Hidup PJJ dgn suami, diam2 saya bercinta dgn rakan sekerja. 1 hari suami bagi ‘nasihat’ yg menggoncang hati saya

Shahir kata orang lelaki ni pantang nampak perempuan, terus saya teringat suami dekat rumah. Mesti dia pun ada kekasih lain dan berskandal macam apa yang saya tengah buat. Tak sangka suami nampak perubahan saya, dia suruh saya tukar tempat kerja. Terk3jut saya bila dia cakap sesuatu..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua, nama saya Nurul Hashirah. Perkahwinan saya dengan suami, Kash macam diatur, semuanya berjalan lancar, kedua beIah keluarga terima kami dengan hati terbuka, malah sejak berkawan di U lagi mereka seolah – olah menjangkakan kami menantu mereka.

Hinggakan mereka galakkan kami segera kahwin, jangan tangguh – tangguh. Kalau ada orang kata keluarga mertua tak sukakan menantu, tetapi tidak kepada kami. Hinggakan mertua sanggup duduk dengan kami sambil menawarkan diri jaga bayi kami yang baru lahir.

Saya pun suka mereka malah saya anggap mertua macam emak sendiri punyalah baik. Itulah corak kehidupan kami sejak 8 tahun lalu. Nak jadikan cerita sedang kami bahagia dengan dua orang cahaya mata, tiba – tiba saya dapat tawaran naik pangkat tetapi syaratnya saya kena bertukar tempat kerja.

Saya ceritakan pada Kash. Kata Kash jangan lepaskan peluang. Itu rezeki anak – anak. Katanya, dia akan berusaha ikut pindah bila saya dapat rumah nanti. Tetapi saya berat hati, sebab rasa tak sampai hati nak tinggalkan anak – anak.

Kata Kash ibunya akan tinggal bersamanya bersama adik perempuannya yang kebetulan sudah dapat kerja di KL. Jadi jangan bimbangkan dia, taulah dia jaga diri. Mertua pun setuju, tapi kata emak dan ayah kalau boleh tangguhlah, sebab anak – anak masih kecil baru berusia 6 dan 3 tahun tentu mereka perIukan ibunya. Kesian!

Kata mertua pulak, bukan jauh sangat, setiap minggu saya boleh balik naik kereta api dan mereka juga boleh pergi ke tempat saya, tentu anak – anak suka dapat naik keretapi dan berjalan – jalan ke sana. Setelah sebulan berfikir dan mendapat galakan suami, saya pindah.

Rumah disediakan oleh majikan. Kami berdua sebaya berumur awal 30an. Walaupun lulusan U yang sama, tetapi saya dengan swasta, sementara Kash dengan kerajaan. Rezeki masing – masing. Hubungan kami baik, termasuk dengan keluarga kedua beIah pihak.

Kalau saya tak ada di rumah, mertua tetap melayan emak saya setiap kali emak datang. Sebenarnya saya bimbang tinggalkan Kash, sebab perwatakan, penampilannya memang jadi idaman wanita. Dia senang didekat, rajin, ramah malah boleh memasak.

Kalau saya malas bangun buat susu anak, dia bangun beri anak susu dan tidurkan, begitulah baiknya Kash. Pendek kata suami idaman wanita. Itu yang membuat saya takut tinggalkan dia. Tetapi kerana mertua tinggal bersama jadi saya taklah takut sangat. Paling tidak mertua boleh nasihatkan dia.

Masa mula pindah ke tempat baru, memang banyak saya perlu belajar, kadang kala nak jawab telefon suami pun tunggu sampai balik rumah. Sentiasa sibuk. Dalam masa sebulan pertama cuma dua kali saya dapat balik bertemu anak – anak.

Saya minta Kash datang dia bagi alasan banyak kerja juga dan emak penat. Selama 3 bulan di tempat baru saya banyak minta tunjuk ajar dari seorang pegawai bernama Shahir kerana sebelum bertukar ke tempart baru, dia terp4ksa serahkan tugasnya kepada saya penggantinya.

Maka tak hairanlah hubungan kami akrab. Selepas bertukar pun dia sering datang dan sekali sekala makan tengah hari bersama, biasanya saya belanja, sebagai tanda terima kasih. Bermula makan tengah hari inilah akhirnya kami sering berjumpa dan Shahir juga sering ke tempat saya.

Katanya nak tengok kerja saya. Dan seperti dijanjikan saya pulang ke rumah setiap hujung minggu. Maklum cuti 2 hari seminggu. Saya boleh memandu, tetapi tak berani kalau jauh, jadi keretapi membantu saya. Nak jadikan cerita satu hari saya ternampak Shahir pun naik keretapi yang sama.

Saya terk3jut. Katanya dia pun nak ke KL biasanya dia pulang sebulan atau dua bulan sekali. Nak tengok anak – anak. Kerana perjalanan jauh banyaklah kami bercerita yang selama ini saya tak tanya sudah pasti tak tau.

Rupanya Shahir duda anak dua. Dia nak tengok anak yang dijaga oleh bekas isterinya. Kebetulan! Biasanya dia memandu bila ke KL, tetapi oleh kerana keretanya masuk bengkel hari itu, maka dia naik keretapi. Janjinya lain kali saya boleh tumpang dia balik KL sebulan sekali.

Oleh kerana hubungan kami baik kami cepat mesra. Dalam fikiran tak pernah terfikir yang buruk – buruk. Sebab selama ini dia banyak bantu saya dalam jalankan tugas. Dan tak pernah terfikir sesuatu buruk tersimpan dalam hatinya.

Tetapi kita merancang Allah hendak menduga dan menguji kita yang lemah ini. Sememangnya sebulan sekali saya tumpang Shahir. Benarlah kata orang, bila berdua akan ada ‘orang ketiga’ yang menguji dan mengg0da kita.

Dan itulah yang terjadi pada saya. Tanpa saya sedar, sedikit demi sedikit saya rasa seronok dan gembira apabila bersama Shahir. Dia bukan sahaja bijak, malah pandai berbual, berjenaka yang menggembirakan hati saya. Entah mengapa saya tak menolak setiap kali saya diajak tumpang keretanya. Peliknya saya ikut setuju aja!

Saya sering tertanya – tanya mengapa lelaki sebaik Shahir ini boleh bercerai. Dan mengapa dia tak mahu kahwin lagi. Alasannya dia belum jumpa orang yang sesuai seperti saya. Berdebar jantung saya. Apa maksud Shahir, sedangkan dia tahu saya isteri orang.

Ingatan saya segera kembali ke rumah, dan mula memikirkan apakah yang akan terjadi jika Kash dapat tahu saya sering tumpang kereta Shahir. Walaupun saya belum teruji lagi, mungkin agak sukar untuk saya mengelak tuduhan Kash jika dia dapat tahu saya sering bersama Shahir.

Memang sukar saya hendak bela diri. Tetapi Shahir pandai memain kata – kata, dia ingatkan saya, jodoh pertemuan ketentuan Allah walau bagaimana kita elak jika sudah ditakdirkan bercerai, akan berlaku juga. Ini semua ujian Allah.

Saya kembali gembira bila bersama Shahir dan inilah perasaan saya terbawa – bawa apabila sampai ke rumah. Apabila berdepan dengan Shahir saya terfikir pulak, apakah Kash setia dengan saya, apakah dia tidak ada teman wanita lain seperti yang Shahir ceritakan?

Kata Shahir lelaki mana yang boleh lepaskan peluang jika ‘ikan sudah masuk jaringnya!’ Akhirnya saya mula terfikir benda – benda jahat dan buruk sangka. Apakah Kash juga ada teman wanita, sebab setahun berlalu, Kash belum dapat tukar lagi, malah katanya dia tidak mungkin boleh tukar sebab tugasnya sem4kin banyak dengan bos barunya seorang wanita yang cerewet dan amat teliti dengan kerjanya.

Nak jadikan cerita, kelainan tingkah laku saya menarik perhatian Kash. Satu hari Kash ingatkan saya, apakah saya tidak boleh minta tukar kembali ke KL. Sebab dia mungkin tidak dapat ikut saya. Kalau susah sangat nak tukar dia suruh saya berhenti kerja, atau cari kerja lain di KL.

Kerana dengan kelulusan, kebolehan dan kepakaran yang saya ada amat mudah cari kerja di KL, dan banyak majikan perIukan orang macam saya. Terk3jut beruk saya. Terdiam sekejap. Apakah Kash sedar perubahan saya sejak akhir – akhir ini yang mungkin saya tidak perasan.

Jawapan saya, saya suka kerja yang saya pegang sekarang. Kalaupun berjauhan saya tetap pulang ke rumah. Kata Kash emaknya sem4kin tua dan sukar besarkan anak – anak ikut cita rasa anak zaman sekarang. Kata – kata akhir Kash yang menggoncang hati saya, bila dia kata, jangan asyik nak kejar duit nanti rumahtangga tergadai.

Dan dia nasihatkan saya minta tukar jika tidak baik berhenti kerja. Bukan dia tak suka saya bekerja, tetapi kerjalah di KL. Biar gaji kecil asalkan dekat dengan anak – anak. Saya tak cakap dan tanya banyak. Tetapi hati saya sudah bergelora bagaikan ombak tsunami.

Saya tertanya – tanya apa maksud Kash suruh saya berhenti sedangkan dulu dia galakkan saya pindah? Apakah dia sedar perubahan saya yang mula berubah dengan Boss duda kacak, yang hebat ini. Bila balik saya berper4ng dengan perasaan yang bersarang dengan 1001 rasa cinta, kasih, sayang yang mengkaitkan saya dengan masalah kepincangan rumahtangga jika saya tidak bijak buat keputvsan.

Jiwa juga turut berper4ng dengan hati yang sedang berbunga dengan cinta asmara Shahir. Kadang – kadang hati berkata mungkin saya lebih bahagian hidup dengan Shahir seorang duda berkedudukan? Dan apa saya boleh dapat jika kekal hidup dengan Kash?

Hati mula bertanya dan bersoal jawab. Tapi diri mula rasa takut seperti kata pepatah Melayu ‘yang dikejar belum tentu dapat, yang dikendong pula berciciran’. Selepas seminggu berper4ng dengan hati. perasaan, keinginan, nafsu dan pelbagai impian, akhirnya saya beritahu Kash, saya akan usahakan minta pindah semula ke KL jika gagal, saya akan berhenti kerja dan saya minta Kash carikan saya kerja lain.

Saya tak mahu jadi suri rumah sepenuh masa. Saya mengaku saya tak berani cuba nasib berumahtangga dengan orang baru yang saya belum kenal rapat, berbanding Kash yang amat memahami dan 2 orang cahaya mata yang amat saya sayang. Saya tak mahu kehilangan mereka dalam mengejar ‘pelangi’ yang lahir cuma sementara.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.