Suami tak mampu bagi apa yg aku nak macam ayah jaga aku. Sekali aku terbaca mesej dgn mertua buat aku terduduk

Angan – angan konon nak deko rumah cantik – cantik tak kesampaian sebab suami aku tak mampu. Aku rasa nak marah nak member0ntak. Sampailah aku jumpa ayah aku, aku luahkan dekat dia. Satu benda yang ayah cakap dekat aku. Kalau ayah ada belikan apa – apa barang untuk aku, jangan cerita pada suami..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Aku ada benda sikit nak luahkan dekat korang tentang rumahtangga aku, maaf kalau agak panjang. Aku dan suami diuji dengan perg4duhan demi perg4duhan yang membuatkan aku tak senang duduk.

Aku perlu orang untuk dengar luahan aku ni. Usia perkahwinan kami baru je 5 bulan. Aah, memang baru sangat lagi. Suami aku bekerja dengan sebuah syarik4t swasta dan aku pula baru je bekerja di sebuah kafe. Walaupun umur kami berbeza 6 tahun, aku sangat senang dengan personaliti suami aku yang sangat tenang, penyabar dan matang orangnya.

Keluarga dia pula memang menerima aku dengan penuh kasih sayang yang membuatkan aku rasa kadang kala mak mertua aku ni sayang aku lebih dari mak aku sendiri. Aku sendiri bersyukur giIa dapat mak mertua macam tu.

Aku selalu takut nak kawin sebab takut dapat keluarga mertua yang jahat – jahat. Ni semua sebab banyak sangat layan drama Melayu yang tunjukkan karekter mak mertua jahat dan suka membawang, tak pasal – pasal aku jadi cuak sendiri.

Pendek cerita, semuanya memang nampak indah. Cuma beberapa perkara yang berlaku ni aku rasa aku nak luahkan, kot – kot ada yang mengalami perasaan yang sama macam apa yang aku rasa ataupun nak ambil pengajaran dari kisah aku.

Sebelum kahwin, aku dah sedia maklum yang suami aku ni memang ada masalah kewangan walaupun dia bergaji RM8k sebulan. Dulu, dia pernah tersilap langkah apply loan untuk buat bisnes emas tapi ada masalah dan orang atasan bawak lari duit.

Selain tu, dia pernah ambil kad kredit dan dah banyak belanja macam – macam dulu dan kesannya sekarang nak kena bayar semula semua yang pernah dibelanjakan dulu. Nak kata sampai kena kejar ceti mintak hutang tu tak lah, cuma boleh kata kitorang ni cukup – cukup makan je.

Bila gaji, terp4ksa bayar hutang – hutang, bil air, bil api, bil astro dan macam – macam lagi. Belum lagi tolak duit kereta. Aku faham dan aku sedia nak hidup bersama dengan suami aku. Kebiasaannya, suami aku akan ketepikan RM300 untuk beli barangan dapur.

Yang lain – lain, dia ketepikan untuk duit minyak pergi kerja dan sebagainya. Nasib baik rumah dah habis bayar sebab aku duduk rumah mak ayah mertua aku lepas dorang pindah balik ke kampung. Bila nak dekat hujung bulan tu sesak sangat – sangat.

Terp4ksa k0rek – k0rek mana yang ada. Aku selalu senyap – senyap curi tengok fon suami aku. Terduduk aku. Sebak giIa bila tengok kadang – kadang dia whatsapp ibu dia, adik beradik ke, kawan – kawan ke untuk pinjam duit, supaya dapat surv1ve sampai hujung bulan.

Terkadang, bila aku duduk sorang – sorang mengenang nasib, mesti aku terbayangkan semua angan – angan yang selalu aku impikan sebelum aku kahwin. Nak duduk rumah baru, deco rumah sendiri, deco bilik sendiri, deco ruang tamu sendiri, langsir pilih sendiri, macam – macam lagi lah.

Tapi bila tengok keperitan sang suami cari rezeki nak bayar itu ini, nak sediakan tempat tinggal, makan minum yang secukupnya aku terus jadi kesian. Sampaikan nafkah untuk aku sendiri sebagai isteri pun aku tak sampai hati nak mintak walaupun aku berhak.

