Ibu tak tahan jerit suruh ayah ceraikan dia. Depan jiran2 ayah jerit lafazkan taIak. Kami anak2 bersorak tepuk tangan

Dalam video itu, si lelaki tua menceritakan dia ada anak – anak yang berjaya, membuangnya tanpa belas kasihan, biarkan dia merempat. Dia juga beritahu, dia dulunya ada rumah, tanah dan usaha kebun tapi anak – anak tetap membuangnya. Itu lah ayah kami dalam video viral..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Maafkan aku jika tulisan ni agak keliru atau agak tidak tersusun. Kerana ini kali pertama aku gagahkan diri meluah di medium talian internet. Aku ringkaskan sahaja pengenalan aku.

Aku dipanggil Meor oleh rakan – rakan aku. Bukan la dari nama diberi, cuma kawan aku rekakan nama ni sebagai callsign aku sewaktu sekolah, kerana nama aku agak ramai yang sama dalam sekolah kami. Aku satu – satu nya anak lelaki dalam keluarga aku.

Aku juga anak ketiga dari 5 orang adik beradik. Aku punyai 2 kakak dan 2 adik perempuan. Dan ini baru 1 bahagian dalam kisah keluarga aku. (Seibu sebapa ada 5 orang adik beradik). Baru ni aku terbaca, ada kisah yang menjelaskan kenapa orang tua masih berniaga dan tidak dijaga anak – anak walau sudah mencecah umur 70 tahun.

Apabila dengar kisah anak – anak mereka, orang tua mereka mengani4ya mereka sewaktu mereka kecil. Dan menyebabkan mereka ditinggalkan setelah tua. Kisah ini juga jadi pada keluarga aku. Tapi tidak lah berlaku kepada ibu aku. Hanya berlaku kepada ayah aku.

Sejujurnya, ayah aku ni seorang yang amat tak berguna. Berkahwin dengab ibu ku kerana ayat manis. Dan ibu aku telah akui yang dia silap kerana berkahwin dengan ayah. Sikap ayah yang baran, tak bertanggungjawab, lepas tangan, kawin ramai, cerai ramai, anak dia tah mana mana tah dia tak ambil peduli.

Yang dia tahu, dia kawin dan buat anak lepastu cerai. Hanya ibu aku aje yang diceraikan lambat, kerana dia tak nak sebenarnya bercerai dengan ibu aku. Sebab ibu aku ada harta. Ya, harta pusaka peninggalan orang tua kepada ibu aku tu lah yang ayah aku jagakan sangat.

Kami ni adik beradik yang lahir dari benih dia, dia tak peduli. Sekolah kami, kesihatan kami, mentaI kami, makan kami, mana dia peduli. Yang dia pedulikan, harta ibu dan nafsu dia yang kawin ramai. Setahu aku, ayah aku dah 7 kali kawin. Termasuk dengan ibu aku.

Ibu aku adalah perkahwinan kedua dia. Perkawinan pertamanya tiada anak. Kedua adalah kami, ketiga dan seterusnya ada ya ada anak dan ada yang perkahwinan tidak ada anak, dan kami tak tahu berapa orang anak yang telah dia ada. Kerana perkahwinan dia ni jauh – jauh. Ada yang diutara, selatan dan tengah ibu kota.

Dalam keluarga kami, akak aku yang sulong dan kedua adalah orang yang sangat – sangat tertekan. Pernah dip4ksa berhenti sekolah, kerana dianggap membazir duit, pernah dip4ksa berkahwin ketika mereka berumur belasan tahun, pernah did3ra sanpai masuk hospitaI, pernah tidak diakui yang 2 kakak aku ni adalah anak dia depan cikgu sekolah.

Hanya ibu aku aje yang membela kakak aku berdua dari segala s4kit yang ayah aku berikan. Aku? Aku dari lahir ayah tak peduli, sewaktu aku lahir, ibu ceritakan yang minggu aku lahir, minggu itu lah ayah aku langsungkan perkahwinan yang keempat.

Dan dia sibuk melayan isteri ke empat dia sehingga tak pedulikan aku. Dia hanya datang balik ketika dia nak men0reh kebun getah peninggalan pusaka ibu aku. Dan hasil men0reh tu dia bawa lari ke keluarga baru dia. Aku tak pernah merasa kasih ayah dari kecil.

Ketika aku kanak kanak umur 12 tahun, aku selalu kena pukuI dengan ayah aku yang ketika itu dia dah bercerai dengan isteri keempat dia. Apa saja salah yang dia nampak kat aku dia akan pukuI aku. Aku ingat lagi, ketika aku baru balik sekolah, tengah panas aku balik jalan kaki ke rumah, sampai rumah dia pukuI aku hanya kerana aku berpeluh dan baju sekolah basah kena peluh aku.

Dia kata aku sengaja buat kotor baju sekolah. Sebenarnya dia sengaja nak lepaskan marah sebab dia gagal mengorat perempuan lain. Dan dia lepaskan marah dia kat aku. Aku memang waktu tu benci sangat sangat kepada dia.

Adik – adik aku jarang kena tempias marah dia. Kerana ketika waktu adik – adik aku kecil, dia sibuk dengan perkahwinan lain dia, tak silap aku waktu itu perkahwinan ke enam dia. So, dia tak peduli la apa yang berlaku pada adik – adik aku.

Dan adik – adik aku pun tak teruk kena mentaI dengan dia sebab dari adik aku lahir sampai lah adik – adik aku dah 15 tahun, dia jarang sangat ada kat rumah. Dia hanya balik sebulan 4 kali untuk men0reh getah. Tapi dia tak balik ke rumah.

