Setiap kali ada dinner company, Syuhada kurang gemar ajak aku. Sehinggalah satu malam selepas dinner company, dia balik jam 1 pagi. Jadi aku dah terlelap. Sedar – sedar waktu pagi. Aku bangun untuk solat. Tiba – tiba ada satu text masuk ke dalam phone wife aku berbunyi, ‘jatuh cinta tengok awak malam tadi’.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum sahabat. Thank kepada admin jika sudi siarkan luahan hati aku. Aku teramat perlukan sokongan di waktu ini. Aku adalah Ashraf, bekas suami kepada Syuhada. 9 tahun yang lepas, aku adalah pelajar Food Tech di sebuah IPTA. Sama bidang dengan Syuhada.
Cuma dia junior aku. Dipendekkan cerita, kami bercinta dan selepas habis belajar, kami buat keputvsan untuk bertunang dan bernikah. 2 tahun pertama, semuanya betul – betul indah. Cakap je nak makan apa mesti dapat.
Mesti Syuhada akan masakkan. Pergi mana – mana mesti nak bersama. Aku buat keputvsan tak nak kerja satu company, jadi kami mintak kerja di kilang berasingan tapi dekat. SebeIah – sebeIah. Pergi dan balik sama – sama.
Mula – mula dapat kerja, naik motor saja. Duduk pun hanya sewa bilik. Betul – betul susah. Sampai la dah senang sikit, aku sewa satu rumah untuk kami suami isteri. Sebab jadi kewajipan aku sediakan tempat berIindung untuk isteri.
Mula – mula masuk rumah, tikar pun tak ada. Tidur atas mozek je dulu. Sebab duit dah habis buat bayar deposit rumah. Terp4ksa tebalkan muka pinjam kereta kawan kalau nak beli barang besar sikit sebab tak boleh bawa naik motor.
Kadang – kadang wife aku nak masak benda frozen, peti sejuk tak ada, terp4ksa letak ayam / ikan kat rumah jiran sebeIah. Jiran sebeIah memang baik. Banyak bantu kami.
Aku merasa susah tu dengan isteri aku. Aku bersyukur sebab dia nak bangun dan jatuh di sisi aku. Walaupun rumah ni kosong, tapi ada dia, aku sangat bahagia. Cuma aku dengan dia. Allah belum beri rezeki anak pada kami.
Jadi fokus aku seterusnya adalah ke peringkat seterusnya. Dipendekkan lagi, 4 tahun berkahwin, masih belum diberikan rezeki anak. Tapi kehidupan sem4kin senang. Aku dah mampu beli kereta. Satu untuk aku dan satu untuk dia.
Rumah yang disewa pun, tuan rumah dah jual pada aku. Alhamdulillah. Ada rezeki dalam setiap penikahan. Aku percaya benda tu. Kami masih sama, bahagia, pergi mana pun sama – sama. Cuma kalau ada dinner company Syuhada.
Dia kurang gemar ajak aku, jadi mungkin ‘me time’ untuk dia. Aku ok saja. Sehinggalah satu malam selepas dinner company isteri aku. Dia balik jam 1 pagi. Jadi aku dah terlelap. Sedar – sedar waktu pagi. Aku bangun untuk solat.
Tiba – tiba ada satu text masuk ke dalam phone wife aku berbunyi, ‘jatuh cinta tengok awak malam tadi’. Jantung aku terasa laju. Lantas aku scroll lagi text atas atas. Text mereka bukan seperti biasa. Seperti sedang bercinta.
Isteri aku ada buatkan sarapan untuk si lelaki ini. Buatkan kek batik. Hadiahkan jam di hari lahir dia. Aku segera solat untuk dapatkan kekuatan dan ketenangan. Dalam sujud ku, aku meminta supaya aku tak buat yang macam – macam pada isteri aku.
Risau dalam keadaan marah di luar batasan. Aku atur langkah, k3jutkan Syuhada untuk bangun solat. Dia bangun dan solat. Aku yakin dia isteri yang baik. Dia mendengar semua kata – kata aku. Dia rajin melayan kerenah aku.
Dia segalanya pada aku. Aku yakin dia mungkin tersilap langkah. Selepas Syuhada selesai solat, aku berbicara dengan dia. Siapa lelaki yang text tu? Jawapan ringkas yang aku terima. ‘Kawan’. Jadi aku lanjutkan pertanyaan, ‘mengapa dia cakap jatuh cinta bagai, kan awak tu isteri saya. Mana boleh lelaki tu cakap macam tu’.
Syuhada cuma mengambil bantal dan sambung tidur. Nyenyak mungkin tidurnya. Sedangkan aku dalam keadaan gelisah, susah hati, cemburu, sedih, rindu dan s4kit. Jam 10 pagi, Syuhada bangun, dan buatkan sarapan.
Tidak menegur aku. Sepertinya aku yang bersalah dalam hal ini. Lantas aku buka mulut, ‘awak, siapa lelaki itu? awak ada orang lain ke?’. Kali ini jawapannya juga ringkas tapi lebih padu. Dia jawab ‘ya’.
Allahu. Berikan aku kekuatan. Lantas aku bertanya, kenapa macam ni? Kita baik – baik sahaja kan? Jawab Syuhada, dia terlalu bosan hidup dengan aku. Dia dah tak boleh bahagia di sisi aku. Hidup yang hampir 5 tahun tapi tiada arah tuju.
