Ikut suami mohon pengeluaran KWSP, ingatkan dia nak bagi suprise gelang emas. Rupanya dia minta nak kahwin lagi, nak bagi payung emas

Suami umur 50 lebih, baru boleh buat pengeluaran KWSP. Rupanya suami ada plan nak kahwin baru bila dapat duit KWSP. Dia sedang cari calon. Masalahnya gaji suami RM1700, umur dah tua. Pejabat agama luluskan ke permohonan kahwin dua??

#Foto sekadar hiasan. Sedikit pengenalan diri yer, makcik dan pakcik berumur 50++.. Makcik surirumah sepenuh masa. Zaman muda dulu makcik berkerja tapi dah berhenti hampir 15 tahun . Pakcik masih bekerja dangan gaji basic RM1700. Hidup aman damai bebas hutang.

Makcik ada masalah kesihatan. Diawal perkahwinan pernah kena sih1r pemisah, alhamdullilah dapat diatasi. Makcik ada masalah m4ti putik, kalau untuk lelaki dipanggil m4ti pucuk. Dah puas jumpa doctor dan perubatan traditional masih sama. Sebut jer apa jamu atau ubat, semua makcik dah cuba.

3 tahun lepas makcik dah operate buang rahim dan ovari . Tiada rawatan hormone kerana keadaan kesihatan makcik tidak mengizinkan untuk ambik pil hormone. Bila tiada organ kewanitaan keadaan makcik sem4kin teruk. Begitulah secara ringkas kisah hidup makcik.

Pakcik pulak ada peny4kit 3 serangkai, tapi masih ok. Makcik dah banyak kali suruh pakcik kahwin lain. Dari muda lagi makcik izinkan pakcik kahwin tapi pakcik tak pernah setuju. Katanya dia tak pernah terpikir pun untuk kahwin lagi. Cukup la makcik sorang.

Pakcik memang sorang suami yang sangat baik. Memasak, membasuh tiada masalah. Kami bagaikan pasangan yang sedang hangat bercinta. Ke mana – mana saja berdua. Berjalan masih berpimpin tangan. Semalam makcik ikut pakcik pergi pejabat kwsp buat permohonan pengeluaran.

Makcik tak tanya pun berapa jumlah pengeluaran. Makcik memang tak pernah bertanya hal duit pakcik. Sebab setiap apa yang makcik mintak pasti pakcik bagi. Dalam perjalanan balik makcik dik3jutkan dengan permintaan pakcik untuk kahwin lagi.

Terasa drastic sangat sebab takde angin takde ribut, tiba – tiba jer keluar permintaan tu dari mulut pakcik. Makcik ok jer walaupun sedih. Yer la, mana tak sedih, baru buat permohonan pengeluaran kwsp, takde pun bunyi nak belanja makcik makan special ker apa tiba – tiba terus cakap nak kahwin.

Kot la nak buat surprise bagi makcik gelang emas besar ker sempena menyambut raya ni.. Nahh sekali payung emas terus pakcik nak bagi. Makcik memang dah lama bersedia seandainya satu hari nanti pakcik akan sebut hal ini. Makcik tak boleh nak halang kerana makcik tau kalau makcik sempurna perkara ni mungkin tak berlaku.

Hampir 30 tahun pakcik bertahan dengan makcik. Makcik cakap kat pakcik kahwin la, tapi makcik tak nak kenal dan tak nak tahu siapa pilihan pakcik. Makcik tanya la dah ada calon ker. Pakcik cakap ada la yang dia perhatikan tapi belom tentu orang tu nak kat dia.

Makcik tak tau la setakat mana hubungan diorang. Makcik mintak pakcik tangguhkan dulu hajat hatinya tu sehingga rumah yang baru kami beli siap. Makcik mintak izin untuk pindah ke rumah baru tu sebab makcik tak mahu mendengar apa – apa gossip dari jiran tetangga.

Plan asal rumah tu kami beli untuk kami sewakan. Kami jugak ada plan untuk menjual sebuah rumah kami di negeri lain. Hasil jualan rumah tu kami akan beli 2 biji lagi rumah di daerah ini. Satu untuk kami tinggal, 2 lagi kami jadikan homestay atau sewakan sebagai persediaan setelah pakcik tidak lagi bekerja.

