Suami pukuI dan kunci anak luar rumah sebab asyik menangis

ekisahdotcom warning

Saya pernah kena baIing penyapu ketika sedang mengandung 7 bulan. Saya tak percaya kenapa macam ni sekali perkahwinan yang terp4ksa saya hadapi. Dia cakap tak guna solat t0nggang t0nggek kalau tak dengar cakap dia. Dia suruh tinggalkan baby umur 3 bulan sorang – sorang kat rumah untuk tolong dia berniaga…

#Foto sekadar hiasan. Hai admin tolong hidekan profile saya dan siarkan. Hai korang, saya yang anak 2 orang tu yang suami saya pernah baling penyapu kat saya waktu mengandung dulu. Sebenarnya korang salah faham, saya bukan mengandung sekarang. Saya ceritakan kisah masa saya mengandung anak no-2, suami saya pernah baling penyapu dekat saya. Waktu tu kandungan saya berusia 7 bulan tahun lepas. Sebenarnya, saya ada kelulusan diploma tapi saya k0rbankan tak kerja sebab nak jaga anak – anak. Tak ada sesiapa boleh jaga anak – anak saya, mertua tak boleh, mak saya tak boleh, suami pun tak nak jaga.

Kadang suami pun pukuI anak yang berumur 2 tahun tu. Anak 2 tahun dipukuI dikuncinya kat luar sebab budak tu menangis, saya nak capai anak dia marah dia ugvt nak tumbvk saya kalau saya dapatkan anak saya yang tengah meIalak kat luar tu. Saya macam tak percaya sangat kenapa macam ni sekali perkahwinan saya yang baru 3 tahun ..

Saya ikhlas kahwin dengan dia walaupun mak tak suka. Saya umur muda lagi baru 25 tahun, suami pula 33 tahun. Saya faham dia berniaga satay tapi tak kanlah sardin RM3 tu dicakapnya mahal. Tak ada duit nak beli lauk, buat tak tau je bila dekat rumah tak ade lauk. Yang penting satay ayam daging dia ada stok. Ya Allah, kesian anak saya. saya terp4ksa cari sendiri makanan, saya buat sup kosong untuk bagi anak makan. Saya pun baIun habis sup kosong campur nasi supaya susu saya tak drop sebab saya br3ast feed baby 3 bulan.

Kenapa mesti h1na marah t3ngking saya depan orang? Saya ni isteri dia, bukan kawan. Malu saya, merah padam muka. Anak – anak semua nak dengan saya je, bila saya tak ade je, yang sulung meIalak cari. Semalam saya pergi toilet buang air besar, saya pesan dekat suami, kalau anak cari saya, tolong layan dia jap ya. Boleh pulak dia tengok fon download video tak senonoh, kemudian marah anak suruh diam! Kunci anak kat bilik mandi.

Saya banyak kali pesan tak baik tengok video macam tu. Tapi senang je kaum lelaki cakap, “diam la suka hati aku lah.” Yang dia tahu, bila malam nak tuntut hak dia memalam. Tapi bila saya tuntut hak nafkah duit belanja apa semua, boleh cakap, “tak ada, tak ada! Aku banyak benda nak bayar, sewa rumah, makan minum kau. Kau cari la duit sendiri.” Saya diam je 3 tahun tak ada bagi duit belanja. Kalau saya ada duit sikit, dia suruh guna duit saya. Anak – anak masih kecil, saya pulak langsung tak reti bawak kereta dan moto. Suami punya kenderaan pun motor pinjam dengan sepupu..

Sekarang ni saya tengah kumpul duit sikit dengan berniaga online. Saya nak ambil lesen kereta. Saya dah tanam kat diri sendiri, saya sedang siapkan diri untuk anak – anak. Dia pernah jerit kat saya, suruh saya keluar rumah. Tak nak tengok muka saya katanya, 3 kali dah dia cakap macam tu. Saya sabar je selama ni, apa saya buat semua salah di mata dia.

Saya berehat pegang fon reply Whatsapp pelanggan, dia akan cakap saya pegang hp je! Ya Allah, saya tolong dia banyak sangat. Tolong cucuk satay, jaga anak, cuci kain pun pakai tangan je walaupun jari ni ada Iuka besar. Bayangkan bila kena air sabun tu tapi saya gagah juga sebab suami tak nak beli mesin basuh. Saya suruh kerja luar, tak nak. Macam – macam alasan dia bagi yang sebenarnya dia kuat tido. Tapi bila saya terlelap petang dia pulak marah saya sebab tido. Ya Allah, letih badan saya, saya tertIdur sebab anak menyusu lama..

