Lepas kejadian aku nasihat isteri, dia sengaja beli lagi banyak barang. Dia macam nak provoke aku. Satu hari tu, aku nampak isteri korek duit tabung. Aku tahu dia dah takde duit, gaji lambat lagi..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Banyak kali dah kan kita baca kes – kes hutang yang akhirnya memer4ngkap diri. Sejak kebelakangan ni aku risau dengan sikap isteri aku yang kerap membeli barang – barang online. Dulu – dulu aku ok lagi.
Sebab rasa memang dia beli barang yang perlu. Tapi sekarang aku rasa dia tak sedar banyak dia beli benda yang tak perlu pun. Contoh benda – benda yang buat sale. Dia akan excited barang ni seringgit ja dua ringgit ja. Kadang – kadang beli bukan guna pun.
Bekas – bekas ntah apa -apa pun dia beli. Last – last terbiar macam tu ja. Sebelum ni dia beli kat sh0pee ja. Sekarang tak tahu sapa hasut dia. Kat tikt0k pun dia beli. Aku bulan – bulan bagi duit belanja kat dia 500. Dia pun kerja jugak tapi gaji dia dalam 2k ja aku rasa la.
Sebab aku jenis tak akan tanya benda – benda macam tu. Dia pun tak pernah mintak lebih kat aku. Apa yang aku bagi tu dia ambik ja la. Belanja rumah, kami dah setuju ambik part masing – masing. Jadi aku selalu settle part aku iaitu duit rumah, makan dan semua hal anak – anak.
Part dia, kereta dia, bil – bil rumah, keperluan dia. Yang tu aku tak pernah ambik tahu dia bayar ke tak. Aku percaya dia akan bayar. Tapi aku selalu la bising kat dia sebab setiap hari barang dia akan sampai. Kalau sesekali tak pe. Tapi kebanyakan setiap minggu la. 2 – 3 kali.
Selalunya dia beli pakaian, handbag kasut produk muka dia. Kadang – kadang beli barang anak – anak atau barang untuk aku walaupun aku tak mintak. Itu yang aku nampak la. Sebab alasan dia. Kalau nak pergi kenduri ke berjalan ke, balik balik baju yang sama ja. Malu la apa la.
Dia kata pergi kerja pun pakaian yang sama bertahun – tahun. So kat online murah dia beli la. Tapi yang aku perasan, kerap benda tu jadi bazir. Sebab apa, sebab pakaian dia selalu salah saiz. Kalau kecik dia akan bagi kat orang lain.
Kalau besar dia pergi alter. Tapi tu keluar duit lagi. Kadang – kadang pakai sekali ja. Pastu tak pakai dah. Kadang – kadang dia kata benda tu dah rosak. Tak boleh guna dah. Satu hari tu dia tak de rumah. Sampai la barang dia. Semua COD. 6 barang masa tu.
Orang tu cakap kena bayar RM118. Aku terk3jut la. Dia beli apa sampai seratus lebih. Aku call dia. Dia cakap boleh tak bayarkan dulu. Aku pun malas nak panjang cerita. Aku bayar dulu. Balik tu aku tanya. Awak beli apa.
Dia kata tak, hari tu anak mintak mainan dia beli kan. 50 lebih ja dia cakap. Pastu tak sangka semua barang sampai serentak. Sebab overseas shipping. Pastu aku tanya ok 1 mainan anak.. Lain apa. Dia cakap ada la barang barang dia.
Barang – barang rumah. Aku kata rasanya setiap minggu barang sampai. Tak kan la setiap masa nak beli. Awak ada chek tak tiap – tiap bulan berapa duit habis. Panjang jugak la aku bebel. Akhirnya kami jadi g4duh. Sebab dia cakap dia bukan mintak duit aku pun kan.
Dia kata aku dengki dengan bahagia dia. Padahal dia buat semua guna duit dia. Dia kata dia beli untuk rumah jugak. Untuk keluarga. Bukan untuk dia ja semata. Dia kata ingat settle semua benda dah selesai ke. Budak – budak nak baju, nak mainan. Dia kata aku bukan ambik tahu semua tu.
Padahal aku rasa aku ada jugak la belikan anak mainan semua.. Cuma tak kerap dan beli kat kedai bukan online macam dia. Aku ni fikir kedepan. Tak bazir duit sebarangan. Siap aku buat tabung ptptn untuk anak – anak kot.