Kami merancang semua ni supaya kami masih ada pendapatan walaupun sudah tidak bekerja lagi. Setakat perbelanjaan kami berdua rasanya mencukupi jika perancangan kami itu berjaya kami laksanakan. Tapi bila pakcik dah ada perancangan kahwin ni makcik taktau la macamana dia nak menanggung keluarga kami nanti.

Perbelanjaan m4kin bertambah – tambah, pendapatan m4kin berkurang. Makcik cakap kat pakcik, bila kita jual rumah nanti hasil jualan bahagi 2. Makcik tetap nak beli sebuah rumah untuk diri makcik. Rumah tu akan makcik sewakan at least makcik ada duit sendiri.

Duit bahagian pakcik ikut suka dia lah nak buat apa. Perancangan kami untuk bercuti keliling malaysia nampaknya akan terkubvr. Mungkin makcik kena berjalan sorang – sorang la kot. Yang buat makcik risau sekarang ni :-

1) Boleh ker pejabat agama luluskan poligami dengan gaji RM1700?

2) Kalau pejabat agama tak luluskan macam mana? Kesian pakcik.

3) Kalau pejabat agama luluskan, macam mana pakcik nak tanggung 2 keluarga dengan gaji sebanyak tu? Makcik taknak la pakcik terp4ksa berkerja lagi diusia pencen.

Makcik rela jer mengundurkan diri asalkan pakcik bahagia. Makcik boleh tinggal di mana – mana pondok agama. Seronok jer ada kawan sama – sama belajar agama. Sekarang ni makcik ada pakcik jer la yang jadi kawan baik dan kawan berg4duh.

Apa pendapat anak – anak semua? Maaf yer kalau tulisan dan ayat tak teratur maklum la dah lama tak menulis panjang – panjang. Biasa wasap dengan pakcik pun banyak letak emoji jer. – Makcik (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Noor Afidah Alias : Boleh je makcik. InsyaAllah ada la rezekinya nanti. Makcik tenang – tenang je. Pastikan dapat dulu apa yang makcik nak, sebiji rumah untuk duduk dan sebiji lagi untuk disewakan, dah dapat ni baru la benarkan pakcik tu kahwin. Calon baru tu minta pakcik siasat betul – betul dulu, jangan gelojoh, jangan buta mata pula, hati – hati memilih. Pastikan perempuan tu yang baik – baik bukan yang ambil kesempatan, kahwin la.

Amelia Arissa : 1. Dulu pakcik tak nak kahwin sebab dia takde duit. Sekarang baru nak kahwin sebab duit epf banyak. Tapi sedih sebab dia tak nak hadiahkan sedikit pada makcik yang dah berk0rban 30 tahun hidup dengan dia. Malah, dia guna pula untuk kepentingan dia sorang yang akan mengguris hati makcik.

Pengajaran untuk surirumah yang lain, suami bila dapat duit, dia lupa pasal orang yang selalu bantu dia di belakang. 2. Kalau betul pakcik nak kahwin lain, makcik silakan buat tuntutan harta sepencarian. Ingat! Kalau makcik tak tuntut, yang kemudian datang tu akan hore – hore dengan harta pakcik.

3. Makcik sebenarnya tak ikhlas bila pakcik nak kahwin lain. Sebab tu makcik persoalkan bab gaji dan prefer duduk pondok untuk elak segala macam perasaan akan datang. Perasaan makcik valid, isteri nabi pun ada sifat cemburu. Itu normal, cuma kena urus dengan baik.

4. Saya bayangkan pakcik ada peny4kit 3 serangkai termasuk diabetes. Boleh berfungsi ke burung tu? Persoalannya bukan sebab gaji rm1700 saja, kesihatan pun kena mantap. Jangan pula nikah dan menggani4ya isteri kedua.

5. Makcik dah boleh belajar berdikari dan terima hakik4t yang pakcik tu akan jadi milik perempuan lain. Kalau selama ni, pakcik no 1 dalam hati, dah boleh turunkan pangkat dia dan letak Allah yang pertama.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.