Tiada anak seperti tiada masa depan. Aku peIuk dia, aku pujuk dia. Agar istighfar. Kembali pada aku, kembali pada Allah. Semuanya Allah yang rencanakan. Tapi tetap pilihan dia lelaki tu. Ya, lelaki yang berstatus bujang, satu tempat kerja dan lelaki yang tahu wanita itu adalah isteri aku.
Tetapi mengapa isteri aku. Tidak ada ke perempuan lain yang dia boleh cari? Sedihnya. Sungguh sedih sahabat. Isteri mahu aku menceraikan dia. Demi lelaki itu. Dia sanggup meninggaIkan suami dia yang bertahun ini, demi perkenalan yang beberapa bulan itu.
Sejak daripada itu, Syuhada begitu lain pada aku. Tidak mahu solat bersama. Tidak mau lagi pergi ke tempat kerja bersama. Baliknya juga sudah lewat. Isteri yang sepatutnya bahagia di sisi aku, tapi aku sedang lihat dia bahagia dengan orang lain.
Selepas 9 bulan kejadian, kami pergi ke mahkamah untuk kaunseling dan dapatkan khidmat nasihat. Tetapi semuanya jumpa jalan buntu. Aku lepaskan Syuhada. Sedih. Sangat sedih. Isteri aku. Aku lepaskan untuk dia lebih bahagia pada jalan dia.
Rumah yang isinya dulu ada dia, kini kosong. Lebih kosong dari tiada perabot. Allahuakbar. Jatuh tersungkur aku. Rindu teramat pada dia. Menangis setiap malam. Allah saja yang tahu. Aku ambil keputvsan untuk berhenti kerja dan jual rumah itu.
Biarlah jauh aku pergi. Dari aku s4kit disini. Mereka di sini pasti bahagia. Kejadian ini adalah 3 tahun yang lepas sahabat. Tetapi, saat menceritakan ini, air mata aku masih jatuh. Aku masih rindukan dia sama saat aku ada di sisi dia.
Masih aku cintakan dia. Masih aku sayang dia. Aku belajar cara melupakan dia, aku busykan diri. Aku belajar buat banyak benda. Tapi hati aku masih ada dia. Aku yakin akan tiba masa aku akan lupakan dia. Aku pun belum pasti bila masanya.
Kini Syuhada sedang bahagia bersama suami barunya. Dia dah pun bIock aku di semua media sosiaI dia. Ada rakan – rakan dia yang masih friend dengan aku di media sosiaI. Kadang terIintas gambar bahagia mereka. Takpe la, focus aku adalah mencari kebahagiaan aku sendiri. Doakan aku terus kuat ya sahabat semua. – Ashraf (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Risa Jm : Allahu.. Saya yang baca confession ni pun sebak. Apatah lagi confessor. Besarnya dugaan awak. Tapi percayalah, rahmat dan kasih sayang Allah tu luas. Ada hikmah semua tu. Memang susah nak lepaskan seseorang yang kita sayang.
Tambahan lagi dengan seseorang yang kita pernah berkongsi rasa, kenangan dan sebagainya. Tapi kita kena redha dengan takdir. Terima kenyataan bahawa tak semua yang kita nak berjalan sesuai kehendak hati. Saya doakan saud4ra kuat dan tabah hadapi dugaan.
Norainina Abu Bakar : Indahnya hidup Syuhada, boleh pergi bila dia nak pergi, ada banyak manusia yang kena tunggu sampai m4ti walau apa pun terjadi. Benar – benar bahagiakah Syuhada atau sebenar – benar bahagia adalah redha dengan takdir Allah yang tentunya banyak pahala dan benar – benar dikasihi seperti ini.
Atau sebenarnya Syuhada tidak bersyukur dan mungkin jod0h confessor adalah sejuta kali lebih baik dari Syuhada, yang layak mendapat kasih sebegitu indah. Walaupun tak indah di mata syuhada kerana setiap bahagia impian manusia itu berbeza, hanya Allah yg tahu.
Nur Nazzlla Wahab : Ashraf, Syuhada tak cukup baik untuk awak sebab tu Allah jod0hkan dia dengan suami dia sekarang. Yang boleh meramp4s isteri orang macam tu saja. Dan Allah pisahkan awak dari Syuhada sebab awak layak terima seorang isteri sebaik awak.
Jasmine Jamaluddin : Wahai confessor, akak tahu adik sayang dan rindu sangat pada bekas isteri adik, Syuhada. Tapi, lupakanlah dia. Buat apa adik merindui orang yang tak menghargai susah senang bersama, kasih sayang adik dan peng0rbanan adik.
Lagipun dia dah bahagia menjadi milik orang lain. Susah nak cari lelaki yang karakter macam adik ni. Tiap kali solat, berdoalah pada Allah Taala, mohon Allah Taala agar adik dapat melupakan syuhada.
Allah Taala Maha Pengasih Maha Penyayang. InsyaAllah akan dimakbulkan doa adik itu. Dalam masa yang sama, adik kena move on. Sesungguhnya lelaki yang baik hanyalah untuk wanita yang baik. Wallahua’lam..
Nur Fadzilah : Rasa mau nangis baca story ni. Setiap cerita kehidupan Allah yang aturkan. Memang perit, tersangat perit untuk lupakan orang yang betul – betul kita sayang. Benda tu tak mudah meskipun dah lama tapi still akan rasa s4kit.
Confessor mintalah dengan Allah agar lapangkn hati dan jiwa dari keperitan.. InshaAllah akan datang yang lebih baik dan lebih membahagiakan.