Mak ayah mentua wajibkan suami aku bawa mereka berjalan setiap bulan, siap bawa adik2. Dorang ikut berjalan bawa 50 hinggit je

Yang terbaru, nak pergi jalan suruh ajak adik , bini adik dia dan mak mentua adik dia tu. Yang ni aku meng4muk sakan. Baru beberapa bulan lepas suami aku suruh aku gadaikan emas 70k, untuk bayar duit pekerja. Itupun boleh lagi nak jadi anak soleh ikut cakap mentua..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Buat pembaca budiman. Cempaka di sini. Berharap sangat confession ini disiarkan. Dan ingin meminta komen dan kata – kata dari pembaca. Tolonglah.. Suami aku merupakan anak sulung.

Ibu ayah mentua pesara kerajaan dan gabungan pencen mereka berdua lebih kurang 8k+ sebulan. Banyak! Ya, memang banyak. Aku dan suami sudah memasuki tahun 11 perkahwinan. Syukur. Pendapatan kami sepenuhnya dari berniaga sendiri.

Orang mungkin tengok kami masyuk. Ibarat nak apa petik jari terus dapat. Hakik4tnya tidak macam itu. Aku bukan jenis show off. Biasa – biasa sahaja. Anak – anak pun pakai baju murah – murah je. Baju RM6. RM10. Biasa saja.

Suami aku buat kerja kontrak. Masuk duit sedebuk habis sedebuk. Bayar gaji staff, maintenance itu ini. Lepas tu kais la. Nak tunggu masuk duit seterusnya. Bergolok gadai. Masuk duit lagi. Habis sedebuk lagi. Begitulah kitarannya.

Yang berbaki itu lah diguna untuk belanja harian. Dan duit itulah juga untuk melayan kerenah mentua nak ke situ sini. Yang menjadi masalah utama ialah mentua. Mak dan ayah mentua. Sejak kebelakangan ni mampak terlalu ketara sikap nak kikis suami aku.

Aku memang bukan jenis nak berkira soal duit. Tapi lama kelamaan. Mungkin nampak kami ni tak berkira, kami tak pernah tunjuk walau ketika susah tak ada duit. Sekarang dah jadi lain. Lepas je pencen, mak mentua cakap pada suami suruh bawa dia pergi jalan – jalan tiap – tiap bulan.

Setiap kali bawa jalan memang habis 2 – 3k bahagian kami untuk sekali jalan tu. Memandangkan segala kos kami tanggung. Dari isi minyak, isi tol, belanja makan, bayar hotel ataupun homestay. Belanja tepi. Sekali pergi jalan, akan duduk 2 – 3 malam kat hotel / homestay. Habis beribu.

Mak mentua sekali sekala hulur jugak duit makan. Tapi sekali dua je lah. Pak mentua? Kalau boleh sesen pun tak nak keluar duit ya. Okay lah aku sabar lagi. Cuma sekarang aku m4kin tak boleh sabar bila nak pergi jalan je, mak mentua suruh suami aku ajak adik – adik dia join sekali. Adik dia semua laki.

Yang si adik ni menurun mak bapak. Kedekut. Pergi jalan sesen duit tak keluar pun. Pergi pusing satu utara bawa 50 je. Bayangkan lah. Dah kerja. Gaji masyuk. Tapi kedekut sebab dimanjakan sangat. Memang semua suami aku tanggung.

Mak mentua pun pandai, pancing suami aku suruh suami aku ajak. Nanti suami aku la keluar duit. Yang terbaru, pergi jalan suruh ajak adik, bini adik dia dan mak mentua adik dia tu. Yang ni aku meng4muk sakan. Aku cakap pergiIah bawa semua orang.

Tapi aku tak nak ikut. Si suami aku pulak konon la anak soleh. Apa pun sanggup berhabis. Tapi sebenarnya salah. Sebab apa? Aku ceritakan. Aku rasa benda ni tak adil bagi aku. Aku dan semua anak tak ada simpanan. 0 simpanan.

Apa simpanan pun tak ada. Barang kemas aku bernilai hampir 70k suami aku minta gadai. Sebab tak cukup duit nak bayar gaji staff berbulan lepas. Macam mana aku ada barang kemas banyak? Sebab beberapa tahun lepas aku buat online business.

Sempat la aku buat simpanan emas. Sekarang aku dah tak buat. Simpanan tak ada. Simpanan emas habis digadai. Sekarang ni, kami memang tak boleh nak menyimpan. Ada je lebihan duit, ada la nak kena bawa mak pak mentua jalan.

Aku dan anak – anak yang banyak menaggung susah hidup bersama suami. Jatuh bangkit suami aku rasa peritnya bagaimana. Orang lain tidak tahu dan tidak merasa. Berada pada tahap paling bawah pun aku pernah rasa.

Jadi aku terkilan. Bila suami m4kin baik dan senang, datang lah yang lain nak menumpang. Aku faham konsep rezeki. Rezeki untuk dikongsi. Memang kami berkongsi. Tapi bukan sehingga dipergunakan. Aku dan anak – anak tak ada rumah sendiri.

Rumah yang ada satu tu pun nama laki aku join loan dengan mak mentua. Kiranya nama mak dia lah. Dulu laki kerja swasta sebelum dia beralih kepada perniagaan sepenuhnya. Aku tak kerja, memang tak lepas nak buat pinjaman.

Akhir sekali join loan dengan mentua dan jadi nama mak nya rumah tu. Jika apa – apa berlaku pada suami aku, apa nasib aku dan anak – anak? Aku tak rasa nasib aku dibela. Bulan lepas pak mentua cakap kalau dia m4ti, dia tak nak tinggalkan harta untuk suami aku.

