“Isteri abang tak check telefon abang. Jangan risau.”

Awal tahun ni, tiba-tiba terdetik nak cek HP suami selama ni langsung tak pernah cek. Memang terk3jut bila baca WhatsApp, mesej di FB dan IG, semuanya dengan perempuan – perempuan. Bila saya tanya suami, saya kena marah dan katanya kawan je. Kawan apa sampai mesej pukuI 2 pagi. Hinggalah saya buat tindakan drastik bila dapat tahu dia mesej tak senonoh dengan client perempuan…

#Foto sekadar hiasan. Jagalah Batasan. Assalamualaikum semua. Nama saya A for Anggerik. Dah 4 tahun kahwin. Ada 2 orang anak.

Tajuk saya nak kongsi ni simple sahaja untuk dihadam. Batasan. Batas sebagai lelaki dan perempuan sama ada dah berkahwin atau belum.

Saya pasti semua yang membaca pasti ada pengalaman kerja atau berurusan dengan jantina berIawanan. Ini cerita benar apa yang terjadi pada suami dan sungguh mer0bek hati saya.

Awal 2020, tiba – tiba saya tergerak untuk check HP suami. Tak pernah buat. Tak tahu kenapa. Bila buka, memang terk3jut tengok Whatsapp dia, chat FB dia, IG dia. Semuanya dengan perempuan.

Ada yang melayan. Ada yang bijak menepis. Bila saya teliti, ada yang jenis melayan sebab tak tahu dia dah kahwin mungkin sebab dia tak letak DP dekat Whatsapp.

Saya scrolll lagi, bila dia mengaku status sebagai suami orang, ada yang tolak tapi ada juga yang sambung melayan. Lelakikan mulut manis.

“Tak takut ke wife check telefon abang nanti”

Min bukan nama sebenar. 0200 am.

“Eh wife abang tak check telefon abang. Jangan risau”

Abang buaya. 0200 am.

Udah kenapa kena mesej tengah malam. Yang melayan pun salah dan yang minta untuk dilayan pun salah. *Saya cuba sehabis baik melaksanakan kehendak batin dia. Jangan kecam sis tak tido dengan laki pulak*.

Maka, saya berdepan dan berbincang dengan suami saya. Dia marahkan saya sebab check telefon dia. Dia kata kawan je. Takkan salah kot. Kawan je. Kawan je!

Ya Rabbi, Tuhan saja yang tahu perasaan saya masa tu. Penat saya cakap benda tu salah sebab list yang awak chat tu perempuan.

Yang awak stalk dkt IG tu perempuan. Perbualan tu berhenti di situ dan dia cuba elak bila saya tanya elok – elok. Maka saya teruskan kehidupan dengan harapan dia akan berubah. *Salah di situ ya puan – puan sebab dia tak pernah berubah*

Sem4kin teruk jadinya bila saya tangkap dia s3xting (mesej Iucah, terIondeh, terjojoI semua anggota badan) dengan salah sorang klien dia. Mula mesej hai, bye hinggalah membawa kepada s3xting.

Bayangkan h4ncur tak h4ncur hati seorang isteri bila tengok suami yang cuba untuk percaya buat benda macam tu. Dengan penemuan gambar yang tak senonoh lagi.

Saya confront dengan dia sekali lagi. Saya tanya kenapa buat macam ni? Dia diam seribu bahasa. Saya tanya pernah tidur sama ke? Katanya tak pernah.

Kalau pernah, saya nak dia bertanggungjawab memandangkan klien dia tu anak dar4!! Tak terbayang kalau benda ni jadi dekat perempuan atau saud4ra perempuan kami.

Malam tu kami g4duh besar. Paling besar sepanjang 4 tahun kahwin. Tak sangka saya bila mana lelaki yang saya percaya, yang saya curahkan segala perasaan dan sayang buat macam tu. Saya penat sebab asyik kena tipu.

Rupanya, tabiat dia mesej perempuan lain, mintak gambar selfie segala mak nenek tu bermula dari sebelum kahwin lagi dan berterusan setiap tahun. Wow.

Wallahi saya tak tahu tabiat dia sebelum kahwin. Nampak normal. Nampak clean.

Maka, saya tak berdiam diri. Saya consult kawan lawyer saya. Saya bercadang nak tuntut fasakh. Saya perlu lengkapkan beberapa dokumen untuk sokong permohonan fasakh saya.

Dalam masa yang sama dia kata menyesal yang dia dah tipu saya. Dia buat benda tak baik belakang saya.

Saya diam kaku tak kata apa – apa. Saya teruskan hidup tapi kosong. Saya tak boleh fokus kerja. Saya tak fokus dengan apa yang saya buat. Hati saya s4kit.

Maka, izinkan saya titipkan pesan untuk semua.

Pertama, jujurlah dengan pasangan anda. Cuba elakkan untuk bermesej dengan orang berlainan jantina kalau tak penting. Ada beza kalau kita baik boleh kamcing dengan seseorang atau “baik” atas sebab – sebab lain.

