Saya bukan seorang suami yang baik terhadap isteri saya. Contoh saya tak pernah ajar dia agama, sebab saya kurang sendiri kurang didikan agama. Solat nak tak nak. Saya tak romantik. Saya ni malas dekat rumah kena suruh baru nak buat.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama saya Ali, entahlah saya tak tahu macam mana nak bercerita tentang masalah rumah tangga saya yang hampir seabad lamanya. Sebelum saya cerita panjang atau salahkan isteri saya, saya akan cerita tentang diri saya dulu.
Saya bukan seorang suami yang baik terhadap isteri saya. Contoh saya tak pernah ajar dia agama, sebab saya kurang sendiri kurang didikan agama. Solat nak tak nak, kalau berg4duh baru solat, lepas tu nak tak nak balik. Akan menjerit kalau berg4duh tapi saya tak pernah mem4ki atau berkata kasar.
Saya tak romantik. Saya ni malas dekat rumah kena suruh baru nak buat. Tapi sepanjang perkahwinan, saya tak pernah abaikan nafkah zahir. Saya akan cuba memberi apa yang saya mampu. Ada lebih saya bagi lebih. Tapi nafkah batin kejap ada kejap takda.
Ini sedikit sebanyak pasal diri saya sebagai seorang suami. Dan ini pula kisah isteri saya. Dia bekerja, saya bersyukur sebab dia tolong saya juga dalam perbelanjaan rumah tangga. Disebabkan ini sepanjang perkahwinan saya tak pernah minta isteri tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Sebab saya tahu dia penat bekerja.
Kalau nak cerita memang panjang nak tulis, jadi saya pendekkan kisah rumah tangga ini. Satu hari, kami berg4duh besar (paling teruk), saya halau dia keluar rumah sebab dia cakap besar tak perIukan lelaki, tak perIukan suami.
Sebelum g4duh besar, dia memang nak keluar rumah dan tahan dia keluar rumah sebab nak selesai masalah ini. Tapi lepas dia keluar rumah memang saya terus m4ti hati. Dia balik mintak maaf sebab dah sedar salah dia.
Sekarang saya mula rasa berd3ndam dengan isteri. Dia nak berubah menjadi isteri yang baik, taat solehah. Tapi apa yang dia buat baik dengan saya dulu, saya cuma nampak buruk dia. Disebabkan perkara kecil kami boleh berg4duh teruk masa sekarang ini.
Contoh dia tak pernah berterima kasih dengan saya walaupun perkara – perkara kecil yang saya lakukan lagikan pulak perkara besar. Tak pernah bersyukur, memandang rendah dengan apa yang saya beri atas kemampuan kewangan saya (gaji lebih RM10k) sebab tak pernah hantar dia facial, slimming (dia pakai duit dia sendiri).
Dan dia tak sedar saya hutang dengan bank sebab nak ikutkan kemahuan dia. Nak rumah macam itu, macam ini. Contoh lain, saya tak pernah mintak dia jalankan tanggungjawab sebagai isteri sebab saya tahu dia penat bekerja.
Saya rasa anda semua apa tanggungjawab isteri walaupun dia bekerja. Contoh lagi terlalu pentingkan diri sendiri, merasa dia nya betul, tak boleh ditegur walaupun salah. Kata – kata dan perbuatan dia selalu s4kiti hati saya.
Perkara ini saya saya pendam. Sebab malas nak g4duh panjang sebelum ini dan sebabkan ini juga saya jadi d3ndam dengan isteri bila mana dia nak berubah. Kalau saya boleh sabar dengan dia untuk dekat 10 tahun, kenapa dia tak boleh sabar dengan per4ngai d3ndam saya.
Tak sampai 2 bulan kata nak berubah jadi isteri yang baik untuk suami kerana Allah Taala. Hari – hari mintak maaf dengan saya. Disebabkan d3ndam ini juga, saya berkata dengan isteri saya tak akan berubah kalau dia yang tak berubah dulu.
Kalau saya boleh tahan dengan per4ngai dia, kalau saya tak pernah tuntut tanggungjawab seorang isteri terhadap suami salama ini, jadi dia pun perlu buat yang sama. Kalau dia tahan dengan saya, dia boleh mintak perpisahan di mahkamah dan saya akan lepaskan dia.
Tapi tidak sekali saya lepaskan dia dari diri saya sendiri. Sebab d3ndam saya terlalu kuat. Saya nak dia rasa apa yang saya rasa bila diri tak pernah bersyukur, dipandang rendah dan tak boleh tegur saya. Saya pun tak pernah dengar cerita suami berd3ndam dengan isteri. Jadi saya tak tahu apa yang saya perlu buat
Maaf kalau cerita saya ini bersepah. Jadi saya nak minta pendapat apa yang saya patut buat. Sebab saya masih sayang kan isteri saya dan keluarga kami tapi saya takkan berubah kalau isteri saya tak berubah dan tak boleh jaga hati saya. Terima kasih.. – Ali (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Norzihan Izhar : Dari segi cerita ko ni pun dah tau ko laki jenis macam mana. Kira bersyukur la bini tu nak dekat lelaki yang pemalas, kedekut macam ko ni. Kata gaji 10k tapi anta bini gi facial yang rm99 pun takkan tak boleh.
Keje rumah pun nak kene bersuruh, eg0 nak m4mpos pulak tu. Patut ko berubah dulu sebab ko suami, patut jadi contoh pada bini dengan anak – anak ko. Bukan bini ko yang kene berubah dulu. Andai kata la ko jadi duda kan..jangan kawin lagi tau pasal kesian kat anak orang.
Siti Haspah Sidek : Walaupun cerita encik bercelaru masih boleh faham. Dalam keluarga encik la pemimpin, en pun tak berapa betul (sana sini compang camping seperti solat, nafkah, bantu kerja rumah) dahtu sekarang bila isteri dah sedar silap dia encik pulak nak berbaIas d3ndam bagai.
(kata encik sayang tapi nampak tak sayangdan benci) tak ke mana pun eg0 encik, jika betul sayang maafkan dia dan duduk bincang. Jangan sampai isteri tu rasa dia dah tak diperIukan dan rumahtangga berakhir dengan penceraian.
Menyesal kemudian tak guna dah. Encik kena didik isteri seperti yang agama nak (cara cakap, tingkahlaku), isteri memang susah sikit nak handle (mood rajin, mood malas, mood tingtong semua ada) tapi kalau encik pandai tangani insyaAllah rumahtangga encik aman damai. Semoga panjang jodoh dan bahagia selalu encik dan isteri. Harap isteri encik baca confession encik ni dan dia kena taat dengan encik.
Syifaii Bisri : TT, masih sayang? Kalau masih sayang cepat – cepat lah ambil tindakan. Awak kena maafkan diri awak dulu. Lembutkan hati awak. Berdamai lah dengan hati ters4kiti tu. Bila awak dah elok. Dapat buang eg0 yang tinggi tu.
Insya Allah hati awak nanti penuh kasih sayang menyayangi isteri dan keluarga. Kalau sayang lagi isteri tu, buang la perasaan d3ndam tu. Umur tu m4kin tua, rugi teramat rugi. Wallahua’lam
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.