
5 tahun berumahtangga, suami langsung tak bertanggungjawab pada saya dan anak – anak. Lepas cerai kakak terus ambil saya dan anak untuk tinggal sekali. Bayangkan setiap bulan abang ipar beri saya 2k untuk belanja. Saya sekarang terfikir, kakak sanggup tak terima saya jadi madu. Saya hanya nak berkongsi..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum kepada admin dan semua pembaca di ruangan ni. Berat sebenarnya untuk aku menulis dan berkongsi kisah ni sebab aku sendiri malu dengan apa yang bermain dalam fikiran aku sekarang.
Berkali – kali aku fikir sama ada patut atau tak aku luahkan benda ni. Tapi aku dah terlalu penat pendam sorang sorang sampai kadang – kadang aku sendiri jadi keliru dengan perasaan sendiri. Aku cuma harap orang yang membaca tak terus menghukvm sebelum memahami apa yang aku lalui.
Aku pun manusia biasa yang pernah h4ncur, pernah kecewa dan pernah rasa hidup ni macam tak ada arah. Sampai hari ni aku masih cuba cari semula diri aku yang hilang selepas perceraian dulu. Aku seorang janda anak satu. Aku bercerai dengan bekas suami setahun yang lalu selepas hampir 5 tahun mendirikan rumah tangga.
Kalau nak diceritakan balik, memang terlalu banyak luka yang aku simpan sepanjang hidup dengan dia. Bekas suami aku seorang yang panas baran, kuat cemburu tak bertempat, suka melanggan perempuan dan langsung tak bertanggungjawab terhadap keluarga.
Sepanjang berkahwin, aku lebih banyak menangis daripada ketawa. Nafkah memang selalu culas. Kalau balik rumah muka masam, cari salah aku saja. Kadang – kadang sebab benda kecil pun boleh jadi g4duh besar. Pernah satu malam anak demam panas, aku minta dia tolong hantar ke klinik sebab kereta rosak.
Tapi dia boleh keluar lepak dengan kawan sampai pagi. Aku pula duduk menangis sambil tuam badan anak yang menggigil demam. Paling s4kit bila aku dapat tahu dia curang dengan perempuan lain. Bukan sekali, tapi berkali – kali. Aku pernah jumpa resit hotel dalam poket seluar dia.
Bila aku tanya elok – elok, aku pula kena maki dan dituduh mengongkong hidup dia. Masa tu hati aku memang dah terlalu penat. Aku bertahan sebab anak dan sebab aku takut hidup sendiri. Tapi akhirnya aku kalah juga dengan takdir rumah tangga aku sendiri.
Selepas bercerai, aku langsung tak ada tempat nak pergi. Bekas suami lepas tangan macam tu saja. Nafkah anak memang tak pernah bagi sampai sekarang. Telefon pun jarang bertanya khabar anak dia sendiri. Kadang – kadang aku tengok anak termenung dekat tingkap waktu malam, tunggu ayah dia datang. Tapi sampai sudah memang tak muncul.
Akhirnya kakak aku pelawa aku tinggal bersama dia. Aku masih ingat lagi masa mula – mula pindah rumah kakak, aku menangis dalam bilik air sebab rasa diri ni macam beban dekat orang lain. Kakak aku peIuk aku dan cakap aku tak pernah menyusahkan dia sebab aku d4rah daging dia sendiri.
Hubungan aku dengan kakak memang sangat rapat sejak kecil. Kami jenis adik beradik yang kongsi semua benda. Dulu kalau aku g4duh dengan mak pun, kakak la orang pertama yang pujuk aku. Masa aku kahwin dulu pun dia yang paling banyak tolong aku. Sebab tu sampai sekarang aku terlalu sayang dekat dia.
Kakak aku suri rumah sepenuh masa dan ada dua orang anak. Aku pula dulu walaupun ada kelulusan universiti, aku duduk rumah ikut permintaan bekas suami. Katanya perempuan tak perlu kerja tinggi tinggi. Tapi hakikatnya dia sendiri tak mampu bagi kehidupan yang baik dekat aku.
Abang ipar aku pula kerja sebagai jurutera dekat pelantar minyak. Memang jarang ada dekat rumah. Kadang – kadang sebulan sekali baru balik. Tapi dari segi tanggungjawab, memang aku nampak dia seorang suami dan ayah yang baik. Walaupun sibuk kerja, dia tak pernah lupa tanggungjawab dekat kakak dan anak – anak.
Rumah mereka besar, selesa dan lengkap semuanya. Ada pembantu rumah sepenuh masa. Anak – anak pun hidup serba cukup. Kalau tengok kehidupan kakak aku sekarang memang jauh beza dengan hidup aku dulu yang serba kekurangan.
Mula – mula duduk situ, aku cuma fikir nak tumpang sementara sampai aku stabil semula. Tapi lama kelamaan aku jadi terlalu selesa dengan kehidupan tu. Aku dan anak dijaga dengan baik. Makan pakai semua cukup. Malah abang ipar aku sendiri bagi duit belanja RM2000 setiap bulan untuk aku dan anak. Dia cakap aku tak perlu segan sebab aku keluarga mereka juga.
