Dia bukan biawak hidup sebab saya tak tanggung keperluan dia, cuma saya tanggung anak-anak je

Saya mempunyai seorang suami yang sangat menguji kesabaran. Duit gaji dia hanya untuk beli barang keperluan dia sahaja. Tapi selainnya duit keperluan rumah dan anak – anak saya yang bayar. Saya tak nak bercerai sebab saya suami saya bukan biawak hidup sebab dia beli keperluan sendiri cuma saya kena tanggung anak – anak..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Mohon sangat hide profile kawan saya ni ye. Saya merupakan seorang isteri serta ibu kepada 4 orang anak dan sepatutnya bakal menyambut kelahiran bayi ke-5. Saya merupakan penjawat awam yang bekerja syif.

Anak berumur antara 2 hingga 9 tahun.. Jadi masudnya paling kecik 2 tahun la. Dalam keadaan saya yang sedang sarat mengandung dan penat bekerja siang malam, saya mempunyai seorang suami yang sangat – sangat menguji kesabaran.

Suami saya ni tak ada kerja tetap, dia hanya berniaga sendiri. Tapi, income harian dia mampu capai dalam RM200-300 sehari. Alhamdulillah, Rezeki dia.. Kenapa saya cakap rezeki dia? Sebabnya :

1) Dia hanya tolong bayar sewa rumah iaitu sebulan dalam RM450

2) Dia hanya beli makanan apa yang dia nak makan

3) Dia hanya beli apa yang dia nak

Saya ni kerja biasa sangat. Gaji bersih saya dalam RM1200 sahaja. Tapi saya perlu guna untuk :

1) Bayar yuran dan keperluan sekolah anak sebulan RM800

2) Susu dan pampers anak RM200 sebulan

3) Bayar bil-bil utiliti rumah dalam RM150 sebulan

4) Beli keperluan dapur sendiri

5) Isi minyak kereta dan motor

Bayangkan min, semua kerja rumah saya buat sendiri. Dia hanya duduk depan tv, hisap rok0k. Kalau saya tak menyapu rumah, bersepah – sepah la segala abu rok0k dan sisa tembakau kat lantai. Kadang – kadang saya sengaja tinggalkan pinggan kotor sikit dalam sinki, 5 hari saya biarkan 5 hari la macam tu rupanya.

Tak ada perubahan.. Saya kadang – kadang bertungkus lumus memasak untuk dia dan anak – anak. Sebelum pergi kerja saya pesan suap anak makan.. Bila balik saya tengok tak bersentuh makanan. Bila saya tanya anak – anak, semua belum makan, cuma makan roti je sebab ayah beli roti..

Luluh hati saya min bila anak – anak kelaparan saya tanya dia kenapa tak makan dan tak suap anak makan jawapan dia senang, ‘tunggu ko balik hidang nasi untuk aku la’. Akhirnya lauk tak habis semua ke Iongkang.. Padahal saya macam nak m4ti mencari duit nak beli dan masak makanan untuk anak – anak.

Allahu.. Jarak saya ulang alik pergi kerja sehari lebih kurang 100km, 50km pergi dan 50km balik. Saya terp4ksa pergi kerja naik motor je sebab nak jimat duit… Kadang – kadang je drive kalau kerja malam. Itu pun kadang – kadang redah gak naik motor kalau da tak ade duit sangat.

Kadang – kadang min, saya nak gak rasa dia belanja saya sesuatu. Kalau dia singgah kedai je, saya mintak belikan sesuatu, macam air coklat ke (feberet saya), dan dia akan tanya, ‘duit mana duit?’ Maka saya keluarkan dompet dengan air mata bergenang.

Bagi dia duit syiling pun dia ambil, tak ada pun nak menolak. Tapi min, setiap kali saya balik kerja, macam – macam dia mintak kirim belikan dan maIangnya kirim dengan air liur je. Suami saya culas bab nafkah. Dia buat tak endah. saya tak mintak apa – apa min, dapat bagi sehari RM5 pun saya dah bersyukur sangat.

