Selama 10 tahun berkahwin masih belum cukup untuk keluarga mertua untuk menerima saya sebagai menantu. Mereka berkali – kali ajak suami menghadiri majlis ilmu dengan ‘guru’ mereka. Dalam majlis itu, ibu dan kakak ipar bersilih ganti mengadu tentang ketidakpuasan hati mereka pada saya selama ini pada ‘guru besar’ hingga akhirnya suami bangun masuk campur..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Apa yang saya nak cerita ni mungkin tidak akan dapat diterima oleh sesetengah pihak. Mungkin juga akan mengundang spekulasi dan sudut pandang yang kontr0versi. Ini cerita separuh giIa.
Belum giIa betul – betul. Hanya hampir benar kepada d0ngeng pada yang tak percaya pada dunia ilmu – ilmu gh4ib dan mist1k. Baiklah. Lalu kisahnya pun bermula setelah 10 tahun saya dan suami melayari dunia perkahwinan.
Suami saya ni latar belakang keluarganya jenis yang tak kuat agama. No. Bukan sosiaI. Cuma tiangnya kurang kukuh di mana aqidah dan kepercayaan tradisi masih bercampur – baur. Waktu kenal suami saya, mengaji pun dia masih bertatih. Solat dan puasa pula jauh sekali.
Berbeza dengan saya yang dibesarkan sebagai anak imam di kampung. Jadi pada suatu hari, keluarga suami berhajat untuk berubah dan mendalami agama Islam dengan seorang perawat alternatif setelah perawat itu berjaya sembuhkan s4kit misteri kakak ipar.
Dengarnya, si perawat sangat tinggi ilmu agama dan mempunyai kes4ktian macam – macam. Akhirnya, bermula dari kakak ipar sekeluarga, diikuti selepasnya oleh adik – adik ipar yang lain hinggalah akhirnya ibu mertua saya, semuanya sudah mula mempelajari ilmu tersebut.
Sejak ada ilmu baru ni, dorang banyak habiskan masa berkampung di rumah perawat tersebut yang dorang panggil sebagai ‘guru’. Menurut kakak ipar, macam – macam aktiviti dorang buat di sana termasuklah berzikir, buat talks agama, dengar ceramah dan bermuzakarah.
Dorang pun mula hidup bersederhana menuju ke zuhud. Setiap bulan, diadakan perjumpaan para ilmuwan. Ketua kepada keilmuan ini disebut sebagai ‘guru besar’. Beliau dianggap keramat dan sakraI (suci). No. Bukan tabligh.
Bukan ilmu sesat macam Ayah Pin. Bukan juga bahagian ilmu syariah. Saya tak tahu pasti apa istilahnya. Dorang ajak suami saya join tapi suami menolak dengan alasan banyak kerja. Berkali – kali diajak tapi tetap ditolak oleh suami.
Suami saya ni jenis berpegang pada syariat semata – mata. Baginya, cukuplah sebagai umat Islam berpegang pada ilmu tauhid, konsisten pada fardu ain dan fiqah semata – mata. Yalah. Dia pun baru juga belajar agama dengan bapa saya.
Jadi, dia belum bersedia lagi nak mengembangkan ilmunya menuju hakik4t, tharik4t ataupun makrifat. Rupanya, penolakan suami dianggap pengh1naan pada mereka. Saya dituduh jadi punca pada keputvsan suami.
PerseIisihan pun berlaku. Ibu mertua pun mulai mengugvt dan mengungkit macam – macam. Demi jaga hati ibu, akhirnya kami pun mengalah. Pada bulan seterusnya, kami pun mendatangi majlis perhimpunan mereka walaupun kami bukan ahli jemaah.
Saya dimaklumkan kalau majlis kali ni berbeza dari majlis sebelumnya sebab ianya akan dihadiri oleh guru besar mereka. Ramai sungguh murid – murid guru tu datang masa tu dari seluruh negeri untuk memohon keberkatan dari guru besar.