Pastu dia cakap lagi.. Ni dia beli cadar, beli benda dalaman. Dia kata aku ni bukan ambik tau semua tu. Barang yang ada perlu maintain dia kata. Dia kata dia ni makan itu ini, pakai produk itu ini supaya kekal cantik di mata aku. Macam – macam lagi dia ungkit.
Aku memang la tak pernah tahu cadar kena tukar ke, selimut kena beli baru ke.. Sebab aku tengok semua tu ok ja. Masih boleh guna. Lain la kalau dah koyak rabak. Tapi bagi dia tak kan nak tukar ganti 2 – 3 ja. Kalau tetamu datang ke apa ke. Perlu ada banyak benda dia kata.
Hari tu dia ni sampai k0ndom pun beli online. Kononnya saja – saja nak try dengan aku. Banyak lagi benda – benda mengarut dia beli. Padahal bukan aku yang perlu semua tu. Bukan aku yang mintak. Ada benda aku sampai tak pernah tahu pun apa benda tu.
Tapi semata – mata dia yang nak merasa semua tu. Aku diam ja. Fikir keseronokan dia. Sampai dia belikan aku underwear macam belalai gajah tu. Bengong betul aku rasa. Kononnya dia akan rasa lebih stim kalau tengok aku pakai tu.
Walaupun aku tak suka dan tak selesa, tapi demi dia, aku pakai jugak kan. Tapi sekarang ni, alih – alih dah macam salah aku pulak. Kononnya nak buat supaya aku pun best. Kenapa dia tak terus terang dia yang nak rasa.
Must4hil kalau dia tak teringin dia beli benda tu. Pastu kata dia buat demi aku. Tapi bila dia cakap macam tu aku rasa ego aku pun terc4bar la. Seolah – olah aku tak berhak nak nasihat dia apa – apa. Aku ni baran jugak tapi time tu aku jadi sedih. Tak mampu nak cakap apa – apa.
Aku cuma cakap, banyak dah orang terper4ngkap dengan benda – benda macam ni. Awal – awal awak rasa mampu. Awak rasa tak bazir. Lama – lama awak tak akan sedar benda ni makan diri. Jadi habit.. Jadi tabiat buruk. Dah banyak dah saya jumpa kes – kes macam ni.
Nanti apa – apa jadi, akan babit saya jugak. Akan effect keluarga kita. Dia terus tinggi suara. Dia cakap kes apa. Dia kata jangan risau, dia bukan jenis susahkan sesiapa. Dia tahu apa dia buat. Pastu dah berg4duh. Pakat diam tak bercakap. Aku rasa dia str3ss kot pasal g4duh tu.
Dia beli barang lagi banyak. Lepas 3 – 4 hari tu barang sampai sangat banyak. Macam sengaja nak pr0vok aku pun ada. Pastu aku tengok dia pergi ambik duit tabung dia. Sebab ada yang COD. Aku memang diam. Tak cakap apa – apa. Tak nak g4duh.
Tapi aku tahu dia dah takde duit. Sebab gaji lambat lagi. Mesti duit dia dah habis sampai ambik duit tabung. Cuma aku risau jugak. Dia ni kerja ada jugak handle petty cash. Aku risau dia jadi macam budak yang confess hari tu tersalah guna duit tu. Aku cuma berdoa dia cepat sedar dan tak de la sampai jadi macam tu. – lidi (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Dahlia Atikah : Aku mula – mula macam ok tau baca. Tapi bila part belalai gajah aku tergelak pulak.. Orang yang beli barang online banyak banyak ni sebenarnya ada unhappiness dalam diri dia. Ada benda yang dia rasa tak cukup.
Bila dia dok beli je, parcel sampai dia rasa la happy tapi happy sekejap je lepas tu dah tak rasa apa. Jadi dia keep on beli lagi barang supaya dia terus rasa happy. Ko tanya la bini ko tu, ada apa – apa yang dia tak happy ke dalam life dia sekarang. Yang tu je la aku boleh cakap.
Asra Asrah : Dia dah jadik shoppah0lic, ada movie tu.. Nanti try search tapi dia beli barang – barang okay lagi. Takut – takut dia beli segala mak nenek supplement. Tikt0k ni bab menghasut video – video fyp memang A+.. Kang segala mak nenek supplement dia makan. Alih – alih kene diaIisis buah pinggang je tu.. Kesihatan kena jaga.. Apa – apa pon cuba azan sikit kat dia. Kerasukan kot.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.