Bila hati aku terdetik yang aku sepatutnya tuntut hak aku, aku cepat – cepat padamkan sebab aku tak nak suami aku berd0sa sebab tak bagi nafkah zahir pada aku. Sememangnya ni semua bukan mudah. Aku akui, keinginan dan kehendak aku teruji.

Mana taknya, masa aku masih lagi di bawah tanggungjawab ayah aku, apa je yang aku nak inshaAllah aku akan dapat walaupun ayah aku bukannya orang kaya. Masa diploma pun, ayah aku mampu tanggung pengajian aku tanpa amik PTPTN.

Secara mudahnya, hidup aku sangat senang dan tak pernah rasa susah. Bila terasa susah tu, aku asyik teringatkan ayah. Aku takut sangat aku terbandingkan antara suami dan ayah aku. Yang paling sebak sekali, hari tu aku balik kampung sorang tanpa suami.

Masa dalam perjalanan ayah nak hantar ke terminal bas tu tiba – tiba ayah tanya, “Macam mana kehidupan lepas kahwin” Autom4tik, mata aku dah bergenang air mata. Mungkin sebelum ni kalau orang lain tanya, aku akan jawab, “Best!” dan senyum tanpa p4ksaan.

Tapi dengan ayah, aku rasa aku tak dapat sembunyikan lagi. Aku cakap “Best tapi banyak c4baran.” dan ayah tetap ayah. Biasalah, dia bagi nasihat pasal perkahwinan apa semua. Aku chill lagi. Entah macam mana, tiba – tiba meleleh lak air mata aku ni.

Jadi, terlepas jugaklaa cerita yang aku pendam selama ni dari siapa – siapa. Ayah sangat memahami, dia suruh aku teruskan jadi isteri yang memahami, yang faham beban sang suami. Aku ada luahkan kat ayah, yang kadang – kadang suami aku rasa down bila dia tak dapat berikan apa yang aku nak.

Tak dapat bagi kemewahan pada aku macam yang ayah aku bagi dulu. Ayah aku pun pesan, kalau ayah ada belikan apa – apa barang untuk aku, lebih baik jangan cerita pada dia kalau benda tu boleh buat dia down. Bila nak sampai hujung bulan tu, ada jugak beberapa kali aku tebalkan muka pinjam duit dekat ayah.

Masa tu, ayah cakap “Duit tu ayah bagi, bukan pinjam. Tak payah bayar balik.” Allahuuu, lagi macam air terjun air mata aku masa tu. Aku tanya ayah, mak ada cakap pape ke. Ayah kata mak taktau apa – apa. Mak tak dapat tangkap bila aku jawab soalan mak, “Kucing yang lain semua mana?”

Aku baIas waktu tu, “Ermm, terp4ksa buang kat pasar. Kitorang sendiri tak cukup makan, lagi nak bela kucing” Ayah perasan bila aku cakap macam tu. Ayah pesan pada aku supaya banyak – banyak bersabar, jangan tinggal solat dan jangan kecikkan hati suami aku. InshaAllah ayah.

Masa awal – awal perkahwinan, kitorang diuji dengan tiba – tiba ex-gf suami aku datang meng3jut kat rumah kitorang. Masa tu aku tengah tidur kejap kat ruang tamu lepas siap – siapkan barang dapur. Suami aku pulak pergi kerja macam biasa.

Then suddenly ada orang k3tuk pintu rumah panggil nama aku. Aku dengan mamai dan terk3jutnya, terus bukak pintu. Rupanya mak cik sebeIah kata ada orang datang rumah nak jumpa mak mertua aku. Disebabkan dia dah ada kat depan pintu terp4ksalah aku jemput masuk.

