Kahwin dengan suami dari keluarga tabligh, terk3jut tengok per4ngai ‘pu4ka’ adik2 ipar

Masa awal perkenalan suami dah jelaskan tentang status keluarganya yang datang dari golongan tabligh. Ibu dan adik – adiknya semua berpurdah tapi suami berjaya tenangkan hati saya. Sehinggalah saya berkahwin, saya terk3jut dengan sikap adik – adik ipar perempuan. Mereka tidak bersekolah dengan alasan kerana ilmu di sekolah adalah ilmu duniawi sahaja dan akhir4t lebih penting..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga Facebook sekalian.. Sudah sekian lama terbuku di hati kecil ini untuk menceritakan kisah saya, seorang ibu dan seorang ipar yang sungguh h1na di mata adik – adik ipar perempuan.

Mengenali suami semasa saya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta di Selangor, dalam pengajian Bachelor In Accountancy. Perkenalan dengan suami selama 3 tahun dan berkahwin setelah satu tahun bekerja sebagai Executive di sebuah bank terkemuka di Kuala Lumpur.

Sifat suami yang sangat menghorm4ti wanita dan orang tua menyebabkan saya terpik4t dan menerima lamaran suami. Kagum saya dengan sosok lelaki yang sangat baik budi pekerti di samping ilmu agama yang sangat baik.

Di fikiran saya, sudah tentu suami datang dari keluarga yang hebat akhlaknya seperti mana akhlak suami saya. Selepas beberapa bulan mengenali hati budi, suami menjelaskan kepada saya tentang status keluarganya kerana risau jika saya takut selepas berkahwin nanti.

Keluarga suami adalah dari golongan tabligh.. Ibu dan adik – adik perempuan semuanya berpurdah. Awalnya saya agak terk3jut dan risau akan penerimaan keluarga mertua. Saya bukanlah wanita yang alim. Hanya biasa – biasa, pakaian saya juga biasa – biasa, tudung pun tidak labuh tapi suami tenangkan hati saya dan menerima saya seadanya.

Awal kahwin dengan suami, semuanya baik – baik sahaja. Kami menyewa di sebuah rumah teres 2 tingkat di KL dengan sewa sebulan RM1,200. Gaji saya pada masa itu, tiga ribu sebulan. Tapi, awan tidak selalu cerah, saya terp4ksa berhenti kerja selepas 6 bulan berkahwin kerana alahan mengandung yang sangat teruk.

Keluar masuk hospitaI setiap bulan sehingga melahirkan anak disebabkan saya mengaIami hyp3remesis gravidarum (severe v0miting). Saat ini, bermulalah pandangan negatif dan pengh1naan terhadap saya. Disindir – sindir saya, “belajar tinggi – tinggi pun tak ada kerja..”

Oh ya, suami saya adalah anak sulung dalam keluarga dan ayah mertua merupakan seorang pesara kerajaan yang sangat disegani ramai. Di bawah suami, ada 2 orang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki. Adik – adik perempuan suami, tidak bersekolah.

Tidak ada SPM, bahkan UPSR. Mereka hanya bersekolah separuh jalan dan seterusnya belajar di madrasah dan berhenti madrasah separuh jalan juga. Alasan mereka tidak bersekolah, kerana ilmu di sekolah adalah ilmu duniawi sahaja dan akhir4t lebih penting.

Wanita yang belajar tinggi dik4takan berd0sa kerana terdedah dengan maksi4t. Mereka juga mengatakan bahawa wanita – wanita berkerjaya dan berpendidikan tinggi tidak elok dijadikan isteri kerana akan menjadi queen control dan eg0.

Jadi, mereka hanya duduk di rumah sahaja menunggu pinangan sang suami. Adik – adik ipar perempuan, sangatlah bermulut Iancang, panas baran dan suka menyindir, tidak hiraukan orang sekeIiling, terpekik terIolong di dalam rumah mahupun di luar rumah.

Sentiasa bertekak sesama mereka. Ibu mertua juga ditengking dan di arah – arah seperti bibik mereka. Saya yang baru masuk dalam keluarga suami, rasa terk3jut dan tidak selesa. Jika dipandang dari luaran, mereka seperti wanita solehah idaman lelaki yang menjaga keperibadian dan akhlak.

