
Aku nampak suami berjalan masuk ke sebuah hotel dan adik aku ikut dari belakang. Aku nampak dengan mata kepala sendiri mereka masuk hotel sama – sama. Adik kandung yang aku sayang, yang aku jaga dari kecil sebab mak aku tak mampu nak jaga.
#Foto sekadar hiasan. Apa yang aku ceritakan di bawah ni dengan niat nak berkongsi pengalaman hidup yang amat pahit pernah aku lalui supaya dapat dijadikan teladan dan sempadan oleh kaum wanita lain. Supaya korang lebih berhati hati, bukan bermakna mencurigai adik beradik sendiri, sebaliknya aku tak nak mereka melakukan d0sa kerana kepercayaan atas kealpaan kita sendiri.
Terus terang aku akui rumah tangga aku h4ncur sebab dikhianati adik sendiri yang selama ni aku sayang dan pernah aku jaga sejak dia kecil. Disebabkan adik beradik ramai, emak tak mampu nak mengajar dan menjaga semuanya. Jadi sebagai kakak yang dah besar, aku diharapkan bantu emak jaga mereka.
Tapi aku tak sangka dia tergamak buat semua ni dekat kakak sendiri. Apa yang aku lalui ni sebab aku terlalu percayakan Arif, bekas suami aku, dan juga adik sendiri. Aku ingatkan bila Arif rapat dengan adik – adik aku sebab dia sayangkan mereka macam adik dia sendiri.
Tapi Arif hancurkan kepercayaan yang aku beri dengan menjalinkan hubungan terlarang secara sembunyi – sembunyi. Semuanya bermula masa aku hamil anak kedua. Masa tu keadaan kesihatan aku memang tak menentu. Kandungan aku tak kuat dan aku selalu kena masuk hospital beberapa hari dalam sebulan.
Kadang – kadang sampai seminggu aku kena tahan wad sebab tekanan d4rah tak stabil dan doktor suruh banyak berehat. Disebabkan aku terlalu percayakan adik – adik sendiri, aku harap mereka boleh bantu jagakan anak aku sementara aku dirawat di hospital.
Tapi lain pula yang jadi. Tanpa aku sedar, mereka menjalin hubungan terlarang belakang aku. Memang awal – awal aku tak perasan sebab keadaan aku sendiri tak sihat. Tapi beberapa orang rakan sekerja mula nasihatkan aku supaya perhatikan Arif.
Malah ada jiran setaman pun asyik bagi hint. Mereka cakap hati – hati sebelum terlambat dan menyesal kemudian hari. Memang tak dinafikan sejak awal kahwin lagi Arif memang kaki perempuan. Suka balik lambat, kadang – kadang langsung tak balik rumah.
Arif pula memang pantang kalau ditanya dia pergi mana atau dengan siapa. Jadi lama – lama aku dah terbiasa kalau dia balik lambat. Aku malas nak berg4duh sebab setiap kali aku tanya mesti berakhir dengan tengkingan dan maki hamun.
Tapi aku tak sangka pula rupanya dia berjumpa dengan adik aku sendiri dekat hotel. Lepas ramai orang mula mengingatkan aku, baru aku sedar memang lain sangat gerak geri Arif dengan adik aku. Sebagai isteri, aku boleh rasa perubahan tu.
Setiap kali aku balik dari hospital, mesti ada benda pelik berlaku. Arif tak boleh berenggang langsung dengan telefon. Pergi mana pun telefon di tangan. Suka berbual dekat luar rumah, dalam kereta, malah dalam bilik air pun dia bertelefon.
Kalau baca mesej pula boleh senyum sorang – sorang macam orang angau. Masa tu hati aku dah mula tak sedap. Nak dijadikan cerita, satu hari Arif tertinggal telefon masa dia mandi. Biasanya memang dia akan bawa telefon masuk sekali dalam bilik air.
Bila aku buka dan baca mesej dalam telefon tu, terus luruh jantung aku. Aku terk3jut sangat bila baca mesej Iucah antara Arif dengan adik aku sendiri. Mereka siap cerita pasal hubungan intim mereka dengan terperinci. Masa tu aku terkedu.
Aku menangis sorang – sorang dalam bilik sebab tak percaya semua ni berlaku dalam keluarga aku sendiri. Bila aku tanya Arif, dia terus nafikan semuanya. Bukan tu saja, dia maki hamun aku sebab baca telefon dia. Katanya tu hal peribadi dia dan aku tak layak masuk campur.
Cara dia marah dan kandungan mesej tu buat aku nekad nak cari lebih banyak bukti sebelum buat tuduhan. Dan memang betul, makin banyak aku cari makin banyak benda aku jumpa. Sejak tu per4ngai Arif terus berubah. Dia jadi makin panas baran dan agresif.
Setiap kali aku tanya pasal hubungan dia dengan adik aku, mesti dia meng4muk macam orang hilang akal. Dalam masa yang sama, ramai juga kawan – kawan cerita mereka pernah nampak Arif keluar dengan seseorang dekat tempat tertentu.
Kami tinggal dekat bandar kecil, jadi memang susah nak sorok apa – apa. Orang mudah nampak dan cerita cepat tersebar. Walaupun Arif cuba sembunyikan, tetap ada orang yang nampak mereka bersama. Dengan kehendak Allah, satu hari aku balik awal sebab badan aku tak sihat.
Puas aku telefon Arif suruh ambil aku dekat klinik, tapi telefon dia tutup. Jadi aku balik sendiri naik teksi. Sebelum balik rumah aku singgah jumpa doktor sebab kepala aku berpusing sangat. Masa dalam perjalanan tu, dengan kuasa Allah aku nampak Arif berjalan masuk ke sebuah hotel dan adik aku ikut dari belakang.
