Suami aku selalu lebihkan mak mertua, bila dia masuk ward sebulan barulah dia sedar dah kena tipu

Selalu lepas aku mengadu tentang mak mertua, kemain suami aku pert4hankan mak dia. Konon baik sangat tapi lepas suami warded tempoh hari, aku pula yang kesian dengan dia. Hari – hari dia menangis mengenang nasib. Hari – hari dia merayu jangan tinggalkan dia

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali aku nak ucap terima kasih pada admin kerana siarkan confession aku ni. Sebelum ni aku pernah confess di sini dan terima banyak nasihat dari para pembaca yang baik hati.

Aku guna pakai segala nasihat yang diberikan. Malas aku nak share confess apa sebelum ni cukup lah para reader tahu yang aku sedang berhadapan dengan masalah keluarga mertua yang sangat t0ksik dan aku menjadi sangat tak redha dengan segala apa yang aku pernah bagi atau lakukan selama ni untuk mereka.

Aku sabar selama ni pun sebab sayang pada insan bernama suami. Sepanjang PKP yang lepas aku banyak muhasabah diri. Aku juga buat langkah – langkah jauhkan diri dari t0ksik keluarga mertua aku. Antaranya aku tak simpan pun nombor telefon mereka, block dari socmed dan pilih untuk tidak berkomunikasi dengan mereka.

Ni salah satu nasihat dari confession sebelum ini. Terima kasih banyak! Baru – baru ni aku terbaca chat dari ibu mertua di phone suami aku. Banyak ayat – ayat ceramah seperti syurga anak di bawah telapak kaki ibu, anak tidak boleh merajuk dengan ibu dan mesej – mesej berbentuk hukvm hakam ibu dan anak. Again! Tidak pula menyentuh tentang hak isteri ?

Apa aku ini tidak penting atau Aku hanya batu kayu ke di sisi suami aku? Musykil. Saiko kuat ni.. Untuk pengetahuan, bukan pertama kali aku lihat keadaan sebegini. Pernah satu tika dulu saat aku masih lagi belum berkahwin dengan suami, ibunya sering post quotes ceramah di fb untuk memerli aku.

Sama juga kerana tidak dapat apa yang dihajati iaitu duit. Tapi kali ini terus direct ke whatsapp suami. I’m so speechless. Suami aku taknak aku terus tertekan dengan family dia sebab tu dia tak pernah bagi tahu yang ibunya chat sebegitu.

Aku sedar ibu yang mengandungkan suami 9 bulan tapi selepas bercerai dia tidak pernah menjaga apatah lagi mengambil tahu keadaan anaknya pun sehingga besar. Bila anak dah bekerja dia sekadar “menuai hasil”. Jika tidak diberi jatuh hukvm anak derh4ka.

Senang jadi ibu ye? Parent aku tak pernah ajar aku macam ni tau. Menjadi lebih konflik apabila mengetahui anaknya sedang bercinta dengan aku ketika itu. Punya keluarga yang sempurna dan juga kerjaya yang bagus.

Menjadikan segala yang di beri anaknya tidak mencukupi, aku yang sering jadi m4ngsa banker dia. Sebulan dua aku tidak kisah tapi setiap bulan! Setiap kali payday aku mesti akan dapat call. Aku tidaklah b0doh, perkara ni jadi isu dari sebelum aku kahwin sehingga sekarang kerana aku dah nampak permainan ibunya.

Tapi suami tidak pernah nak amik serious tentang hal ini. Alasan dia, ibunya baik, selalu nasihatkan dia benda baik – baik walaupun tak pernah jaga dia dan keadaan ibu di kampung sangat susah. Susah bukan daif. Susah bukan tiada kereta, motor, rumah, tanah beberapa ekar dan perniagaan sendiri.

Mungkin dia merasa aku tidak terbeban kerana aku mampu ketika tu hingga aku buat keputvsan untuk berhenti kerja. Itu keputvsan paling b0doh aku buat. Mampu macam mana pun, jika untuk keperluan aku tidak lah kisah tapi ni menipu.

