Isteri anak org kaya tapi dip4ksa kahwin dgn lelaki miskin anak ustaz. Sekali kena bermadu siap duduk serumah

Bila dah kahwin dengan lelaki miskin, kehidupan terus berubah. Anak – anak semua kena pinggir, bila balik kampung je isteri dan anak – anak kena makan dekat dapur makan makanan murah – murah. Lagi diuji suami kahwin lain, tinggal serumah plak dengan madu. 

#Foto sekadar hiasan. Maghrib, hari Jumaat paluan gendang di masjid berbunyi, sayu hati ibuku menandakan ada insan telah meninggaI dunia. Lalu mendapat sebuah panggiIan dari ahlijawatankuasanya mengenai seorang penduduk yang meninggaI dunia.

Ibu aku merupakan ketua sebuah pertubuhan politik berteraskan perjuangan Melayu, menjaga ahli kampung terutama wanita mengenai kebajikan makanan, agama, tempat tinggal dan pelbagai lagi kerana ada akses dengan wakil rakyat.

Lalu hampir semua perkara mengenai penduduk kampung diketahui ibu aku. Mengenai seorang wanita yang telah meninggaI dunia ibu aku segera menghubungi dua orang rakannya yang menjadi pengurus jen4zah untuk memandikan terlebih dahulu, sebab diwaktu itu ibu ada mesyuarat bersama Ngo kerana kebiasaannya ibu aku sendiri menguruskan jen4zah.

Selesai mesyuarat Ngo, ibu segera ke rumah almarhumah untuk membantu menguruskan jen4zah, walaubagaimanapun jen4zah telah siap diuruskan. Apa yang meng3jutkan bau rumah almarhumah begitu harum, dengan bacaan al Quran silih berganti sangat tenang rumah ini sewaktu jen4zah masih di ruang tamu.

Ibu mencari dua rakannya dan bertanya mengenai pengurusan jen4zah kiranya pihak keluarga tidak menyediakan persediaan yang sepatutnya. Tetapi sebaliknya rakan – rakan ibu yang menguruskan jen4zah berbisik dan bertanya apakah amalan almarhumah ini, tubuhnya wangi, kulitnya bersih, keadaan jen4zahnya elok sekali, malah air lelehan mandi jen4zah menjadi wangi setelah memandikan jen4zah.

Ibu sangat terk3jut, setahu ibu almarhumah tidak lancar membaca al-Quran malah pengajian di masjid secara diam – diam almarhumah selalu mengadu pada ibu mengenai nasibnya di akhir4t. Ibu hanya berpesan pada almarhumah “orang perempuan tak pandai mengaji tak apa jaga je yang wajib 1. Solat / Puasa Rukun Islam kena dijaga. 2. Jaga maru4h. 3. Taatilah suami”.

Selesai urusan jen4zah kedua rakan ibu yang menguruskan jen4zah tadi bertandang ke rumah bertanyakan lebih lanjut mengenai amalan almarhumah kerana hampir tiada c4c4t ceIa pada jen4zah almarhumah. Malah, anak ibu yang menjadi imam di masjid berpeluang mengangkat jen4zah almarhumah menyatakan sangat ringan jen4zah almarhumah dengan kehadiran saud4ra mara almarhumah yang agak ramai.

Akhirnya ibu membuka bicara, wanita ini dahulunya anak orang kaya dikahwinkan dengan lelaki miskin anak kiyai (guru agama) bukan pilihan hatinya, hidupnya sangat susah dikutuk kakak – kakak iparnya. Anak – anaknya sekiranya berkumpul di rumah orang tua sebeIah suami diletakkan di pinggir dapur bersama makanan murah dalam dulang sementara mereka yang senang dihidangkan makanan mahal yang sedap – sedap.

Dik4takan keluarga mereka tiada masa hadapan, sedangkan almarhumah berkahwin mengikut pilihan keluarga. Sudahlah kehidupan sangat susah, wanita ini dimadukan pula suaminya dan tinggal serumah bertahun sebelum ada rumah sendiri, berg4duh bersama madu, anak – anak berg4duh dengan ibu tiri menjadi lumrah.

