Dari kecik nenek jaga aku sebab ditinggalkan oleh ayah tapi bila dah besar aku jadi cucu derh4ka

Lepas mak dan ayah aku bercerai, nenek jaga aku penh dengan kasih sayang tambah lagi bila ayah kahwin lain. Nenek yang sediakan semua keperluan dan belanja sekolah. Bila aku dah besar masuk U, aku dapat tahu nenek jadi ‘bibik’ mak tiri dan anak – anak dia. Tapi aku derh4ka dengan nenek sampai aku menyesal..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca semua. Nama aku Diana (bukan nama sebenar), mak dan ayah aku dah lama bercerai. Aku dijaga oleh nenek aku masa aku berumur 5 tahun sehinggalah saat nenek aku meninggaI beberapa tahun yang lepas.

Aku ingin ceritakan kisah hidup aku sebab setiap hari aku rasa tak tenang dan dih4ntui perasaan terkilan kerana aku gagal jadi cucu yang berjasa buat arw4h nenek aku. Demi Allah aku sayangkan nenek aku melebihi ibu kandung aku sendiri kerana bagi aku nenek aku lebih memahami aku.

Tapi, kerana pentingkan diri sendiri, aku abaikan nenek perasaan nenek aku. Jangan jadi macam aku. Aku akan cerita kisah aku di sini. Harap – harap admin akan publish. Selepas mak dan ayah aku bercerai, mak aku dapat hak penjagaan kakak dan adik bongsu aku sementara aku diserahkan kepada ayah aku dan dijaga oleh nenek aku.

Selepas bercerai dengan mak aku, ayah aku bawa bini mudanya (ex madu mak aku) tinggal bersama kami. Mak tiri aku sangat kedekut dan tidak sukakan aku tapi nasib baik ada nenek yang selalu meIindungi aku. J0doh ayah aku dengan mak tiri aku tu tak lama, akhirnya dorang bercerai selepas dua tahun kahwin.

Ayah aku masa tu kerja tak tetap dan dia jarang berada kat rumah. Semua keperluan aku diuruskan oleh nenek aku makan, pakai, duit belanja sekolah dan keperluan lain. Ayah aku hanya bayar yuran dan jarang bagi duit belanja sekolah pada masa tu.

Ohh ya.. Mak aku selalu je datang jenguk aku dan bawa aku balik rumah mak aku waktu cuti sekolah tapi aku tak menginap lama – lama rumah mak aku sebab aku tidak boleh berpisah lama dengan nenek aku. Nenek aku pula tak izinkan aku balik lama – lama rumah mak aku.

Umur aku 8 tahun, ayah dah dapat kerja tetap dan ayah aku kahwin dengan mak tiri aku yang ke dua. Mak tiri aku bekerja di utara dan ayah aku bekerja di timur. Setiap kali cuti ayah aku akan ke sana dan meninggaIkan aku bersama nenek.

Nenek aku lah yang bersusah payah membesarkan aku. Duit sekolah aku nenek aku yang selalu hulur dan nenek aku yang selalu teman aku bila aku mengulangkaji pelajaran dan nenek aku lah yang bersusah payah mengumpul duit untuk beli permainan dan pakaian untuk aku.

Aku masih ingat lagi, nenek aku susah payah kumpul duit untuk belikan aku baju baru dan mainan baru, semua barang yang aku nak nenek aku yang sediakan. Ayah aku masa tu jarang berada kat rumah dan ayah aku ketika itu masih belum matang lagi bab tanggungjawab terhadap anak dan kurang mengambil berat pasal perasaan aku mungkin sebab dia fikir budak kecik macam aku belum mengerti apa – apa.

Selepas 2 tahun, mak tiri aku ditukarkan ke pantai timur dan mak tiri aku berpindah tinggal bersama aku dan nenek. Aku sangat bahagia sebab dapat menumpang kasih ibu tiri. Malangnya mak tiri aku sama macam watak antagonis ibu tiri dalam drama ”bawang putih, bawang merah”.

Aku dituduh macam – macam dan aku selalu kena marah dan pukuI dengan ayah aku. Nenek aku lah yang akan jadi galang gantinya sampai satu tahap nenek aku menangis dan suruh ayah aku berhenti pukuI aku dan pukuI lah dirinya sebagai galang ganti.

Ayah aku berhenti pukuI aku dan dia terus keluar rumah. Nenek aku terus peIuk aku dan sapu ubat di badan aku. Aku masih ingat lagi kejadian semasa aku darjah 6 aku dituduh mencuri baju mak tiri aku dan diserahkan baju tu kepada mak aku untuk tujuan “B0mohkan” dia.