Serius, macam tak tahan dah hidup dalam keadaan macam ni. Saya nak keluar dari dunia perkawinan ni. Saya nak hidup berdikari dengan anak – anak. Saya tengah sediakan duit lebih untuk saya surv1ve jika berpisah. Boleh tak bagitau macam mana caranya saya nak failkan penceraian? Ada bayar tak? Saya nak jagaan anak berpihak pada saya sebab suami saya tak ada nak jaga anak, baby menangis pun dia biar je, dia tak pandai jaga anak. Biarlah saya bawak diri, mungkin tu lagi baik dari terus s4kit hati setiap hari.

Saya yang nak amal perancang, mula – mula suami tak bagi. Saya tak nak, saya ambil juga depo. Saya tak nak lagi mengandung untuk dia, cukuplah saya serik. Saya lahirkn zuriat tapi apa yang saya dapat meny4kitkn hati daripada bersalin k0yak dar4h banyak keluar, tak pernah bahagia ! Saya suruh solat tak nak! 24 jam marah saya je. ade je yang tak kena. Boleh dia kata saya ni solat t0nggang t0nggek tapi cakap suami pun tak ikut tak ade guna. Macam mana nak ikut? Dia suruh tinggalkan baby sorang – sorang kat rumah sebab nak suruh saya tolong dia berniaga. Memanglah dekat je boleh jalan kaki, berlari saya ke rumah dapatkan baby yang nangis sampai muka merah. Akhirnya saya bawak sekali ke tempat berniaga. Saya jaga sambil niaga, dengan anak sulung umur 2 tahun yang tengah lasak. Dia suruh saya jaga anak sambil kipas sate dan dia kata dialah paling penat.

Sekian. Mohon bagi jalan pnyelesaian bukan kecaman. Terima kasih semua.

Komen Warganet :

Nadzirah Annuar : Dapatkanlah nasihat dari pejabat agama. Kalau rasa banyak memudar4tkan dari kebaikan tak ada guna pertahankan. Lelaki macam tu memang tak guna. Kahwin nak tapi tanggungjawab hukvm perkahwinan semua tak tau! Awak boleh f1ght untuk penjagaan bagi alasan sedangkan masa berkahwin pun lauk untuk anak bini makan pun dia tak nak beli asyik tengok video p0rn sampai kurung anak dalam toilet.

Nanti kalau dah berpisah dia jaga ntah apa nasib anak – anak. Lagipun anak – anak awak bawah 2 tahun, insyallah berpihak pada awak. Banyakkanlah berdoa mohon kekuatan dari Allah. Sekurang – kurangnya awak ada diploma, awak boleh bekerja dan cari pendapatan sendiri untuk awak dan anak – anak. Rezeki Allah luas, Allah yang tentukan. Bangkit dan berju4nglah untuk anak. Semoga Allah merahm4ti perjalanan hidup awak dan anak – anak.

Shiela Sulaiman : Ya Allah, apa la laki macam ni. Awak berhak untuk cari yang terbaik untuk awak dan anak – anak. Dia jadikan awak tempat lepas nafsu je. Suami saya pun buat kerja luar, ambil stok sambil jaga anak dah 4 tahun dah. Tapi kalau nak tinggal anak memang tak la. Dia sanggup ke hulu hilir bawa anak. Tak nak nanti duit dapat, tapi apa – apa jadi kat anak, menyesal tak sudah. Kesian awak sis.

NurAz Wan : Jelas sekali, rumahtangga tak berkat, tanpa restu orang tua dan suami tak solat. Untuk permulaan, cari pendapatan dari rumahlah, macam mengasuh anak orang, tak perlu modal pun. Suami macam tu, memang tak ada iman dan tak bawa kebaikan pun.. Baliklah pada orang tua, minta maaf banyak – banyak. Mungkin mereka tidak maafkan awak, sampai hidup awak tak pernah tenang. Kalau nak cerai pergi pejabat agama dan tanya caranya.

Zanariah Zana : Apalah maknanya hidup bersuami jika begini caranya, susah nak ubah orang macam ni. Pandanglah masa depan anda dan anak. Buat permulaan anda kembalilah pada ibu bapa anda, carilah kerja untuk teruskan hidup. Kalau nak cerai pergi pejabat agama dan tanya cara, pandanglah terus ke hadapan dan jangan toleh ke belakang lagi. Kita wanita ni tak lemah pun, inshaallah anda boleh. Saya bercakap atas pengalaman sendiri.

Apa kata anda?