Guru besar ada 4 orang penolong kanan. Mereka semua handal – handal ilmu s4ktinya, menurut ibu mertua saya. Saya berusaha sesuaikan diri masa tu walaupun kekok dengan diri yang tak sempurna sangat menutup aur4t.
Perempuan – perempuan lain elok saja bertudung labuh, berniqab bagai. Segalanya berlangsung normal. Lepas solat maghrib, baca yassin. Lepas isyak, berzikir. Lepas zikir, makan. Saya fikir, lepas makan boleh balik. Tapi ibu mertua tahan.
Katanya, acara sebenar adalah lepas makan. Saya ingatkan ceramah agama. Rupanya acara sebenar yang dimaksudkan adalah acara rawat – merawat dan mohon berkah. Semasa acara mohon berkah tu, sesiapa yang berhajat akan datang bersimpuh jumpa guru besar mengikut giliran.
Ibu mertua dan kakak ipar juga berada dalam barisan menunggu. Ruang merawat diletakkan di tengah ruang tamu disaksikan oleh semua orang. Jemaah lelaki dan perempuan dipisahkan dengan seIembar tabir. Banyak pengalaman baru saya kutip masa ni.
Ada yang s4kit, ada yang kena rasuk, ada yang mengadu masalah hal rumah tangga, ada yang minta lulus exam dan macam – macamlah. Respon baIas guru besar dan orang – orang kanannya berbeza pada setiap permasalahan.
Menjelang tengah malam, satu persatu orang beredar pergi. Lalu tibalah giliran ibu dan kakak ipar. Saya tertanya – tanya juga, apalah agaknya permasaIahan yang hendak dibawa ibu pada guru besar sampai sanggup menunggu lama – lama begini.
Jauh di sudut hati, saya risau 4 anak kecil yang saya titipkan di rumah abah semata – mata untuk ke sini tadi. Demi Allah, saya tak sangka. Rupanya, isu penolakan suami pada ajakan mereka selama ini menjadi pembuka kalimah yang dibawa ibu mertua menghadap guru besar!
Disaksikan ramainya gerombolan manusia, ibu dan kakak ipar bersilih ganti mengadu tentang ketidakpuasan hati mereka pada saya selama ini. Mengesyaki kalau saya sudah menyih1r suami dan memberi nasi kangk4ng rentetan beberapa peristiwa sebelumnya.
Tergamam sungguh saya. Malu jangan cakaplah. Semua mata tertumpu pada saya. Demikian berjeIanya aduan berupa tuduhan mereka hamparkan pada guru besar hingga akhrinya mem4ksa suami saya masuk campur.
Respon baIas suami nyata memburukkan keadaan. Suami dan kakak ipar mulai bertengk4r mulut sementara si ibu menangis hist3ria memikirkan anaknya yang sanggup derh4ka kerana saya. Si guru besar dan orang – orang kanannya pun mulai merituaI ilmunya bila keadaan m4kin tak terkawal.
Entah apa dibacanya, suami saya pun jadi lemah dan tak sedarkan diri. Saya pula entah kenapa sejak tadi macam terkunci. Kaki saya sejuk dan badan pula kaku. Saya bahkan tak dapat berjalan tengok suami saya yang sudah terbaring lesu.
Mereka pun kemudiannya mengerumuni saya. 5 orang semuanya termasuk sang guru besar. Saya rasa macam kecil sangat waktu tu. Rasa macam mau menangis, mau berteriak, mau hist3ria segiIa – giIanya. Saya rasa seperti dih1na.
Harga diri dicaIar – caIar. Tapi saya tak dapat buat apa – apa. Saya benar – benar rasa seperti dikunci. RituaI untuk saya pun bermula. Masing – masing dengan pegangan zikirnya. Saya cuma diam tak bergerak. Sungguh, saya betul – betul tak tahu apa yang dorang sedang buat sebenarnya. Untuk apa semua ini?
