Hidup miskin, aku selalu hidup menumpang. Bila kakak aku nak kahwin, mak halau aku sebab takut aku goda abg ipar

Umur baru 12 tahun, mak suruh aku jadi bibik rumah makcik. Masalahnya suami makcik gatal. Rumah felda lama banyak lubang, suami makcik melopong intai. Bila aku nak tukar baju, dia buat – buat masuk bilik. Satu hari, aku nak mandi malam..

#Foto sekadar hiasan. Aku anggap aku insan terpilih, pilihan Allah untuk harung semua ni. Cuma kadang kala aku tertanya samada, aku benar – benar redha atau sebenarnya aku putus asa. Maka aku teruskan hidup macam biasa.

Dari kecil hidup aku memang susah. Zaman aku dulu tak macam zaman sekarang. Dulu hidup susah tak ada seorang pun yang peduli. Cikgu sekolah pun tak ambil kisah. Alhamdulillah Allah kurniakan aku otak yang cerdas. Ayah aku muallaf masuk islam.

Jadi dari kecil memang aku ni m4ngsa buIi. Ayah pula penuh dengan tatoo jadi memang kutukan, h1naan tak pernah lekang dari bibir orang. Yang menutup mulut manusia ni semua adalah kerana kebijaksanaan aku belajar tapi cemerlang macam mana pun orang sekeliling tak pandang sebeIah mata pun.

Zaman belajar pun bukan senang sangat. Umur 10 tahun aku menumpang rumah mak sed4ra aku. Macam orang gaji aku dikerjakan tapi sebab nak belajar, aku kuatkan hati. Sedangkan masa tu aku baru darjah 4. Naik darjah 5 mak saud4ra aku yang janda anak 2 tu heboh nak kahwin dengan orang seberang. Dihalaunya aku.

Aku ingat, bila balik tinggal dengan mak semula, hidup aku senang. Rupanya tak. Hari – hari kena sindir dengan adik beradik. Mak aku cakap sebab per4ngai buruk la aku kena halau. Aku masa tu bukan b0doh tak pandai nak jawab ya.

Tapi seusia itu aku dah mula letih. Alasan asal aku tinggal dengan mak sed4ra aku pun sebab mak ayah aku tak mampu nak sekolahkan aku. Nak kurangkan beban, maka aku yang terpilih kena tinggal dengan mak sed4ra aku.

Jadi bila umur 11 tahun balik tinggal dengan mak aku, asyik la kena mental t0rture dengan emak dan adik beradik. Untung la masa tu kak ngah aku dah kahwin dan ada 1 orang anak. Aku ada 5 adik beradik. Aku anak nombor 4. Seorang abang, kak ngah, kak lang, aku dan usu.

Kak ngah aku ni ajak la dok rumah dia habiskan belajar sampai darjah 6. Dengan syarat jadi pembantu jaga anak dia. Aku akur. Dalam otak aku masa tu memang nak belajar sebab aku penat hidup susah. Ayah aku muallaf. Jadi dari kecil keluarga kami selalu dipulaukan.

Kesudahannya ayah aku tunggang terbalik minum ar4k. Tak peduli anak isteri. Mak aku yang terp4ksa keluar bekerja tanggung keluarga. Kak ngah dan kak lang sekolah sampai darjah 6 je. Adik aku pulak pemalas tak nak sekolah. Aku? Apa jadi pun aku tetap nak sekolah. Biarlah jadi babu ke orang gaji ke aku sanggup.

Dapat la sekolah sampai UPSR. Habis UPSR aku kena halau dengan abang ipar sebab katanya aku beban. Satu mulut lagi nak kena suap. Ya Allah sedangkan aku dok rumah dia bukan free ya. Seminggu aku sekolah tiga hari sahaja.

Sebab 2 hari kena jaga anak buah aku yang usia 4 tahun. Aku tak mengeluh. Oleh kerana otak aku ni geliga jadi cikgu sayang. Tak datang sekolah pun pandai. Alhamdulillah.. Maka balik lah aku tinggal rumah mak. Masa ni aku dah redha kalau tak dapat belajar.