Expectation saya, totally berubah setelah mengenali keluarga suami. Mereka tidak boleh ditegur langsung. Masing – masing tinggi dengan eg0 dan sifat tidak mahu mengalah. Umur masing – masing dah menjangkau 30 tahun (selang setahun) tetapi berper4ngai seperti kanak – kanak di bangku sekolah.

Bila mereka tidak bersetuju dengan mertua ataupun adik beradik yang lain, mereka akan membentak – bentak kaki sambil meng4muk dan terjerit – jerit seperti wanita kurang siuman. Pada mulanya, saya sangat menghorm4ti adik – adik ipar dan sentiasa merendah diri kerana berfikir kerdilnya ilmu agama saya dibandingkan dengan mereka.

Tetapi, apa yang suami bercerita berbeza sekali dengan sifat mereka. Rupanya, suami cuba menjaga a1b keluarganya. Setiap perbualan saya dengan ibu mertua, sentiasa dipintas dan diberi teori – teori mereka yang kadang – kadang saya rasa kelakar.

Mereka tidak boleh terima walau sedikit pendapat orang lain atau pembaharuan. Saya memilih untuk tidak meneruskan perbualan jika bibit – bibit perg4duhan atau meninggi diri muncul. Walaupun saya pernah bekerja di bank, tetapi mereka ‘treat’ saya, seperti saya langsung tidak tahu apa – apa.

Sehinggakan saya tidak berani berkongsi apa – apa dengan keluarga mertua kerana selalu disalah erti dan dianggap cuba buat pandai. Bagi mereka, ipar adalah orang luar dan tidak layak memberi pandangan. Jauh berbeza dengan keluarga saya yang sangat mementingkan ipar dan menjaga hati ipar.

Kerana ibu selalu berpesan, “ipar dibesarkan dalam keluarga dan adat berbeza, jadi bertolak ansurlah dengan ipar..” Jika mertua bertanyakan pendapat saya tentang perbankan atau apa – apa sahaja yang berkaitan account, saya sentiasa salah dan adik – adik ipar akan bidas setiap ilmu yang saya sampaikan.

Jika kami pulang ke rumah mertua, setiap perbuatan saya salah. Jika di dapur, itu tak kena, ini tak kena, semuanya serba tak kena di mata adik – adik ipar. “Ayah tak suka macam ni, adik bongsu tak makan lauk ni, kami tak suka masak begini dan begini..”

Akhirnya, saya putvs asa dan hanya berkurung di dalam bilik jika berada di rumah mertua. Bila waktu mengemas, disoal – soal kenapa saya mengemop rumah. Mengapa buat macam ini dan ini, mop rumah ada caranya, kopek bawang ada caranya.

Sedangkan saya sudah mempunyai 2 orang anak. Semestinya saya tidak betah di dapur. Tidak mahu hubungan keruh, maka saya hanya berkurung di dalam bilik. Hanya keluar untuk mandikan anak, masak seawal 5 pagi untuk mengelak bertembung dengan ipar.

Untuk adik – adik ipar aku, kakak ipar kalian sedang berkecil hati dan terIuka dengan kata – kata kesat kalian serta setiap perbuatan dan penindasan terhadap diri ini. Menengking dan mengeluarkan kata – kata yang sangat menusuk ke hati.

Tidak mampu diceritakan di sini setiap kata – kata yang keluar dari mulut kalian. Mungkin hari ini, kalian berdua di atas. Walaupun tidak belajar dan tidak bekerja, tetapi kalian berdua ditaja penuh oleh bapa mentua. Dimewahkan dan ditunaikan apa sahaja kehendak kalian.

Berbanding diri ini dan suami yang sedang berusaha menaikkan semula bisnes yang telah murudum setelah wabak cov-19 yang meIanda dunia. Maafkan kakak iparmu yang h1na ini. Semoga warga FB yang diuji dengan ipar duai bermulut pu4ka, sabar dan kuat.