Seketika kemudian, ada yang mulai bersiIat, ada yang mulai melakukan gerakan – gerakan aneh seperti tarian jai pong. Si guru besar pula hanya berdiri tegak, laksana seorang budha yang sedang bertafakur. Badan saya mulai rasa panas dingin. Kepala dan telinga terasa kembang.
Ada angin berjalan di tulang belakang dan kemudiannya menari dalam perut macam kupu – kupu terbang sebelum ia berhenti di dad4. S4kitnya Allah saja tau. Saya rasa macam nak menj3rit suruh dorang berhenti. Tapi tetap saja akhirnya saya diam tak bergerak.
Waktu ni , saya serah nasib pada Tuhan semata – mata. Tak semena – semena, seorang dari perawat yang bersiIat itu muntah dar4h, diikuti dengan seorang lagi yang jatuh pengsan. Mungkin penat menari jai pong dan bersiIat? Entahlah. Saya tak tahu.
Pengunduran mereka segera digantikan oleh murid lain. Kerumunan pun menjadi ramai semula. Kalau tadi 5, bertambah 2, lalu 2 lagi hingga terapitlah saya di tengah – tengah macam per4gut ditangkap basah. Tiba – tiba si guru besar bertempik.
Dia bertanya siapa saya sebenarnya. Apa niat saya mengganggu kehidupan orang dan anak cucu Adam? Seberapa kuatkah saya hingga masih bertahan dan mampu meIawan mereka semua? Dicab4rnya saya berkali – kali dengan kata – kata kesat.
KegiIaan apakah ini? Ini benar – benar satu pengh1naan luar biasa h1naannya. Saya masih terlalu waras untuk mengangk4ngkan nasi untuk disuap ke mulut suami. Tidak pernah pula terlintas untuk menyih1rnya. Dalam ketika yang sama juga, terlintas dalam benak mungkin juga dorang nampak ada j1n bersembunyi dalam badan. Mana tahukan?
Semua manusia ada j1nnya sendiri. Entahlah. Perasaan saya ketika itu macam tapak tangan yang mudah diboIak – balikkan. Melihat saya masih diam, si guru besar m4kin rasa tercab4r. Dia membaca sebuah mantera lalu tangannya menerawang ke langit – langit rumah seolah – olah menarik kuasa tak kasar mata yang hanya boleh dilihat olehnya sendiri.
Dia memasang kuda – kuda siIat. Gerakannya siap untuk menyer4ng saya secara fizikal. Dan pada waktu inilah saya rasa semua ini sudah sangat meIampau. Too much to take. Kalau saya tak meIawan, bermakna saya sedang menzaIimi diri saya sendiri.
Entah keberanian apa, saya akhirnya berdiri dan menghadapnya guru besar. Kerumunan mulai berundur bila melihat saya dan guru saling hadap – menghadap, siap untuk berIawan. Suara zikir para jemaah sem4kin kuat macam choral di malam krismas.
Saya merenung taj4m guru besar yang angkuh berdiri dengan kuda – kudanya. Saya nekad meIawan meski hanya berbekalkan ilmu karate yang terhenti di tali pinggang warna biru waktu remaja dulu. Telinga saya segera menangkap suara ibu mertua menj3rit – j3rit mengatakan kalau andaiannya benar bahawa saya ini adalah sya1tan bertopengkan manusia.
Buktinya, saya berani meIawan guru besar. Ya. Guru itukan handaI orangnya. Kuasa ilmu penunduknya dik4takan boleh menundukkan siapa saja. Bahkan seIadang liar sedang meng4muk pun boleh tunduk dengan renungan matanya.
Entah kebetulan atau apa, suami saya tersedar begitu mendengar suara ibunya. Suami memanggil saya dengan suara lirih, merayu agar saya jangan berIawan. Dia kemudiannya merayu pada ibunya untuk menghentikan semua ini.