Kedua, kepada anak – anak dar4 di luar sana, hati – hatilah.

Laki orang ni sentiasa memerhati dan mencari ruang untuk cuba anda. Apa yang anda post di sosiaI media mungkin menarik perhatian lelaki buaya macam dia ni. Simple hai boleh membawa kepada macam – macam kalau anda tak tapis hari ini.

Doakan saya dengan anak kuat. Saya masih mencari kekuatan untuk teruskan kehidupan.

– A for Anggerik (Bukan nama sebenar)

Perkongsian kisah ringkas ini telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari netizen. Rata – rata bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh penulis yang cepat bertindak dan tegas.

Komen Warganet :

Amira Abdullah : Akak setuju tindakan Anggerik kerana penipu akan selalu dan terus menipu dan curang adalah satu pilihan. Mulakan kehidupan baru kerana awak masih muda dan baru anak satu. Jangan siksa diri sendiri dengan mengharapkan dia akan berubah. Kalau dia berubah dia akan cari you kembali. Percaya la. In the first place, Allah yang menj3ntik awak untuk check hp dia. Allah adalah perancang terbaik.

Alfena : Lagi satu nak pesan pada adik – adik, kakak – kakak kalau masa korang tengah berc0uple atau bertunang tu bila ada perempuan approach kata bf atau tunang korang menggataI dengan perempuan tu maka eloklah korang consider tinggalkan saje lelaki tersebut walaupun bf korang nafikan sungguh – sungguh masakan tak ade angin pokok bergoyang. Memang tak boleh pakai ya lelaki begini. Jangan kita mengharapkan lelaki tu berubah sebab people will NEVER CHANGE. We are the one who need to change. Berdasarkan pengalaman sendiri, pernah beri amaran sorang kawan ni tunang dia masih berjumpa dengan perempuan lain tapi kita pula dimarahnya. Akhirnya dia kahwin tak sampai 2 tahun pastu cerai

Mashitah Mashie : Baru 4 tahun dan ada 2 orang anak dah buat perangai gini..Dan benda ni jadi sejak sebelum kahwin lagi, mungkin dah jadi habit suami tu. Kira kalau tak buat rasa tak lengkap hidup macam mat gian gitu. Manusia boleh berubah dan akan berubah kalau dia nekad untuk berubah. Kalau dip4ksa kadang perubahan tu tak ke mana. Jadi kalau dia masih ulangi benda yang sama. Tu membawa maksud yang hati dia sendiri belum nekad untuk berubah. Jadi kalau rasa hati s4kit untuk terus bertahan, kenapa tak mulakan langkah untuk move on. Kadang – kadang orang yang jenis macam ni kena jadi something baru akan betul – betul berubah. Jod0h pertemuan di tangan Allah. Berpisah sekarang mana tahu nanti akan berjod0h lagi. Kita tak tahu mungkin asbab berpisah tu akan buat dia jadi suami yang lebih baik.

Syafiqah Hassan : Disebabkan bini terus bertahanlah m4kin ramai anak dar4 akan jadi m4ngsa di luar sana oleh suami tak guna anda. Saya cakap ni sebab dah banyak tengok kes macam ni, bertahan tak tahu untuk alasan apa sedangkan terang terangan suami buat benda yang sangat tak boleh dimaafkan. Lumrah kita perempuan akan salahkan perempuan lain bila sesuatu macam ni jadi. Tapi jangan lupa, suami puan – puan dan puan – puan sekalian yang memberi ruang untuk semua perkara ni terjadi hanya kerana satu benda iaitu “bertahan”.

Izan Mohd : Kadang – kadang orang pandang kecil masalah macam ni sepertimana lelaki yang buat perangai macam ni padanya itu biasa kerana dah kadi kebiasaan pada dia . Tapi satu sudut lain pasangan mana yang tidak s4kit hati kalau pasangan masih ada masa melayan orang luar berlainan jantina berbanding dengan isteri sendiri. Saya bukanlah jenis cemburu memb4bi buta dan check phone suami tapi asbab tugas dia bertemu ramai orang dan wassup2 juga banyak masuk masih atas urusan kerja, warning saya tak nak hati sendiri s4kit jangan s4kiti hati org lain.

Jika nak melayan perempuan lain kena tahu pasangan awak juga ada yang nak melayan.. bukan semua dapat pasangan kau baik dia baik tapi ada yang jenis kau buat jahat kita jahat sama – sama.. kalau nak tunjuk berapa ramai jantan – jantan yang bebal dah tahu bini orang masih dok hantar pm bertanya itu ini atas pada kita nak melayan atau ignore mesej – mesej macam tu yang akan buat kau melayan benda – benda tak berfaedah. Lelaki dia takut kalau pasangan dia buat benda yang sama tapi dia tak pernah takut buat benda salah kerana fikir perempuan tak akan buat macam apa yang dia buat. Jadi selepas ni warning awal jangan buat apa yang dia sendiri tak suka.