Aku akui, layanan baik tu buat hati aku perlahan – lahan berubah. Aku yang dah lama hidup dalam tekanan jadi terk3jut bila ada lelaki yang pandai hormat perempuan. Abang ipar aku jenis tenang orangnya. Kalau bercakap pun lembut.
Setiap kali balik kerja offshore, dia mesti bawakan hadiah untuk anak – anak termasuk anak aku sekali. Kadang – kadang bila dia nampak aku penat urus anak, dia akan suruh aku berehat dan dia tolong layan budak – budak bermain. Benda benda kecil macam tu yang buat hati aku mula terusik tanpa aku sedar.
Pernah satu malam elektrik rumah tiba – tiba trip sebab hujan lebat. Kakak masa tu tidur awal sebab tak sihat. Aku pula takut gelap sejak kecil. Abang ipar keluar periksa dekat luar rumah sambil pegang lampu suluh. Masa dia masuk balik, dia sempat cakap dekat aku supaya jangan takut sebab dia ada. Ayat tu nampak biasa, tapi entah kenapa hati aku jadi lain macam.
Sejak dari tu, aku mula rasa bersalah dengan diri sendiri. Aku cuba buang jauh jauh perasaan tu. Aku selalu ingatkan diri sendiri tu suami kakak aku. Kakak aku terlalu baik dekat aku. Tapi makin lama aku duduk serumah, makin susah aku nak kawal hati sendiri.
Kadang – kadang bila tengok mereka bergurau sebagai suami isteri, aku rasa cemburu dengan kebahagiaan tu. Aku tertanya – tanya kenapa hidup aku tak pernah dapat lelaki macam tu. Kenapa aku dapat suami yang mengh4ncurkan hidup aku sedangkan ada lelaki yang boleh jaga keluarga dengan baik macam abang ipar aku.
Aku pernah cuba jauhkan diri. Pernah fikir nak keluar bekerja dan pindah rumah sewa sendiri. Tapi setiap kali tengok anak aku tidur lena dalam bilik yang selesa, makan cukup, hidup tenang tanpa tengok g4duh setiap hari, hati aku jadi lemah semula.
Yang buat aku lebih takut, kadang – kadang aku perasan cara abang ipar layan aku terlalu baik sampai aku sendiri jadi keliru. Pernah sekali dia cakap aku tak patut hidup sendiri lama – lama sebab aku masih muda. Masa tu jantung aku berdebar lain macam.
Aku tak tahu sama ada aku yang terlebih fikir atau memang ada sesuatu yang aku tak nampak. Aku tahu apa yang aku rasa ni salah. Sebab tu aku tak pernah luahkan dekat sesiapa termasuk kakak sendiri. Aku takut kehilangan satu – satunya keluarga yang masih ada dengan aku sekarang. Aku tak sanggup tengok kakak menangis disebabkan aku.
Tapi dalam masa yang sama, aku tak boleh tipu hati sendiri. Kadang – kadang aku berangan alangkah indahnya kalau aku boleh terus tinggal dalam keluarga ni tanpa rasa bersalah. Aku terfikir, wujudkah perempuan yang sanggup berkongsi suami dengan adik sendiri demi menjaga hubungan keluarga?
Aku tahu ramai yang mungkin akan kecam aku selepas baca luahan ni. Tapi percayalah, aku tak pernah ada niat nak rampas suami kakak aku. Aku cuma terlalu penat hidup dalam pend3ritaan sampai bila jumpa sedikit kasih sayang dan perhatian, hati aku terus melekat dekat tempat tu.
Aku sebenarnya masih tr4uma dengan lelaki. Aku takut nak bercinta lagi. Takut nak mulakan hidup baru dengan orang asing. Aku cuma nak hidup tenang dan besarkan anak dalam suasana yang baik. Jadi aku nak tanya pendapat semua yang membaca ni.
Kalau anda berada di tempat kakak aku, sanggupkah anda menerima adik sendiri sebagai madu? Atau sebenarnya aku patut pergi jauh sebelum perasaan ni jadi lebih teruk dan akhirnya merosakkan rumah tangga kakak aku sendiri?
Sekian saja luahan aku. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca sampai habis dan memberi nasihat dengan baik tanpa menghina aku.
Komen Pembaca :
Hazlina Mohd Nor : Tolong sedar diri dik dan cari kerja. Duit yang dibagi 2k oleh abang ipar, kumpul dan boleh buat modal untuk cari rumah sewa sebab semuanya sekarang ditanggung. Anak nanti boleh ditinggalkan dengan kakak dan pembantu rumah sementara anda keluar rumah dan mencari pekerjaan.
Cari juga taska untuk anak jika dapat kerja kelak. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan kakak awak, kalau tahu apa yang ada dalam fikiran awak. Dah elok – elok ada tempat untuk menumpang dan mengadu, mau kena halau hingga jadi musvh.
Nor Azliza Abd Rahim : Awak orang yang berpelajaran, jadilah orang yang bermaru4h. Berdiri di atas kaki sendiri, jangan mgharapkan orang lain membantu. Bina kehidupan awak sendiri. Tolong, jangan cuba mengh4ncurkan rumahtangga kakak awak. Mulakan khidupan baru, cari kerja. Jadilah manusia yang berakal dan bersyukur, jadi wanita bermaru4h! Jangan sesekali mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.