Aku tahu aku tak mampu. Nak jadi cerita hari – hari mak aku bebel. Cakap aku ni per4ngai tak elok sebab tu orang benci. Kak lang dengan usu menambah perisa. Aku? Aku diam. Aku letih. Korang ingat tau.. Aku letih..

Satu hari mak balik kerja mak suruh aku ikut kawan dia yang tinggal felda. Makcik bedah namanya. Katanya kawan dia ada 3 orang anak nak kena urus sekolah . Kalau aku jaga dan uruskan nanti dia boleh sekolah akan aku.

Sebab suami dia kerja pagi kat felda tengah hari dah balik. Anak – anak dia tak dapat urus waktu pagi. Makcik bedah pulak kerja kilang sama dengan mak aku. Aku..? Aku ni budak. Aku letih bekerja dari umur 7 tahun. Hidup menumpang rumah orang.

Tapi apa pilihan aku ada. Maka bermula lah episod aku sekolah tingkatan 1 tinggal dengan makcik bedah. Aku ni memang sentiasa diuji. Alhamdulillah Allah sayang. Ingat senang boleh belajar masalah lain pulak yang timbul. Laki makcik bedah ni macam s3tan.

Aku pulak baru nak remaja. Asalkan aku nak tukar baju, nak mandi dia mesti buat – buat masuk bilik aku. Rumah felda lama dinding plywood je. Bilik mana ada bertutup dengan siling. Melopong je . 3 bulan aku bertahan. Jiwa aku sem4kin kacau dengan gangguan gatal  dia.

Aku pernah cakap dengan makcik bedah. Aku yang makan pen4mpar ya. Bercapok rambut aku botak, dip0tong ya. Berhari mulut aku pecah tak boleh telan makanan. Satu hari malam aku mandi lambat. Datang bulan tak selesa. Laki makcik bedah ni berani nak try aku.

Bilik air rumah felda ni luar rumah. Nasib la aku masa tu datang bulan. Selamat aku. Esoknya aku tak tunggu lagi dah. Aku bungkus baju dengan plastik sampah. Aku balik rumah mak. Aku tak cerita dengan mak sebab aku tahu mak mesti marah.

Memang betul ya. Separuh m4ti aku kena dengan mak. Lunyai aku dikerjakan. Ya Allah.. Aku letih. Otak dan badan aku letih.. Aku redha kalau tak dapat sekolah lagi. Mak cakap sebab yuran makcik bedah dah bayar, kalau nak sekolah pergiIah sendiri ke pejabat sekolah mintak surat. Uruskan sendiri. Duit belanja memang tak akan adalah. Usaha la sendiri katanya. Aku nekad.

Ada sedikit sinar untuk aku terus belajar. Aku pergi urus sendiri. Umur aku 13 tahun masa tu. Aku pun tak ingat macam mana boleh dapat surat tukar. Allah permudahkan. Mulalah aku hidup dengan mak semula selepas 3 tahun hidup menumpang sana sini.

Mental t0rture tak payah cakap la. Setakat makan nasi berlaukkan air mata dan hingus sendiri tu biasa. Kak lang dan usu memang menambah rasa. Kalau setakat muka dan bibir pecah kena pun perkara biasa. Rambut aku kena tarik sampai berbekas juga perkara biasa. Macam tu lah hidup aku sampai tingkatan 4.

Hujung tingkatan 4 , kak lang aku nak kahwin. Mak halau aku dari rumah. Sebab pernah sekali orang masuk meminang kak lang. Bila nak tunang bakal tunang kak lang cakap dia ingatkan bakal tunang dia aku. Bukan kak lang. Jadi dia tak nak.

