
Suami aku ada sifat giIa poligami. Aku tahu lepas lepas lahirkan anak pertama. Aku dalam pantang, suami takde kerja tapi diam – diam mesej berkenalan dengan perempuan ajak kahwin. Hidup dia senang je nak ajak nikah dekat Thailand. Suami nak sediakan rumah pun tak mampu, sebab tu aku menumpang rumah mertua
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Admin hide aku ya. Semoga kehidupan kita semua dirahm4ti Allah dan diredhai Allah. Aamiin. Aku mengandung anak ketiga. Bulan ni umpama aku menunggu hari. Aku sedih, suami berubah di saat saat aku dah dekat nak bersalin.
Sebelum ni suami aku rider melalui aplikasi saja. Pakai baju pun baju rider yang dia join. Rezeki berkat walau sikit. Tiba – tiba suami nak cari kerja lain jadi rider restoran. Asalnya aku larang suami daripada bekerja rider yang terikat dengan restoran sebab aku tahu kelemahan suami.
Kelemahan dia adalah perempuan. Satu tempat kerja kalau ada perempuan memang akan jadi masalah. Suami aku berkeras nak jadi rider dekat restoran tu. Alasan nak ada gaji bulanan, gaji tetap. Suami aku bila ada duit dia lupa. Apa – apa dia nak beli untuk diri dia semua boleh, sampai aku makan apa yang ada.
Suruh aku berjimat, tapi dia sendiri ada duit beli tu ni untuk diri dia. Alasan dia beli semua tu untuk kerja. Sejak dia jadi rider restoran tu macam – macam dia nak beli. Kasut dah ada tapi nak beli baru. T shirt hari – hari nak bertukar.
Senyap – senyap dia tambah beli baju empat lima helai. Seluar dah nak masuk empat helai. Ya, baju dia beli bundle katanya, promosi tiga helai sepuluh ringgit. Entahlah. Lepas tu tengok dia dok usha nak beli jaket baru bagai. Tak ada pun nak sokong aku, bagi semangat dekat aku yang tengah tunggu hari ni.
Aku beli keperluan bayi dan baju sikit untuk dua anak aku pakai hasil BSH tiga ratus ringgit. Alhamdulillah, bersyukur cukup semua untuk aku dengan anak – anak. Sebulan lepas suami kerja rider restoran tu, tiba – tiba suami tinggalkan aku dekat rumah mak ayah aku.
Alasan dekat rumah sewa ada berlaku orang tanam m4yatlah, rasa tak selamat tinggalkan aku anak beranak dekat rumah sewa tu. Rumah sewa tu pedalaman sangat jalan masuk dia. Tapi naluri aku tak membenarkan apa yang dia cakap.
Selepas tiga hari dia tinggalkan aku, sebab aku cakap kalau dah ada orang lain lepaskan cara baik, sebab aku kenal per4ngai dia. Kalau dia berubah tiba – tiba, bergaya tiba – tiba, nak kurus tiba – tiba, bukan sekali dua, berkali – kali pernah berlaku perkara perkara yang hampir – hampir meruntuhkan masjid yang dibina.
Aku akui suami aku ada sifat giIa poligami. Aku sedar sifat dia pun lepas lahirkan anak pertama. Aku dalam pantang anak pertama, suami tak ada kerja tapi diam – diam mesej berkenalan dengan perempuan ajak kahwin. Hidup dia senang saja nak nikah lagi bila perempuan dalam genggaman dia. Nak ajak nikah Thailand senyap – senyap.
Bagi nafkah, cari tempat tinggal sendiri pun tak mampu masa tu. Dah beberapa kali berlaku dengan perempuan – perempuan yang berlainan. Rumah tak ada, menumpang rumah mak mentua dia. Kend3raan sendiri pun tak ada. Tak pernah ada kerja tetap.
Sekarang dah menyewa rumah, dah ada kend3raan sendiri motor saja, tapi lupa diri. Sambungan dia tinggalkan aku tiga hari dekat rumah mak aku, rupanya dia diam – diam berhubung dengan staf perempuan tempat dia kerja dekat restoran tu.
