Isteri arw4h abg selalu ingatkan mak aku ‘jgn makan harta anak yatim’, tapi dia diam2 keluarkan duit 40k

Cukup iddah 4 bulan 10 hari, masa kami sekeluarga berkumpul, tiba2 balu cakap, “Harta arw4h adalah kepunyaan beliau anak beranak”. Kami semua terdiam tapi kami setuju untuk sara anak2 arw4h. Mula2 kami ikhlas tapi sekarang kami rasa berkira sebab balu langsung tak bekerja dan harap duit bantuan dari kami..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Lama aku pendam mengenai isu faraid ni. Aku ada 7 adik beradik. 4 perempuan, 3 lelaki. Ayah aku dah meninggaI. Salah seorang abang aku meninggaI kemaIangan ketika ke tempat kerja.

Selepas abang aku meninggaI berlaku konflik pengurusan harta. Ya harta si arw4h. Arw4h abang aku tinggal di sebeIah rumah mak aku. Manakala rumah flat beliau disewakan kepada orang luar. Untuk pengetahuan semua rumah yang diduduki adalah harta peninggaIan arw4h ayah kepada mak aku.

Jadi mak aku ada 3 buah rumah sewa. Dalam tempoh Iddah 4 bulan 10 hari. Kakak ipar aku mula bersuara malam selepas arw4h dikebumikan. “Harta arw4h adalah kepunyaan beliau anak beranak”. Kami tergamam. Apakah ini?.

Masing – masing berkerut dahi. Beliau ada anak lelaki dan seorang anak perempuan. Perancangan kami berkumpul adalah untuk berbincang tentang plan akan datang. Tanpa mak aku bersuara terlebih dahulu beliau telah bersuara.

Selalunya dalam perbincangan keluarga kami akan membiarkan ibu kami intro terlebih dahulu bagi menghorm4ti beliau sebagai ketua keluarga sebelum abang aku bersuara. Disebabkan ketidakselesaan tersebut dan ada antara ahli keluarga yang air mukanya mula kepanasan.

Maka abang aku selaku anak sulung terus membuat intro tanpa pedulikan statement tersebut dengan dimulai dengan Bismillah serta selawat dan bacaan al-Fatihah untuk arw4h ayah aku, abang aku serta kami yang masih hidup.

Kami terus memberitahu tempoh iddah adalah 4 bulan 10 hari seperti yang diberitahu oleh imam di kawasan kami. Maka kami bertanyakan soalan. Di manakah beliau ingin tinggal ketika iddah. Di rumah keluarga beliau atau di rumah mereka.

Tujuanya untuk memastikan beliau selesa serta menjaga perasaan beliau yang baru kehilangan suami. Kemudian kami memaklumkan hasil perbincangan adik beradik serta persetujuan ibu kami. Kami akan membayar segala keperluan beliau anak beranak termasuklah, utiliti, keperluan asas serta, wang tunai yang di perIukan tanpa menggunakan sebarang harta atau duit arw4h.

Bermaksud 100% keluarga pihak lelaki akan tanggung. Segala wang derma, dompet, kereta, motor atau apa sahaja kepunyaan arw4h kami tidak akan sentuh. Bagi proses pengebumian dan lain – lain ditanggung sepenuhnya oleh keluarga pihak lelaki.

Kemudian disusuli aku untuk memaklumkan bahawa, segala dokumen insuran, KWSP, office serta no telefon untuk urusan rasmi beliau berada di tangan aku disebabkan aku diamanahkan untuk menjaga sebarang dokumen rasmi ahli keluarga.

Asalnya aku hanya menjaga untuk dokumen arw4h ayah, ibu serta adik aku. Namun ketika arw4h abang belum berkahwin, aku diamanahkan untuk menjaga dokumen tersebut. Aku pernah tanya jika beliau inginkan isteri beliau untuk menguruskan dokumen tersebut namun beliau kata lebih selesa untuk aku uruskan.

Mungkin kerana aku adalah pembantu pengurusan kewangan keluarga aku. Aku akan serahkan apabila beliau memerIukan. Selepas tempoh iddah berakhir, balu abang aku ada whatsup dalam group keluarga untuk membawa mak aku ke Tabung haji.

Kami ada tanya mengapa dan beliau menjawab sebab tabung haji atas nama mak aku. Ok, kami ada tanya perIukan pertolongan kami untuk membawa beliau ke sana. Beliau kata tidak perlu. Sehinggalah satu tempoh masa, kebetulan kami berkumpul di rumah mak kami.

