Ibu pecahkan tabung dekat lantai, kami menangis sbb tabung pecah tapi ibu menangis sebab xde duit nak makan

Dari kecik aku rasa abah lebih sayangkan kami. Abah tak marah kami anak – anak, selalu belikan mainan bila balik kerja. Tapi mak selalu marah kami. Bila abah balik dari kerja baru kami rasa bahagia, sehinggalah aku dah besar, baru aku sedar dan menyesal. Kalau dapat undur masa aku nak nak peIuk mak…

#Foto sekadar hiasan. Sebenarnya aku terpanggil nak bercerita kat sini sebab lately aku selalu terfikir nak berhenti kerja dan menjadi suri rumah. Ya aku bekerja swasta gaji tak sampai RM2k pun tapi aku takut nak jadi suri rumah.

Puncanya aku teringat kehidupan mak aku sebagai suri rumah sejak aku kecil. Aku anak sulung dari 7 orang adik beradik. Mak dan adik – adik panggil aku kak long. Bukan kak long 7e. Huhu. Kawan – kawan panggil aku Wawa.

Ini kisah aku membesar melihat mak sebagai suri rumah. Abah kerja swasta jauh dari rumah. Abah kuat kerja, selalu sambung shift. 4 – 5 hari sekali baru balik atau kadang – kadang abah tidur kat hostel pekerja. Mak, aku dan adik – adik tinggal di rumah tanpa abah.

Hidup kami sangat sempit dan susah bila abah tak ada. Bila abah balik, baru terasa ‘bahagia’. Nanti aku cerita. Mak anak tunggal. Background mak boleh dik4takan apa mak nak, semua dapat. Tapi atok dan nenek dah meninggaI lepas mak kahwin dengan abah.

Jadi sejak tu mak cuma berg4ntung hidup pada abah. Aku masa kecik tak faham kenapa mak selalu nampak sedih, selalu marah – marah kami adik beradik. Aku rasa mak tak sayang kami. Selalu pukuI kami. Abah sayang kami.

Bila abah balik, abah bawak balik gula – gula untuk kami. Abah belikan mainan. Abah beli jiwa kami. Inilah yang buat kami rasa ‘bahagia’ bila abah ada. Padahal mak yang berhempas pulas jaga kami kat rumah. Sekarang ni aku marah pada diri sendiri.

Aku yang waktu kecik tu sepatutnya lebih sayangkan mak! Masa kecik aku tak faham kenapa dan apa yang menyebabkan mak selalu marah – marah. Tapi sekarang aku dah faham. Kami ni nakal. Umur kami dekat – dekat.

Selalu buat sepah kat rumah, selalu juga berg4duh. Mak la yang kena kemas. Mak pukuI kami bila berg4duh sebab mak nak adil, semua sama – sama kena. Bayangkan kami masa kecik contohnya 3 beradik waktu tu, mak pula mengandung adik no.4, uruskan kami seorang diri.

Penatnya Allah sahaja yang tahu. Mak terus – terusan mengandung, bersalin, jaga baby kemudian mengandung lagi, sampai 7 orang semuanya. Suri rumah kerjanya tak pernah putvs, bahkan tidur pun tak pernah lena asyik diganggu.

Baru terlelap, yang sorang nak ke tandas. Tak lama lepas tu yang kecik pulak nak susu. Kadang – kadang yang lagi satu mengigau sampai menangis. Bayangkan lah bila masa mak aku rehat? Sedihnya bila aku terpikir semua ni.

Mak sebenarnya sangat – sangat penat. Pagi -pagi mak basuh baju guna tangan sebab kami tak ada mesin basuh. Adik – adik kecik aku tak pakai pampers tau, pakai lampin. Bayangkan macam mana mak aku menyental sisa – sisa air k3ncing dan ber4k baby.

Pastu sidai baju, kemas rumah, masak, jaga kami adik beradik. Mak str3ss setiap hari rutin yang sama. Abah pulak kerja, abah tak membantu. Aku dan adik ada juga tolong mak. Tapi kadang – kadang pertolongan kami macam buat mak lagi tertekan sebab tak kemas atau tak bersih.

Contoh sapu sampah, basuh pinggan, lipat baju. Apa yang kami buat nampak tak kena di mata mak. Jadi mak buat semula. Kadang – kadang mak nak beli sesuatu untuk mak, tapi mak tak ada duit. Mak cakap, abah tak bagi mak duit belanja.

Alasan abah sebab abah dah sediakan semuanya. Sedih bila ingat bab ni. Ada sekali tu lama abah tak balik sebab kerja. Kami dah tak ada makanan kat rumah. Duit pun tak ada. yang ada cuma dalam tabung bentuk rumah. Aku ingat lagi tabung seramik ke tanah liat tu.

Apa yang mak buat? Mak hempas tabung tu ke lantai. Bertaburanlah duit siling dan serpihan tabung tu. Kami kutip duit sambil menangis. Kami nangis sebab tabung pecah tapi mak mungkin nangis sebab mak sedih sampai terp4ksa pecah tabung. Allahuakbar.

Kalaulah aku dapat putar masa, aku nak peIuk mak masa tu. Kesiannya mak. Lagi satu yang aku nampak, mak tak ada kawan. Kami anak – anak mak lah yang jadi kawan mak. Macam mana mak nak ada kawan, mak tak kerja.