Katanya janda anak satu, Indonesia tapi muka dan cakap macam Melayu dan cantik. Dia jujur lepas dia dah bawa aku dengan anak – anak balik rumah sewa sebab kantoi aku jumpa nombor telefon yang suami aku salin dekat kertas siap selit dalam dompet dia. Mula – mula tanya tak mengaku.
Allah… sejak tu macam mana aku nak tenang tinggal dekat rumah sewa. Sejak tu aku termenung. Kadang – kadang menangis sendiri sampai tahap str3ss sangat tak tahan. Jaga anak – anak pun dalam keadaan str3ss. Tak semangat setiap kali bangun nak urus anak – anak semua dengan sarat lagi. Lemah rasa, tapi cuba kuat demi anak – anak.
Urus anak – anak, masak apa yang ada. Kadang – kadang menangis sendiri. Aku dah banyak sanggup hidup susah dengan dia. Nafkah tak payah cakap, susah nak bagi. Sekali dia dah lupa diri memang susah nak sedarkan dia. Bila dia sedar sendiri baru nak insaf bagai.
Nak mengadu dekat keluarga, keluarga bukan orang senang. Mereka pun banyak masalah mereka. Hari ni aku tak kuat nak ikut dia balik rumah sewa. Rasa macam nak giIa duduk sana. Dengan Astro kena p0tong. Layan karenah dua anak, kadang – kadang str3ss.
Sekarang aku stalk Facebook dia. Dia join kelab cari jodoh Malaysia. Lepas tu block WhatsApp aku sebab aku tak ikut dia balik rumah sewa dan nak bertekak dengan aku sebab sibuk tanya sama ada aku ada mesej ke perempuan yang dia suka dekat tempat kerja tu.
Kalau betul aku mesej perempuan tu memang dia marah aku. Kata jatuhkan air muka dia. Nak malukan dia dekat tempat kerja kalau perempuan tu sebar pasal aku WhatsApp peribadi dengan perempuan tu. Aku yang disalahkan banyak. Sendiri yang cari peny4kit.
Aku elok dah duduk rumah sewa tenang – tenang, dia bagi peny4kit dekat aku sampai buat aku lemah mental. Aku berbadan dua lagi, emosi memang tak stabil, tapi kena fikir hati dia pula. Aku s4kit sangat dengan per4ngai tak sedar diri dia.
Banyak salahkan aku. Aku suri rumah, tak ada pendapatan sampingan, tak ada modal. Dari dulu memang dia tak bagi aku kerja. Aku lemah. Aku takut tak kuat nak jaga dua anak sekarang. Aku takut str3ss jaga mereka, dengan fikirkan nasib aku nak beranak lagi. Siapa nak tanggung aku?
Kalau mak aku tahu memang meng4muk mak aku, tak bagi aku teruskan hubungan. Mak aku pernah meng4muk dulu, jadi aku tr4uma sangat nak mengadu dekat mak aku. Laki aku pula jenis tak putus asa pujuk, buat keadaan makin parah. Terp4ksa aku ikut laki aku redakan keadaan mak aku. Mak aku suri rumah. Ayah aku dah pencen dan bukan jenis yang nak support sangat mana yang bukan tanggungjawab dia dah. Aku terfikir siapa nak tanggung aku yang nak masuk tiga anak ni. Ya Allah. Mohon pendapat.
Ulasan Pembaca :
CL Arose : Kalau suami dah tak sedar diri, puan sedarkan diri puan. Janganlah tambah anak, family planning. Aku faham rezeki tu Allah beri, tapi kalau tak usaha tak bergolek datangnya. Fikirkanlah yang terbaik untuk diri puan. Segalanya terserah pada puan. Janganlah tunggu lagi lelaki yang macam tu, memang payah nak berubah. Jangan juga fikir sayangkan anak – anak sampai jiwa tersiksa, str3ss bagai. Sedarkan diri tu. Bangkit, kuatkan semangat. Moga Allah permudahkan segalanya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.