Tetiba sahaja beliau memberi tahu yang beliau berkata “Harta arw4h adalah kepunyaan beliau anak beranak. H4ram makan harta anak yatim”. Disebabkan kakak saya heran, beliau bertanya sama ada kami ada makan harta anak yatim ke? Atau terambil. Beliau diam.

Sedangkan ketika iddah pun kami telah memberitahu proses tuntutan insuran, kwsp, perkeso, majikan dan lain – lain urusan. Kami juga telah memberikan form yang perlu untuk beliau uruskan. Kami juga telah menawarkan khidmat jika memerIukan pertolongan untuk hantar dan sebagainya.

Kami juga membantu untuk urusan khairat kem4tian dan report polis. Kami juga berhubung dengan polis untuk kes Ianggar lari arw4h abang kami. Sebarang aktiviti memasak bahan di rumah ibu kami juga kami pastikan tiada bahan makanan yang orang beri kepada mereka.

Jadi kami risau adakah kami makan harta anak yatim. Kami sangat berjaga – jaga kerana ada adik beradik yang bekerja dalam bidang undang – undang. Ada di antara ipar kami yang telah melalui proses faraid. Beliau hanya diam sahaja.

Sehinggalah satu hari ibu saya bercerita yang beliau ke tabung haji untuk keluarkan duit RM40K dan transfer ke akaun balu. Saya hairan dan terus maklumkan kepada kakak saya dan beliau selidik terlebih dahulu sebelum bertanya.

Mengikut peguam sebarang aktiviti pengeluaran telah dibekukan dan melalui hasil siasatan peguam. RM40K memang telah dipindahkan ke akaun balu. Mengikut undang – undang ia adalah salah sehingga urusan pembahagian dilaksanakan.

Ibu saya hanya dimaklumkan ketika di bank untuk pertukaran nama. Bermaksud ibu saya di tipu (Kata kasar). Ibu saya juga berkata yang beliau kecil hati kerana beliau sering kali diingatkan tentang harta anak yatim. Sedangkan harta ibu saya lebih banyak berbanding arw4h.

Ibu saya juga tidak berniat langsung dan berminat dengan harta anaknya. Bahkan harta saya sendiri lebih banyak berbanding nilai harta arw4h. Disebabkan hal ini kami telah mengambil peguam untuk menguruskan harta anak yatim ini.

Walaupun proses ini memakan masa yang lama dan masih dalam proses. Hasilnya keluarga kami dinafikan hak untuk menjaga anak saud4ra kami. Beliau menyatakan bahawa kami tidak layak untuk menjaga anak – anaknya.

Hanya adik beliau sahaja yang layak kerana kami kekurangan ilmu agama. Ini bermaksud jika ada majlis di rumah ibu kami, atau majlis di rumah adik beradik lain. Kami tidak boleh membawa anaknya walaupun kami meminta izin kepadanya.

Pernah beberapa kali majlis seperti akikah, raya dan lain – lain diadakan di rumah ibu kami. Beliau akan balik ke Kelantan. Ramai saud4ra mara kami tanya. Kami hanya senyum sahaja. Beliau juga tidak membenarkan kami membawa anaknya bercuti (family day) bersama kami termasuk beliau walaupun percutian itu ditaja oleh pihak keluarga kami. Beliau akan menolak.

Tujuan kami supaya semua ahli keluarga kami saling sayang antara satu sama lain sebagai keluarga. Melihat sepupunya bergembira adakalanya mereka bertanya mana “Iz, kenapa dia tak ada. Mana kak tea..?”. Orang luar pula lihat.

“Bagus menantu mak jijah. Duduk sebeIah rumah boleh lagi tengok mak mertua.” Hakik4tnya tidak. Kami yang duduk serumah dengan ibu kami, kami yang jaga ibu kami. Kami yang lihat kakak ipar kami dan anak saud4ra kami. Kami tahu apa yang berlaku dalam keluarga kami.

Sehingga ke hari ini, kami kongsi adik beradik untuk membayar nafkah anak saud4ra kami. Kami kongsi duit untuk sediakan kelengkapan raya, sekolah dan lain – lain untuk mereka. Kakak ipar kami tidak bekerja berg4ntung sepenuhnya pada pencen arw4h abang kami, duit zakat, insuran, rumah di sebeIah rumah pun percuma, (rumah sewa ibu kami), utiliti kami yang bayar, kerosakkan pun kami yang bayar dengan macam – macam bantuan yang lain.

Arw4h abang aku dah ada sebuah rumah tetapi disewakan disebabkan beliau tinggal di rumah sewa mak aku. Kakak ipar awal – awal telah inform mak aku secara halus. Yang beliau tidak selesa untuk tinggal di rumah flat tersebut dan tiada parking untuknya.