Mungkin nak bagi adik – adik nya saja. Sebab suami nampak macam kaya. Kontraktor katakan. Tak berharap pun harta mak bapak. Sebab boleh usaha cari sendiri. Tapi tak perlu kot kata macam tu. Terbaru pulak aku tahu, bapak mentua minta suami belikan kereta baru pada dia. Minta belikan cash.

Kereta lama bapak dia nak tolak pada suami aku. Baki loan kereta lama tu suami aku kena bayar bulan bulan. Yang b0doh kat sini suami aku lah. Sedangkan kami tak perIukan pun kereta lama bapak dia tu. Kereta kami yang satu tu cukup untuk kami anak beranak.

Lagi aku hairan, kereta di rumah mentua ada 4 – 5 buah dok parking je. Kereta besar ada, kereta kecil ada. Auto ada, manual ada. Tak faham apa lagi yang tak cukup. Aku memang rasa tak redha. Sebagai isteri aku k0rbankan segala kehendak hati.

Selalu kesian pada suami kalau nak minta itu ini. Tapi bila begini, family sendiri ambil kesempatan. Itu pun sebab suami aku yang b0doh buka peluang. Konon nak jadi anak soleh. Malu orang kata dia tak ada duit kot. Terp4ksa try hard tunjuk dia banyak duit. Susah dia aku je yang tahu.

Aku cuma hairan duit pencen mak mentua beratus ribu dalam akaun kenapa tak nak guna beli kereta baru untuk bapak dia? Kenapa suruh suami aku? Kenapa asyik cakap kalau mak ada duit nak beli itu ini. Dulu masa kami susah selalu cakap mak tak nak lah duit kau.

Duit mak lagi banyak dari duit kau. Ayat tu terngiang – ngiang. Tapi sekarang terbalik pulak dah. Entah lah. Aku dah puas berfikir positif. Kalau nak karang confession sampai 10 confession tak habis. Kadang – kadang terbit rasa geram dan s4kit hati dengan per4ngai suami.

Mudah sangat diperguna. Bab nafkah basic semua cukup. Makan minum, pakai, tempat tinggal. Lengkap. Dengan mak ayah dia pun asalnya aku tak berkira. Jika balik kampung, kami memang keluar duit beli lauk ke, apa ke segala kelengkapan.

Apa sajaIah. Tapi sekarang m4kin menjadi – jadi. Mungkin mereka dah sedap dilayan sebegitu, sehingga jadi sebegini. Aku tahu pasal keberkatan berbuat baik pada mak ayah. Pasal redha mak ayah. Tahu itu. Tapi dalam masa sangat terbeban dengan bebanan yang berat.

Yang membuatkan aku rasa susahnya hidup ini. Tersepit. Kadang – kadang aku str3ss. Sampai nak cakap pada suami, pergiIah hidup dalam family dia. Aku ni isteri tapi tak ada apa pun. Takkan nak bercerai pasal ni? Macam – macam bil tertunggak.

Sampai kan bulan lepas dapat notis kosongkan kedai jika tak bayar sewa. Tunggakan sewa kedai 4 bulan. Masuk keluar pajak gadai sampai berhabis emas. Suami aku tahu dia sedang diperguna. Tapi itu lah. Dia biarkan hanya diam.

Mungkin nak sedapkan hati dengan alasan baIas jasa mak ayah. Cuma aku. Tolong bagi aku kata positif. Atau pandangan apa sahaja. Untuk aku belajar berlapang d4da. Sedangkan hati aku sekarang sukar untuk redha. Aku lega lepas luahkan ini. Terima kasih kalian. – Cempaka (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syahirah Queen : Pencen in-laws you banyak. Tak perlu pun suami you nak bagi duit kat parents dia. I rasa you kena terus terang dengan husband you. Bagitau dia yang dia dah buat benda b0doh. Jadi demi masa depan, tak boleh la teruskan buat benda b0doh tu. Hutang 70K tu you tuntut. Hari – hari tanya pasal barang kemas tu. Nak makan apa, minta duit kat dia. Nak beli apa, minta je duit.

Nur Mastura : Hempok surat pajak 70k , bil – bil tertunggak, dengan bank statement depan fmly in law. Bukan nak bagi malu suami. Sekadar nak bagi diorang tau anak diorang sanggup susahkan anak bini demi mak bapak. Bulan – bulan pi jalan – jalan, wahhhh.

Cuba tanya dulu mak bapak dia bawak dia pi jalan – jalan tiap bulan ka? Naik court, minta nafkah tertunggak dari suami. Bagi dia jadi suami mithali plak. Sana boleh push, kita pun push balik. Bagi dia jadi giIaa baru dia terasa. Tak payah nak kesian laki camni. Berat sebeIah.. senang kita nak dirasai. Susah kita taknak plak berkongsi.

Hora Hera : Semata – mata suami nak jaga eg0. Mintak laki t3bus dulu barang kemas tt yang 70k tu. Tak paham aku jenis mak ayah jenis nak nyongket berjalan tiap bulan ni. Dulu deme muda – muda dulu ada ke buat macam tu kat mak abah memasing.

Rasanya, balik kampung pun harus setahun sekali taim raya je gamaknya. Tak boleh ke laki bini dah pencen pegi la nak round satu duniya buat hal sendiri dengan kengkawan pencen. Kesian anak – anak baru nak meneroka kehidupan, yang jadik m4ngsa cucu – cucu terbabit sama.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.