Isteri daiet sampai tak makan, ambil supIiment bukan2. Asyik s4kit je m4mpusnya tak jugak! Menyusahkan..

Bila nurse bagitahu isteri kena tahan ward saya lagi berangin dan tunjaI – tunjaI kepala dia sambil membebeI benda yang sama. Saya marah sangat sebab saya terp4ksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terp4ksa menjaga anak – anak di rumah.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya terpanggil untuk menceritakan sebuah kisah yang amat menyentuh jiwa saya. Saya fikir ianya hanya terjadi di dalam drama tv sahaja rupa – rupanya ia berlaku di depan mata saya sendiri ke atas teman baik saya.

Awal Febuari haritu, salah seorang teman baik saya telah di jemput ilahi kerana k4nser rahim tahap empat. Alhamdulillah arw4h mend3rita tidak lama. Tiga bulan terlantar s4kit sebelum subuh arw4h menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggaIkan seorang putera yang masih kecil bersama 2 orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami.

Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang ke rumah saya bersama sekotak pakaian arw4h. Sebelum arw4h pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerIukan. Si suami tidak tahu ke mana arah untuk disalurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka diamanahkan kepada saya.

Sewaktu saya membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk disedekahkan seperti yang diamanahkan, tiba – tiba si suami bersuara. “Itu jer yg arw4h ada…” Saya merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata – kata si suami tu tadi.

“Semalam saya membuka almari arw4h dan hanya ini sahaja yang arw4h ada… 15 tahun saya bersama arw4h, langsung saya tidak pernah ambil tahu setiap kehendak arw4h isteri. Saya abaikan arw4h sehinggakan arw4h s4kit pun saya tidak tahu.”

Ada kekesalan di situ. Namun saya masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keIuhan si suami. Suami saya meletakkan handfon di meja mula berminat dengan cerita suami arw4h kawan saya ini.

“Setiap kali arw4h mengeluh s4kit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak saya pergi ke hospitaI saya hanya menganggap ianya perkara remeh. Saya mengejek – ejek arw4h dengan mengatakan dia dah tua. Saya merendah – rendahkan arw4h yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan saya aktif bersukan dan tak salah kiranya saya mengajak dia bersukan bersama sepertimana saya menggaIakkan kawan – kawan saya bersukan.

Saya juga selalu bersangka buruk bila arw4h s4kit ianya semata – mata alasan untuk makan luar kerana malas masak. Lalu bangun jugak dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar saya membebeI dan kadang – kala sampai naik tangan saya ke kepala dia. Kej4mnya saya…

Saya berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun saya terlalu berkira untuk membawa arw4h ke hospitaI kerana saya takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan. Kej4mnya saya pada arw4h. Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya, saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu. Namun saya lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila – bila masa sahaja akan diambil semula olehNya.”

“Benda yang lepas jangan dikenang, nanti kau sengs4ra dia dah pergi, redhakan. Kesian anak – anak kau.” Suami saya bersuara.

“Bila saya pandang anak – anak m4kin bertambah kekesalan saya bang. Masa arw4h ada boleh saya kira berapa kali saya bawa dia dan anak – anak berjalan. Sedangkan saya p4ntang diajak kawan – kawan, ke langit biru saya boleh terbang. Bila saya buka ‘handfon’ arw4h, boleh kira berapa sangat gambar yang diambil bersama saya. Semuanya gambar dia dengan anak anak.

Sedangkan gambar saya bersama kawan – kawan penuh dalam telefon saya. Gambar dia bersama saya langsung tiada. Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang… Sayu jiwa saya… Siapa antara kawan – kawan saya yang telah saya banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak saya tu susu pada malam malam hari.

Siapa yang boleh tolong uruskan anak – anak saya ke sekolah seperti arw4h uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil saya bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur. Pagi ni anak saya yang pertama meminta RM 50 untuk membeli barang barang kajian sekolah. Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan ditolak.

Selama ini saya bising – bising duit belanja rumah sering tidak cukup, saya kata arw4h ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat. Baru saya tahu ke mana arah duit itu disalurkan. Hari ini genap sebulan arw4h pergi dan saya kira – kira hampir RM 500 ke RM 700 belanja sekolah anak – anak dan makan sahaja.

Bila tiap kali arw4h minta beli pakaian baru atau barang make up. Saya meIarangnya kerana saya rasa macam membazir. Bila dia meminta lagi saya akan mula mengungkit pemberian belanja yang saya bagi. Baru lah saya tahu ianya tidak mengcukupi. Baiknya arw4h kerana dia patuh.

Saya sering tegur arw4h kerana selekeh jer lansung tidak bergaya seperti isteri kawan – kawan saya tetapi saya lupa yang saya tidak pernah bertanya padanya tentang berlanja yang saya bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat – alat solek. Saya gagal menjadi suami yang baik.”

Saya diam tidak dapat berkata – kata lagi. Marah sedih dan sebagainya berlegar – legar dalam fikiran saya. Setahu saya arw4h ni masa zaman bujang – bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri. Patut lah semenjak dia berkahwin hilang semuanya dan bila saya mengusik dia hanya menjawab…

“Malaslah nak makeup – makeup ni.. Takda masa, dengan anak – anak lagi, alaaa yang penting suami sayang…” “Semalam saya buka almari arw4h, hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yang baru itu pun seingat saya dibeli masa nak raya tahun lepas. Lain – lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstic yang dah patah.

Dahulu masa sebelum kahwin saya pernah terlihat di dalam beg kecil arw4h ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam – macam lagi makeup yang arw4h ada. Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti. 15 tahun bersama sepatutnya bukan m4kin berkurang tetapi m4kin bertambah.

Masa kali pertama arw4h menjejak kaki ke rumah saya, arw4h bawa 3 beg besar pakaian semuanya cantik – cantik dan hari ini hanya sekotak sahaja yang arw4h ada. Sedangkan keperluan anak – anak dan saya sangat mencukupi.” Si suami mula menangis. Arw4h nak bekerja, saya marah… Saya tanya arw4h tidak cukup ke apa yang saya bagi dan saya kata saya mampu tanggung dia lagi… Saya eg0…

Arw4h pula demi menjaga eg0 saya daripada tercaIar, arw4h mengambil keputvsan untuk diam sahaja. Dia amanah saya sepatutnya dia dijaga, dibelai, dimanja tetapi saya abaikan kerana saya fikir sekarang bukan masa untuk semua itu. Tiap kali arw4h mengeluh s4kit – s4kit badan saya suruh dia tidur… Makan ubat. Saya suruh anak – anak yang picitkan.

Tetapi saya lupa itu adalah kewajipan saya. Saya lupa dia hanya pinjaman sementara. Sekarang dia dah tiada. Saya rindu dengan dia. Rindu sangat – sangat. Andainya dipulangkan dia kembali saya nak habiskan masa saya bersama dia seperti masa saya bercinta dulu. Saya nak kotakan janji saya pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya.

Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang arw4h inginkan tetapi perhatian dan kasih sayang saya. Saya kesal kerana selama ini arw4h menjadi tempat saya melepaskan penat dan amarah saya. Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami.

Masa saya tahu arw4h s4kit, masa tu dah terlambat. Pagi tu dia mengadu perut dia s4kit sangat. Saya marahkan dia kerana tidak menjaga makan. Tetapi bila saya lihat dia tidak bermaya dan bila saya periksa nadi dia sem4kin menurun, saya terus bawa dia ke hospitaI.. Masa dalam kereta mulut saya tak henti – henti menyump4h dia.

Kata dia menyusahkan saya. Nak daiet sampai tak makan. Ambil supIiment yang bukan – bukan sampai s4kit macam ni. Masa tu saya sangat marah pada arw4h sampai saya terlepas kata asyik s4kit jer tapi tak m4mpus – m4mpus jugak. Bila nurse bagitahu dia kena tahan ward saya lagi berangin dan menunjaI – nunjaI kepala dia sambil membebeI benda yang sama, saya marah sangat sebab saya terp4ksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terp4ksa menjaga anak – anak di rumah.

Tiga hari arw4h warded. Jarang sekali saya menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengahari sahaja bawa anak – anak datang melepas rindu. Baru saya tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak – anak ke sekolah. Bila doctor mengesahkan isteri saya mengidap k4nser rahim tahap 4. Saya terduduk kaku menahan tangis kerana semuanya dah terlambat sebab ianya telah merebak sepenuhnya.”

Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. Secawan teh yang dihidangkan langsung tidak berusik. Suami saya merenung taj4m ke arah muka suami arw4h kawan saya. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan saya.

“Sewaktu dia s4kit, saya cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan – jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susah susahkan saya menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Saya ajak bergurau bermesra seperti dulu – dulu dia lesu tak bermaya.

Runtun hati saya melihat wanita yang saya sayang, saya cintai mend3rita. Tiap kali dia s4kit, saya ajak pergi hospitaI dia menolak, dia kata dia dah tahu dia s4kit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi. Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospitaI.

Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia meninggaI. Allahu Akbar rupanya arw4h terasa dengan kata – kata saya. Saya melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan saya namun itu tidak mampu membasuh d0sa saya pada arw4h. Saya mula memeIuk dia sewaktu tidur, saya tahu saya akan kehilangan dia dan waktu itu m4kin hampir.

Sumpah demi tuhan saya sayangkan arw4h cuma saya lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia. Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya. Sekarang satu – satunya wanita yang amat saya kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkam saya bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin…”

Saya merenung muka suami kawan saya itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada saya bukanlah untuk membuka pekung di d4da, tetapi dia tahu saya menulis blog dan ingin saya kongsi bersama kisah dia dan isteri ‘pinjaman’ sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana. Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman.. Hargai lah…

Komen Warganet :

Firdaus Shakirin : Bila tak ramai yang nak baca, maka tak ramai jugalah yang ambik pengajaran daripada kisah yang disampaikan. Akhirnya, kisah yang sama akan berlaku lagi dalam kehidupan orang lain. Orang tak nak berubah, dia hanya nak berubah bila dah kena kat diri dia sendiri.

Norizan Mamat : Salam, Kelmarin birthday suami makcik. Kawan merangkap jiran makcik datang. Isterinya baru meninggaI s4kit b4rah baru – baru ini. Sebelum dia s4kit, suaminya telah kahwin lain. Sebelum dia s4kit lagi dia dah mend3rita. Bila dia s4kit, pend3ritaan dia sem4kin p3rit. Makcik minta dia maafkan semuanya.. suami dan madunya.

Dia kata, “Saya tak akan maafkan… biarlah… mereka buat kat saya” Makcik tak dapat buat apa – apa… sebab, dari sebelum dia s4kit lagi makcik minta dia redha. Tapi, layanan suami yang buruk buat dia tak mampu untuk redha (tak pasti kebenaran, hanya dari mulutnya sahaja). 27hb hari tu, dia datang. Dia bawa isteri barunya. Makcik first time kenal dan berbual mesra. Makcik melayan dia dengan baik sebagai tetamu. Makcik juga tiada rasa untuk marah / benci sebab isteri baru itu juga nampak macam baik dan mesra.

Melihat suaminya tersenyum gembira, hampir menitik air mata makcik, rasa sangat sebak. Cepatnya move on. Atau entah, mungkin isterinya adalah “Kehilangan yang tak dirindui” Jahat ker makcik untuk rasa seperti itu ? Apa pun, semoga mereka bahagia. Semoga kawan makcik yang meninggaI tu ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Mohd Khairul : Allahuakbar, susah nak berkata pada manusia – manusia di dunia ini banyak perkara yang berlaku dan utamanye tak suka apa yang dinasihati walau benar sekalipun walau berguna dan sangat berguna tapi tak terima apa dik4takan. Hal – hal duniawi diutamakan akhir4t lupa selalu.

Ibadah solat jarang tak buat langsung tak rase d0sa tiada apepun rase salah hanya nama sebagai muslim kerana katanya semuanya tahu tapi tak berubah tak dibuat apa – apa pun amalan. Sesungguhnye kekesalan takkan terpadam selamanya dalam ingatan hingga akhir hayat atas kesalahan dan kesilapan diri.

Kembalilah ke pangkal jalan walau berat walau jahat mana sekalipun jangan fikir ALLAH tidak memaafkan atas salah dan silap diri ALLAH maha pengampun menanti setiap saat h4mba – h4mbanya sujud dan sebut namanye. Kalau tidak malu pada diri sendiri atau org lain malulah pada ALLAH.

Rosmyza Noris : Sedikit sebanyak saya turut melaluinya. Bagi saya bandingan itu penting bukan pentingkn diri tapi masalahnya tiada kesed4ran atau tak nampak. Paling geram kebaikan kite susah dikenang walaupun sering dibuat tapi kebaikannya perlu dicanang – canang walaupun jarang – jarang dibuat.

IsteriĀ  memandang suami bagaikan anak kecil yang perlu ditolong dibeIai disuap diubat dibersihkan dipapah. Tapp isteri bagaikn pengganti ibunya, memenuhi keperluan rumah tangga. Segala aduan dirawat sendiri keinginan dibuat sendiri yang akhirnya pasrah sendirian.. Wallahu.

AL Zacharya : Hilang kata – kata ketika baca kisah ni. Suami – suami di luar sana ambil la kisah ni sebagai teladan. Perbaiki diri selagi isteri masih ada. Isteri tak minta permata dan wang, dia cuma minta perhatian, masa dan sedikit rasa dihargai oleh suami dia. Kalau sekarang kita abaikan dia, bila dia dah tiada menyesal pun tiada guna. Hargailah, hargailah selagi isterimu masih ada.