Ibu merayu dekat perempuan tu suruh tinggalkan ayah tapi dia gelakkan ibu. Ayah p4ksa ibu pujuk perempuan tu merajuk

Ibu terp4ksa ikut ayah pergi Melaka, nak pujuk dan berjumpa dengan perempuan tu dekat hotel. Depan ibu mereka makan bersuap. Aku tunggu ibu dalam kereta sampai tertidur, tepat pukuI 7 barulah ibu keluar..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Suraya (bukan nama sebenar). Hari ni aku nak bercerita mengenai tabahnya seorang ibu dan kesengsaraan yang dia hadapi selama 28 tahun. Ibu berjumpa dengan ayah sewaktu dia berumur 18 tahun dan berkahwin sewaktu umur 19 tahun.

Jarak umur mereka adalah sebanyak 10 tahun. Dari awal perkahwinan ibu aku dah alami macam – macam. Bapak aku ni dari muda seorang yang kuat berjuudi, jarang sekali nak bagi nafkah, kuat menipu tapi dia tak pernah angkat tangan dekat ibu aku.

Ibu siap kata dia dah taubat nak melahirkan anak sebab waktu dia lahirkan aku dulu, bapak aku siap pergi berjuudi bawak abang aku yang umur 4 tahun ikut sekali. Dia hadap semuanya seorang diri. Sekarang ni dah 28 tahun usia perkahwinan mereka dan aku sebagai pemerhati ni tak mampu nak hadap lagi dah.

Sepanjang perkahwinan mereka, ibu aku ni hadap macam – macam perkara. Masih aku ingat sewaktu aku umur 17 tahun, aku ada program sekolah untuk SPM dan tiba – tiba aku dapat panggiIan daripada makcik aku yang menangis.

Katanya bapak aku ni ada perempuan lain, orang seberang yang dia jumpa waktu dia bekerja. Bapak aku ni kerja government gaji dalam 4 – 5 ribu. Luluh hati aku dan aku menangis dalam tandas walaupun orang ramai lalu lalang.

Sedih aku bila ingatkan ibu aku yang banyak berk0rban. Ibu aku bekerja sendiri dan dia lah yang menanggung kami sekeluarga. Bapak aku walaupun gaji dia ada tapi tak pernah nak bagi pun dekat ibu aku. Waktu dia ditugaskan dekat Kuala Lumpur, ibu aku terp4ksa bagi RM27 ribu dekat dia sebab dia kalah juudi.

Selepas 2 tahun bapak aku macam dah bertaubat dan ibu aku baru buka cerita sewaktu dia berscandal dulu. Ibu aku cerita bapak aku tu siap sewakan rumah dekat perempuan tu. Siap bagikan motor kami yang katanya dia dah jual rupanya dia bagi perempuan tu.

Siap belikan emas dekat perempuan tu dah sewaktu dia ditugaskan di KL hari tu pun belanja sakan untuk perempuan tu. Ibu seorang yang lembut, dia pergi berjumpa dengan perempuan tu dan merayu sampai melutut supaya tinggalkan bapak aku.

Bapak aku dah terlalu jatuh cinta dekat perempuan tu. Perempuan tu gelakkan ibu aku dan memperb0dohkan ibu aku. Paling menggur1skan hati aku bila ibu cerita yang bapak aku bawa dia ke Melaka sebab nak suruh pujukkan perempuan seberang tu.

Katanya ibu aku punca mereka berg4duh. Ibu ikut sahaja katanya dan pergi ambil perempuan tu dekat hotel untuk makan sekali. Mereka makan bersuapan depan ibu dan lepas balik, bapak aku siap m4ki hamun di dalam kereta dengan uguytan nak menceraikan ibu.

Lepas dari itu, aku juga pernah teman ibu ke suatu daerah yang memakan masa sejam setengah kerana ibu ku merasakan bapak aku berjumpa dengan perempuan itu lagi. Aku tidur di dalam kereta dari pukuI 4 pagi sehinggalah 7 pagi barulah ibu pun keluar sambil menangis mengatakan mereka berdua ada di hotel tetapi ibu tidak katakan apa – apa.

