Ibu bapa Iarang hubungan kami sebab saya ada Master dan merupakan graduan terbaik, manakala tunang hanya ada SPM

Salah satu sebab ibu bapa tak setuju dengan hubungan kami adalah disebabkan taraf pendidikan kami. Tapi bila kawan – kawan tahu tentang hubungan saya dengan tunang, mereka pun menjauhkan diri kerana tidak mahu saya bersama tunang. Banyak cerita buruk tentang tunang tapi bila dengan saya, tunang sangat baik. Apa yang patut saya lakukan?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai semua. Berdebar rasa nak post luahan apa yang terpend4m dalam hati saya ni, tahu akan ada kecaman dan sememangnya ada yang sentiasa baik hati dengan pandangan yang murni. Apa – apapun saya sedia menerima pandangan semua.

Baiklah.. Saya Bunga. Masalah terbesar saya adalah diri sendiri. Kenapa saya katakan diri sendiri? Sebab saya tak tahu buat keputvsan.

Saya sudah bertunang. Tunang saya seorang pegawai beruniform. Luarannya dia lelaki yang baik. Dalaman? InshaAllah baik.

Detik perkenalan kami tidaklah begitu indah. Pada awalnya, saya tidaklah mempunyai perasaan terhadap tunang. Tapi dia sangat bersungguh – sungguh untuk memiliki saya.

Setelah berbulan – bulan akhirnya saya membuka hati untuk menerima tunang. Berbanding saya dan tunang, tahap pendidikan kami boleh dik4takan jauh.

Dia hanya lulusan SPM manakala saya mempunyai Master. Maaf sekiranya saya terlihat ri4k, tapi saya merupakan seorang graduan terbaik. Boleh dik4takan saya seorang pelajar cemerlang.

Sebab utama saya memberitahu perkara ini kerana inilah salah satu sebab utama ibu dan bapa saya meIarang hubungan kami pada awalnya. Kerana takut kami tidak sehaluan. Saya yakinkan ibu dan bapa saya bahawa itu tidak menjadi masalah.

Bermula penent4ngan pertama. Saya husnuzon kerana sebab yang diberikan oleh ibu bapa bukanlah sesuatu yang besar.

Setelah ramai yang mengetahui tentang hubungan kami (kawan – kawan dan kenalan) secara tiba – tiba banyak cerita buruk yang saya dengar daripada mulut kawan – kawan yang lebih dahulu mengenali tunang.

Ada kawan saya yang menjauhkan diri kerana tidak mahu saya bersama tunang. Ada juga beberapa yang memberi nasihat bahawa tunang dahulu seorang yang tidak baik.

Saya terus cuba husnuzon kerana tunang amat baik dengan saya. Selama setahun saya menguji tunang, dia seorang yang sangat sabar dengan perangai saya. Hal ini berlaku ketika di awal perkenalan kami.

Saya ada solat tahajud dan solat hajat malah tidak putvs berdoa untuk tunjukkan mana yang terbaik, tapi saya tidak dapat apa – apa tanda baik atau buruk jadi saya teruskan saja hubungan kami dan akhirnya kami bertunang.

Cab4ran terbesar saya apabila saya akhirnya dapat tahu semua perkara buruk yang disampaikan kepada saya mengenai tunang adalah benar belaka.

Saya dapat tahu, tunang seorang yang pIayb0y. Saya dapat tahu tunang seorang yang suka bertukar pasangan. Saya dapat tahu tunang pernah ke pub dan minum ar4k.

Tunang juga pernah buat s3x bebas. Saya dapat tahu tunang juga suka main jvdi online. Saya masa ini tersungkur dan terduduk.

Saya berterus terang dengan tunang, dia mengakuinya dan berkata itu semua kisah silamnya, ketika dan sepanjang bersama saya dia tidak pernah lakukan semua itu lagi. Saya tahu dan percaya ketika dia bersama saya dia tidak melakukan itu semua, kerana kami sentiasa bersama.

Telefon bimbit dia saya selalu check, saya ada web whatsapp (application yang membolehkan saya boleh melihat conversation whatsappnya pada bila – bila masa) saya ada password semua sociaI media tunang. Saya tahu ketika dengan saya, tunang tidak melakukan itu lagi.

Tapi, sebagai seorang perempuan, saya sangat – sangat terkesan dengan semua ini. Saya menjaga diri selama ini, ramai yang datang untuk mencuba saya tolak secara baik.

Saya tahu, pembaca akan kata, ahh itu semua kisah silamnya. Iya, itu kisah silamnya tapi saya baru tahu semua ini dan ini sangat baru bagi saya.

Patutlah ada yang cakap dengan saya “kenapa Bunga pilih lelaki macam tu? Bunga boleh pilih yang jauh lebih baik”. Tapi kata – kata ini datang dari seorang lelaki yang juga ingin mencuba saya, mestilah saya ragu – ragu untuk percaya.

Masalah sekarang, saya sangat takut jika tunang melakukan perkara yang dia pernah lakukan sebelum ini.

Pernah ex tunang kata dengan saya “Baguslah kalau tunang dah berubah, tapi tak takut kalau perangai buaya dia balik semula? Saya sangat kenal tunang awak”.

Perkataan itu seperti terngiang – ngiang dalam kepala saya. Kenapa personaliti tunang amat berbeza bila dengan saya?

Tunang baik dan sangat sabar dengan saya. Itu yang saya nilai. Dan saya bukan jenis yang mudah tertipu. Saya sangat tahu menilai tingkah laku orang sekeIiling saya.