Suaranya demikian berat, sarat dengan tangis yang tertahan. MaIangnya, bukannya diam, ibu mertua malah m4kin hist3ria. Dia memberi uItimatum pada suami samada memilih saya atau dia. Disaksikan begitu ramainya orang – orang asing, tangis suami saya pecah.
Dia merangkak menuju pada ibunya memohon ampun dan maaf, merayu agar jangan diberi pilihan seperti itu. Sampai bila – bila pun saya akan ingat kata – kata suami saya; “Ibu, ibu syurga saya. Tapi isteri saya adalah syurga untuk anak – anak saya.
Mana mungkin bu… saya mengkhian4ti syurga anak – anak saya. Ibu tanggungjawab saya, isteri saya amanah saya. Sanggupkah ibu melihat saya musn4hkan masjid yang kami bina semata – mata untuk kepuasan ibu? Daripada ibu bagi pilihan begitu, lebih baiklah ibu bunvh saja saya…”
Mendengar itu, hati saya yang nekad meIawan tadi tiba – tiba menjadi sayu. Ibu mertua menangis tak ubah seperti mertua Kasim Selamat. Alangkah… setelah 10 tahun saya menjadi menantu mereka… setelah saya berk0rban nyawa melahirkan 4 cahaya mata dari keturunan mereka… rupanya… saya tetap tak dianggap sebahagian dari keluarga.
Ya. Mana mungkin keluarga akan melayan keluarganya seburuk ini. Ya. Saya tahu saya bukan menantu pilihan. Sejak awal lagi mereka menghaIang perkahwinan ini. Namun meski dihaIang, kami tetap nekad bernikah hingga mereka terp4ksa mengalah.
Saya fikir, masa akan merubah segalanya setelah demikian banyaknya keikhlasan disemai. Saya ingatkan, 10 tahun ini sudah cukup untuk membuktikan betapa saya ikhlas hidup susah senang bersama suami. Mereka bukan berasal dari keluarga senang. Jauh sekali kaya – raya.
Saya tak tahu mengapa mereka begitu angkuh dalam memilih menantu. Dan entah menantu seperti apa pula pilihan hati. Tapi rupanya, masa itu tidak mengubah apa – apa. 10 tahun yang tidak bermakna sama sekali.
Kasihan suami saya. Dapat saya bayangkan kegaIauan hatinya saat itu. Segagah apapun anak pasti akan lemah bila sentimen anak derh4ka menjadi t4ruhan. Apalagi anak lelaki. Mengingat suami saya, membayangkan kisah zaman nabi tentang anak lelaki dibakar ibunya menganggapnya melebihkan isteri, saya jadi lemah.
No. Demi Allah dan Rasulnya, saya sayangkan suami saya. Tak sanggup saya melihat kelak dia tak boleh m4ti selagi tak diampunkan d0sa oleh ibunya. Saya pun mengalah. Suami saya benar. Tak guna berIawan di situ. Ia hanya akan memburukkan keadaan.
Belum tentu juga saya menang. Dorang ramai. Saya cuma seorang. Lagipun, itu rumah orang. Silap – silap saya pula disabit mencerob0h dan membuat kekacauan. Tanpa berkata apa – apa, saya melepaskan kuda – kuda. Saat saya toleh pada suami, dia menatap saya dengan pandangan lirih bercampur lega.
Matanya berbicara mengajak saya pulang. Saat itu baru saya sedar kalau suasana pun mendad4k sunyi. Tiada lagi zikir – zikir dan kegiIaan siIat dan tarian. Entah kenapa mereka berhenti. Si guru besar pun rupanya sudah tak lagi dengan kuda – kudanya.
Semua mata memerhati kami. Aku merasa seperti orang kalah per4ng. Enough is enough. Suami saya berdiri dan berjalan lemah menuju ke arah saya. Mulutnya berbisik kata maaf. Dia memimpin tangan saya dan membawa saya keluar dari rumah itu.