Jadi ibu aku benarkan beliau tinggal sahaja di rumah sewa ibu aku seperti sedia kala ketika beliau hidup bersama arw4h. Kami adik beradik hormat sahaja keputvsan ibu kami. Lagipun senang untuk kami lihat dan jaga anak arw4h.

Ikutkan jika sewa ibu aku akan dapat sewa bulanan sebanyak RM800 setiap bulan. Lagipun kami tidak kisah sebab setiap bulan memang kami kongsi adik beradik untuk belanja bulanan ibu kami. Jadi terpulang kepada ibu kami.

Kami juga tidak pernah persoalkan apa yang ibu kami buat hasil sewa rumah tersebut. Namun segala kebaikan ibu kami dan kami sendiri masih dinafikan hak untuk berjumpa cucunya. Kami pula masih struggIe berkongsi duit untuk bayar nafkah anak – anaknya serta beliau sehingga kami harus berjimat cermat.

Hari – hari bawa bekal ke pejabat. Ada di antaranya kerja OT untuk dapatkan duit lebih. Manakala kakak ipar kami setiap hari beli makanan di luar, boleh hire orang untuk kemas rumah. Shopping sana sini. Erti kata boros.

Sebulan dalam RM3K beliau dapat belum termasuk nafkah yang kami beri untuk anaknya. Bukan nak burukkan beliau tapi orang yang datang kemas rumah beliau selalu mengadu dekat mak aku. Pinggan selonggok tak basuh. Dapur bersepah. Baju tak basuh.

Kalau basuh letak dalam bakul sampai kering. Rumah tak payah ceritalah. Mula – mula beliau diam lama – kelamaan beliau bersuara juga. Kami tak masuk campur sebab itu urusan peribadi beliau dan kami sedia maklum yang beliau memang begitu sejak kahwin bahkan beliau selalu mengadu kepada ibu aku tak sempat sebab bekerja dan arw4h abang aku tak pernah tolong.

Walaupun aku selalu lihat arw4h sentiasa menyapu lantai rumah, buang sampah, sidai dan angkat baju. Entahlah kain dalam orang. Lama ke lamaan kami tertanya dan mula mempersoal kan apa hak keluarga lelaki setelah mana kami memberi.

Daripada ikhlas kami mula mempertikaian pemberian kami. Bukan kami sahaja tapi ipar – ipar kami. Ya kami tidak berpuas hati dengan layanannya terhadap ibu kami. Aku sendiri pernah sound je tapi bertahan sekejap je.

Dapatlah ibu kami jumpa cucunya 1 – 2 jam (itu pun 2 – 3 kali dalam sebulan) sahaja walaupun sebeIah rumah. Itu pun aku terkilan sebab anak – anak arw4h pakai baju berbau hapak. Nasib baik ada baju lain di rumah ibu aku.

Jadi aku tukarkan baju mereka. Rasa gembira bila mereka kata wangi baju tu. Aku peIuk dan civm. Kasihan dan sayang. Kalau mereka datang pertama sekali aku tanya dah makan atau belum sebab ibu mereka hanya bawa mereka makan tenghari (Bre4kfeast sekali dengan lunch).

Kalau belum aku ajak makan sekali. Ini pun aku kasihan sebab mereka kata di rumah makan guna pinggan kertas. Di rumah nenek dapat makan pakai pinggan. Aduh sedih hati ni Allah sahaja yang tahu. Kadangkala dengar ibu mereka marah.

Bahasa tak payah cakap. Memang bahasa yang tidak sepatutnya sebagai seorang ibu. Setiap hari beliau ingatkan ibu aku, kalau harta atau duitnya habis ibu aku mesti memberikan bahagian ibu aku untuk kegunaan beliau dan anak – anaknya.

Sebab ini kami lantik peguam. Aku pernah merisik ibu aku jika abang aku ada cerita apa – apa padanya. Ya aku tahu tapi ibu aku biasanya hanya nasihat sahaja. Aku sendiri pernah tanya, abang aku kata, “kau belum kahwin, kau tak tahu apa – apa”.

Dia lupa adiknya telah melihat daripada abang sulung sehinggalah kakaknya berkahwin. Bahkan akulah yang jaga anak kakak aku 3 orang ketika mana abang ipar (tentera) dan kakak (doktor) aku perlu outstation di oversea selama setahun.

Tapi itu bukan isu besar untuk aku. Kami adik beradik memang akan saling membantu. Cuma yang kami terkilan dan mula persoalkan apa hak keluarga lelaki? Sejujurnya aku hanya nampak Faraid hanya memihak kepada balu dan anak – anak arw4h.