Nenek aku lah yang back up aku dari tuduhan tu. Beberapa hari kemudian baju tu dijumpai dalam almari baju mak tiri aku dan kes tuduhan tu ditutup. Mak tiri aku hanya duduk serumah dengan nenek aku sekejap sahaja sebelum berpindah duduk di rumah yang lain bersama ayah aku.

Manakala aku tinggal bersama nenek aku di kampung nenek aku. Masa kecil aku banyak dipenuhi dengan kenangan bersama nenek aku. Nenek aku ni petani dan aku diajar untuk menanam sayur, tembakau, dan membuat batas tanaman.

Masa kecil, aku rasa sangat bahagia bersama dengan nenek aku. Apabila aku masuk sekolah menengah aku terp4ksa tinggal dengan mak kandung aku kerana mak kandung aku mengajar di sekolah yang sama. Ayah aku benarkan aku tinggal dengan mak kandung aku dan akan balik hanya hujung minggu ke rumah nenek aku.

Nenek aku sedih berpisah dengan aku dia memang sangat menunggu waktu hujung minggu untuk jumpa dengan aku. Begitulah kehidupan aku zaman belajar. Selepas tamat belajar di peringkat menengah aku dapat tawaran belajar di sebuah IPTA yang agak tersohor dalam Malaysia.

Oleh kerana aku akan sambung belajar di sana maka ayah aku dan mak tiri aku memilih untuk balik ke rumah nenek aku dan duduk dengan nenek aku di kampung untuk jaga nenek aku. Ralat pada mulanya bila mak tiri aku dan adik – adik aku hasil daripada pernikahan ketiga ayah aku ada bersama.

Banyak konfliks juga yang terjadi menyebabkan aku rasa tak selesa dah bila berada rumah nenek aku. Tapi mujurlah ada nenek aku yang akan mempert4hankan aku. Setiap kali cuti semester, bila aku bercuti di rumah nenek aku, nenek aku lah orang yang paling happy menyambut kepulangan aku dan macam – macam cerita dia ceritakan sepanjang aku kat universiti.

Nenek aku dilayan macam bibik sebab dia kena masak, kemas rumah dan jaga cucu – cucunya oleh kerana ayah dan mak tiri aku masing – masing bekerja. Aku sangat marah dengan layanan mak tiri aku pada nenek aku. Tapi manusia muda macam aku mudah str3ss.

Bila aku balik bercuti, aku yang kena jadi bibik dirumah tu dan mak tiri aku selalu cari pasal dengan aku menyebabkan aku tak suka balik rumah nenek dan aku mahu balik rumah mak kandung aku. Nenek aku mestilah sedih sebab aku pentingkan diri.

Aku menyesal sangat bila aku ingatkan balik kejadian tu. Setiap kali cuti semester aku akan gilir – gilir balik rumah mak kandung dan rumah nenek aku. Nenek aku pula kalau boleh mahu aku lebih lama di rumahnya berbanding rumah mak aku sebab dengan adanya aku bebanan kerja nenek aku ringan.

Masa tu aku masih belum matang. Aku bila str3ss dengan mak tiri aku, aku akan balik rumah mak kandung aku untuk berehat daripada kepenatan menjadi bibik kepada mak tiri aku dan jaga adik – adik tiri aku yang hyper active dan nakal – nakal semuanya.

Aku tahu aku salah sebab tak meringankan bebanan nenek aku. Tahun ke empat mak tiri aku duduk dengan nenek aku. Nenek aku jatuh s4kit. Mak saud4ra aku lah yang menjaga nenek aku berbulan – bulan lamanya kerana mak tiri aku kerja.

Mak saud4ra aku cakap, dia dah tak tahan duduk di rumah nenek aku kerana semua kerja rumah dia kena buat, dia plak jadi bibik jaga anak – anak mak tiri. Tahun tersebut aku sudah mula berpraktikal dan aku memilih tempat praktikal dekat dengan rumah nenek aku.

Pada mulanya aku happy berada di rumah. Tapi lama kelamaan aku jadi str3ss kerana mak tiri aku suka cari kesalahan aku di rumah tu dan adik tiri aku sudah pandai mencuri barang aku dan telah pun kantoi tetapi mak tiri aku hanya bersahaja.

Aku mula pentingkan diri dan perasaan aku. Aku selalu menginap di rumah mak aku dalam seminggu lebih kurang 3 kali aku akan menginap di rumah mak aku dan selebihnya di rumah nenek aku. Nenek aku selalu halang aku menginap rumah mak aku sebab dia perIukan aku.

