Ibu sabar ayah kahwin dengan janda anak 7. Ayah konon nak jadi penyelamat janda tu dari bekas suami kaki perempuan..

Ayah pernah cakap, perkahwinan dengan ibu adalah kerana perancangan keluarga. Dengan Peah memang atas dasar cinta dan ingin menyelamatkan. Baru ni aku jumpa ayah, lumpuh sebeIah badan..

#Foto sekadar hiasan. Cerita “Curang Tanpa Niat” ni tengah hangat dekat Astro kan. Saya bukan nama sebenar (Shaima) adalah anak ma4ngsa seperti kisah si Eshal dan Astrid. Saya menggunakan nama samaran dalam kisah kami sekeluarga.

Abu, ayah saya. Limah ibu saya. Omar suami kepada penyondol. Peah, ibu tiri saya. Ayah dan ibu tiri bercinta di tempat kerja mereka. Bezanya di sini, ibu aku masih lagi bertahan menjadi isteri Abu dan membenarkan Abu berkahwin dengan Peah. Peah diceraikan Omar, dan berkahwin dengan Abu.

Sepanjang perkahwinan Peah dan ayah, ayah jarang atau lebih tepat lagi tidak bermalam di rumah ibu. Ayah hanya akan balik siang, tapi akan pulang bermalam di rumah Peah. Ini langsung tak adil buat kami. Ibu aku memang seorang yang sangat penyabar.

Dia bersendirian besarkan kami 7 orang, dah macam balu kem4tian suami. Tapi ibu kata, asalkan ayah masih lagi bertanggungjawab dan pulang walaupun sekejap dia dah bersyukur. Orang dulu memang sanggup berk0rban untuk anak – anak kan.

Ibu tak sanggup anak – anak hilang ayah walau pada hakik4tnya takde fungsi pun. Hanya meninggaIkan tr4uma pada kami adik beradik. Aku juga kasihan dekat nasib anak – anak Peah. Beza Peah dalam kisah kami, dia pun ada anak juga 7 orang dan anak paling bongsu dia pada waktu itu baru setahun.

Aku adalah anak bongsu. Sewaktu hal ini berlaku aku seumur si abang Azril. Ibu selalu ingatkan kami adik beradik supaya hormat dan sayang Peah sebagai ibu juga. Hurm, sebab tu aku cakap ibu sangat baik dan penyabar..

Dia tak pernah berd3ndam dekat Peah. Walaupun ibu tak pernah dapat hak dia sebagai seorang isteri pertama seperti isteri pertama yang lain. Ayah kata dia tak boleh tinggalkan Peah seorang di rumah sebab Peah seorang yang penakut dan Peah ada masalah tr4uma akibat kisah silam dia bersama Omar.

Serta Peah di rumah seorang tiada peneman. Kalau ibu, ada kami bersama – sama adik beradik yang lain. Peah tinggalkan anak – anak dia dekat ibu mertua dia. Aku sangat kesian akan anak – anak dia, masih kecil lagi. Tapi dah terp4ksa berjauhan dengan ibu ayah dorang akibat kesalahan dan nafsu si Peah ni.

Omar suami Peah seorang kaki pukuI dan kaki perempuan juga. Sebab itu, kononnya ayah aku ni menjadi penyelemat la kepada si Peah. Macam Astrid dalam cerita Astro tu lah kata kan. Cuma bezanya Omar dalam cerita tu baik.

Jadi bila Peah berjumpa dengan ayah aku, si Abu ni, dia terus jatuh cinta. Dan ayah pernah cakap, perkahwinan dengan ibu adalah kerana perancangan keluarga. Dengan Peah memang atas dasar cinta dan ingin menyelamatkan. S4kit hati aku dengar, apatah lagi hati ibu tapi ibu baik. Ibu sabar.

Kini syurga kami, ibu pun telah tiada, meninggaI pada Julai 2024. Pada waktu itu, ayah seakan menyesal. Kerana waktu hari – hari terakhir ibu, ayah tiada di sisi Ibu. Tapi Ayah pun dah uzur dan tak mampu berjalan sangat akibat strok separuh badan.

Pada September 2024, kami adik beradik ke majlis perkahwinan anak Peah. Ini semua atas permintaan akhir arw4h ibu supaya kami layan Peah dan keluarganya baik, teruatama anak – anak Peah. Mereka juga m4ngsa seperti kami.

Tapi aku nampak riak wajah ayah kesal atas segala – galanya. Sebelum balik aku salam Ayah, perlahan ayah bisik, minta maaf. Dari kisah ini aku sebagai anak bongsu dan seorang perempuan serta anak yang menyaksikan segala – galanya.

Sejujurnya aku amat takut untuk berumah tangga. Kini umur aku 36 tahun dan ada kerjaya yang bagus. Alhamdulillah. Aku juga merasakan, perosak dalam sesebuah rumah tangga tu bukan sekadar orang ketiga sahaja. Tapi, ada berbagai – bagai bentuk dan punca.

Aku tahu, betapa h4ncurnya hati ibu waktu tahu ayah ada hubungan dengan Peah. Tapi dia menelan segala – gala rasa demi kami anak – anaknya. Terima kasih ibu. Tapi walaupun kami ada ayah macam yang ibu nak, kami tetap tak rasa ik4tan tu sebab banyak masa ayah bukan dengan kami.

Ibu tak pernah minta kami membenci ayah. Cuma bila ada kehadiran Ayah di rumah ia menjadi sesuatu yang janggal. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arw4h ibu. Semoga arw4h di tempatkan dalam kalangan orang – orang yang beriman. Aamiin. – Shaima (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Jiha Jessica : Bapa you s4kit stroke. Alhamdulillah adik beradik sis tak jaga biarlah Si unta tu jaga. Penat nak jaga orang yang tak pernah hargai ibu awak. Sanggup bapa awak kata gitu, tak cinta ibu awak. Semoga mak tiri awak s4kit teruk lah nanti.

Wahida Abdullah Sani : Ya Allah sedihnya baca confession u shaima, sebab saya memang folo rapat drama CTNiat ni. Terbayang tt macam shaima terkedip – kedip mata bila nampak ibu atau ayahnya bercerai disebabkan orang ketiga. Semoga shaima terus kuat, moga smpai jodoh yang baik buat shaima….*hugs*

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.