Nak berj0li bukannya untuk benda penting pun. Aku tahu dia berj0li dengan anak tiri tu pun sebab adik dia terbocor rahsia. Tapi aku memang dah syak lama dah. Ibu dia kan baik. Huh! Tempoh hari suami aku warded hampir sebulan.

Telah membuka mata suami tentang apa yang aku cakap selama ni benar. Tidak ada seorang dari family dia yang datang menjenguk. Tiada bantuan sedikit pun untuk meringankan beban. Sehingga mem4ksa aku untuk menggadaikan barang kemas.

Yela aku ni suri rumah, simpanan juga ada sedikit sahaja kerana selama ni habis untuk penuhi permintaan ibunya. Situasi kewangan kami ibarat cukup untuk meneruskan kehidupan je jika aku bersyukur. Jika kalian di tempat aku dan tidak bersyukur dengan apa yang ada maka tidak lah cukup. Haha. Paham tak?

Tapi jika di ikutkan, jenguk atau tidak sama juga. Selama ni pun tidak ada siapa yang kisah tentang suami aku. Dia pun hidup sebatang kara selepas SPM. Masa aku jumpa dia pun masih belum ada pekerjaan tetap, belum ada apa – apa aset, tidak kurang juga hanya menerima bantuan dan menumpang kasih sayang dari family aku.

Okay balik pada cerita di hospitaI tadi. Ketika ni, suami pula yang tertekan kerana s4kit yang dialami rupanya adalah punca kami tidak mempunyai zuriat lagi. Peny4kit 1 dalam 1000 lah dalam dunia ni. Kes yang jarang – jarang sekali berlaku pada lelaki.

Aku? Hmm .. aku bukan tak terima kenyataan tapi aku rasa macam aku ni m4ngsa keadaan. Yela. Dari awal perkenalan dah jadi banker. Lepas tu di benci keluarga tiri beIah abah mertua. Dapat ipar pula yang menyusahkan.

Dih1na c4ci m4ki tidak boleh beri zuriat oleh keluarga dan orang sekeliling. Eh sekarang apa pula? Jika dicari punca masalah ni, sama juga. Kerana kecuaian ibubapanya. Hendak aku m4ki tiada daya. Bertambah kebencian aku terhadap mereka.

Lagi – lagi, mereka tidak mengaku punca dari mereka dan tetap dengan pendirian bahawa peny4kit ni sebenarnya genetik. Kepala hotak dia lah. Nak kata aku lah tu. Puas aku explain tapi ditepis je. Dik4tanya doktor nak duit je tahu nak bedah orang je.

Ni semua kerja kurafat ada yang menghantar. Amboi + amboi. Aku kot yang ada 24/7 kat situ. Nak harapkan anak dorang ni mana lah faham apa doktor explain. Yang tengok ctscan pun aku jugak. Yang pergi consult untuk kimo pun aku jugak yang kena dengar.

Tu lah lain kali dulu orang nak ada anak untuk jaga bukannya sibuk bercerai sampai anak pun kurang perhatian. Bukan aku tak cuba berubat kampung ya. Aku buat dua – dua, tapi tiada kejadian mistik berlaku dan aku nampak scan secara jelas.

Jadi lebih percaya doctor apa peramal perubatan tradisional? Fikirkan. Sebelum ni aku pernah minta cerai disebabkan tidak tahan dengan t0ksik family suami. Kami tiada masalah, bahagia seadanya. Suami aku baik, baik yang tidak terungkap dengan kata – kata.

Tapi dia takut jadi anak derh4ka seperti selalu dimomokkan dari ibunya tu. Jadi dia sukar tetap dengan pendirian. Dia juga sayang aku kerana akulah yang ada ketika dia merempat dulu susah senang dia aku jela yang setia ada.