Aku faham kehendak nenek aku tapi masa tu aku eg0 dan selfish aku mahukan ketenangan dan bebas berada di rumah sendiri. Sepanjang aku berpraktikal nenek aku selalu s4kit – s4kit dan ayah aku selalu bawa nenek aku pergi hospitaI.

Selalunya kalau nenek aku s4kit, aku tak akan tinggalkan dia, aku akan ada di rumah tu untuk jaga nenek aku. Aku ingat lagi, sepanjang bulan ramadhan hanya beberapa kali sahaja nenek aku dapat berpuasa kerana keuzurannya dan akulah orang yang menemani nenek aku berbuka puasa dalam biliknya.

Ayah dan mak tiri aku yang lain semua berbuka di dapur. Kenangan paling bahagia bila aku suapkan nenek aku makan dan berebut lauk pauk dengan nenek aku. Ahhh..seronok bila diingati. Seminggu sebelum hari raya, nenek aku dah kembali sihat.

Aku bahagia kerana aku boleh la balik beraya dengan keluarga mak kandung aku. Sehari sebelum raya aku bawa nenek aku pergi beli pakaian raya menggunakan duit br1m dia. Seronok dia beli 2 pasang blouse untuk raya.

Malam tu nenek aku sihat dan nampak sangat tenang dan gembira nak sambut raya. Nenek aku borak dengan aku dia suruh aku percepatkan perkahwinan aku sebab dia takut dia tak sempat lihat aku naik pelamin dan dia banyak kali bagitahu dia bangga sebab aku berjaya dalam pelajaran dan merupakan cucu pertama dapat masuk IPTA.

Aku hanya mendengar je lepas tu aku terus menyampuk bagitahu nenek aku, esok petang raya aku mahu balik rumah mak kandung aku dan beraya bersama – sama keluarga di sana. Nenek aku sedih. Dia tak bagi aku balik.tapi aku degil nak balik jugak.

Aku bagitahu nenek aku, aku hanya balik 2 hari sahaja kerana mak kandung aku ada buat open house raya ke dua. Malam tu nenek aku sedih, aku biarkan je sebab aku rasa aku berhak balik raya ke rumah mak kandung aku.

Pagi raya ketiga, hari yang aku janji aku akan balik rumah nenek aku. Aku dapat panggiIan dari adik tiri aku. Dia mengatakan nenek aku sudah meninggaI dunia di hospitaI semasa sesi rawatan. Ya Allah dunia aku gelap. Aku rasa bersalah dan terkilan sebab aku bukan orang terakhir berada di samping arw4h.

Ye..sehingga kini aku masih rasa terkilan dan aku rasa aku cucu yang derh4ka kepada nenek aku. Aku abaikan tegahan nenek aku dan aku ikut keinginan aku untuk balik raya rumah mak aku. Sehingga kini aku rasa aku cucu yang banyak d0sa dengan nenek aku, aku tak sempat mohon ampun dengan nenek aku.

Selama berminggu – minggu juga aku jadi pengunjung setia di pusara nenek aku. Aku amat menyesal dan aku rasa sangat – sangat terkilan dengan keputvsan aku. Jika Allah undurkan masa aku memilih untuk berada di sisi arw4h nenek aku.

Sehingga hari ini perasaan sedih, terkilan,dan rasa bersalah masih bersama aku. Setiap kali aku teringat aku sangat sedih. Kadang – kadang waktu malam aku terjaga dengan tiba – tiba sebab terfikirkan perkara ini. Aku masih tak boleh move on dengan kejadian tersebut dan aku tak tahu macamana nak move on.

Perasaan ini selalu mengh4ntui hidup aku dan aku sendiri tak tahu sampai bila. Selepas kem4tian nenek, aku ambil ibrah dari peristiwa tersebut, aku berjanji tidak akan pentingkan diri lagi. Aku harap aku akan menjadi orang yang terakhir bersama parents aku sebelum mereka menutup mata.

Buat pembaca di luar sana, yang masih ada nenek, jenguklah mereka diusia senja mereka dan jangan abaikan mereka. Berbakti dan sayangiIah ibubapa selagi mereka masih ada, maafkanlah segala kekurangan ibubapa kita semasa membesarkan kita.

Berusahalah untuk meluangkan masa sebanyak mungkin dengan mereka kerana kita tidak tahu bila kem4tian itu akan mengambil mereka dari hidup kita. Cucu nenek, Diana.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.