Ibu setiap malam bangun bersujud meminta kepada Allah untuk lembutkan hati bapak dan alhamdulillah bapak berubah. Dia tinggalkan perempuan tu dah mula bersembahyang tetapi benda tu hanya bertahan selama setahun.

Bapak mula giIakan main satu sport yang famous antara orang – orang kaya. Dia pencen dan dapat duit dalam RM200 ribu. RM100 ribu dah digunakan untuk bayar hutang dan buat rumah sebanyak RM40 ribu. RM100 ribu lagi dia habiskan dalam masa tak sampai setahun kerana berjuudi dan kerana taruhan (bet) sewaktu dia bermain sport.

Kini, dia tiada apa – apa. Semuanya ditanggung ibu. Ibu setiap hari risaukan macam mana nak hidup dengan nak membayar sewa kedai, makan pakai, aku yang sedang belajar, bayar rumah dan kereta. Dia ada berhutang dengan bank sebanyak RM80 ribu tetapi selepas pencen dia tidak pernah bayar.

Surat merah dah 2 kali dikeluarkan dan rumah bakal dilelong. Aku dah putuus asa dengan bapak aku, bila ibu ingin berbincang dia m4ki hamun. Dia ungkit RM40 ribu yang digunakan untuk buat rumah. Aku dah p4ksa ibu untuk bercerai tapi dia tak mahu. Aku s4kit hati.

Cukuplah aku tinggikan suara dekat ibu kerana kedegiIan dia. Aku sudah p4ksa untuk bercerai sejak aku SPM dan kini umur 22. Usaha hasil titik peluh ibu bayar rumah 100 ribu tu bakal hilang begitu sahaja disebabkan hutang bapak aku yang b0doh.

Aku kadang – kadang menangis bila ingatkan nasib ibu aku ni. Sudahlah berkahwin sejak usia belasan sehingga usia hampir 50 tahun pun dia terp4ksa hidup susah. Aku cukup kesian kerana ibu aku tidak pernah mendapat kebahagiaan sepanjang hidupnya.

Aku berdoa pada Allah untuk panjangkan umur ibu supaya aku dapat mewahkan dia bila aku dah bekerja nanti. Bapak aku amat baik dengan anak dan selalu bagi belanja sewaktu dia berduit tapi aku berharap sangat bapak aku m4ti.

Cukuplah dia sudah berseronok sepanjang 28 tahun perkahwinan kini bagiIah peluang itu kepada ibu aku. – Suraya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Xander Max : Memang ada wanita yang takut hidup digelar ibu tunggal / janda. Sanggup bertahan dalam t0xic marriage asalkan tak jadi janda. Pastu petik nama anak – anak konon taknak anak hidup tak berbapa. Walhal suami tu dah tak berguna langsung. Takde fungsi apa.

T4ik juudi ni memang sampai ke sudah la. Belom cerita tentang bab curang tu. Siap pegi melutut bagai tapi end up? Mana letak maru4h diri eh biar orang b0dohkan sampai camtu sekali. Hujung – hujung haa tengok bukan dapat apa pon.

Rumah nak kena lelong, hidup tak bahagia. Anak sampai mendoakan bapak tu elok m4ti je. Kalau dari awal mak u angkat kaki, move on i rasa mesti pengakhiran jalan cerita u ni berbeza. Bertabah dan bersabar lah sis. I doakan semoga dipermudahkan segala urusan keluarga u.

Nurul Nadhrah : Semoga kau tabah dik. Sory, tak kesian pon dekat ur mum. Sebab dia yang pilih untuk hidup macamtu. Hidup diperb0dohkan dan dis4kiti. Tapi saya sangat simpati dengan nasib awak dan anak – anak lain yang ada ibu bapa yang macamni.

Betul bila orang cakap anak – anak tak boleh pilih ibu bapa tapi ibu bapa boleh pilih pasangan untuk jadi mak atau bapa untuk bakal anak – anaknya nanti. Ambil pengajaran, nanti nak kawen pilihlah pasangan betul – betul.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.