Satu pengajaran yang saya dapat, pakaian tidak mencerminkan keperibadian seseorang. Mulut yang berbisa, tidak dapat ditutup dengan purdah. Walaupun begitu, saya tetap masih menghorm4ti wanita – wanita berpurdah di luar sana dan mengagumi kalian yang baik akhlak nya seiring dengan pakaian kalian. Sekian, – Ipar yang H1na (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hazirah Hj Hamzah : Diorang tu kan duduk rumah tunggu pinangan je. Sekolah pun kat madrasah. Maksudnya mereka tak keluar bersosiaI dengan pelbagai jenis masyarakat. Dunia mereka sekadar itu je. Jadi mereka ingat semua yang mereka buat tu betul.

Saya pun pernah kena perIi dengan golongan sekolah agama. Dia cakap saya sengaja buat alasan tak nak ke sekolah agama rakyat walaupun dekat dengan rumah je. Entahlah, yang sekolah agama tu suci mulia sangat. Kita yang sekolah bukan agama ni h1na masuk ner4ka kot.

Nadiah 大宮 Eskay : Saya pun tak tau la ianya kebetulan ke apa, tapi memang ye, kebanyakkan orang yang saya kenal, yang entah apa – apa ni memang ramai juga dari kalangan mereka yang ‘menutup aur4t dengan sempurna.’

Yang lagi best ada di kalangan diorang ni golongan yang baru je ‘sampai seru’, dah elok sampai seru pandang rendah pulak kat orang lain yang tak ‘bagus’ macam diorang. Ya pakaian tu dah bagus, ya menutup aur4t dengan sempurna tu memang Allah suruh, tapi alangkah bagusnya kalau per4ngai tu seiring dengan pakaian.

Faizal Faris : Berpakaian dan beragama tanpa ilmu itulah jadinya.. Harapkan pakaian, ilmunya tiada, sebab belajar madrasah pun tak habis. Jadi adab tu tiada, merasa pandai padahal dialah katak bawah tempurung tak pernah bergaul dengan orang alim.

Lagi satu, ada kekurangan dari didikan ayah selaku ketua keluarga, kalau satu je per4ngai tak elok, mungkin spesis degil, tapi dua – dua problem mungkin terIampau dimanja dan tak pernah diajar adab yang betul..

Farid Laila : Aku bukanlah nak judgemental. Aku pun jenis rock – rock gak suar jeans, tshirt, tudung bawal seIempang je. Kadang – kadang tshirt aku lengan pendek tapi skrg dah slow – slow lah berubah pakai lengan panjang (sebab nak tutup emas kat tangan hehe).

Tapi aku pelik la, kalau orang berpurdah bertudung labuh, diorang buat slekk sikit je, terus kena “macam ni ke akhlak orang tudung labuh/berniqab?” Sebab aku tak pernah jumpa lagi org free hair buat hal, kuar ayat “macam ni ke sifat sebenar perempuan free hair?”

Ah sudah, jangan dend4m dengan pakaian mereka hingga diungkit – ungkit melebihi isu utama iaitu sikap dan keperibadian. Dend4m dengan perbuatan buruk dia dah la. Boleh je kau twist sikit ayat kau jadi “adik ipar mulut pu4ka”, tak perlu pun tekankan tentang pakaian mereka.

Sebab andai kata adik ipar tu sebaliknya jenis free hair, cuba tanya diri kau, agak – agak tajuk confession kau bunyi macam ni tak, “inikah sikap sebesar perempuan free hair?” Kau sendiri tau lah jawapan. Aku bukan nak bekap sangat pemakai niqab tapi statement tu tak fair la untuk orang yang betul – betul zuhud hidup dia untuk Allah.

Kita ni dah la kekurangan agamawan dalam masyarakat, kita tak nak sampai tak ada orang langsung yang menegur untuk kebaikan, dan menegur untuk kebathilan. Ok Bye.

Zetty Kay : Betul tu, pakaian tak boleh mencerminkan keperibadian seseorang, maafkan la saya yang jahiI ni sebab bagi saya ada sesetengah yang berpurdah suka bercakap kasar, mengh1na dan memperIi orang lain seperti dia je betul.

Saya jadi malu bila saya rasa mereka ni sangat la bagus dalam menjaga agama tapi tak pandai menjaga perasaan orang lain. Mereka lupa kot Allah sangat sayang orang yang menjaga saud4ra – saud4ra mereka walaupun amal mereka tak hebat mana. Janganlah buat amal ibadat berkepuk – kepuk tapi mengh1na orang lain. Allah murka tau.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.