Isteri baru aku suka mengungkit, tak reti kemas rumah, masak tak sedap. Sekarang aku dapat rasa yang bekas isteri aku s4kit sebab isteri aku sih1r dia

Teruk aku buat bekas isteri aku. Aku ingat lagi, dia terk3ncing atas tilam sebab terlalu takut. Muka dia pucat, tangan dia menggigil, suara dia langsung tak keluar. Sekarang aku rindu dia. Aku selalu intai bekas isteri dekat pejabat dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Tolong hide profil aku. Aku buat akaun palsu sebab aku cuba nak mendekati bekas isteri aku semula. Aku tahu perbuatan ni salah, tapi aku betul – betul dah buntu. Awal tahun ini, isteri aku telah ser4ng suami bekas isteri aku.

Aku tahu semua ni sebab isteri aku sendiri yang burukkan bekas isteri aku dekat suami dia. Dari situ semuanya jadi makin serabut. Jujur aku cakap, semua ni jadi sebab aku terbandingkan isteri aku dengan bekas isteri aku yang jauh lebih baik pada aku. Itu yang aku terlepas cakap, aku terlepas luah, dan akhirnya jadi perg4duhan besar.

Kes isteri aku sekarang, dia suka ungkit pasal kerja rumah, pasal masak yang tak sedap, pasal aku tak pandai hargai dia walaupun kami dah empat tahun berkahwin. Tapi dalam kepala aku, bekas isteri aku dulu tak pernah ungkit apa – apa.

Dia ikut selera aku, ikut cara hidup aku, ikut rentak aku walaupun masa tu hidup kami susah. Aku tak patut bandingkan mereka, tapi aku buat juga sebab aku terlalu rindu keadaan dulu. Akaun palsu ni pun aku buat sebab aku yang panggil dia dengan nama ni dulu.

Dari dulu sampai sekarang, nama tu hanya aku yang guna. Tapi isteri aku sekarang berhabis burukkan bekas isteri aku pada suami dia. Aku rasa bekas isteri aku tengah s4kit sekarang sebab isteri aku tengah buat sesuatu pada dia, mungkin ganggu emosi dia, mungkin buat cerita cerita yang tak betul. Aku dapat rasa sebab dulu aku yang paling kenal dia.

Aku sangat menyesal lepaskan dia pergi. Aku menyesal dengan apa yang aku pernah buat pada dia dulu. Aku menyesal sebab aku pernah pukuI dia. Aku pukuI dia teruk dan hampir setahun juga dia bertahan dengan aku. Walaupun aku pernah tolak dia keluar dari kereta, tapi dia tetap balik juga ke rumah.

Dia tak pernah lari, dia tak pernah buat laporan, dia hanya diam dan menangis. Aku pernah cucuh r0kok pada dia. Dia meraung, aku t4mpar sampai dia pengsan. Aku pernah buat paling teruk ugvt nak biar dia m4ti sampai dia terk3ncing atas tilam sebab terlalu takut.

Muka dia pucat, tangan dia menggigil, suara dia langsung tak keluar. Aku buat dia sampai pengsan dengan belakang kayu. Semua tu aku buat masa aku hilang kawalan, masa aku rasa dunia ni milik aku seorang. Sekarang bila aku fikir balik, aku sendiri tak faham macam mana dia boleh bertahan dengan aku selama itu.

Macam mana dia masih boleh senyum dekat aku lepas semua benda tu. Aku tahu cincin yang dia pakai sekarang tu hanya untuk elakkan orang ganggu dia dan supaya orang nampak dia macam dah kahwin. Dalam hati aku, aku yakin dia belum kahwin dengan lelaki yang mengaku suami dia sekarang.

Aku kenal bekas isteri aku. Walaupun kami hanya sempat bercinta dalam mahligai yang aku bina selama enam tahun, aku tahu hati dia macam mana. Aku yakin dia mesti kenal ini adalah pengakuan aku. Cara aku tulis, cara aku guna ayat, semua tu hanya aku yang buat.

Saya cuma nak bagitahu, sayang, awak tak kahwin lagi kan sebenarnya. Tolong, marilah berbaik semula. Empat tahun saya hidup tersiksa tanpa awak. Tak ada hari yang saya tak teringat awak. Hanya awak yang sanggup bersama saya masa saya belum ada apa – apa.