Anak – anak wanita ini selalu menjadi m4ngsa dituduh pencuri oleh saud4ra mara disebabkan kehidupannya sangat susah. Namun, tiada sedikit pun rungutan almarhumah di hadapan umum sewaktu hayatnya dan Allah bantu hidupnya menjadi senang melalui pelbagai jalan sehingga mampu menunaikan haji, ada kereta dan rumah selesa sehingga harinya bertemu Allah.

Almarhumah selalu bertemu ibu mengadu nasibnya, dipesan untuk berzikir yang penting ingat Allah kalau tak pandai lagi mengaji dan teruskanlah taat dengan suami selagi mana mampu itu lebih baik dari dunia dan seisinya kerana itulah perju4ngan seorang wanita.

Maka benarlah hujung hayatnya almarhumah tidak h1na dengan dunia, jen4zah kembali dalam keadaan mulia. Itulah kisah perju4ngan wanita zaman dahulu. Wanita pada hari ini terlalu 0bses dengan suami siapa paling rajin, suami kena macam ni macam ni.

Apa yang kita kejar hujung hayat kita di sisi suami kita sebenarnya. Saudari, jika suamimu terlalu sempurna pasti ada ketidaksempurnaannya nanti, jika suamimu biasa – biasa berikan ruang untuk jadi luar biasa. Selalu bertanya adakah abang redha dengan saya sebagai isteri?

Itulah sebenarnya perju4ngan dan kemuliaan wanita di dalam Islam. Ciptalah keberkatan itu tempatkan suamimu sebagai raja, jika suamimu banyak kerenah, itulah syurga buatmu. Salam perju4ngan wahai wanita dan isteri.

Hadis Nabi SAW: “Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib]

Hadith ini juga disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak melalui jalur Mu’az bin Jabal [Lihat: al-Mustadrak, 190/4] – Perju4ngan Wanita (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ann Fardan : SubhanaAllah. Beruntunglah wanita – wanita yang sabar dengan ujian seorang suami. Makcik juga sebenarnya sedang melatih diri melihat dan usaha mentaati suami seperti mana makcik mensantuni emak ayah makcik.

Memang payah. Almaklumlah kita wanita zaman ni serba mampu, serba ada. Hakik4tnya kalau kita yakin emak ayah tu wajib kita taat dan tidak boleh dibentak – bentak walaupun mereka macma – macam kerenah. Begitu juga dengan suami.

Sebab ramai wanita di dalam ner4ka hanya kerana sifat meIawan dan memperlekehkan suami. Selagi suami tidak menzaIimi kita secara fizikaI dan mentaI yang ekstrim kita kena belajar mendidik diri untuk taat.

Payah.. memang payah.. Tapi kita kena usaha sungguh – sungguh sebab jika kita pegang janji Allah. Redha suami adalah redha Allah. Kita yakin nescaya memang hidup kita tenang Dunia Selamat akhir4t. Moga Allah mengembalikan sifat menyerah (submissive) seorang isteri dalam diri kita.

Memang tidak adil tapi adil Itu kerja Allah. Janji Allah Itu benar. Keadilan buat isteri – isteri yang redha dan sabar dengan suaminya yang banyak kelemahan dan meny4kitkan akan Allah baIas di jannah. Ya Allah ampunkan kami.

Nor Shuhada Rosli : Dengar macam mudah, cara – cara perempuan masuk syurga. Jaga solat, jaga puasa, jaga kemaIuanmu (ini meliputi menjaga keseluruhan diri kita, aur4t dan sebagainya) dan taati perintah suamimu (ni paling payah wehhh). Kemudian..masukilah syurga dari mana – mana pintu yang diingini.

Hangpa ingat syurga Allah tu murah ka. Memang payah. Sebab tu ahli ner4ka ramai perempuan. Minta kita dijauhkan dari azab api ner4ka. Dunia ni tempat persinggahan semata – mata. Bukan tempat kita nak bersenang lenang. Semoga syurga buat kita semua insyaAllah.

Nu Ha : Lain daripada yang lain. Dulu konon – konon nak jadi isteri solehah, bila dewasa tengok sekeliling dan baca confession – confession dalam ni terasa payah nak jadi solehah jika pasangan buat hal. Jadi baiklah single takde d0sa dengan suami. Tak cukup sabar nak hadap.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.