Tapi lepas dia warded tempoh hari, aku pula yang kesian dengan dia. Hari – hari dia menangis mengenang nasib. Dia selalu tanya kenapa mak ayah dia tak kisah? Kenapa itu kenapa ini.. aku cuma boleh jawab sebab ibu abah awak b0doh.

Ayat k3jam, tapi itulah hakik4t yang perlu kau telan. Hari – hari dia merayu jangan tinggalkan dia. Boleh ikhtihar cara lain. Korang ingat aku ni jahat ke? Kalau aku jahat aku tak pergi fertility clinic, turun naik hospitaI uruskan semua pasal suami aku ni.

Lagi bertambah kuatlah aku wei.. Walaupun selama ni yang makan segala h1naan yang tidak boleh beranak tu aku. Mana mungkin aku nak tinggalkan dia dalam keadaan macam ni. Kejadian ni telah buka mata suami dan kami dah sepakat untuk jauhkan diri dari familynya dari kami bercerai.

Aku juga dah cerita segalanya pada ayah aku di atas nasihat kalian juga di confession pertama aku. Lega sangat! Kalau tahu lega macam ni takde aku p3ndam sorang – sorang. Selama ni aku menjaga aib in law aku tapi aku yang tertekan em0si. Sekarang semua dah neutral balik.

Oh ya, aku juga telah dapat pekerjaan. Walaupun hanya kerani aku bersyukur jela siapa yang nak amik aku kerja lagi sebab pengalaman yang ada disia – siakan macam tu je kan. Itu lah baru ni yang aku terbaca chat ibu mertua aku tu sebab dia nak kan sikit duit BPN kami.

Dia pun dapat, apa yang tidak cukup? Allahu. Aku rasa nak starlight je kepala dia. Haha.. Rupanya dari PM bagitahu dapat BPN lagi dia dah call suami aku. Tapi aku tak tahu sebab suami tak nak keruhkan lagi keadaan. Betul lah cakap korang, kita ni tak boleh ubah manusia melainkan diri dia sendiri nak ubah.

Macam aku dulu sabar lah kononnye, ingat boleh berubah tapi m4kin menjadi tuai hasilnya. Bila dah jadi macam ni, memang aku nekad. Puas aku dipergunakan dulu, sekarang no more! Eh boleh pulak keras hati aku ni kan?

Kenapa tak dari dulu je aku nekad macam ni. Ibunya juga tak berani dah call aku minta – minta macam selalu. Takde lagi perkataan ni aku dengar “hello, mak nak duit.” Mungkin perubahan aku ni ketara sangat kot. Ah lantak lah nak cakap aku ni menantu apa pun, aku tak kisah.

Janji aku dapat hidup aku balik. Dapat merasa duit sendiri balik. Bertahun kot jadi useless. Best jugak ye dapat beli apa yang aku nak sendiri macam dulu – dulu. Aaaaahhhh terharu betul aku.. nangis jap wei.. Tapi tu lah ni baru kerani, suami aku dah goyang sikit. Haha.. dia tahu apa aku boleh buat sebab tu dia pun suka je aku jadi suri rumah.

Tapi korang, aku dah tak nak b0dohkan diri sendiri demi orang lain. Kali ni aku bangkit, betul – betul aku nak dapatkan balik yang sepatutnya aku ada dengan umur aku macam ni. Aku selalu fikir macam ni, kenapa aku kahwin dulu dengan suami?

Perlu ke aku bercerai dek kerana tekanan dari orang lain sedangkan suami aku tidak buat salah? Perlu ke aku keraskan hati untuk buat semua ni? Pasal anak aku tak kisah sangat. MentaI aku masih kuat. Akhirnya aku berjaya keluar dari t0ksik in law aku ni.

Aku takde lah suruh anak dia benci mak bapak dia. Sebab tu mereka masih berhubung. Tapi aku tak nak tahu menahu langsung apa – apa tentang mereka. Suami juga dah pandai menilai yang mana perlu dan tidak. Loan – loan atas nama suami pun dah tak boleh buat apa.. terp4ksarela je bayor.