Zaman dulu risik – risik ni mana ada gambar atau jumpa dating bagai. Jadi dia tersilap pandang. Bekenan kat aku. Sudahnya mak aku tuduh aku per4mpas kebahagiaan kak lang. Jadi bila kak lang nak kahwin mak cakap dia tak nak aku goda menantu dia.

Bayangkanlah apa rasa hati aku. Kata mak lagi zaman dia anak d4ra dulu umur 15 tahun dah berdikari bekerja. Jadi pandai pandailah aku nak survive hidup. Masih segar dalam ingatan aku ayat mak, “kau nak jadi perempuan sundaI pun aku tak kisah.”

Aku duduk menung di bus stop tengah malam. Pekan kecil pukuI 10 da tak ada orang dah. Aku kena h4mbat dengan anjing. Mujurlah polis peronda jumpa aku. Dip4ksanya aku ke balai sebab katanya aku ni perempuan. Banyak pem4buk bah4ya nanti. 2 hari aku duduk dibangku balai polis tu menung. Sampailah polis tu pujuk aku mintak tanya aku sekolah mana.

Guru kelas aku datang dengan suami dia. Dia bantu aku. Dia berkeras suruh aku tumpang kuaters guru sebeIah rumah dia. Sebab aku tak nak duduk dengan dia. Jadi kuaters guru bujang ada bilik. Jadi mula la aku duduk dengan guru – guru aku yang mengajar aku. Tak pernah sekali pun aku cerita apa – apa sebab aku yakin tak akan ada sesiapun yang mengerti.

Alhamdulillah aku muncul pelajar terbaik SPM. Berjaya dengan cemerlang. Gred 1 Agregat 6. 10 subject straight A+ ya. Kalau sekarang berjaya macam ni macam – macam biasiswa dan bantuan dapat. Popular dalam tv surat khabar dalam fb.

Tapi nak buat macam mana zaman aku tiada yang peduli. Usaha la sendiri. Aku hutang kawan aku sebab nak beli borang UPU. Habis je SPM aku cari kerja di shah alam dalam surat khabar. Fokus aku nak belajar. T4rget aku nak masuk uitm. Aku kerja di taska yang ada tempat tinggal. Macam tulah aku survive hidup zaman belajar.

Berjaya masuk UITM dengan poket hanya ada rm800, baju kurung 2 helai, baju tshirt rumah sukan zaman sekolah tu yang aku pakai pergi universiti sampai semua orang gelakkan aku. Pakai selipar sebab tak mampu beli kasut. Ada kasut sekolah lama. Aku pakai pergi kelas di universiti. Aku penat tapi aku masih teruskan.

Aku pernah kena m4ki kawan sebab mintak pinjam 20 sen tak cukup duit nak naik bas mini. Sudahnya aku jalan kaki dari kolej 2 jam ke bank sebab masa tu duit ptptn baru masuk. Kena kutuk h1na sebab tapau makanan dari asrama pelajar. Makan nasi putih dengan garam cam cerita, “Takdir Itu Milik Aku” tu perkara biasa. Janji kenyang.

Aku cemerlang. Dapat anugerah naib censelor ya. Alhamdulillah. Korang ingat da masuk u hidup dah senang ? Dugaan itu memang milik aku. Bila dah kerja aku kena tanggung mak. Kalau aku tak bagi macam macam mak caci h1na aku.

Sebab aku tak nak jadi anak derh4ka aku tetap berdiam diri. Dari zaman aku belajar di UITM aku dah bagi duit belanja kat mak aku secara bulanan. Aku pakai duit ptptn bagi mak. Korang tahu apa mak cakap.. “Ni je banyak duit kau bagi?

Ingatkan dah masuk u banyak la duit. Kalau setakat banyak ni baik pergi kerja kilang”. Aku belajar lagi tau. Mana celah aku nak ada duit ? Ptptn tu pun bukannya cukup sekadar tambah – tambah je. Tapi aku cukupkan jugak. Catu semua benda. Aku pernah ye korek tong sampah fakulti kutip apa pelajar lain buang sebab aku tak mampu.