Masa saya tak ada duit, tak ada kerja tetap, tak ada masa depan yang jelas, awak tetap duduk di sisi aku. Sekarang saya selalu perhatikan awak bila saya rindu. Saya ada intai awak di pejabat awak. Saya tengok awak dari jauh, saya tengok awak keluar masuk, saya tengok cara awak senyum dengan kawan – kawan awak.

Awak kurus sangat berbanding dulu. Awak nampak penat. Tapi awak tak perasan saya datang. Awak nampak macam sombong, tapi saya tahu awak bukan sombong. Awak hanya seorang yang sangat naif macam dulu. Macam sepuluh tahun yang lalu, cuma sekarang awak dah berhijab dan makin cantik.

Saya tahu dia bukan suami awak. Tapi awak saja buat buat mengaku sebab awak nak lindungi diri awak. Saya tahu sebab cara awak bercakap tak sama macam orang yang dah bahagia. Saya masih boleh nampak Iuka dalam mata awak. Saya masih boleh nampak cara awak elak bila orang sentuh topik kahwin.

Saya masih boleh rasa awak simpan banyak benda dalam hati. Saya ingin ada anak dengan awak. Dulu saya pernah cakap nak anak telinga macam awak sebab awak dengar cakap. Gelak awak comel sangat. Suara awak bila awak marah pun lembut.

Saya salah tuduh awak mandul dulu. Saya h1na awak sebab tak mengandung walaupun hakikatnya saya sendiri yang ada masalah. Aku juga pernah fitnah awak dengan z1na yang sebenarnya saya yang buat. Tapi awak tetap setia. Awak tetap pertahankan saya walaupun semua orang cakap saya jahat.

Sekarang saya tak ada apa nak bagitahu selain saya sangat rindukan awak. Saya tak berani tambah kawan awak. Saya tak berani mesej guna akaun sebenar sebab saya takut awak block saya. Saya takut awak benci saya. Tapi dalam masa yang sama, saya tak sanggup tengok awak bahagia dengan orang lain.

Sayang, saya akan tunggu awak komen. Saya akan hantar mesej dekat awak. Sedangkan nombor telefon awak pun tak pernah tukar dari tahun 2006, apatah lagi nak tukar hidup dengan lelaki lain. Saya kenal awak, awak jenis setia sampai hujung nyawa. Sebab tu saya yakin awak masih tunggu saya dalam diam.

Aku menyesal, sayang. Saya menyesal dengan semua yang saya buat. Saya menyesal sebab saya h4ncurkan hidup awak. Tapi sekarang saya juga tak sanggup sesiapa kahwini awak. Saya tahu ini k3jam, saya tahu ini mementingkan diri, tapi hati saya masih anggap awak milik saya. Saya merayu dalam diam. Kalau awak baca ini, tolonglah faham, saya tak pernah berhenti sayang awak walaupun cara saya salah sejak dulu.

Komen Netizen :

Fiza Awal : Maaflah tt, siapalah saya untuk menilai kejujuran dan keikhlasan tt nak kembali kepada bekas isteri cuma diharapkan tt dapatlah berubah diri dulu kepada yang lebih baik, lebih dekat pada agama, tidak baran. Pendek kata, ubah diri dulu sebelum merayu – rayu nak semula dengan bekas isteri.

Jangan berkata manis sekadar di bibir sahaja, memujuk merayu sebab isteri sekarang tak taat mahupun bertindak balas macam bekas isteri yang dulu. Jangan ani4ya orang lagi, andai nak kahwin dengan perempuan lain pun, berubah lillahitaala, kerana Allah dulu. Tak baik r0sakkan masa depan anak orang. Nasib baik tak ada anak lagi, kalau tak, macam manalah perasaan anak bila tahu ayahnya seorang kaki pukuI.

Ika Hawa : Tolonglah jangan berbaik – baik semula dengan lelaki macam ni wahai ex wife. Sangat kej4m pada awak. Belum tentu dia akan berubah kalau dapat awak semula pun. Semoga ex wife awak akan hidup bahagia bersama suami baru dia.

Semoga Allah sentiasa Iindungi keselamatan ex wife awak dan keluarga baru dia daripada mereka yang berniat jahat. Semoga Allah berikan ketenangan dalam hidup ex wife awak. Awak pulak suami isteri, muhasabah diri lah. Ubah sikap. Kat mana awak nak dapat kemaafan dari ex wife kalau kamu suami isteri bersikap macam tu dengan ex wife.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :