Kawan suami kenenkan suami dengan janda. Perempuan tu call aku dalam pantang, dia merayu nak jadi madu aku. Dia sanggup guna b0moh asalkan dapat suami aku

Perempuan tu merayu agar kami bermadu, merayu agar dibenarkan melayan suami. Malah diugvt untuk b0mohkan aku sepertimana dia buat dekat suami. Tak cukup tu, ibu dia pun menasihati aku agar terima anak dia sebagai madu kerana suami aku mampu malah mereka saling mencintai
#Foto sekadar hiasan. Suatu ketika aku pernah dicurangi kerana kawan – kawan suami. Masa tu aku sarat mengandung dan kebetulan tempat yang aku duduk jauh dengan hospital. Kandungan aku pula bermasalah jadi aku dan suami sepakat untuk aku duduk dengan mak ayah aku memandangkan hospital lebih dekat dari rumah kami.

Pada mulanya suami memang selalu telefon menyatakan kebosanan tinggal seorang dan akhirnya untuk atasi kebosanannya, suami melepak dengan kawan – kawan yang masih bujang. Di sinilah bermula segalanya. Kawan – kawan ajak pergi karaoke dan pergi studio, siap tolong install apps b4ngang macam Beetalk dan WeChat.

Di sini suami dah mula jarang call dan WhatsApp aku. Walaupun last seen pukuI 3 pagi aku sikit pun tak curiga sehingga ada kawan yang beritahu suami dikenalkan dengan janda oleh kawan – kawan bujangnya. Bila tanya suami tak mengaku. Katanya dari cari janda baik anak d4ra.

Hinggalah pada hari aku bersalin, suami kena bertugas malam tu tapi macam tak hiraukan aku yang lahirkan zuriatnya. Dan aku mengalami komplikasi waktu bersalin. Mungkin sedang hangat dilamun cinta, sikit pun kes4kitan aku tak jadi keinsafan buat suami.

Hingga suatu hari suami terkantoi berkenalan dengan seorang wanita dalam Beetalk. Hati aku pedih, s4kit. Tapi suami cakap sekadar kenalan biasa. Dan sehinggalah suatu hari sedang berehat semasa aku masih dalam pantang, telefon suami berbunyi. Video call dari nombor yang tak disimpan.

Memandangkan suami baring, aku yang angkat dan masa tu semuanya terbukti suami curang kerana Beetalk yang di install oleh kawannya untuk perkenalkan perempuan ni pada suami. Wahai si kawan, semoga semua ni akan terbalas untuk kau. Sekalung tahniah aku ucapkan.

Masa berpantang aku dihujani panggiIan telefon dari perempuan terbabit merayu agar kami bermadu, merayu agar dibenarkan melayan suami. Malah diugvt untuk b0mohkan aku sepertimana dia menyeru semangat suami aku agar mencintai dia. Biarlah aku namakan perempuan ni Nurul.

Tak cukup tu, ibu kepada Nurul pun menasihati aku agar menerima anaknya sebagai madu kerana suami aku mampu malah mereka saling mencintai. Lagipun suami tak akan tinggalkan anaknya sebab hati suami dah terikat. Jadi kalau aku masih sayangkan suami, aku kena redha terima Nurul sebagai madu.

Alhamdulillah, akibat gangguan mereka ni aku demam bentan dan kes4kitan ni sehingga sekarang. Cuma syukur aku tak mer0yan sebab aku tak pernah sunyi. Setiap kali aku tak jawab call ataupun WhatsApp, suami akan terus balik rumah. Lepas kejadian kantoi tu suami bawa aku balik rumah kami.

Akhirnya aku akur. Hati aku h4ncur. Aku rawat hati sendiri. Aku call bos tempat kerja lama aku tengok masih ada tak peluang kerja untuk aku. Aku cari kekuatan untuk anak – anak dan aku minta tempoh hingga habis 100 hari berpantang. Aku mohon agar suami lepaskan aku dan teruskan kisah cinta suami dengan Nurul.

Masa tu suami bertegas Nurul dah pun dia tinggalkan sebab Nurul hanya kawan. Lagipun kata suami, Nurul ni bahan dalam group kerja saja. Tolonglah, tu skandal awak jangan banyak alasan. Aku tahu Nurul bukan nak suami aku seorang sebab Nurul nak ramai lelaki. Dalam berkawan dengan suami pun Nurul boleh tidur dengan lelaki lain.

Ni cerita kawan sekampung Nurul. Cuma Nurul dan suami aku tak sempat nak panjat tangga hotel sebab masing – masing duduk jauh. Seorang barat seorang selatan. Tapi apa pun penjelasan suami, keputusan aku muktamad. Lepaskan aku setelah 100 hari.

Hati aku rapuh. Hati aku luka. Aku hidup dalam dunia aku sendiri. Sepuluh patah cerita suami, sepatah aku jawab. Sepuluh patah gurau suami, sepatah ketawa aku. Dalam kereta yang dulu sentiasa dipenuhi borak dan tawa aku dengan suami akhirnya hanya mata melayan skrin telefon dan melayan kerenah bayi.

Layanan suami yang baik bagaikan air yang mengalir lesu. Santapkanlah kehidupan aku dengan apa pun, semua tu dah tak ada ertinya lagi. Dan selepas 100 hari aku minta izin hantar aku ke rumah mak ayah aku. Aku akan uruskan segalanya cuma datang untuk lepaskan aku secara elok.

Dan hari itulah suami menangis supaya kembalikan aku yang dulu dalam hidupnya. Bukan aku yang tanpa perasaan. Hari tu diluahkan segalanya betapa sepi dan sunyi kehidupan suami dengan kebisuan aku. Aku mohon agar lepaskan aku sebab aku tak boleh nak teruskan kehidupan dekat tempat yang kami tinggal sebab nampak orang – orang yang jadi punca keh4ncuran buat kami.

Dan suami pun ambil keputusan untuk berhenti kerja dan cuba untuk rawat hati aku. Bertahun suami bersabar agar aku menerimanya kembali. Pelbagai cara untuk ambil hati aku. Dan kini aku rasa bahagia kembali sebab apa yang aku buat berbaloi. Suami pula yang risau takut aku patah hati lagi.

Buat wanita di luar sana, kalau dicurangi menangislah pada awalnya kemudian bangun dan persiapkan diri. Cantikkan diri bagi suami buka mata balik. Cuma pada sang kawan tersebut, semoga nanti kau rasa apa yang pernah kau buat pada aku. Tahniah ya sebab aku tahu kau juga dah terima balasan atas perbuatan kau.

Ulasan Pembaca :

Rizal Rodzuan : Aku cadangkan puan beli basikal ch0pper yang ada loceng tu, lalu lalang depan rumah kawan suami puan sambil kring kring. Bila kawan suami puan tu keluar rumah, puan tunjuk thumbs up dekat dia. By the way, semoga puan sekeluarga bahagia hingga ke akhir hayat.

Intan Ashafina : Percayalah, kebanyakan kawan – kawan suami ni per4ngai macam ceIaka. Kawan jenis ni boleh jadi virus dalam rumah tangga, jadi berhati – hatilah. Kepada puan, aku bangga dengan apa yang telah puan lakukan. Sesekali lelaki yang tak menghargai ni harus diajar.

Fatehah Najwa : Kan. Aku suka check WhatsApp group suami, kadang – kadang apa diorang borak tu kelakar. Dekat situ jugalah belajar macam – macam istilah lelaki. Kalau ada gambar bukan – bukan tu, terus aku delete. Lelaki nak perempuan solehah jadi isteri, tapi diri sendiri pun makan luar. Ceh.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :