Madu mama curi duit syarik4t, bila kant0i dia p4ksa mama gadaikan emas, gadai rumah untuk tolong

Semalam, ayah kena halau dari rumah sana walhal kereta dan rumah perempuan tu, ayah yang bayar. Dia siap transfer semua duit ayah dalam bank ke akaun dia, jadi dia tau ayah tak akan boleh bagi mama duit. Aku tengok ayah sekarang dah tua, tapi masih kena bekerja keras cari duit..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca, terima kasih jika cerita ini disiarkan dan ambik lah part – part mana yang boleh dijadikan sebagai semangat, iktibar, dan bilamana aku dah start menulis, aku anggap aku dah sampai tahap blur and taktau sampai bila nak macam ni.

Cerita agak panjang, tapi aku cuba ringkas kan. Aku terpandang aku wajah mama. Halus, cantik, dan orang takkan pernah tau dia s4kit kalau bukan dia yang bukak cerita. Dia kata, “Mama makan banyak ubat, tu sebab kulit tak macam orang lain.”

“Oh, kena s4kit dulu kot baru kulit cantik..” fikiran aku dulu. Mama ada diab3tes on insulin, sebeIah buah pinggang dan ada g0ut. Mama orang yang berdikari, sejak umur dia 18 tahun sampai lah pencen, dia boleh naik bas, naik turun LRT and boleh drive sendiri ke office.

Semua kerja rumah, masak, pergi kIinik, check up dekat hospitaI dengan pakar, semua dia boleh buat sendiri. Tak pernah sekali pun rumah berpasir dan kain baju tinggi menimbun. Rumah dan kereta mama semua atas nama mama sendiri.

“Nah baju kurung akak. Kau ambik baju kurung ni dan bernikah lah dengan abang kalau itu yang kau nak..” Kata mama 20 tahun yang dulu pada perempuan per4mpas. Ketika itu adik aku yang bongsu masih merah. Baru lahir.

“Kau b***. B*** gem0k tak reti jaga laki.” Tapi masa perempuan tu s4kit, mama yang jaga dia. Ayah pernah ceraikan perempuan tu buat pertama kali selepas 3 bulan mereka nikah. Dia sorokkan kunci kereta ayah, jadi ayah tak dapat nak pergi kerja.

Bila sampai giliran rumah mama, dia tak bagi ayah balik. Sampai lah ayah bawak diri kerja jauh dari kami dan perempuan tu ikut ayah sampai sana. Buat ayah tak dapat nak fokus dengan kerja, dia kejar kami sekeluarga semata – mata nak tau ayah dekat mana.

“Mana laki kau gem0k? Mana kau sorok laki kau?” jerkah perempuan tu dekat mama. Mama tak pernah sorok ayah, dan ayah kalau berpeluang, memang dia akan lari menyorok mana – mana sampai lah keadaan reda, dan pernah jugak ayah tak sempat pakai selipar, lari pergi rumah makcik 4KM dari rumah tengah malam.

Dia halang pintu depan, ayah lari pintu belakang. Macam dalam drama suami kahwin dua, sama lah situasi ayah. Keadaan mem4ksa untuk ayah kahwin kali kedua dengan dia selepas 7 tahun, keadaan kami huru – hara. Dia pancitkan tayar kereta mama semua sekali masa mama parking kereta di office dan mama terp4ksa balik naik LRT.

Dari rumah teres 1 tingkat, mama beralah duduk rumah flat. Dari kereta mewah, selesa masa tu, ayah jual dan beli kereta biasa sorang satu untuk mama dan ayah. Jadi senang ayah boleh gilir – gilir pergi rumah sana dan mama boleh pergi kerja sendiri.

Dari gaji 5K+ sebulan, ayah dibuang kerja atas sebab kekacauan di office. Habis 1 bangunan blackout perempuan tu buat. Jadinya ayah susah nak dapatkan kerja atas rekod buruk masa tu, dan mama tolong ayah buat nasik lemak.