Aku nampak dengan mata kepala sendiri mereka masuk hotel sama – sama. Masa tu aku rasa dunia aku gelap. Tak tahu nak marah, nak menangis atau nak buat apa. Lutut aku terus lemah. Aku keluar dari teksi sambil menangis tengok pintu hotel tu.
Dalam kepala aku macam – macam bermain, tapi jauh dalam hati aku dah tahu apa yang mereka buat dekat dalam tu. Hampir dua jam aku tunggu mereka keluar, tapi akhirnya aku balik juga sebab terlalu sedih dan tak mampu nak hadap semua tu.
Bila Arif balik rumah, aku terus tanya apa dia buat dekat hotel dengan adik aku. Dia terus meng4muk dan tuduh aku buat fitnah. Aku cuba cakap elok – elok yang aku nampak sendiri dan aku dah ada banyak bukti. Aku minta dia pergi kaunseling sebab aku masih berharap dia boleh berubah.
Beberapa bulan aku tunggu, tapi dia langsung tak pergi. Katanya dia tak salah apa – apa. Disebabkan dah tak ada jalan lain, aku akhirnya minta cerai sebab aku tak sanggup terus hidup dalam maksi4t macam ni. Aku minta cerai dengan cara baik.
Aku tak nak berg4duh atau buka aib sesiapa. Tapi aku cakap kalau dia masih enggan lepaskan aku, aku akan bentangkan semua bukti dekat Mahkamah Syariah. Disebabkan malu dan dah tak ada pilihan, akhirnya Arif ceraikan aku dan setuju beri nafkah melalui potongan gaji.
Sebenarnya bukan mudah untuk aku minta cerai. Aku sayangkan keluarga ni. Hampir sepuluh tahun aku pertahankan rumah tangga kami. Aku pun malu nak pegang status janda. Tapi aku dah tak ada pilihan lain. Aku tak sanggup tengok suami sendiri buat d0sa dengan adik kandung aku.
Lepas bercerai, sebab terlalu marah dan berd3ndam, Arif halau aku keluar dari rumah yang kami beli atas nama dia. Aku cuma mampu sabar dan keluar bersama anak – anak. Tapi bila aku minta kereta yang aku beli dengan duit sendiri, bukan mudah dia nak bagi.
Bermacam – macam alasan dan masalah dia buat semata – mata nak menyusahkan aku ambil semula kereta tu. Namun aku redha dengan apa yang jadi. Mungkin semua ni dah ditakdirkan Allah untuk aku. Cuma aku berharap sangat Arif dan adik aku berkahwin segera sebab aku tak nak lagi diganggu dan hidup dalam bayang – bayang kisah lama.
MaIangnya sampai sekarang dah setahun kami bercerai, mereka masih belum berkahwin dan Arif masih terus berd3ndam dengan aku. Kalau aku diminta buat pilihan antara Arif dengan adik sendiri, aku tetap pilih adik aku. Sebab kami ada hubungan d4rah dan ikatan persaud4raan sampai akhirat.
Aku tak sanggup buang adik kandung sendiri kerana seorang lelaki. Tapi sedihnya sejak bercerai, adik aku langsung jarang balik kampung. Boleh dikatakan tak pernah balik. Kalau betul dia rasa tak salah, kenapa perlu takut berdepan dengan keluarga sendiri?
Sebaliknya adik aku sanggup buang semua. Agama pun dia tolak tepi sampai sanggup tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan. Aku sedih tengok perubahan dia. Aku kesiankan emak dan ayah yang terp4ksa tanggung malu dan kecewa.
Sepatutnya lepas aku bercerai, mereka kahwin saja. Aku tak pernah halang pun. Malah aku sendiri yang minta dilepaskan. Walaupun susah untuk aku maafkan apa yang mereka buat, aku tetap redha kalau mereka bernikah. Tapi sampai sekarang aku masih tak faham dengan per4ngai Arif yang terus cuba tekan dan rosakkan hidup aku.
Dia siap putar belit cerita dekat anak – anak supaya nampak aku ni jahat. Semata – mata nak tegakkan benang yang basah, dia sanggup reka macam – macam cerita untuk hina aku. Yang paling aku sedih, anak – anak masih kecil dan terlalu mentah untuk faham masalah orang tua.
Kadang – kadang aku pelik dengan per4ngai Arif. Dia suka marah, herdik dan malukan aku depan anak – anak dan orang ramai seolah – olah dia langsung tak bersalah. Sedangkan dia sendiri dah banyak bergelumang dengan d0sa. Dia juga tak suka bila aku berbaik dengan adik beradik dia. Sampai aku sendiri tertanya tanya apa sebenarnya masalah dia.
Sepatutnya aku yang lebih marah sebab dia dah rosakkan hidup adik aku dan halau aku keluar rumah bersama anak – anak. Sedangkan rumah tu dibina sama – sama sepanjang kami hidup susah senang dulu. Tapi bila hati dah penuh kebencian, harta pun dah tak bermakna lagi.
Walaupun macam – macam aku lalui, aku masih bersyukur sebab Allah hadirkan ramai kawan yang simpati dan sentiasa bantu aku bangun semula. Aku yakin Allah akan lindungi aku selagi aku berada di jalan yang betul. Kekuatan aku sekarang cuma anak – anak. Aku tak akan jatuh walaupun Arif cuba musn4hkan hidup aku.
Aku juga cuba buang rasa benci dalam hati ni sebab aku takut kebencian tu bertukar jadi d3ndam. Aku nak hidup tenang dan teruskan hidup demi anak – anak. Menjadi ibu tunggal memang bukan impian aku. Tapi buat apa bergelar isteri kalau setiap hari hanya dis4kiti dan bukannya disayangi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.