Makcik ni pun boleh tahan kuat membawang jugak. Dia main bukak je pintu pagar rumah aku then gigih k3tuk pintu rumah. Mula – mula tu aku memang tak kenal dia siapa. Aku callkan mak mertua aku (since dia dah duduk kat kampung) sekali bila perempuan tu pulang balik fon, mak mertua aku tanya, “Alya, alya ok ke?” Aku yang taktau pape ni cakap lah aku ok je.

Perempuan ni, asyik tanya macam – macam kat aku pasal suami aku, pasal adik – adik dia, pasal mak ayah dia. Walaupun pelik, aku jawab je macam biasa sebab aku anggap dia tu tetamu mak mertua aku kan. So, aku whatsapp suami aku, cakap ada orang datang rumah nak jumpa ibu.

Dia kata nama dia Sya. Laki aku pun pelik, Sya mana ni? Sambil borak tu aku senyap – senyap tangkap gambar perempuan tu then send dekat suami aku. Kalut suami aku reply, ni bukan Sya… Ni Wati! (bukan nama sebenar).

Autom4tik tangan aku menggigil, jantung aku macam nak pecah. Suami aku pernah cerita pasal Wati ni dan dia psych0 giIa wehhh. Dia tak boleh terima yang suami aku nak bre4k up dulu dengan dia. Dia tak boleh move on dan asyik kacau suami aku, hantar sms panjang berjela dan rupanya mak mertua aku pun dia kacau.

Mana taknya, duk desak suami aku bila nak kahwin padahal masa tu dia tengah serabut pasal kes bisnes emas tu. Ok, sambung. Masa tu aku dah cuak giIaa, aku cakap aku nak naik atas jap. Kalut, bateri fon pun dah low giIa ni.

Mak mertua aku call balik, taktau nak buat apa, aku cakap boleh tak ibu cakap dengan Cik Ema, lagi sorang jiran deret rumah aku ni. Time tu tiba – tiba si Wati ni duk panggil dari bawah and tanya boleh tak nak tumpang cas fon?

Kau datang rumah orang nak cas fon apa lagi??? Aku terp4ksa cakap aku nak keluar ni sebenarnya.. Kau tau dia cakap apa? “Awak dah tau eh?” Ya Allah, muka aku dah pucat lesi time tuu aku taktau nak reply apa. Nasib baik Cik Ema terus datang rumah, dia kelentongkan cakap nak mintak tolong aku jaga cucu dia kat rumah.

Masa aku nak tutup pagar tu dia sibuk tanya – tanya aku, “Mak Cik Mah (mak mertua aku) ada cakap pape eh? Reza (suami aku) ada cakap apa – apa ke?” Aku cakap aku taktau pape. Aku tanya balik, awak ni siapa eh? Kenapa tanya pasal suami saya?

Kemudian dia tiba – tiba dia macam nak r4cun aku “Saya datang bukan dengan niat jahat, saya Cuma nak tau kenapa Reza tinggalkan saya macam tu je” Aku terus blah masuk rumah cik Ema. Sebelum tu aku sempat baIas, “Jangan kacau kami lagi! Saya dan Reza dah kahwin!”

Mesti dia datang tu sebab tak percaya suami aku kata dia dah kahwin. Nasib baik aku dah tau citer sebenar dari suami aku. Kalau tak mau goyah kepercayaan aku pada dia. Lama jugak aku duduk rumah jiran aku tu dan tunggu adik ipar aku dua orang dengan suami aku balik kerja.

Rupanya, dia siap tunggu kat tepi jalan agaknya tunggu jugak yang lain balik. Suami aku sampai je terus aku nangis sebab takut sangat punya pasal. Jadi bila orang tanya, “Macam mana kehidupan lepas kahwin?” Inilah kehidupan rumahtangga, versi aku.

Aku masih lagi bertatih nak uruskan rumahtangga dan nak bantu suami aku ringankan beban dia. Bila kami duk g4duh tadi, aku cuba nak muhasabah diri aku, nak turunkan eg0 aku yang sememangnya tinggi ni. Jujur cakap, rasa nak member0ntak, rasa nak marah, nak m4ki, semua ada.

Tapi aku dalam proses nak Iawan semua tu untuk jadi yang lebih baik. Hal anak pulak, dah ramai yang bertanya. Siapa yang taknak anak kan? Aku pun tak sabar nak dapat anak, tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, kehidupan ekonomi yang menc4bar ni, aku serahkan semua pada Allah.

Aku percaya, kalau dah smpai masanya Dia berikan aku zuriat, masa tu adalah masa yang terbaik. Dan aku waktu tu aku dah bersedia untuk fasa seterusnya. Aku harap para pembaca yang sedang membaca ni doakan lah yang baik – baik untuk kami. Semoga urusan korang semua pun dipermudahkan. InshaAllah aminnn! – Alya

Komen warganet :

Azwa Ghazali : Panjang lagi langkah dik. Akak masa baru kahwin, macam – macam dugaan. Masa tengah sarat mengandung anak pertama dalam 7 bulan camtu, terp4ksa keluar rumah sebab kami menyewa bilik je. Tiba – tiba rakan sebilik lagi satu suruh kami keluar tanpa notis apa – apa.

Sebab dia pun tengah mengandung dan mungkin dia nak duduk rumah tu sendiri dengan family dia. Kami keluar tengah – tengah malam tu jugak melilau cari rumah nak disewa. Sampai akhirnya rumah atas rumah kami sewa.

Dengan takde dapurnya, dengan takde singkinya, semua kena bawak ke bilik air. Bayangkanlah perut dah besar, cuci pinggan mangkuk, cuci baju sendiri. Tak penahlah akak berkeluh kesah pada keluarga sendiri sebab bagi akak biar susah senang sama – sama dengan suami.

Alhamdulillah, sebelum nak bersalin dapat sewa apartment. Dapat beli mesin basuh. Rezeki anak. Lepas bersalin tiba – tiba kontrak kerja akak tak disambungkan, jadinya suami sahaja yang kerja. Terp4ksa buat 2, 3 keje.

Kesian tengok, balik cuma makan malam, main sekejap dengan anak yang baru lahir lepas tu buat kerja lain sampai pukuI 2, 3 pagi. Siapa tak sedih selain isteri sendiri. Tengok muka suami masa tidur pun tahu dia keletihan kepenatan.

Rezeki pula lagi melekat anak no 2, masa dah masuk 6 bulan, dapat panggiIan kerja di kerajaan. Alhamdulillah, rezeki anak dan doa yang tak putvs – putvs pada Allah. Yang penting, masa susah senang kami sama – sama. Nie pun baru nak masuk 5 tahun perkahwinan kami dan on the way nak timang anak no 3. Doakan ya. Aamiiin.

Nia Zalia : Look at the bright side. Duduk rumah dah habis bayar walau bukan beli dengn duit sendiri. Tak duduk bersesak – sesak dengan family in law. Mak mertua amik berat perihal anak menantu. Suami jujur takde skandal dengan ex.

Anak tu baru 5 bulan kawen bukan 15 tahun. Relax la. Masalah kewangan tu esok lusa settle la tu. 300 duit dapur untuk 2 orang makan mewah sangat tu.

Athirah Tyra : In my opinion pasal anak, if belum stable, tak salah merancang. Anak memang pembawa rezeki, tapi kalau belum bersedia, rancang sebaiknya. Bukan nak anak sebab orang lain asyik tanya dan kita pun takmau kalah dengan orang lain.

Kena ingat selalu, anak datang dengan tanggungjawab besar. Since sis ni kind of manja dan hidup selesa sebelum ni, better stabilize ur marriage and urself dulu sis sebelum fikir pasal anak. Betulkan diri dahulu dan persiapkan mentaI untuk jadi ibu.

Saya dan suami lepas kahwin fly somewhere luar negara untyk study. Hidup berdua berbekalkan biasiswa untyk seorang sahaja. Lagi tough dari sis yang duduk kat Malaysia i guess. Dan tak minta langsung dari parents walau sesen. Jadi, rancang sebaiknya hidup sebelum perbesarkan keluarga ya sis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Shopee Free Shipping : https://shp.ee/ty2vbpz | Apa kata anda?