleh buat sebab s4ntau ni, walaupun kerajaan bagi kelonggaran dan pengurangan hutang tapi saya tak dapat nak pegi bayar dan buat pengurangan sebab s4ntau ni macam – macam benda menhalang.

Memang saya marah suami sangat – sangat. Kenapa tak tanya dulu saya. Dia diam je. Kalau boleh balik memang saya nak balik rumah tu, tapi sorang diri je.  Suami dan anak tak boleh ikut sebab saya nak tahu apa yang sebenarnya family saya nak cakap tentang suami dan benda yang jadi ni.

Dan saya nak ambik semua barang – barang saya yang taggal kat rumah tu lepas saya taknak ada apa – apa dah dengan dorang. Anak pun saya taknak bagi sentuh. Abah tak penah call saya sentiasa call suami je. Pelik jugak, kenapa?

Dia takut? Malu? Saya taktau. Tapi suami pun Iarang untuk saya balik sorang atau bercakap dengan family saya kalau dia tak ada. Sebab dia tahu memang saya takakan cakap berlapik dah. Memang saya m4ki je. Saya bukn dari yang dulu.

Saya berubah dari sorang yang hormat orang tua tak tinggi suara, sentiasa patuh arahan tak meIawan tapi jadi sebaliknya. Saya tak kira dah tua ke muda, saya meIawan. Sudah banyak kali saya minta suami ceraikan saya sebab rasa bersalah family saya buat macam ni.

Tapi dia taknak. Walaupun ramai perempuan ada yang sanggup jadi bini no 2 tapi dia taknak walaupun saya tak kisah. Saya takut kalau saya balik rumah nanti saya m4ki abah. Jadi anak derh4ka plak walaupun s4kit hati ni. Selain tu, saya tak percaya family sendiri dah.

Saya takut kalau balik nanti anak – anak saya sekali kene s4ntau. Saya cuba jauhkan diri dari dorang tapi saya tak halang kalau abah vc nak tengok cucu dia. Tapi saya rasa tu semua lakonan je. Entah la. Saya sekarang ni jadi seorang sentiasa negatif.

Tak ada yang baik – baik. Sentiasa curiga dengan orang. Kadang – kadang terfikir jugak kalau abah nak kami balik, abah kene keluarkan jasad mak dari kubvr Uslam sebab dia m4ti dalam keadaan sy1rik. Lepas tu bagi tau semua saud4ra mara apa yang adik mak dan kak dia buat k3jam ke saya?

Apa patut saya buat? Nak balik tapi kena berdepan dengan jiran – jiran yang fikir saya ni anak derh4ka sebab fitnah – fitnah mak saya. Kena jeling, gosip jiran – jiran. Kalau boleh saya taknak family saya sentuh anak – anak saya.

Walaupun kami suami isteri dah m4ti lebih baik anak – anak dihantar rumah anak yatim dari dijaga oleh family saya. Walaupun takkan did3ra fizikaI tapi mungkin did3ra mentaInya. Saya rasa benci sangat – sangat dengan family saya.

Jahat ke saya? Kalau saya dapat jumpa adik dengan makcik saya tu memang saya nak tabuh je. Kadang – kadang terbayang kalau jumpa nak je saya panggil dorang tu pompuan sih1r, pemfitnah, kemudian siksa dorang tapi taknak  bagi m4ti.

Entah la, macam orang tak betul dah ni. Mungkin sebab tu Allah tak izinkan saya jumpa dorang sebab taknak saya jadi derh4ka kot. Saya memang takkan maafkan d0sa dorang sampai ki4mat. Sebab saya rasa saya pun takkan dapat masuk syurga sebab ada hutang.

Duit ada lebih dari cukup untuk bayar tapi tak boleh. Disebabkan kes ni adakah saya anak derh4ka? Sebab dalam ceramah mana – mana pun, anak yang hanya bunyi hah pun dah derh4ka. parents takut nak cakap dengan anak pun, anak jadi derh4ka.

Walaupun parent tu salah kita kene akui dia tetap betul. Tapi dalam kes saya ni saya derh4ka ke? Jadi apa yang patut saya buat? Saya memang tak dapat maafkan family saya. Saya benci mereka sangat – sangat. Kalau saya dikategorikan anak derh4ka, saya rasa sangat – sangat tak adil sebab mereka yang salah kami yang tanggung akibatnya. K3jamnya !!! Apa pendapat semua?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?