Allah maha baik. Dalam susah aku aku selalu murah rezki. Allah selalu titip insan – insan baik berganti – ganti bantu aku. Alhamdulillah. Walaupun bantuan hanya sekadar hadiah sebatang pen, pen sebatang tulah yang aku pakai buat assignment. Kasut buruk kawan – kawan aku buang tulah rezki untuk aku. Aku redha.

Ada juga masanya aku bernasib kurang baik. Aku pernah kahwin lepas habis belajar ikut cakap mak. Pilihan mak seorang anggota polis. Pangkat rendah je. Hidup aku lagi tunggang langgang. Hari – hari aku kena balun. Sep4k ter4jang. Laki aku tu kaki betina. Bini orang pun dia sapu. Dia cakap jadi apa pun dia tak akan ceraikan aku.

Allah maha baik. 6 bulan jadi bini dia tiba – tiba dia skandal dengan bini orang. Bini orang tu pjj jadi dia call laki aku ni untuk jadi pemuas nafsu dia. Siap hantar mesej dan gambar ye kat aku. Aku hanya ada Allah. Aku doa tak putus – putus bukakan lah jalan untuk aku. Bini orang tu p4ksa laki aku ceraikan aku kalau nak kahwin dengan dia.

Satu hari entah macam mana laki aku terlepas talak. 6 bulan je aku jadi bini dia. Alhamdulillah. Aku tak tunggu lagi dah. Aku sarung selipar dengan genggam ic aku keluar rumah. Aku tumpang duduk surau. Tumpang tidur di stesyen minyak sebab selamat sikit.

Dah bercerai mak aku macam marah. Cakap aku ni memang menyusahkan dari kecik sampai besar. Perempuan tak baik. Macam tulah ayat mak. Aku fokus kerja. Dalam pada tu aku tak pernah skip hantar duit pada mak setiap bulan. Lambat sikit hantar aku kena m4ki. Tak sampai sebulan kadang kala mak aku dah call mintak duit tambahan.

Selepas 6 tahun bercerai , pada usia 30 tahun aku berkahwin dengan seorang lelaki. Nama dia Dee. Dia ni jarak usia dengan aku 17 tahun. Dah berusia. Aku terima dia sebab dia lelaki yang baik. Aku yang tandus kasih sayang ni bila berkawan dengan dia selama setahun hati jatuh sayang. Dia memang baik layan aku. Pesara kerajaan. Duda anak 4. Anak – anak dia dah besar. Dah jodoh aku, aku kahwin dengan dia.

Dia jujur dengan aku dia ada masalah k3ncing manis jadi mungkin dia tak boleh layan aku dengan baik. Aku redha. Aku bukan desperate tapi aku nak jugak ada bahu untuk bersandar. Bila sah jadi isteri, rupanya suami aku langsung tak boleh nak bagi nafkah batin kat aku. Diab3tes dia teruk hingga menyebabkan m4ti pucuk. Tapi aku redha.

Aku redha. Dee ni business man. Tapi nak jadi cerita business dia banyak tak jadi sebab asyik kena k3ncing dengan kawan busines jugak. Kesudahnya lingkup. Hutang keliling pinggang. Bankrup. Aku redha. Bermulalah saat itu aku menanggung Dee. Usia dia yang separuh abad tu bukan mudah nak dapat kerja.

Perbelanjaan rumah, bulanan dan belanja dia aku tanggung. Aku redha. Aku ikhlas. Malah aku halalkan nafkah zahir dan batin yang tak mampu dia berikan. Macam tulah hidup aku. Perkahwinan kami dah menjangkau 15 tahun. Alhamdulillah.

Aku sentiasa jalani hidup aku dengan rasa syukur. Cuma kadang kala air mata tu memang tak pernah menjauh dari aku. Dee tak pernah angkat tangan atau pukuI aku. Cuma dia ada satu tabiat yang selalu menggur1s hati aku. Mend3ra mental aku dalam diam.

