Isteri dah umur 40 tahun, suka berkawan dengan orang orang muda. Balik kerja, lepak sampai 2-3 pagi. Saya jumpa kawan-kawan isteri

M4kin lama m4kin kerap balik malam sebab nak berkawan dengan rakan rakan lelaki berpewatakan lembut. Pergi makan balik jam 2 – 3 pagi. Mertua mula perasan perubahan ini dan tegur saya kenapa biarkan.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca. Saya dah kahwin lebih 15 tahun, isteri dah nak masuk awal 40-an, ada 3 orang anak. Kami kahwin seawal 20-an atas dasar cinta. Selama ini rumah tangga semua ok. Bawa family melancong, JJCM, kerja – kerja rumah semua saya uruskan, isteri hanya masak hujung minggu je. Barang dapur sentiasa penuh, kereta rumah semua saya bayar, saya tak berkira bab ni, tahu bab nafkah dan tanggungjawab. Saya ni ada rupa dan kerjaya bagus. Isteri pun ada rupa yang cantik.

[KISAH DUKA BERMULA] Isteri mula berubah sejak kerja di pejabat baru sebab berkawan dengan officemate budak lelaki dan perempuan muda (umur 20-30an) dan sejak itu kerap balik lewat sebab pergi jalan makan – makan (saya bagi berkawan dengan budak lelaki sebab pangkat adik – adik yang lembut).

Mula – mula saya ok je sebab nak bagi me time pada isteri. Tapi m4kin lama m4kin kerap balik malam sebab nak berkawan dengan adik – adik. Pergi makan balik jam 2 – 3 pagi. Mertua mula perasan perubahan ini dan tegur saya kenapa biarkan.

Isteri mula seronok bila kawan – kawan puji isteri nampak muda dan nampak remaja. Anak – anak saya m4kin remaja mula meluat dan mengadu pada saya dan anak – anak pun nampak per4ngai isteri melebih – lebihkan kawan berbanding suami.

Tapi saya cerita baik – baik je kat anak. Anak – anak bagitau isteri suruh enjoy masa muda nanti dah kahwin kena kongkong, Allahu.. Kalau anak nak free hair ok je.. Anak – anak pula tahu saya sekolah agama dan sering nasihat anak – anak halal h4ram dan anak pun tak setuju dengan cara isteri saya cakap begitu.

Nak jadi cerita, saya jumpa dan slow talk dengan beberapa orang g3ng isteri secara baik dan sopan, minta horm4ti privacy saya selepas waktu pejabat. Tapi silap saya tak tegur isteri dulu (kalau tegur pasti cepat melenting lebih – lebih lagi bab kawan – kawan baru dia).

Lepas tu kawan – kawan isteri keluar JJCM dah tak ajak isteri. Selepas beberapa minggu, isteri dapat tahu yang saya tegur kawan – kawan mereka. Sejak itu, isteri terus bermasam muka dan abaikan saya. Dia bagitau dia malu dengan kawan pejabat sedangkan saya cakap baik – baik macam abang adik, jumpa di lokasi tertutup dan bukan di pejabat dia dan tidak larang berkawan, tapi tak mau keluar sehingga lewat pagi.. cukup berkawan di pejabat dan sekali sekala je keluar malam.

[MASALAH KOMUNIKASI] Saya pernah beberapa berkomunikasi dan beberapa kali minta maaf, beri hadiah tanda mohon maaf tapi tiada kata – kata kemaafan. Seolah – olah saya berd0sa besar. Dari dulu dia ada per4ngai kuat merajuk kalau saya tinggi suara sikit.

Tapi kali ni merajuk lain macam. Seolah – olah protes, Layanan ke atas saya m4kin h4mbar sehingga masa berkomunikasi, dia pernah minta maaf sebab keluar lewat pagi dan saya maafkan. Tapi kejap je ok, pastu h4mbar balik, macam masih ada d3ndam dan taw4r hati.

Jadi sekarang dah nak masuk 2 tahun hubungan kami h4mbar, balik rumah, tidak bercakap. Isteri pun dah tak keluar malam sejak itu. Kalau bercakap, bila perlu tu pun pasal anak. Kadang – kadang rasa cakap macam dinding je, kalau turn saya, dia ungkit saya tak acuh (pening arr…)

Jujurnya, saya rasa macam orang asing tapi saya tetap pujuk hati, kekalkan solat jemaah magrib bersama isteri dan anak. Tapi bab bersama, bersentuhan mesra memang isteri menolak. Saya bersangka baik mungkin masalah kesihatan juga.

Jadi saya tak pernah mem4ksa. Kalau tanya, mesti alasan penat, anak kecil ada sama dalam bilik. Bila saya alihkan anak umur 5 tahun dengan abangnya, dia tak bagi. Saya pula memang tiada masalah batin, tubuh sihat dan sentiasa jaga penampilan diri.

Dari segi hubungan saya dengan mertua dan adik beradik isteri semua ok. Kadang – kadang lama isteri tak balik kampung family dia, saya yang sering ajak. Adik beradik isteri pun faham akak dia jenis “panas” sejak kecil. Isteri juga tidak gemar bila mak adik beradik saya datang sejak beberapa tahun kebelakangan. Layanan macam terp4ksa dan tidak ikhlas. Saya tak mahu susahkan isteri, saya beli je sebab faham mungkin penat.

[MEMENDAM RASA DAN TAW4R HATI]. Sekarang saya mula taw4r hati sebab layanan isteri yang sangat h4mbar terhadap saya dan family saya. Saya sebenarnya inginkan isteri yang menyayangi dan membelai saya, lemah lembut tutur kata.

Sudah penat sebenarnya emosi saya ni. Saya balik rumah nak ada gurau senda, tapi muka masam, buat macam saya ni tak wujud. cakap sepatah, hmmm je.. Apa saya perlu buat? Saya sentiasa pujuk hati dengan bayangkan zaman bercinta masa muda dan masih sayangkan rumah tangga ini dan tetap tunaikan tanggung jawab pada keluarga kerana sayangkan anak – anak dan tak nak anak jadi m4ngsa keadaan.

Anak – anak saya pun faham keadaan yang saya alami dan manja dengan saya. Saya bangun solat istikharah, tahajjud dan hajat. Berdoa moga saya dapat bersabar dan dibukakan hati isteri. Ada tak yang senasib dengan saya? apa yang saya patut lakukan. Berpisah? Bersabar? Teruskan Berdoa? Berubat? Wallaualam. – SUAMI DILEMA

Komen W4rganet :

Anonymous member 250 : Saya yang sebagai ibu tunggal ini sentiasa inginkan ada suami yang baik, tapi bila baca macam ni, ada yer isteri yang kurang bersyukur dan tak hargai bila ada suami di sisi…. Ingat best ker boleh bebas selalu? Kami ni dah jemu tau. Sesekali nak ada juga teman di sisi.

Anonymous member 333 : Terakhir kalinya. Bincang dengan isteri. Hati ke hati. Bincang elok – elok. Moga – moga dia berubah. Kalau dia tak berubah juga, cari jelah lain kalau mampu. Sebab hati pun dah taw4r kan. Yang tak boleh move on tu kalau kita masih sayang. Tapi kalau hati dah taw4r, boleh dah ambil langkah seterusnya. Kita orang lelaki pun berhak untuk bahagia.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.