Bangun pukuI 4 pagi, mama tolong ayah buat kuih. PukuI 6 pagi mama dah siap – siap nak pergi office. Kakak yang sulung masa tu tengah nak SPM dan dia pun tolong mama buat karipap. Sampai satu tahap, kakak menjerit sebab str3ss dia kena tolong buat kuih – kuih dengan nak SPM lagi.

Tersentak ayah. Mama terlelap – lelap sambil buat kuih. Penat, dengan aku dan adik bongsu masih kecik lagi. Sejak ayah kahwin lagi sekali, kami hidup macam biasa walaupun ada jugak dia kacau mama, call banyak kali dan whatsapp.

Konon nak berbaik. Sejujurnya, kalau dia baik dari awal, kami mungkin takde masalah untuk terima dia walaupun ayah pernah je cakap, “Dia dah berubah.” Tak pernah aku percaya. Pernah je dia suruh ayah belikan dia rumah dan ayah dah pun menang bid rumah lelong tu, bawah je rumah aku sekarang.

Tapi dia kata, “Tak nak rumah tu. Nak rumah tiang tinggi macam kakak tu. Tak nak silling rendah macam ni..” “Jual je kereta ni, belikan aku kereta lain. Taruk nama aku.” Ayah pun jual kereta yang dibeli cash dan gantikan dengan kereta hutang sambil taruk nama perempuan tu.

Ayah memang takde harta, sebab sejak awal lagi kahwin dengan perempuan tu, ayah dah blacklisted. Perempuan tu guna kad kredit ayah tanpa kawalan, akhirnya tak boleh bayar. Culas nafkah, mungkin semua orang dah dapat agak.

Ayah keluarkan duit KWSP dan bagi mama duit, bagi tiap anak duit, dan anak – anak dia pun dapat jugak. Dari duit ayah bagi tu jugak mama langsaikan hutang kereta mama, renovate toilet, sama – sama dengan ayah pergi umrah, tambah sikit – sikit perbelanjaan perkahwinan kami adik beradik.

Dan sampai ke hari ni, perempuan tu masih mintak duit tu, dan tak bagi ayah bagi duit ke mama. Dia akan cakap, “Dulu duit KWSP tu kan ada.”  Kalau ada pun, tolong engkorang punya hutang. Bagi korang makan masa takde duit, belikan susu – susu anak kau, belikan baju raya anak – anak kau. Ingat duit tu tak habis, ingat berjuta agaknya.

Tiap kali ayah balik rumah mama, perempuan tu akan buat hal. M4ki – m4ki, buang baju ayah, desak ayah suruh ayah balik rumah dia sekarang jugak, cakap anak – anak dia s4kit, tak nak masakkan untuk anak – anak kalau ayah tak balik.

Didesaknya si orang tua tu, memang ayah bermasam muka and balik. Mama..? “Mama, tolong ayah. Gadaikan gelang mama tu, ayah nak kena tolong dia. Dia ‘ambik’ duit dekat office. Nanti ayah ganti balik..” Dan mama pun bagai tolong anjing yang tersepit, dan selepas selesaikan masalah, mama jugak yang t3bus semula gelang tangan dia takut – takut nanti tergadai. Mereka buat tak tahu je.

Lagi sekali baru – baru ni, ayah mintak mama gadai rantai emas mama. Dan ya, sekali lagi perempuan tu ambik duit company, dan dia nak mama tolong bayarkan dulu. Tolong? Tak akan lagi kali ni. Sekerasnya kami adik – beradik cakap dengan mama, jangan ditolong lagi.

Dengan muka tak tahu malu, perempuan tu desak mama untuk tolong bayarkan hutang dia, tak jalan dalam call, dia datang rumah masa kami takde di rumah. Dan ayah bagai lembu dicucuk hidung, ayah cuba untuk nak gadai rumah mama.

Tapi mungkin Allah nak tolong mama, ayah tak dapat nak gadai sebab rumah masih lagi berhutang dengan bank. End up, ayah pinjam ceti. Semalam, ayah dihalau dari rumah sana walhal kereta dia, rumah dia, ayah yang bayar.