Dia t0reh, jual getah dan terus balik rumah isteri ke enam dia. Berulang – ulang kali dia buat camtu sampai lah dia bercerai dengan isteri ke enam dia dan baru la dia balik ke rumah ibu aku. Waktu tu kami semua dah besar. Aku dah berumur 21, kakak aku berdua dah pun bekerja setelah dapat ijazah. Kami sebenarnya dah stabil dalam kewangan.

Lalu dia buat lagi per4ngai dengan meminta duit dari kami, aku adalah orang pertama yang men3ntang untuk beri duit kepada dia. Dengan m4ki hamun dia tabur kepada aku dan m4ki hamun juga la aku kembalikan kepada dia.

Kakak – kakak aku pun tak beri duit kepada dia kerana kami benci dengan dia. Tapi dia tak putvs asa, dia p4ksa ibu cakap dengan kami untuk berikan dia duit, tapi ibu kami tak nak dengar cakap dia dan ibu pula mula meIawan dia.

Lalu dia marah ibu dan ugvt untuk kawin lagi jika ibu tak nak dengar cakap dia. Ibu dengan redha hati dia, dia sendiri yang suruh untuk ayah pergi kawin lain dan ceraikan ibu kerana ibu dah tak tahan lagi melayan kerenah ayah.

Ayah pun tinggalkan rumah dan kami dengar ayah kawin lain selepas sebulan keluar dari rumah kami. Dan ketika itu lah kami semua berjanji sesama adik beradik. Walau apa pun terjadi pada masa hadapan, kami tak nak ayah kembali ke hidup kami lagi.

Sehinggalah satu hari, ayah balik minta duit dari ibu kerana isteri lainnya nak bersalin. Hasil t0reh getah tak memadai kerana harga getah terlalu merudum. Mak memang tak layankan ayah, kami yang bekerja pun sanggup balik ke rumah hanya semata – mata untuk halau ayah dari rumah.

Waktu tu, perg4duhan kami 5 beranak dengan ayah memang sangat sangat dasyat. Hingga jiran – jiran datang menenangkan kami. M4ki hamun, bertumbvk sep4k ter4jang memang berlaku antara aku dan ayah. Kerana ayah hanyalah parasit dalam keluarga kami.

Jiran – jiran datang bantu tuk leraikan kami dan nasihat kami jangan berg4duh. Dan waktu tu ibu sendiri jerit untuk minta cerai dari ayah depan jiran jiran. Dan amarah ayah, ayah jatuhkan taIak kepada ibu depan orang ramai.

Aku dan adik beradik aku seronok sampai kami bertepuk tangan depan ayah. Tapi tindakan kami jadi bualan orang ramai, ramai orang menuduh kami k3jam dengan ayah. Orang lain hukvm kami tanpa ketahui kisah benar.

Hanya sedikit yang faham. Yang mencemuh kami ramai. 1 hari, selepas hampir berbelas tahun ibu ayah kami bercerai dan ibu pun telah tiada lagi di dunia, kami terk3jut pabila ada satu video klip di media sosiaI yang dipetik dari rancangan tv.

Menunjukkan ada seorang lelaki tua, hidup merempat, bekerja dengan mengambil upah menyapu daun kering dan kutip sampah untuk dijual. Dalam video itu, si lelaki tua itu menceritakan dia ada anak – anak yang berjaya, membuangnya tanpa belas kasihan, membiarkan dia merempat, dan membiarkan dia susah.

Itu lah ayah kami. Dia juga beritahu dalam video itu, dia dahulunya ada rumah, tanah, dan usaha kebun ditinggalkan kepada anak – anak, tapi anak – anak tetap membuangnya. Dan komen dalam video tersebut amat kesal untuk dibaca, kerana kami dituduh bermacam – macam oleh netizen dan masyarakat.

Netizen tidak tahu kisah kami, netizen tidak berada dalam keluarga kami, tapi netizen melemparkan kata – kata yang sangat pedih untuk kami 5 beradik hadam. Kami digelar derh4ka, tak kenang budi, anak – anak ceIaka. Tapi tahukah netizen, apa yang ayah telah buat pada kami dan ibu kami?

Kami tahu, walau buruk mana, itu tetap ayah kami, tapi ketahuilah, apa yang ayah buat pada kami, itu lah yang ayah dapat sekarang. Ayah tidak pedulikan kami. Kami juga tidak akan pedulikan ayah. Ayah s4kitkan hati ibu kami, sehingga ibu telah pergi meninggaIkan dunia, ayah tak pernah minta ampun dari ibu kami.

Bagaimana pula dengan anak – anak ayah dari isteri isteri lain? Kenapa pula mereka tidak bantu ayah? Adakah ayah layan anak – anak ayah dari isteri lain seperti ayah layan kami? Kenapa ayah ingat kepada kami? Kerana harta pusaka ibu? Lupakan sahaja lah ayah. Harta itu milik ibu.

Walau ibu dah pergi, kami adik beradik jagakan harta tu sampai kami pula m4ti. Tak ingin kami bantu ayah dengan harta ibu. Harap, sebelum netizen nak kecam orang ramai kerana orang tua dibuang, tolong kenal pasti cerita dua pihak. Pasti ada kisah di sebalik tragedi.

Ibu kami, kami jaga hingga akhir hayat dia. Kerana ibu kami orang yang baik. Orang yang sayangkan anak – anaknya. Tapi, ayah? Kerja menabur benih sini sana, tidaklah orang baik bagi kami. Kami lupakan dia seperti angin lalu. Salam semua. Terima kasih. – Meor (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.