Oh ye, segala kelengkapan rumah dan kenderaan yang ada, semua hak saya. Hasil titk peluh saya. Sebelum ni kami mulakan hidup dari  zero, kami tak ada apa – apa.. Dari tidur beralaskan toto je tapi sekarang semua keperluan asas lengkap.

Itu pun atas kehendak dia. Bila nak beli mesin basuh semi auto, dia cakap beli auto kan senang nanti dia boleh tolong basuh baju dan sidai terus. Tapi sekarang bila dah beli, dia cakap tak pandai lak pakai mesin auto.

Bila saya dah siap basuh baju, harap dia bantu sidai masa saya pergi kerja, memang harapan tinggal harapan je la.. Sampai busuk balik baju dalam mesin tu. Kadang – kadang saya basuh abju banyak-banyak kemudian saya nak keringkan dekat dobi layan diri je.

Saya minta tolong dia angkatkan bakul berat tu masuk dalam kereta yang kalau bukak pintu belakang tu, tak sampai 10 tapak pun. Har4m dia nak buat min.. Saya tengah mengandung tapi saya jugak la yang mengangkat seberat – berat beban tu sampai s4kit pangkal rahim saya.

Dan akhirnya, dalam usia kandungan saya dah 6 bulan, saya keguguran.. Puncanya? Ntah, saya terlalu penat dan letih nak fikir cara nak bagi kesed4ran kat suami saya ni. Sekarang ni saya tak mintak kecaman atau mintak nasihat berunsur negatif dari para pembaca Saya cuma perlu tempat untuk luahkan segala tekanan.

Tolong jangan nasihatkan saya supaya bercerai dan tak guna hidup dengan lelaki macam tu.. Dia bukan biawak hidup sebab saya tak tanggung keperluan dia.. Saya tanggung anak – anak je. Sekian luahan seorang isteri..

Komen Warganet :

Kain Puteh : Ok akak tak nak kecam. Akak nak tanya kau dik, apa kau rasa sepanjang kau lalui ini semua. Kalau kau kata “tak mahu dikecam”, jangan cakap hal cerai dan kecam segala, terserah kau dik. Itu bermakna kau dah kuat fizikal dan mental untuk hadap situasi suami macam ni.

“Dia bukan biawak hidup, sebab dia tanggung diri dia sendiri.” Oi kalau gitu untuk apa dia nikah kau? Hanya jadi kilang zuriat dia ka? Bila dia dah akad nikah dengan kau, kau dan zuriat dia yang kau dah separuh nyawa bert4rung, itu adalah tanggungjawab dia.

Buat apa nak luah kat sini. Tapi tak nak dengar pendapat kita kat sini, terserah. Bahagia kita ni kita yang memilih dik. Hidup ni singkat untuk kau bersedih dan berk0rban tanpa dihargai dan merasa bahagia dunia yang halal ini. Akak doakAn kau dibukakan hati untuk fikir lebih jauh lagi. Semoga bahagia untuk mu dik.

Jaa Musniza : Sis kena berterus terang dengan suami sis.. Cakap je apa yang terbuku dalam hati sis tu.. Jangan pend4m. Tapi kalau dia tak peduli juga, ajak dia pergi kaunseIing dekat pejabat agama. Sekarang ni sis kena mainkan peranan.

Tanggungjawab anak – anak, nafkah atas suami.. Kalau kita sebagai isteri tidak ikhlas atas perbelanjaan nafkah dalam keluarga, suami berd0sa dan dikira berhutang dengan isteri. Kalau m4ti dalam berhutang faham – faham je lah ya. Cakap dekat suami sis macam tu.

Nurin AbdRani : Maaflah ye sis. Sefaham saya, perkahwinan ni satu perkongsian. Tapi nampaknya suami sis bela diri dia sendiri je. Memanglah dia bukan biawak hidup sebab bekerja jugak. Tapi sis dah macam kuli dia jer.

Kalau dia anggap sebagai isteri, dia tak kan layan macam ni. Nafkah isteri dan anak – anak wajib ye sis. Ingat tu,  jangan terlalu manjakan suami tu. Lama – lama memang dia akan jadi macam tu.

