Ingatkan dapat menantu yang kedua ni ok, rupanya sama je. Mak jadi h4mba pada anak menantu

Tak sampai setahun kahwin masing – masing dah tunjuk per4ngai. Ada dua orang menantu tapi per4ngai mengalahkan orang bujang, bila saya tegur abang akan pertahankan isteri diorang. Kalau ibu saya tak masak memang tak makan laa suami diorang tu. Setiap kali saya balik rumah mesti ibu saya menangis..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, saya hanya ingin meluahkan rasa sedih saya sebagai seorang anak perempuan bila ibu saya diperlakukan seperti h4mba di rumah sendiri. Saya hanya mempunyai 3 orang adik beradik, 2 orang lelaki dan saya anak yang bongsu perempuan.

Kami semua dah kahwin dan abang – abang tinggal di rumah ibu saya, dan saya pula terp4ksa mengikut suami dan tinggal jauh sikit dari ibu. Mula – mula kahwin tu okay je, tapi tak sampai setahun masing – masing dah mula tunjuk per4ngai sebenar diorang.

Menantu sulung tu selalu tengahari hari baru bangun tido, kain baju semua ibu saya yang basuh, jemur dan Iipat. Saya pernah tegur ibu saya, biarkan jelah baju tu biar dia je yang Iipat tapi mak saya cakap dah berminggu dibiarkan tetap macam tu jugak.

Tapi bila ibu saya Iipat pandai pulak dia ambik dan bawak masuk bilik. Saya cuba bertahan demi ibu saya, bayangkan makanan pagi semua ibu saya dan saya sediakan, dia tak pernah masak pun untuk suami dia, dan saya pernah berg4duh besar dengan abang saya kerana per4ngai isteri dia tu.

Saya tegur abang saya, saya tak suka orang buat ibu saya seperti h4mba, tapi abang saya lebih pertahankan isteri dia dari ibu kandung sendiri. Kecil hati ibu saya min. Kalau ikutkan dah lama dia cakap nak pindah, tapi sampai sekarang masih lagi tak pindah.

Lepas berg4duh hari tu, bini tu nampak laa berubah sikit tapi tak lama pun, sekarang dah buat per4ngai malas dia tu balik. Setiap kali saya balik rumah mesti ibu saya menangis, arw4h abah saya dah lama meninggaI dunia, ibu seorang balu.

Saya pernah ajak dia duduk dgn saya tapi dia cakap tak nak dan dia lebih selesa duduk rumah sendiri. Tapi kesian saya tengok ibu makan hati dengan per4ngai anak menantu. Selepas abang kedua saya tu pun dah kahwin, saya ingatkan isteri dia tu okay laa.

Mula – mula rajin sangat, kemas rumah, masak tapi hanya tahan 2 dua minggu je. Tapi menantu yang ni lagi dahsyat min, siap meIawan ibu saya terang – terang, Abang saya pun dia Iawan tapi saya malas nak bising – bising sebab nak jaga hati ibu saya.

Kadang – kadang abg saya butakan mata dengan perbuatan isteri – isteri diorang. Kalau nak menumpang buat cara nak menumpang tapi ibu saya bukan orang gaji dekat rumah tu. Setiap kali saya balik rumah, ibu saya tak seceria dulu, banyak mendiamkan diri.

Banyak lagi sebenarnya yang saya nak cerita, duduk serumah pun bil air, pil api semua ibu yang bayar, barang dapur pun ibu yang beli. Kadang – kadang saya ada bagi jugak duit dekat mak. Sebenarnya ibu dah pencen, dulu dia nurse.

Sekarang ibu harapkan duit pencen tu, saya pula hanya suri rumah, mampu tolong mana yang termampu. Tolonglah warga fb bagi pendapat yang boleh saya lakukan, perkara ni dah berlarutan selama 3 tahun dan masing – masing tak dikurniakan anak lagi dan hidup seperti orang bujang.

Bini tak masak dan makan luar dibiarkan suami makan di rumah, kalau ibu saya tak masak memang tak makan laa suami diorang tu. Ini cerita benar min, bagi mereka yang cakap selalu menangkan menantu dari mertua dan kisah saya ini pulak macam mane.

Saya tak mintak dikecam, saya mintak pendapat. S4kit hati saya tengok ibu selalu menangis dengan per4ngai anak menantu dia, rumah tu rumah mak saya, bukan rumah diorang. Tolong yer min, hidekan profil saya, saya hanya kongsikan cerita yang berlaku dalam kehidupan saya. Terima kasih.

Sambungan.. Bagi menjawab pertanyaan warga fb sebelum ini, bukan saya tak pernah berg4duh dengan adik beradik saya tu, saya dah pernah marah, dah pernah beri amaran pada kak ipar saya, tapi tu bertahan untuk beberapa bulan jer.