Dee suka main cinta. Aku sediakan segala kelangkapan rumah dan sediakan yang terbaik untuk dia agar dia kekal segak bergaya. Tapi dia salah gunakan kebaikan aku. Aku belikan kereta, baju branded, telefon mahal canggih. Dia gunakan untuk memik4t perempuan. Dating tempat – tempat class dengan duit aku. Hari aku sibuk bekerja dia akan dating ke sana ke mari.

Aku balik kerja akan terkejar – kejar uruskan rumah makan pakai dia. Dee bangun pukuI 10 – 11 pagi. Main game atau tengok sosmed. Petang dia akan keluar. Alasan selama 15 tahun ni adalah “meeting”. Kalau aku tanya lebih nanti dia bising. Katanya nak usaha cari rezeki tapi aku sekat. Cemburu tak tentu hala. Salah ke aku?

Aku akui dia tak pernah angkat tangan pada aku, tak pernah tinggi suara m4ki hamun. Pendengar yang baik. Sentiasa support aku. Kalau aku lakukan apa – apa dia akan sokong aku dengan bagi semangat dan bantuan yang dia mampu. Dee ni educated ya. Pandai dan otak memang bijak.

Sungguhpun begitu aku tetap sedih. Dah la dia tak mampu beri aku nafkah zahir dan batin, boleh pulak dia main cinta dengan perempuan kat luar. BerpeIuk bagai, bersayang, berbaby, anje. 15 tahun kahwin berpuluh orang skandal dia ya. Semuanya Allah bentang buka aib dia depan aku tanpa aku perlu cari. Selalu aku berfikir, aku ni sekadar trofi dia agar dia tak dipandang rendah. Trofi semoga dia kekalkan status dia.

Hati aku selalu h4ncur bila perempuan skandal dia hantar mesej, gambar berpeIukan bercumbu dengan Dee. B0doh kan aku. Aku kenang jasa dia melayan arw4h ayah aku dengan baik. Arw4h ayah suka dengan Dee. Aku selalu terfikir.

Dalam situasi kami ni sepatutnya yang curang tu adalah aku. Bukan dia. Sebab aku mampu dan dia tak mampu. Curang tu adalah pilihan. Jadi aku lebih memilih untuk setia. Takut pada Allah. Sayangkan rumah tangga kami.

Kadang kala aku rasa peng0rbanan aku selama bertahun ni adalah sia – sia. Namun aku yakin dan selalu bersangka baik bahawa di sisi Allah peng0rbanan ini bukan sia – sia. Pernah ada skandal dia yang pergi ke rumah mak mertua aku pinang Dee. Masa dia pergi pinang Dee aku sedang s4kit nak operate k4nser rahim. Tahu apa Perempuan tu cakap pada aku?

“Aku yang macam ni pun tuhan sayang. Sihat walafiat. Kau tu tak sedar diri nak m4ti. Padan muka. Kesian kau ni. Aku akan r4mpas laki kau. Aku pun nak hidup senang jugak.” Senang celah mana ? Semua yang ada adalah hasil dan duit aku. Bukan Dee.

Perempuan tu m4ki hamun aku dan ugvt nak b0mohkan aku sebab katanya dia ada keturunan siam. Memang dia b0mohkan aku. Berbulan aku s4kit. Macam orang giIa tak cukup tidur dengan gangguan. Dah la baru operation. Masa ni Dee tak balik sebulan. Dia malu dengan aku. Macam aku cakap dia tak pernah marah atau naik tangan pada aku.

Alhamdulillah aku lihat semua ni adalah ujian untuk dekatkan aku pada Allah. Aku sem4kin dekat pada Allah. Dee kena minor stroke separuh badan. Aku yang masa tu baru lepas operate yang jaga dia ya. Sedangkan aku sendiri s4kit.