Tanpa menoleh, tanpa berkata sepatah pun, kami berjalan menuju ke pintu. Buat pertama kali dalam hidup, saya merasa seperti berjalan di atas angin. Bumi yang saya pijak seakan tiada. Badan saya seakan terawang – awang. Inikah rasanya kosong?
Sampai di pintu, suamiku berhenti dan berbalik untuk menyalam ibunya. Saya sama sekali tak menoleh ke arah mereka. Apa yang pasti, tiada perIawanan apa – apa di belakang sana. Hanya sunyi. Sunyi yang m4ti. Kami pulang tanpa bicara sepatah pun.
Hanya air mata saja mengalir tak berhenti. Kami sampai ke rumah abah sekitar jam 3 pagi. Anak – anak sudah tidur. Abah pula masih menunggu kami. Begitu melihat abah, suami saya terus memeIuknya dan menangis semahu – mahunya.
Dia meminta maaf pada abah sebab tak mampu jaga saya sebaik jagaan abah. Abah yang tak faham apa-apa terkuIat – kuIat kehairanan. Setelah menceritakan apa yang berlaku, abah memeIuk kami dan turut menangis sama.
Baiklah. Cerita itu tidak berakhir di situ. Masih banyak episod selepasnya yang masih berterusan hingga ke hari ini. Episod ilmu – ilmu agama yang diselewengkan yang disulam dengan mantera – mantera pembunvh bahagia.
Pembaca semua, Ilmu mistik itu nyata. Perkara gha1b itu nyata. Khuraf4t itu nyata. Dend4m dan kebencian juga nyata. Tapi cinta juga nyata. Di mana ada cinta, di situ ada Tuhan. Dan Tuhan tetap akan selalu hadir bersama manusia yang mahu memelihara cinta lebih dari kebencian.
Samada cepat atau lambat, cinta akan tetap menang mengalahkan kebencian. Itu pesan abah pada malam peristiwa itu. Saya terima semuanya dengan redha. Anggap saja mereka dalam keadaan tidak mengetahui mana benar mana bathiI.
Ingatlah, pada akhirnya, ada 73 pintu terbuka namun hanya ada satu jalan yang benar – benar menuju ke syurga. Demikian ramainya manusia tersesat dalam mencari sebuah jalan itu. Nantinya manusia itu akan saling berbaIah – baIah dan bertanya Islam siapakah yang paling benar. Islamku kah, atau Islam mu?
Hari ini, kami masih menjalani hidup seadanya. Peristiwa itu berlalu begitu saja seolah – olah ia tak berlaku sama sekali. Kami tetap menjalankan tugas sebagai anak, tetap pulang beraya, tetap menghulur salam meski dipaling muka. Anak – anak kami tetap terdidik menghorm4ti mereka.
Ummi saya bilang, saya ni penyabar. Tapi bagi saya, penyabar bukanlah istilah yang tepat. Saya hanya terlalu menyintai suami saya. Saya tak mahu suami saya digelar anak derh4ka setelah terang – terangan dia memilih untuk tidak menceraikan saya. Sebagai galang gantinya, biarlah berk0rban rasa.
Sejahat – jahat mereka, dari keturunan itulah lahir seorang lelaki budiman yang telah diamanahkan untuk menjaga maru4h saya, yang menaikkan mertabat saya sebagai wanita dan menjadi asbab untuk saya menuju ke syurga.
Dari keturunan itu juga lahir anak – anak kami yang dari mereka nantinya menjadi bekalan jariah buat saya sebagai seorang ibu. Nikmat apalagi yang mahu saya dustakan? Wallahuaklam. – Zurin Azmi (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zariah Hasin : Sedihnya saya baca, sesiapa yang ada mertua yang sangat baik bersyukur la. Bukan semua bernasib baik. Jadi pengajaran kepada kita akan datang supaya menjadi org tua atau mertua yang berkualiti. Banyak sangat lihat mertua yang tak sebulu dengan menantu.