Rumah tu bukan tak nak jual tapi kenangan dengan arw4h abah saya, saya paham situasi mak saya tapi abang – abang saya yang tak nak paham. Duit yang ibu saya simpan untuk umrah, mak saya terp4ksa guna semasa abang saya yang no dua nak kahwin.

Mula – mula cakap ada duit tapi akhirnya nak pinjam dengan mak. Bila mak saya cakap tak ada duit, dia siap ugvt nak pinjam dengan ah Iong. Sebab tu mak reIa k0rbankn duit simpanan dia untuk abang. Kesian sangat dengan mak saya, banyak dia makan hati dengan anak – anak dia.

Saya pernah nak g4duh dengan abang saya tapi mak Iarang, dia cakap, “tak ape, Allah ada.” Demi nak jaga hati mak, saya diamkan je.. Saya cuma berharap yang abang – abang atau kakak – kakak ipar saya ada baca luahan saya ni. Semoga diorang semua terasa dengan semua yang mereka dah buat dekat mak.

Komen Warganet :

Hanie Sulaiman : Aku harap sangat abang – abang dengan kakak – kaka ipar sis baca kisah ni. Mesti dioranng ada FB kan. Jangalanh nak senang hidup dan nak bebankan mak je. Kalau rasa nak jadi biawak hidup, tolong keluar dari umah mak.

Masing – masing dah ada kehidupan dan tanggungjawab sendiri. Sepatutnya anak tolong emak, bukan emak yang tanggung anak biawak macam korang.  MemaIukan je anak melayu tapi tak ada sikap bertanggungjawab. Orang kafir pun tahu hargai ibu dan ayah dia.

Mila Pian : Jangan diberi muka sangat pada anak – anak yang tak pernah kenang jasa orang tua ni. Memang mak awak baik sangat tapi dalam soal ni mak awak kena jugak tegas. Nak sayangkn anak pun kena berpada – pada sebab abang – abanng awak dah hidup berumahtangga jadi kenalah ada usaha sendiri.

Biar orang kata berg4duh sekarang, suruh abang awak tu pikir apa peng0rbanan yang dia dh buat untuk orang tua mereka. Kalau sekadar nak menyusahkan saje baik keluar dari rumah mak jer. Biar bini – bini dioranng hidup berdikari sendiri, jangan diberi muka. Suruh mak awak ajar menantu dia cara nak hormat dengan orang tua.. Jangan ingat mertua dia tu h4mba disuruh buat kerja rumah.

Ina Zul : Cakap terus terang je kat abang – abang awak tu suruh keluar bawak bini masing – masing cari rumah lain. Itu rumah mak awak bukan rumah diorang. Suruh mak awak bagi tau dekat abang – abang awak tu dan jangan diam je.

Sebab diaorang dah naik t0cang besar kepala. Jangan dibasuh kain baju diorang dan hanya masak untuk mak awak makan sendiri je.. Diorang nak makan ape biar diorang buat sendiri… Dan jangan beli apa – apa barang dalam rumah tu kecuali untuk keperluan je.. Kesian kat mak awak tu dapat menantu yang tak tau menghargai mak mentua yang baik..

M Raiszal H Nana : Orang macam gini jangan biarkan berterusan besar kepala. Kakak ipar aku pon dulu per4ngai, tak masak tak ape tapi bila mak aku siap masak dia tanpa segan silu muka tak bersalah bukak tudung saji tengok ape mak aku masak.

Tolong kemas rumah semua ni pon malas. Tak nak bergaul dengan ipar duai. Asyik duduk dalam bilik je kerja. Sekarang dia dah pandai masak sendiri, berkat pen4mpar yang dah kena kat muka, hahahaha.

Banyak benda bod0h dia buat, tapi sekarang kita dah buat bod0h dengan dia. Ini kalau jadi kat mak aku, tak bersep4i muka dia aku kerjakan. Menumpang buat cara menumpang, jangan nak mengada – ngada. Abang ko pon bod0h biarkan isteri dia jadikan mak dia sendiri h4mba abdi.

Fida Murad : Minta mak jangan kisah hal dalam rumah, boleh plak berminggu – minggu tak cuci pakaian.. Cara mudah, haIau mereka atau mak sis sendiri keluar rumah. Nak haIau, tahu, mana ada mak yang sanggup haIau anak sendiri biar buruk pun per4ngai anak – anak.

Pujuk la mak sis, pujuk sampai dapat, ajak mak tinggal dengan sis. Kesian, dah tua, anak – anak buat mak macam tu.. Mak bukan h4mba, kalau sama – sama buat kerja rumah, tak apa juga. Itu  je la sis yang saya mampu nasihat, pujuk mak tinggal dgn sis. Takut mak sis makan hati, s4kit plak nanti.. Tengok gaya pun, kalau s4kit yang lain tak peduli. Pujuk mak ye sis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.