Qaseh Suria : Perkara ni sebenarnya banyak sangat isteri – isteri terlepas pandang.. Sebanarnya ia patut dicegah dari awal perkahwinan lagi. Suami yang dah dibiasakan dilayan seperti raja sejak di awal perkahwinan kebanyakannya memang dah terbiasa jadi RAJA dalam rumahtangga.

Malah kalau isteri tengah naz4k sekali pon agaknya kena tunggu isteri bangun uruskan rumahtangga dulu, bagi suami makan dulu baru boleh m4ti. Sebab tu dari awal perkahwinan perlu biasakan berbahagi tugas ataupon buat semua bersama – sama.

Jangan kata, “Tak apa, ini tugas isteri, abang duk rehat je ya.” Maka si suami pon berseronoklah menikm4ti takhta RAJA tu sampai bila – bila. Masa di awal perkahwinan tak apa la, mungkin sweet macam gula – gula tapi bila dah beranak pinak nanti baru tau penatnya seketul badan uruskan segalanya seorang diri.

Niat kita isteri sebenarnya nak jadi isteri yang terbaik tapi SALAH jika hanya kita saja yang bersikap MEMBERI.. Suami pula hanya MENERIMA.. Dalam perkahwinan perlu sama – sama MEMBERI dan MENERIMA. Sebab sepatutnya lepas kahwin tanggungjawab suami itu yang melebihi tanggungjawab seorang ISTERI.

Bukan tanggungjawab ISTERI melebihi tanggungjawab SUAMI. Maka bermula dari awal – awal perkahwinan ajarlah suami buat kerja rumah uruskan segalanya bersama – sama.

CikPuan Asmah Ali : Kalau awak dah pilih jalan macam tu, awak kena redha la. Itu pilihan awk. kami tak ada sebab nak bagi cadangan. Awak kata awak sanggup dengan dia. jadi, tak payah nak cakap banyak, sila hadap je. mintak dengan Allah.

Tunjukkan jalan sebaiknya. Minta maaf cakap, bekas suami saya jalankan tanggungjawab dengan bagus tapi sebab dia kaki perempuan akhirnya kami cerai, kalau nak rujuk? Tak ape la, penat la pendam perasaan. Tanggungjawab pada anak – anak pun bagus lagi walaupun dan cerai. Saya hanya keluarkan duit untuk belanja saya je. Pilihan semua di tangan awak. Kalau awak yang tangung semua, baik awak hidup sendiri je. Tak ada awak tambah d0sa sebab awk marah, awak tak ikhlas, awak member0ntak dan awak sedih nangis pun malaik4t da catit d0sa buat suami awak.

Sebab saya tak nak jadi macam ni la. Saya tak nak bermadu, sebab saya tau kemampuan bekas suami saya dan saya tau diri saya. Saya tak nak dia dan saya lagi berd0sa walaupun hidup bersama. Sekarang, alhamdulillah, saya lebih aman tenang bahagia

NurAz Wan : Ya.. Awak memang membeIa biawak hidup, kalau makan dia pun awak yang beli, beras lauk pauk, sewa rumah,.. Basuh baju semua dan segala kerja rumah, dan makan pakai anak – anak.. Kesian awak, sekurang – kurangnya, orang lain sedar diri tanggung biawak hidup tapi awak tak sedar semata – mata sebab dia beli keperluan diri dia.

Dia bukan anak awak berlakuan macam tu tapi dia ketua keluarga yang bertanggungjawab memikuI semua beban itu.. Awak bawa perkara ini ke pejabat agama, kalau sayang sangat, bukan untuk bercerai tapi untuk beri nasihat pada suami awk tu tentang bertanggungjawab sebagai suami dan ayah.

Dia ingat kahwin untuk syok sendiri saja? Untuk keseronokkan dan manfaat diri dia saja? Kenapa awak biarkan dia basuh fikiran awak sampai rasa dia bukan biawak sedangkan sudah nyata dia memang biawak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.