Entah ape yang didengkikan pun tak tau la. Lain la kalau menantu buat tak baik pada anak – anak, baru la boleh masuk campur urusan keluarga anak – anak. Selagi anak – anak bahagia biarkan mereka mencorak kehidupan mereka sendiri.
Nur Sumayyah : Puan seorang yang sangat hebat. Benar, kita adalah seorang isteri. Dan kita tak mahu syurga kita berhadapan masalah dengan syurganya, iaitu ibu mertua. Hadap dan tahan semampu boleh. Syukur jika punya seorang suami yang memahami dan tahu per4ngai kita.
Saya dah pernah hadap situasi macam puan tapi bukan jenis dari pegangan agama yang pelik – pelik.. Menyanjung manusia mengalahkan tuhan. Tapi berhadapan dengan manusia yang mensyirikkan Allah. Sanggup menyih1r demi kepuasan nafsu sendiri.
Bersabar saat getir semua tu akan berlalu. Berdoa dan sentiasa mohon bantuan dan perIindungan dari Allah. Jika ahli keluarga kita tak mampu buang sewenang – wenangnya. Jika orang luar, lebih mudah. Semoga puan berbahgia bersama suami dan anak – anak puan serta orang – orang yang puan kasihi..
Myra Salleh : Macam baca novel, ayat tersusun cantik, penggunaan tatabahasa yang klasik dan dram4tik, seolah baca dengan satu nafas cerita ni sebab dari awal hingga kIimaks cerita ni buat sesak dad4 dan terfikir – fikir betul ke tidak cerita ni. Tak dinafikan zaman ni memang wujud semua perkara tu. Semoga yang baik – baik sahaja buat confessor. Semoga ditetapkan iman confessor dan sekeluarga hanya kepada Allah.
Puan Zuera : Perasaan sedih dan marah bila baca confession ni.. Penunggang agama.. Ajaran sesat, bila kita tak ikut ajaran nya, tuduh ada set4n dan j1n dalam badan.. Lapor hal ni pada jabatan agama.. Kalau diamkan nanti m4kin ramai yang ikut sesat.
Modus operandi, rawat orang yang dik4takan ada gangguan, bila rawatan berjaya, pes4kit terpesona dengan ajaran mereka.. Lebih lagi pada yang kurang pendidikan agama. Tahniah, puan masih datang melawat mertua setelah kejadian tu.. Sangat sabar dan kuat, dan masih lagi berpegang pada ajaran Islam. Semoga dipermudahkan urusan
Siti Fahimah Mansor : Syukur rumahtangga confessor selamat. Berlainan dengan kes saya, arw4h nenek saya difitnah asbab bekas suami jatuh s4kit kononnya setelah menikahi saya, sak4 nenek saya menyer4ngnya. Sedangkan dari awal remaja lagi dia dah selalu s4kit.
Banyak t0hmahan yang ditujukan kepada saya setelah bekas suami sudah tawar hati dengan keluarganya dan saya yang tidak sehaluan, membuka pintu hatinya meminati wanita lain. Saya dijandakan. Memang banyak t0hmahan yang saya dengar walaupun hubungan kami dah berakhir.
Bekas suami menikahi wanita lain dan setelah dia tidak bahagia, dia datang lagi memujuk saya untuk kembali. Apapun saya mempunyai alasan tersendiri memilih untuk meneruskan kehidupan bersama anak – anak tanpa dirinya.
Memang dia suami yang diidamkan tetapi dek kerana kesilapannya dan keIantangan adik beradik dan ibu mentua, saya serik walaupun kami pernah bersama hampir 12 tahun dengan kehadiran 2 orang puteri dan seorang putera.
RozianaTg OsmanTg : Sedih sampai menitik air mata, sedihnya bila mengenangkan bertahun berusaha pon orang masih tak nampak keikhlasan kita. Tapi dalam masa yang sama hati rasa terharu dan berbunga baca part teguhnya kasih sayang puan & suami. Semoga terus berkekalan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.