Nak sembang dengan jiran pun mak tak sempat. Aku ni kalau tak sembang dengan orang sama dewasa dalam sehari (suami atau kawan), boleh jadi mereng rasanya. Sebab tu mak str3ss. Balik – balik hanya bercakap dengan kami yang tak faham bahasa ni. Huhu.

Abah ada adik perempuan (makcik aku). Tapi makcik tak suka mak dan kami adik beradik. Mungkin sebab kami nakal. Tapi mak selalu rendah diri mak cakap sebab mak tak belajar tinggi, tak kerja, cuma suri rumah. Aku tak peduli sangat pun pasal makcik aku tu.

Tapi yelah, fikiran anak – anak ni mana sama dengan fikiran orang dewasa. Makcik aku tu adik ipar mak aku. Keluarga juga. Mesti mak kalau boleh tak nak bermusvh. Entahlah. Makcik aku ni dah arw4h tahun lepas sebab c4ncer.

Tapi aku tak ada perasaan sangat la sebab tak rapat. Atok dan nenek sebeIah abah meninggaI masa aku tingkatan 4 kalau tak silap. Pun sama juga, aku dan adik – adik tak berapa rapat dengan mereka sebab diorang tinggal kat kampung dengan makcik.

Bila aku sekolah menengah, aku dapat biasiswa. Dapatlah aku belanja mak dan adik – adik sekali sekala. Nampak mak happy bila aku belanja tu. Masa berlalu. Mak tetap suri rumah. Mak redha je jadi suri rumah. Jadi isteri abah yang taat.

Mak sabar sangat – sangat. Tapi tu lah, adakah aku sabar seperti mak? Bukan setahun dua, berpuluh tahun kot mak jadi suri rumah tak bergaji. Abah berhenti kerja lepas adik aku yang no.3 tu kerja. Abah tak larat nak kerja malam – malam dan bawak moto jauh.

Kami yang dah kerja ni mula menyara mak abah dan adik – adik. Aku boleh dik4takan happy dengan kehidupan selepas abah berhenti kerja. Mak dah ada abah kat rumah. Adik – adik pun dah besar. Duit dah tak jadi masalah buat mak, aku dan adik – adik.

Kemudian sorang demi sorang kahwin. Aku taknak cerita bab ni sebab tak ada kena mengena dengan cerita aku ni. Mak dan abah sekarang walaupun sudah cukup tua, diorang baik – baik sahaja berdua tu kat rumah. Tapi aku tak pernah lupa apa yang mak lalui sebagai suri rumah.

Aku tak sanggup lalui perkara yang sama. Dalam hati aku selalu ada rasa sedih dan marah pada diri sendiri, terkenangkan kesusahan mak besarkan kami adik beradik, dan akal pendek aku yang tak membantu ringankan beban mak. Sedih. Tak tahulah korang faham ke tak.

Apa yang aku ceritakan ni cuma sedikit sahaja dari apa yang aku ingat. Sebenarnya macam – macam lagi. Aku kan anak sulung. Terlalu banyak yang aku nampak dalam perkahwinan mak abah aku. Semoga Allah berikan syurga tertinggi buat mak. Mak aku hanyalah seorang suri rumah. – Wawa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mazni Sukardi : Saya kongsikan sedikit ye pengalaman 15 tahun jadi surirumah.

1-Niat. – Kenapa nak berkerjaya surirumah?Macam saya sebab utama nak didik / ajar anak – anak sendiri.

2-Kewangan. – Pastikan kewangan suami mampu untuk ‘membayar gaji’ kita. Kena ada perjanjian. Nafkah surirumah lain. Belanja rumah lain.

3.Perancangan. – Merancang jarak kelahiran anak dan bilangan anak.

4.Emosi. – MentaI dan fizikaI kena kuat.Kena bersedia em0si melayan kerenah anak – anak, kena rajin kemas rumah, bosan, tiada kawan, tiada me time bila anak – anak masih kecil dan banyak lagi. Tu jelah serba sedikit. Harap membantu puan membuat keputvsan.

Cik Adiera : Emak saya pun surirumah. Dan cukup marah bila kami nak jadi surirumah. Jangan sesekali sebut depan dia. Sebab dia dulu jadi surirumah kena h1na mentua, kena caci.. kena pulau.. Mak belajar pandai cuma jadi m4ngsa keadaan keluarga yang pilih kasih.

Sekarang emak ayah duk bahagia. Ayah dulu kerja kuat sebab nak simpan duit masa tua. Kalau bagi emak duit emak mesti akan cakap, tak payah bagi emak abah duit kami tak mau. Cukup untuk kamu guna bila perlu. Mak cuma takmau kamu jadi macam emak ja. Miskin takda apa. Tu la dia duk ulang selalu. Besar peng0rbanan mak kami terutama hati dan perasaan. Terima kasih emak.

Ssab Oxr : Keluar air mata baca confession ni. Semoga anak – anak aku sedar peng0rbanan maknya besarkan anak tanpa gaji dan hidup tanpa impian untuk diri sendiri hanya impian untuk melihat anak – anak menjadi seorang insan berjaya dunia akhir4t. Seorang ibu sentiasa ingin jadi ibu yang sempurna tapi ibu tetap manusia biasa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.