Masa aku cakap kad pengenalan tak boleh suka hati bagi orang walaupun adik beradik sendiri, dia tak endah. Sekarang, bayar jela ye. Pengajaran untuk kami. Semoga virus k0rona ni cepat terh4pus dari muka bumi ni. Aku dah tak sabar nak sambung kerja balik.

Aku nak beli rumah. Aku nak menabung buat ivf. Doakan kami ye.. Nasihat aku pada yang belum berkahwin, siasat latar belakang family pasangan dahulu baru teruskan next step. Jangan jadi macam aku dah terlajak semua tak boleh undur.

Dipikir mampu untuk bertahan tapi kecundang jua. Haha.. Dapat suami baik pun, tapi family t0ksik payah jugak. Aku taktahu nak letak berapa juta kat muka dorang baru nak stop materialistik tu. Tunggu lah aku kaya balik, cop duit kat muka sorang – sorang baru ada akal.

Aku paling benci lah bila dengar dia minta duit. Macam minta cikedis tau.. tahu – tahu dah transfer. Takde satu pun yang best moment. Dah la moment aku kahwin dulu pun mak bapak dia bole blah macam tu je. Motif sangat kan.

Kalau aku listkan bukan setakat isu duit tapi macam – macam lagi! Tapi duit lah banyak terkesan dalam hidup aku sebab kewangan kami terjejas gara – gara nak penuhi hajat orang lain. Sorry korang kalau ade terkasar bahasa ke dalam penulisan aku ni, ketahuilah aku ada kesal sikit time menaipnya. Tetiba membara hati aku mengenangkannya semula. Thank you sebab sudi baca luahan hati aku. Doakan aku ya. – Z (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sham Ahmad Mohaz’ni : Bagus ni baru her0in sebenar dan masa ini. DibuIi tapi meIawan. Pernah tak tengok cerita korea ke melayu ke apa – apa jelah, kalau kita tgk cerita kisah menanti perempuan dengan mentua mana lagi best tengok antara menanti yang senyap, menangis dan MENURUT saja apa orang buat.

Tapi hati s4kit. Atau kita tengok her0in yang dibuIi ke dih1na ke tapi pandai meIawan? Kalau saya yang kedua tu. Sebenarnya, tak kira siapa pun kita jangan jadi lembut tak bertempat. L4wan kalau kita dikhi4nati.

Syafina Zul : Tahniah sebab sis boleh keraskan hati, memang manusia ni kadang – kadang kena ajar bila masa muda tak mau belajar, taat ibu memang WAJIB tapi nafkah WAJIB untuk isteri. Tak bagi nafkah kat isteri, tak tunai tanggungjawab.

Untuk nafkah furu’ kepada usul kena belajar lagi. Inilah selalunya kelemahan para suami Dan kelemahan ibu bapa pula guna hukvm syurga anak lelaki pada ibu. Tak bolehkah biarkan anak lelaki tunaikan tanggungjawab nafkah pada isteri.

Dah tu nak hantar anak ke ner4ka? Kalau engkau baik, Allah tak pernah mungkir janji. Kadang – kadang si suami ni sanggup bagi duit kat adik beradik, pastu dok meminta ehsan isteri nak makan bagai. Konon sebab mak suruh. Taat mak WAJIB. Memang beng0ng suami cenggitu.

Fydd Arsat : Nak bahagia kena ada peng0rbanan. Biasanya kita kena k0rbankan hati orang lain, sebab kalau hati sendiri yang terk0rban, bukanlah bahagia namanya. Tahniah.. dalam mengecap hari – hari tenang ni, jangan sesekali mengucap dengan bibir kata – kata yang buruk tentang keluarga mentua. Bersihkan dari lidah, bersihkan dari hati. Hiduplah macam tak pernah kenal. Semoga Allah beri ketenangan yang berterusan pada puan dan suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.