Lebih – lebih lagi jika anak arw4h lelaki. Kalau perempuan mmm.. kenapa perempuan ni lemah sangat ke? Sehingga kini aku sangat menyampah jika ada peguam yang postnya hanya mention faraid dan hak si balu dan anak – anak arw4h tetapi tidak pada ibu arw4h.

Sebenarnya aku menyampah sebab tiada keseimbangan dalam post peguam ni. Kami risau jika tiada kami, bagaimanalah dengan ibu kami. Sejujurnya jika aku jahat aku tak akan ambil tahu langsung tentang keluarga abang aku sebab sewaktu beliau ingin berkahwin ibu aku tidak berkenan dengan pilihannya tapi terp4ksa menerima kerana pilihan anaknya.

Sewaktu arw4h ayah aku meninggaI juga. Aku hidup berdikari dengan menjaga adik – adik aku. Hanya arw4h sahaja yang tidak mengambil tahu pasal kami. Alhamdulillah aku masih sedar rezeki semua daripada Allah. Kerana itulah aku kuat.

Tanpa didikan ibu bapa aku siapalah aku. Ikut hati aku, maunya aku halau beliau keluar rumah. Geram. Hakik4tnya ujian untuk kami sekeluarga hadirnya orang t0ksik membuatkan kami sedih sepanjang hayat walaupun arw4h telah tiada.

Tiada hak untuk keluarga lelaki bagi faraid. Yang pasti kami tidak akan ambil sesen pun harta si arw4h kerana kami yakin, rezeki yang Allah bagi lebih daripada cukup untuk kami. Kami hanya mahu anak – anak arw4h mendapat bahagian mereka dan tiada penyelewengan daripada pengurusan ibunya.

Kami terima fitnah yang kami sekeluarga giIa harta. Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku. Harap ibu aku kuat kerana aku seolah – olah tidak mampu menangung ujian ini. – Ej (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Song Onim Circle : Sebab tu saya cakap, harta anak yatim ni bukan hanya paksi pada keluarga sebeIah lelaki, juga pada si balu. Tapi orang kita maaf cakap, tak boleh sentuh langsung isu ni. Akan ada yang pakai logik akal berbanding agama.

Balu sentiasa suci murni dan mertualah bapak segala s3tan. Sebab tu lah bila ada faraid bahagian si ibu dan ayah, jangan sesekali tolak. Ambil dan gunakan balik duit tu untuk sara anak – anak si arw4h. Sebab macam mana sekalipun, memang tanggungjawab menyara akan jatuh pada keluarga lelaki.

Kau tolak kau kena sara. Kau tak tolak pun kau kena sara. Dan Alhamdulillah, family tt tahu tentang hukvm. Cuma sayang bila hak si ibu diketepikan. Balu acah ‘takut’ si keluarga suami makan harta anak yatim, padahal dia tak sedar, dialah pemakan utama. Semoga Allah buka hati dia dan bagi keinsafan untuk dia.

(P/s- ada juga yang tolak bahagian dia orang sebab tak mampu nak sara anak yatim tu dan selalunya bila kes macam ni, si balu akan faham dan tetap bersyukur bila tak perlu pening kepala uruskan pembahagian harta)

Khadijah Muhammad : Nafkah hanya diberi pada anak saud4ra sahaja, bukan kepada BALU. Hanya bagi nafkah wajib keperluan makanan, pakaian, pelajaran pada anak – anak saud4ra. Rumah sebeIah, anak nak pi sekolah hulurlah duit belanja sekolah, nak duit buku bagi je la. BALU takde makan pakai. Abaikan je la dia dah ada perutukkan duit arw4h suami.

NurAz Wan : Sebenarnya hal ini boleh selesai dengan menggunakn kebijaksanaan., beri syarat, kalau nak duduk di situ, kena biarkn anak – anak bebas jumpa saud4ra sebeIah sini. Kalau nak tanggung makan minum, dan persekolahan anak saud4ra, jangan beri cash, tapi masak dan minta mereka datang makan rumah nenek, sementalah rumah bersebeIahan.

Begitu juga, kalau nak bayar yuran sekolah, bagai, pergi sendiri kesek. Jangan beri cash. Dan sebenarnya, kalau ibu sudah tolak bahagian dia dalam rumah flat kepunyaan abang tu, sudah tak perlu benarkn mereka duduk percuma di rumah kepunyaan ibu.

Memberi dengan brsyarat ialah cara menangani, orang yang tak tahu malu, menerima dan meminta, tapi tak mahu memberi. Dengan orang macam ini, kita kena bertegas.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.