Sekarang saya menjadi seorang yang sangat ins3cure, saya seperti mahu menyiasat semua tingkah laku tunang. Even last seen di whatsapp pun menjadi masalah besar bagi kami.

Saya tidak mempercayainya kerana tunang kerap online di nombornya yang satu lagi (nombor khas untuk kerjanya sahaja) menurut dia itu hanya untuk kerja sahaja.

Tapi saya tetap tak percaya! Saya tak tahu macam mana nak mempercayai tunang semula.

Saya takut sangat takut saya tertipu dengan tunang, saya takut mempersuamikan seorang yang salah. Sebab saya tahu, perempuan yang paling maIang adalah dia yang tersalah pilih suami.

Saya bukannya mahu dia sempurna, tapi saya takut saya terIuka selepas kahwin. Apa yang patut saya lakukan? – Bunga yang tak mekar (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syafa Syafa : Perkataan ‘paling maIang’ tu tak sesuai. Kalau tersalah pilih suami, tetap ada jalan penyelesaian. Cuma ramai wanita pilih untuk terus mend3rita konon atas nama cinta. Perkara – perkara yang melibatkan paling maIang ni hanya layak disandarkan kepada hidayah, petunjuk, iman, akidah dan yang sewaktu dengannya sahaja. Bila kita sandarkan cinta berlebihan pada makhluk atau benda melebihi pada Allah dan Rasul, kita akan diuji. Ini pesanan untuk diri saya jugak.

Nur Na : Sebenarnya jawapan dah ada pada awak. Apa orang cakap pun, awak akan stay dengan dia. Walaupun mak ayah awak tak suka pun, awak masih nak teruskan. Bayangkan kalau ibu bapa awak tau cerita ni. Mesti mereka kecewa. So bersedialah terima risik0. Tapi kalau nak dengar pandangan, saya rasa better move on. Jangan ambil risik0 untuk berada dalam duka Iara sementara awak ada pilihan lagi ni.

Nanti dah kahwin, ada anak, susah dah nak keluar. Dia baik dengan awak, sabar dengab awak, sebab dia tak dapat awak lagi. Bukan nak buruk sangka, cuma saya rasa awak ada banyak pilihan jauh lebih baik kan. Kenapa nak susah – susah hati nak cuba – cuba risik0kan diri. Kan dah banyak masalah – masalah orang macam ni kan. Sebelum terjebak, baiklah angkat kaki sissss…..

Adlina Razif : Selain memilih jod0h yg baik, kita perlu pilih yang sekufu juga. Mungkin awak boleh tolak tepi dari segi pendidikan. Tapi bila lifestyle (walaupun telah lepas) dia pun sangat – sangat berbeza dengan awak, awak boleh fikir semula pilihan yang awak perlu buat. Awak bukan sedang pilih suami sahaja.

Awak tengah pilih menantu untuk ibu bapa awak.

Awak tengah pilih bapa untuk anak – anak awak.

Awak tengah pilih keluarga mentua untuk dijadikan keluarga awak juga.

Awak berpendidikan tinggi, jadi saya tahu awak lebih tahu apa yang awak mahu.

Nawueen : Pernah terbaca. Bila kita buat solat hajat n istikharah. Kadang – kadang petunjuknya bukan dari mimpi dan sebagainya. Sebaliknya dari firasat dan pandangan ibu bapa serta orang sekeIiling kita. Dan percayalah firasat ibu bapa tidak pernah salah apatah lagi mereka semua hanya mahu yang terbaik untuk anak – anaknya. Masih belum terlambat untuk membuat keputvsan yang baik tanpa menoleh kebelakang lagi.

فردوس بن محمد ساريف : Mana ada tersalah. Tu semua qado dan qadar. Jod0h semua dah ditentukan, berapa lama pun dah ditentukan. Namun kesucian lelaki dan wanita perlulah dititik beratkan. Carilah wanita yang masih ada dar4, jika dia tidak berstatus janda or balu. Kerana dar4 adalah bukti kesucian fizikaI dan status kesihatan mentaI seseorang wanita. Carilah lelaki yang tidak mengamalkan hidup bebas kerana lelaki atau perempuan yang bebas membuat hubungan s3ks, mereka ada peny4kit keIamin samada mereka dijangkiti atau pun telah sembuh dan menjadi pembawa peny4kit. Peny4kit STD.

Tak pasal – pasal awak yang masih dar4 dijangkiti peny4kit, Nauzubillah HlV. Jika tidak HlV, akan dapat STD. Tambahan dia pernah minum ar4k. Bukan takat tu sahaja, ianya akan membawa kesan kepada zuriat yang anda kandung. Kasihanilah bakal zuriat anda. Sayangi diri anda. Ada lelaki yang suci dan baik, yang soleh di luar sana. Tidaklah ramai tetapi berbal0i untuk didapatkan.

Julia Hanapiah : Kadang – kadang haIangan dari ibubapa itu memang ada asasnya. Mereka tak mahu menyerahkan anak mereka kepada orang yang mereka tak yakin. Fasa pertunangan ni memang untuk kenal hati budi masing – masing. Kalau tak boleh teruskan, putvskan. Jangan kita kata kita boleh merubah dia, Silap besar tu. Kalau nak teruskan juga, bersedia mentaI dan fizikaI. Dah masuk alam perkahwinan nanti lagi susah nak bercerai.