Suami mesej dalam group family bagitahu ibu mertua jatuh, tapi ‘baIasan’ dari mereka buat saya terk3jut

Seumur hidup saya, saya rasa ibu mertua adalah wanita yang terbaik pernah saya jumpa. Sebelum ni puas pujuk dia duduk dengan kami, tapi dia tak nak. Tiba – tiba ibu bagitahu yang dia nak ikut duduk dengan saya dekat KL. Suatu malam, ketika saya dan suami sedang lena diulit mimpi, tiba – tiba ibu menjerit – jerit..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua para pembaca sekalian. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah ini. Saya berharap kisah ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua.

Saya Yanti (bukan nama sebenar), berusia 48 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai lima orang anak. Suami saya, saya namakan dia sebagai Yusuf, berusia 52 tahun. Alhamdulillah kehidupan kami sangat bahagia. Saya dan suami, kami sama – sama bekerja.

Saya bertugas sebagai seorang setiausaha di salah sebuah syarik4t terkemuka di KL manakala suami, bertugas sebagai seorang guru. Anak – anak saya Alhamdulillah, yang tiga orang sudah menjadi lepasan di Universiti dan IPTA, manakala yang lagi dua orang masih bersekolah.

Saya bercinta dengan suami selama 7 tahun, bertunang tiga bulan dan akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada tahun 1998. Eh, cerita pasal saya pula. Jom kita ikuti kisah yang bertajuk ibu mertua yang terbiar. Ibu mertua saya ni, merupakan ibu mertua yang paling baik yang pernah saya jumpa.

Sepanjang saya jadi menantunya, dia tak pernah membeza – bezakan antara anak dan menantu. Untuk pengetahuan semua, ibu mertua saya tinggal di kampung. Dia tinggal seorang diri selepas ayah mertua meninggaI. Saya dan suami ada juga pujuk ibu mertua untuk tinggal bersama kami.

Pada mulanya dia menolak dengan memberikan alasan tak nak menyusahkan kami. Tetapi kami sebagai anak dan menantu tetap risau akan keadaan ibu mertua jika dia terus menerus tinggal di kampung berseorangan. Adik beradik suami seramai 6 orang dan suami merupakan anak yang bongsu.

Pada suatu hari, entah apa yang menguasai fikiran ibu mertua saya dan tiba – tiba ibu mertua saya memberitahu bahawa dia ingin mengikut kami untuk pulang ke Kuala Lumpur. Gembiranya hati saya bukan kepalang, apatah lagi suami saya yang merupakan anak ibu mertua yang paling rapat dan manja.

Saya nak sangat jaga ibu mertua saya! Saya rindu nak jaga orang tua yang s4kit setelah ketiadaan ibu dan bapa saya. Sepanjang ibu mertua tinggal bersama kami, tak pernah sekalipun abang – abang dan kakak – kakak ipar menjenguk orang yang melahirkan mereka selama 9 bulan 10 hari itu.

Suami ada juga menelefon mereka dan memberitahu bahawa ibu mertua ada di rumah kami. Namun mereka bagi beribu alasan untuk tidak datang menziarah ibu mertua. Ada yang kata sibuklah, suami diorang tak berapa sihatlah, isteri penatlah.. beribu macam alasan mereka bagi.

Padahal rumah mereka tak jauh daripada rumah kami. Ada yang tinggal di Kota Damansara, Shah Alam, PJ, Melawati dan sebagainya. Ibu mertua juga ada menyuarakan hasratnya untuk berjumpa dengan abang – abang dan kakak – kakak ipar.

Tetapi kami memberikan alasan kerana masing – masing sibuk dengan kerja supaya dia tidak merasa kecil hati. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, waktu berganti waktu. Pada suatu hari, ketika saya sedang menyiapkan kerja untuk pulang ke rumah, anak saya yang bongsu menelefon saya dan memberitahu bahawa ibu mertua saya jatuh di bilik air ketika ingin mengambil wuduk untuk solat Asar.

Saya yang mendengar ketika itu terperanjat dan terus menelefon suami dan memberitahu perkara itu. Semasa kami berdua sampai di rumah, mujurlah anak saya yang lelaki itu memapah neneknya dan dudukkan neneknya di atas katil.

Suami cuba menelefon abang – abang dan kakak – kakaknya tetapi tiada keberhasilan langsung. Sungguh nampak jelas riak wajah suami yang ketika itu kecewa dengan sikap abang – abang dan kakak – kakaknya. Sehingga pada malamnya, ibu mertua terp4ksa dikejarkan ke hospitaI akibat pend4rahan otak.

Sepanjang hari itu saya dan suami bergilir – gilir menjaga ibu mertua di hospitaI. Pada keesokan harinya, suami memberitahu di whatsapp group famili bahawa ibu mertua kini di hospitaI. Namun pemberitahuan itu hanya di baIas melalui “bluetick” sahaja.

Sedih saya dan suami ketika itu bukan kepalang melihat keadaan ibu mertua yang terbaring kaku dan badannya penuh wayar yang berselirat di seluruh anggota. Saya tertanya – tanya kepada suami, apa salah ibu mertua sehingga abang – abang dan kakak – kakak ipar sanggup memperlakukan begini terhadap ibu mereka?

Suatu malam, ketika saya dan suami sedang lena diulit mimpi, tiba – tiba ibu menjerit – jerit. Saya dan suami ketika itu terpinga pinga kerana baru sedar dari tidur terus memanggil nurse dan doktor. Selang beberapa saat kemudian doktor dan nurse terus datang untuk menekan injap jantung.

Dan mereka melihat jantung ibu mertua sudah tiada nadi lagi. Jam 4:25 pagi, ibu mertua sudah dijemput menemui-Nya. Keesokan paginya, seusai solat subuh, jen4zah Arw4h ibu mertua selamat disemadikan di Tanah Perkubvran Islam yang berdekatan dengan rumah kami.

Sehingga kini langsung tiada khabar berita dari abang – abang dan kakak – kakak ipar saya. Suami dah cuba call banyak kali tetapi langsung tiada respon dari mereka, berwhatsapp apa semua memberitahu ibu mertua sudah tiada tetapi yang dibaIas mereka adalah tulisan Al Fatihah.

H4ncur luluh hati suami ketika itu mengenangkan sikap abang – abang dan kakak – kakaknya yang langsung tak menziarahi Arw4h Ibu Mertua sewaktu beliau masih hidup dan sewaktu meninggaI dunia? Yang tinggal hanyalah harapan dan impian sahajaIah.

Untuk abang – abang dan kakak – kakak ipar, sebelum arw4h ibu meninggaI, ibu sudah memaafkan kesalahan abang – abang dan kakak – kakak. Tetapi kenapa abang – abang dan kakak – kakak sanggup membiarkan ibu ‘pergi’ dalam keadaan ibu tersiksa menanggung rindu kepada kalian? – Yanti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?