Dia transfer semua duit ayah dalam bank ke akaun dia, so that dia tau ayah tak akan boleh bagi mama duit. Ayah kata, perempuan tu nak cerai. Cerai? Cerai ke tak, benda akan sama kan? Dia masih mengacau kan? Macam dulu, dah bercerai pun masih ganggu akhirnya ayah kahwin semula dengan dia.

Kami adik beradik kalau bukak mulut, umpama mama menghasut kami untuk jadi takde adab dengan ayah, walhal ayah lupa anak – anak dah besar. Tr4umanya hidup ni sampai bila aku dah berkahwin, aku takut suami aku macam ayah.

“Abang dulu pernah cakap, kalau abang senang, abang nak belikan orang kereta Perdana kan? Tapi bila abang ada duit, abang kahwin lain.” – Mama.

“Abang dulu pernah cakap, kalau nanti orang dah pencen, abang nak sama – sama duduk sini, boleh pergi masjid and dua – dua pergi sana – sini. Tapi sekarang..? – Mama.

Diusia ayah dan mama sekarang, patutnya dah sama – sama duduk berdua, tengok cucu – cucu main basikal, minum teh sambil cicah biskut kering. Tapi, dek kerana tersilap langkah, ayah terp4ksa bekerja keras lagi untuk membesarkan adik – adik tiri aku.

Itu pilihan dia, dan dia kata kalau boleh undur masa, dia menyesal dengan semua benda ni. Aku, masih lagi pandang muka mama, sambil duduk sorok muka nangis senyap tiap kali ayah bawak balik masalah rumah sana ke rumah sini. Sugul muka orang tua tu.

Banyak yang dah aku p0tong, sebab dah 20 tahun aku lalui semua ni, cuma doakan mama aku terusan kuat untuk hadapi tiap masalah and dugaan meniti hari tua.

P/s : Dulu ayah dengan mama pernah dibawa berubat, dan ya. Mama ayah dibagi makan kotor, dan sekarang bila tiap kali kami ajak mama untuk berubat, mama seakan berat hati nak pergi. Ada mana – mana yang tau tempat berubat mana yang okay? – Di (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hafizah Ibrahim : Itulah kesan poIigami kalau salah niatnya dan lelaki yang berpoIigami tidak mengikut sebenar – benar sunnah nabi saw. Hati isteri tak dijaga, dis4kiti, nafkah culas akibat berpoIigami, maka inilah jadinya. Melihat sendiri pengalaman keluarga mertua, dan pengalaman rakan baik.

Puan Shafira : Kadang – kadang kite tak duduk tempat orang tu. Senang senang kite taip cakap macam – macam. Seandainya terjadi pada diri kite. Pada batang hidung kite.. Apakah kite akan buat keputvsan bercerai terus??

Hati manusia Allah yang pegang.. Mungkin ini ujian buat mak awak dik. Tapi pasti ada kemanisannya. Bukan di dunia tapi di akhir4t. Hanya orang yang mampu Allah akan uji. Kite yang tak duduk dalam kasut manusia yang di uji ni. Janganlah bercakap lebih – lebih. Takut 1 hari terkena pada batang hidung kite. Kite pulak jadi lebih teruk. Awak jaga mak sebaiknya dik. Bahagia kan dia.

Ann Fardan : Bila wanita itu sendiri gagal menggunakan hak – hak yang Allah bagi makanya dia sedang menzaIimi dirinya sendiri dan mengani4ya em0si anak – anaknya. Ayah awak memang dayus. Tapi mama awak juga berd0sa. Berd0sa kerana merosakkan masa depan anak – anak dengan mem4ksa kalian hidup tr4uma sepanjang usia. Buat wanita dan isteri – isteri di luar sana. Pesan akak.. Biar rugi awal asal jangan m4ti cepat??!

Lynn Abd Latiff : Inilah contoh t0xic relationship – mama anda sebenarnya boleh sahaja hidup bahagia tanpa susuk seorang suami. Untuk mengelakkan d0sa sang suami yang cuai serba serbi dan juga d0sa tak redha seorang isteri diperlakukan dengan zaIim.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.