Allah sayang aku dan c4mpak jauh – jauh perempuan tu dari hidup aku. Aku tak p4ksa pun dia tinggalkan perempuan tu. Aku suruh dia pergi je cari kebahagiaan dia. Tapi macam selalu. Bila aku bagi kebenaran dia akan balik semula pada aku. Tak nak la pulak.

Kes terbaharu lepas baik dari str0ke. Dee main cinta lagi. Berjanji nak kahwin. Paling aku kecewa kenalkan dengan mak mertua aku. Bawak pergi makan di restoran adik ipar aku. Perempuan tu bukan muda ya. Usia 58 tahun. Aku sekarang 42 tahun. Dee 56 tahun.

Perempuan tu aku panggil S. S ni ada business kecil – kecilan. Jadi mereka dah berkawan 2 tahun lamanya. Kantoi sebab apa? Dee w4rded. Jadi handphone dia aku tolong pegang. Aku memang tak pernah nak check hp Dee. Sebab hati aku selalu di rundung sedih kalau aku lihat isi handphone dia. Tapi sebab dia s4kit jadi aku bagi lah tahu semua orang yang rapat. Jadi masa nilah kantoi.

Bila aku outstation kerja cari rezeki untuk kami, Dee keluar jalan dan makan angin dengan S sekeluarga. Anak – anak S semua dah kenal Dee. Belambak ya gambar bersama sekeluarga. Hati aku ni h4ncur lagi. B0doh sangat aku ni.

Selama ni Allah selalu buka aib Dee depan aku tanpa perlu aku cari. Adakah ini bermaksud aku harus angkat kaki. Aku letih berfikir. Dee masuk hospitaI sebab masalah jantung. Haruskah aku telan semua duri – duri ni dan harung untuk bantu dia sihat seperti sedia kala.

Masa di hospitaI bila Dee sedar, dia dapat tahu aku tahu semua cerita dia. Dia menangis minta maaf macam selalu. Minta peluang lagi dan lagi. Adakah aku b0doh tak tahu jawapan yang Allah bagi. Allah bentangkan berkali – kali aib Dee depan aku.

Adakah itu petanda aku harus angkat kaki? Ke aku harus redha dan anggap ini ujian. Aku hanya sendiri dalam dunia Allah yang luas ni. Hidup aku hanya ada Dee. Keluarga aku tak payah harap la. Aku hanya banker keluarga aku je.

Aku hanya ada Allah. Aku penat. Letih sangat. Dari kecil hinggalah sekarang. Aku penat sangat. Ye aku redha. Namun sebagai manusia biasa kadang kala aku tergelincir jugak. S4kit curang ni walaupun berkali – kali aku rasa, s4kitnya tetap bisa di hati aku.

Kuat mana pun aku tetap akan jatuh juga air mata aku. Aku kah yang bermasalah sebenarnya? Betul ke kata mak aku ni tak berguna dan dibenci semua orang. Sebab tu semua orang halau aku. Dee pun sama. Kadang kala aku terfikir, jika Dee tak hilang kelakian dia, mungkin dia akan buat lebih dari tu.

Aku tak mintak banyak, aku cuma minta setia dan kasih sayang yang jujur. Selebihnya yang lain semua aku adjust diri aku. Aku tak minta apapun melainkan setia dan kasih sayang. Mahal sangat permintaan aku. Hari ni aku masih layan Dee dengan baik. Tapi hati aku menangis. Si S tu bagi tahu aku, Dee cakap dia dah cerai dengan aku berbelas tahun. Selalu sangat aku dengar ayat macam tu dari mulut skandal skandal Dee.

Aku penat. Aku sedih. Aku sunyi. Ya aku sentiasa mengadu pada Allah. Sedaya Upaya untuk menjadi kuat. Bertanya apa harus aku buat dan keputusan yang harus aku ambil. Adakah apa yang Allah buka dan bentang pada aku ni petanda untuk aku keluar dari hidup Dee. Ke aku b0doh nak nilai sebab tu sampai berbelas tahun aku masih ditempat yang sama.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.